jump to navigation

Agihan Pakaian Sekolah Terengganu RM1,000 Seorang Pelajar? February 17, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Ketelusan, Pembaziran, politik, Terengganu.
trackback

Cuba tolong kirakan untuk IB.

Mat Said kata kos untuk “Program agihan bantuan pakaian sekolah … menelan kos RM12 juta”.

Seramai 12,000 pelajar yang layak menerima bantuan.

Maka, RM12,000,000/12,000 pelajar = RM1,000 seorang pelajar.

Bukankah begitu?

{laporan dari berita Bernama di bawah}

Apa yang terkandung dalam pakej program tersebut untuk seseorang pelajar?

Agak IB, jika kita ambil program MAIWP/Baitul Mal sebagai contoh:

a. pelajar lelaki diberi satu set pakaian sekolah beserta dengan kasut, dan satu set pakaian untuk sekolah agama i.e. baju Melayu beserta songkok dan kain samping.

b. pelajar perempuan pun begitu; cuma baju Melayu diganti dengan baju kurung dan tudung sebagai ganti songkok.

Berapa kos sepasang? Tidak lebih dari RM180 satu pasang.

Berapa pasang seorang?

Satu? Teruk sangat … macam tak nak beri je.

Tiga pasang? Munasabahlah, ataupun dua pasang pun boleh – seperti program Baitul Mal MAIWP (dua pasang seorang).

Lima pasang? Satu hari satu? Itu agak melampau.

Kalau tiga pasang … belum sampai RM600 seorang. Yang MAIWP punya tidak lebih RM400 seorang (maklumat terus dari pegawai yang terlibat dengan pengagihan bantuan BaitulMal.

Bagaimana sifir Mat Said menjadi RM1,000 seorang? Mungkin itu bajet untuk tabung pilihanraya …

Satu perkara lagi berhubung tarikh pengagihan.

Kalau sekarang ini sudah masuk bulan kedua persekolahan masih belum diagihkan pakaian apa gunanya lagi. Bila hendak diberi bantuan, kita bantulah sebelum ibubapa terpaksa bersusah-payah membeli pakaian dah. Agih selepas sekolah dah buka apa ertinya?

Apakah pelajar yang memohon tangguh beli pakaian? Nak pergi sekolah tanpa pakaian sekolah dulu sementara dapat tahu keputusan bantuan? Habis kalau sudah dibeli, nanti berlebihan pulak baju. Bukannya boleh simpan. Budak-budak ini semua membesar dengan cepat.

Hendak disalahkan permohonan bertindih?

Sekian, IB

*************

February 16, 2011 14:43 PM

Agihan Pakaian Sekolah Di Terengganu Ditangguh Kerana Pertindihan Permohonan

KUALA TERENGGANU, 16 Feb (Bernama) — Kerajaan Terengganu terpaksa menangguhkan pengagihan bantuan pakaian sekolah kepada pelajarnya disebabkan terdapat 2,654 permohonan bertindih beberapa kali.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata permohonan yang bertindih itu mungkin disebabkan ibu dan bapa murid sudah berpisah.

“Pertindihan mungkin berlaku apabila ibu buat permohonan, bapa buat permohonan, mungkin nenek pun ada buat permohonan kerana pelajar tinggal bersamanya,” katanya selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Ahmad berkata perkara disedari apabila disemak melalui kad pengenalan dan surat beranak pelajar melalui data peribadi mereka.

Program agihan bantuan pakaian sekolah yang menelan kos RM12 juta itu sepatutnya bermula minggu depan terpaksa ditunda sehingga dua minggu lagi berikutan masalah yang berlaku itu.

Kini terdapat 106,000 permohonan bagi mendapatkan bantuan pakaian sekolah manakala yang layak adalah 12,000 pemohon, kata Ahmad.

— BERNAMA

Comments»

1. siti - February 20, 2011

Dua penamaan dlm tempoh 24 jam di UTHM. Sistem demokrasi kampus dikerandakan. Siswa kritik perjalanan p’raya kampus UTHM http://www.malaysiakini.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: