jump to navigation

Kalau Begitu Saja Penatlah Orang PAS Berdemo dan Bantah! July 16, 2011

Posted by ibrahimbaba in masalah sosial, Melayu, PAS.
trackback

Pas tak nak keluar Pakatan Rakyat? Nak teruskan brdemonstrasi?

Sekian, IB

Berita petikan dari Utusan malaysia:

Aktiviti berbentuk konsert hiburan di i-City tetap diteruskan – MB Selangor

KUALA SELANGOR 15 Julai – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan akan tetap meneruskan penganjuran aktiviti berbentuk konsert hiburan di i-City memandangkan ia adalah kawasan komersial seperti mana yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengambil kira perjanjian yang telah dibuat di antara kerajaan negeri dengan i-City meskipun timbul dakwaan bahawa penduduk kawasan berhampiran tidak senang dengan penganjuran aktiviti berkenaan pada hujung minggu sehingga menimbulkan bunyi bising dan sebagainya.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan pembinaan kediaman mewah berhampiran kawasan i-City apabila jaraknya terlalu dekat termasuklah tidak mempunyai zon penampan dengan jarak 500 meter.

“Saya pelik bagaimana kawasan itu dijadikan taman perumahan mewah dengan jarak terlalu dekat dengan kawasan perindustrian dan komersial berikutan saya difahamkan tiada buffer zone dengan jarak 500 meter.

“Saya akan buat pertemuan dengan penduduk di kawasan itu dan berbincang pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah ini memandangkan kawasan perumahan mereka terlalu dekat dengan i-City. Sama ada mereka akur dengan keadaan bising itu atau mahu cadangan pemasangan penampan bunyi dilaksanakan.

“Namun, itu (pemasangan penampan bunyi) memerlukan kos yang tinggi. Kita akan bincangkan perkara ini kemudian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jom Shopping bersama-sama 60 warga emas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad semalam yang menuntut penjelasan kerajaan negeri mengenai status i-City termasuk program yang dijalankan di kawasan itu di setiap minggu yang didakwa menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar.

Tuntutan itu dibuat Khalid kerana beliau sebelum ini telah mengemukakan petisyen kepada kerajaan negeri pada minggu lalu setelah difahamkan beberapa program berbentuk hiburan akan diadakan di lokasi berkenaan pada Ramadan ini.

Sementara itu, Khalid Abdul Samad ketika dihubungi hari ini menyatakan Pas Selangor tetap tidak bersetuju i-City dijadikan lokasi hiburan di Shah Alam kerana ia tidak sesuai dengan peranan bandar raya ini sebagai pusat pentadbiran dan pendidikan di Selangor.

Katanya, lokasi i-City itu tidak wajar dijadikan kawasan penganjuran hiburan kerana penganjuran aktiviti sedemikian bukan hanya mendapat bantahan daripada penduduk berhampiran kawasan berhampiran tetapi mencemari konsep bandar raya Shah Alam sebagai pusat ilmu.

“Shah Alam ini ada banyak pusat pendidikan, institusi pengajian tinggi (IPT), kawasan kediaman, masjid negeri dan pusat pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya tidak setuju i-City itu dijadikan pusat tumpuan aktiviti hiburan. Saya minta kerajaan negeri memikirkan semula mengenai perkara ini,” ujarnya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: