jump to navigation

Bersih 1.9 (Pra Bersih 2.0) June 27, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
trackback

Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai nanti adalah bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih. Indah dan murni sungguh hasratnya. Sekali lalu memang IB pun sokong.

Cuma dari kalangan mereka yang bercakap pasal Bersih ini apakah mereka ini benar-benar bersih?

Parti Keadilan Rakyat yang umum telah mengetahui melalui pemilihan pimpinan parti mereka beberapa ketika lalu.

Gambaran dari tuntutan untuk mendesak SPR bagi mempastikan PRU13 akan ”adil dan bersih” sukar untuk difahami bagi mereka yang merasai sendiri pengalaman pahit semasa pemilihan pimpinan PKR tersebut.

Terlalu banyak yang telah diperkatakan. Cuma kesemuanya telah dikesampingkan oleh pimpinan PKR yang ”menang” dan berkuasa sekarang.

Zaid Ibrahim (bukan adik-beradik IB) telah banyak meluahkan perasaan dan pengalaman pahitnya sehingga bertindak keluar parti. Zaid kemudian dituduh pula dengan pelbagai tohmahan.

Seorang lagi yang bersama dengan Zaid dalam mempersoalkan ”KEBERSIHAN” pemilihan dalam PKR ketika itu adalah Mustafa Kamil Ayub.

Mus kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden parti namun pemilihan di peringkat negeri Perak adalah satu conth yang klasik. Dalam perebutan di antara Mus dan Lee Boon Chye, Mus menang. Arahan dari ibu pejabat PKR ialah untuk diadakan pemilihan semula. Mus ditentang pula oleh Dr. Mohd Nor Manuty. Mus menang lagi.

Tidak puas hati dengan kekalahan calon pilihan Anwar Ibrahim (juga bukan adik beradik IB), Ketua Umum anugerah tuhan itu memaksakan pemilihan Manuty untuk mengepalai PKR Perak. Di mana nilai Bersih 1.0 yang dituntut mereka.

Maka sebelum perhimpunan Bersih 2.0 hendak dilaksanakan, IB menuntut DSAI menjelaskan isu BERSIH 1.9 – iaitu KEBERSIHAN dalam pemilihan pucuk pimpinan partinya sendiri.

Satu contoh lagi ialah apa yang berlaku kepada Mohd Annuar Salleh. Beliau telah menang dalam pemilihan di Johor. Namun, pencabarnya yang kalah telah diPAKSAMENANGkan atas arahan DSAI. Annuar yang totok pro-DSAI akur sahaja dengan Pak Sheikhnya.

Kalau IB hendak senaraikan lagi taktik kotor dan penyelewengan dalam pemilihan samada di peringkat cabang mahupun di peringkat pusat tulisan ini mungkin berjela panjangnya.

Ini tidak bermakna pemilihan dalam UMNO bersih! Apa yang IB hendak sebut ialah budaya kotor yang dibayangkan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya dulu turut bergelumangan dalam parti serpihan dari UMNO itu sendiri.

Sekian, IB

[sememangnya IB menyepi lama memikirkan parti mana lagi yang benar-benar hendak IB pilih … yang kotor bergelumang dengan najis dan maksiat atau parti yang mengiktirafkan Syiah menjadi pemimpin mereka … inshaAllah, IB ulas pasal ini dalam posting selepas menyendiri menadah rahmat serta petunjuk Illahi]

Comments»

1. al-chechen - July 3, 2011

Salam saudara IB. . . . . ,
Banyak banyaklah bersabar. . . . .IB boleh terus berjuang tanpa menganggotai mana mana parti. Saya baca tulisan Ib sejak 1998. Semuga terus berjuang.

ibrahimbaba - July 15, 2011

Terima kasih atas sokongan dan nasihat. IB hargai.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: