jump to navigation

Apakah Anwar Berbohong Mengikut Selera Pendengarnya? March 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar.
trackback

Mendengar kepetahan Anwar memang boleh mengasyikkan dan mampu memukau minda bagi sesetengah orang. Itulah bakat dan karisma yang Anwar sedar dipunyainya.

Itulah antara bekal yang melonjakkan namanya semenjak berpersatuan dengan PBMUM di Universiti Malaya hingga kemudiannya dengan penubuhan ABIM serta memimpinnya sambil mengintai peluang berpolitik. Kebolehannya ini diteruskan dengan berjaya menarik ribuan pendengar sesekali beliau membuat rapat umum baik bagi meraih sokongan untuk Dr.M ketika “menentang istana” dengan pindaan perlembagaan 1994 mahupun ketika mengerakkan bantahan terhadap Mahathir apabila Anwar dipecat 14 tahun kemudian.

Kemampuan modal air liur inilah yang turut diguna hingga berjaya mengejutkan kerajaan BN pada PRU 2008 serta mengorbankan karier politik Pak Lah.

Namun, sebagai seorang insan, tiada yang maksum. Dalam kepetahanan Anwar, beliau terperangkap dengan kepelbagaian “audience” yang hendak dicapainya. Apakah DSAI terlupa yang diucapnya di medan lain untuk pendengar lain berbeza dengan tempat dan suasana yang lain pula?

Atau apakah Anwar ini sememangnya berbohong mengikut selera pendengar?

Semasa menghadiri penjelasan Anwar di rumah Prof Osman Bakar (Presiden Muafakat) berhubung ucapan beliau di LSE setahun lalu, lebih separuh dari hampir seratus orang yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang Anwar buat. Komen-komen yang didengari selepas itu ialah bahawa perkara ini sudah jelas. Anwar berjaya menjustifikasikan kenapa dia berucap sedemikian di LSE.

Namun, mereka yang ramai inilah yang tidak jelas bahawa Anwar masih kekal dengan pendiriannya bahawa dia mengimani fahaman pluralisme John Hick. Mereka terkena silauan ayat power Anwar sehingga tidak memahami intipati sebenar isi-isi yang diperkatakan Anwar pada malam itu.

Satu contoh yang ingin IB kemukakan di sini ialah, pada malam bagi menjelaskan ucapan LSEnya tersebut, Anwar merujuk kepada perjumpaannya dengan tokoh-tokoh Liberalisme di Indonesia:

“Sebab saya di Jakarta, tak…tak sama sesaudara beberapa kali.

“Saya memang dalam pertemuan (itu) BERTEMPUR dengan mereka dalam hal ini, dengan beberapa isu dalam lingkaran liberal.

“Dan dia (Ulil Abshar) memilih, saya kata isu yang bukan isu. Dan dia memilih untuk men..men..mencari masalah di kalangan umat dan memberi tafsiran yang terlalu longgar, terkeluar daripada fahaman Sunnah Waljamaah”

Bagi mereka yang ternganga mendengar “perjuangan hebat” Anwar di Indonesia ini pasti menerima sebulatnya tanpa soal. Malah pendokong tegar Anwar akan menunding jari kepada beberapa kerat yang berhujjah dengan Anwar pada malam itu.

Sebenarnya, ucapan tersebut dibuatnya hanya dua bulan sebelum itu (11 Okt 2010). Anwar berucap di auditorium lantai 2 Gedung Salihara, kubu Liberalisme di Indonesia, di hadapan Goenawan Mohamad dan Ulil Abshar serta para pendokong ide sesat tersebut. Anwar dengan jelas mengesahkan kebersamaan beliau dengan gerakan Liberalisme dalam menentang “puak-puak Islam”:

“Tetapi, saya beza pendapat besar, bahkan kalau di Malaysia, saya BERTEMPUR dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang

[boleh dengar sepenuhnya perbandingan dua ucapan di dua medan untuk dua audien yang berbeza di sini]

(dalam ucapan yang sama inilah Anwar dilaporkan berkata: “Mau pakai batik Indonesia, saya dituduh anti-nasional. Mau pakai batik Malaysia, ah jelek)

Rumusannya, apakah Anwar mempunyai daya ingatan memilih (selektif) bahawa dia pernah berucap di kalangan pendokong Salihara untuk dia berkata lain di rumah Osman Bakar atau sememangnya mempunyai pilihan untuk berbohong?

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: