jump to navigation

Anwar Cekal Dalam Pendiriannya Berhubung Pluralisme Agama February 22, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam.
trackback

Biar apa pun dikata, Anwar Ibrahim cekal dalam menyatakan pendiriannya berhubung pluralisme agama. Terbaru, apabila PM Najib mengatakan perlunya ada usaha untuk menyekat penyebaran fahaman yang bertentang dengan ajaran Islam ini, DSAI mengatakan ‘‘Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it” dalam tweetnya kepada beberapa kelompok tweeternya.

Mengenal DSAI begitu lama serta mengasihi beliau agar tidak tersasar dari perjuangan asal, IB selalu mendoakan agar DSAI diberi hidayah dan bertaubat dari kesilapan-kesilapan yang besar sebegini. Ini soal aqidah. Bukan main-main. Jika tidak sempat kita bertaubat sebelum ajal – ianya membezakan antara syurga dengan neraka yang kekal abadan di dalamnya. Nauzubillah.

Kalaulah setakat dosa merompak, bunuh orang, rasuah dan seumpamanya serta meninggal yang wajib tetapi sempurna tauhid kita, mungkinlah terhumban di dalam neraka dahulu untuk menikmati keindahan syurga akhirnya. Tetapi kalau sudah tersasar aqidah, maka kekal dalam neraka selama-lamanya. Nauzubillah.

Oleh kerana itu, IB sentiasa membangkit isu ini bagi mengingatkan seorang sahabat. Dan sebab itulah IB berterusan menulis perkara ini semoga jika Anwar bebal dengan pendiriannya biarlah kita yang menyokong hasrat perjuangan reformasi dan demokrasi ini tidak terikut sama ke dalam lubang biawak.

[Tulisan IB sebelum ini: 1. Anwar dan Pluralisme Agama 2. Anwar dan Pluralisme Agama Lagi? 3. Isu Kalimah Allah – Kesian Kat Anwar …, 4. Perlu Menegur DSAI dan begitu jugalah IB memetik SS Mufti Harussani Bertaubatlah Anwar – Mufti]

Maka IB amatlah berharap agar Anwar tidak berpanjangan dalam mempersoalkan pengharaman fahaman pluralisme agama. Namun ianya tetap mengecewakan IB dan begitu juga rakan-rakan seperjuangan Anwar dahulu. Perjumpaan untuk mencari penyelesaian dalam memahami pendirian Anwar dalam isu ini yang diadakan di rumah sahabat kami Prof Osman Bakar berakhir dengan semakin menjelaskan pendirian Anwar (Ulasan IB di sini). Dia nampaknya kekal dengan fahaman bawaan John Hick itu.

Kita betulkan aqidah kita kemudian kita sempurnakan amalan ibadah kita serta memurnikan muamalat kita dan tetap berterusan dengan tazkiyatul nafs. Ameen.

Sekian, IB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: