jump to navigation

Anda Hanya Dikenali Sebagai Seorang Manusia [full stop] March 6, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Melayu.
trackback

Anda nanti hanya mempunyai nama, tidak lagi diketahui jantina, tidak lagi kenali berbangsa apa dan apatah lagi agama yang dianuti.

Anda bukan orang Kelantan, bukan orang KL, bukan orang Johor atau orang Sabah.

Begitulah nanti apabila usaha mereka yang ingin meniadakan tanda “bangsa” dalam apa-apa borang yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan atau badan berkanun. Memetik dari Bernama, NST melaporkan bahawa Chandra Muzafar sebagai pengerusi Yayasan 1Malaysia, mengatakan maklumat bangsa tidak penting untuk penyatuan 1Malaysia dan wajar digugurkan dari borang.

Sebelum ini pernah kita dengar usaha sesetengah pihak untuk ditiadakan ruang “agama” pada pendaftaran surat beranak dan Kad Pengenalan/MyKad. Dengan itu biarlah semakin ramai orang yang dapat mengelakkan diri dari ditahan pihak penguasa dalam operasi maksiat.

Dan bagi mereka yang memperjuangkan kebebasan wanita dan kesamarataan gender/jantina mungkin perlulah juga agak ruang “jantina” itu pun dihapuskan supaya tidak lagi timbul “penindasan” kaum Hawa kerana tidak dapat lagi dibezakan antaranya. Lelaki, perempuan dan yang tidak tahu jantina mereka itu semuanya sama, manusia. Nak kahwin … hmm, lagi mudah atau lagi susah nanti?

Maka isilah kita borang-borang di suatu masa nanti dengan sekadar meletakkan nama dan tarikh lahir dan anda akan dikenali sebagai Encik X bin Y orang Malaysia. Oops, tak boleh juga. Anda tidak juga boleh letak nama, kerana dari nama nanti ada perbezaan pulak.

Kalau dipanggil nanti menurut susunan abjad, orang yang nama bermula Z akan merungut mereka dikemudiankan. Manalah adil, dia tidak diminta namanya dihurufkan dengan nama susunan akhir dalam senari abjad.

Kerajaan juga nanti akan membubarkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Sudah tidak lagi relevan adanya jabatan tersebut. Semua orang adalah orang Malaysia, 1Malaysia.

Oh, lupa lagi. Nanti kita tiadakan juga lagi negeri-negeri semuanya ini. Semuanya jadi 1Malaysia. Daerah macam mana? Pun begitu, seluruh Malaysia ini adalah 1Malaysia.

Anda adalah seorang manusia dari 1Malaysia [full stop]

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: