jump to navigation

Anwar: “Tiada Mana-mana Dokumen Saintifik Bahawa Sperma Boleh Bertahan Lebih Dari 4 Hari” April 27, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan.
add a comment

Memetik kata-kata DSAI ketika ditanya pemberita petang semalam:

“Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah”

IB bukan hendak kata betul atau tidak fakta tersebut. Sebab, ianya boleh jadi betul dan boleh juga jadi tidak betul – bergantung pada situasinya. Dan untuk tujuan apa hendak kita guna mani tersebut.

Benar bahawa mani/sperma itu tidak boleh hidup di luar melebehi beberapa jam. Malah apabila dibiar di luar tanpa penyimpanan yang sesuai ianya kering maka habis “mati”lah telur(spermanya).

Namun di dalam rahim wanita, ianya boleh bertahan lama, malah lebih lama dari 4 hari yang DSAI persoalkan.

Tetapi, hujah DSAI ialah, ianya disimpan selama dua hari (selepas laporan dibuat) tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk oleh seorang pegawai polis. Maka sperma itu sudah tidak boleh bertahan lagi atau “mati”. Maka betullah apa yang disebut DSAI tu.

Tetapi terdapat juga rekod bahawa sperma mampu bertahan dalam rahim wanita selama 7 hari – itu rekod buat ketika ini! Ini untuk tujuan disenyawakan dengan telur wanita.

Dalam kes DSAI ini, apa yang dicari ialah DNA sperma tersebut. Apakah dengan tidak disimpan dengan betul DNA sperma tersebut sudah tidak lagi betul? Bukankah dalam pelbagai kes, sains forensik boleh mencukil sebahagian sahaja dari badan manusia, hatta mani atau darah yang sudah kering untuk mendapat maklumat DNA?

Maka dalam kes liwat II Anwar kini, apakah DNA dari sperma tersebut tertolak buktinya kerana ianya tidak disimpan dengan betul, ianya sudah kering atau tidak bertahan. Ini bukan kes untuk membuat ujian IV fertilization yang perlu penyimpanan sesuai dan mani yang masih hidup.

Sekadar itu sahaja IB ingin mencelah.

Sekian, IB

… kalau ada yang nak baca http://www.amazingpregnancy.com/pregnancy-articles/250.html

Allah Takdirkan Bapa Francissca Peter Mati Dalam Islam April 13, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam.
Tags: , , , , ,
2 comments

Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu.

Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.

Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan.

Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.