jump to navigation

Apa Sudah Jadi Dengan ABIM Sekarang? July 22, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, politik.
trackback

Ya, apa sudah jadi dengan ABIM sekarang?

Ramai di kalangan aktivis ABIM yang sudah pencen atau veteran merasakan kegemilangan ABIM sudah tiada. Kalau dulu kehadiran perwakilan dan pemerhati Muktamar Sanawi mereka melempahi dewan, kini dewan kecil yang disewa pun tidak dapat dipenuhkan.

Pada Muktamar tahun lalu yang pertama kali mengabungkan ketiga-tiga pertubuhan di bawah jenama ABIM – iaitu ABIM sendiri, sayap pelajarnya PKPIM dan sayap veterannya Wadah – tidak dapat menandingi bilangan kehadiran Muktamar solo mereka yang terakhir di bawah pimpinan Dr. Yusri.

Apakah kerana pendekatan tidak popular yang diambil oleh sesetengah pihak yang mengemudi ABIM dari belakang membuat ABIM kini longlai dan tiada sambutan. Atau ABIM sebenarnya sudah tidak lagi relevan selepas keputusannya untuk tidak lagi menjadi jurubicara ummat sebaliknya mengecilkan tumpuan sasaran dakwah kepada hanya kelompok belia.

Apakah benar ramai yang terasa tidak selesa dengan “syura” yang terlalu di”control” oleh Anwar atau/dan orang Anwar? Apakah ini juga puncanya Presidennya, Dr. Razak, sekarang tidak selesa dan ingin berundur (atau terpaksa berundur – bergantung bagaimana anda lihat situasinya). Apakah Dr. Razak bakal mengikuti jejak Dr. Yusri yang terus tersisih langsung dari segala akviti ABIM selepas bergelar mantan Presiden. Hatta bagi mereka yang masih dalam ABIM yang cuba merapatkan diri dengan Dr. Yusri menerima “teguran”. Apakah Dr. Razak seorang sahaja? IB dengar ada lagi yang lain yang agak vokal menyuara pendapat dan amat tidak disenangi oleh tangan-tangan “ghaib” dalam pembuat keputusan ABIM.

Apakah teguran terbuka (emel dari pengirim bernama “Azizi Mokhtar” bertajuk “MUHASABAH KEPADA ABIM” yang IB terima pagi tadi – IB lampir di akhir posting ini – agak panjang juga … ) kepada pimpinan ABIM berhubung pergolakan dan ketidakmampuan ABIM untuk melaksanakan agenda asal penubuhan mereka menjadi satu kayu pengukur ke mana arah tuju ABIM sekarang? Apakah benar ada berlakunya penyelewengan “kuasa ghaib” dalam percaturan ABIM?

Apa yang IB kesali ialah, suatu usaha murni dengan asas yang baik kini telah rosak akibat ketaksuban melampau. Jika ini benar, maka sewajarnya pimpinan baru yang bakal dipilih membuktikan mereka tetap kekal “non-partisan” dan bukan menjadi budak suruhan mana-mana politikus.

Sekian, IB

*****************

Assalamualaikum warahmatullah,
Saudara Pimpinan Terhormat,

Sempena Muktamar Abim (dan seminar), elok kita muhasabah sikit.ABIM ujud dah setengah abad. Didirikan oleh idealisme nak daulatkan Islam, nak tegakkan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas.Tapi sekarang Abim sibuk nak tegakkan fahaman secular, pluralism agama dan ajaran sesat anutan Anwar pula.Sepatutnya Abim sibuk bina ilmu dan rijal!. Berapa ramai produk Abim yang boleh dijadikan rujukan masyarakat?; jadi pemimpin berkualiti? berjaya dalam politik ?; mahir dlm al-Quran, Ulum al-Quran, al-Sunnah, Hadith, Ilmu Hadith, Fiqh, Usul Fiqh,Usuludin-Akidah, akhlak, politik dsb. Dari dulu sampai sekarang sibuk nak daulatkan Anwar. Macam Arqam dengan Ashari. Malang.

Mari Muhasabah.

Dulu Abim musuhi UMNO sebab Anwar tak nak UMNO. Bila dia masuk UMNO, Abim sokong UMNO. Bila dia musuhi UMNO semula, Abim pun ikut. Dulu Abim kata UMNO bapak secular dan toghut, sekarang ABIM sokong pulak datuk secular dan toghot. Bukankah PKR tu lebih secular dan toghot dari UMNO?. Anwar kata, dia tak nak Syariat. Abim tak nak juga? Tengok pelaksanaan dan nasib undang-undang Islam di PP dan Selangor. Lihat ucapan2nya di youtube.

Saudara terhormat,

ABIM nak buat program Siyasah Syar‘iyyah (SS). Kami dah ikuti program  SS tahun lepas.Tak ada kesan sikit pun dalam pemikiran pemimpin ABIM. Tahun ni buat lagi. Tujuannya nak jaga Anwar, bukan nak jaga Islam. Dari segi awlawiyat, kita kena bincang bagaimana nak mantapkan ilmu dan tarbiyah ahli, nak lahirkan rijal al-dakwah yang tulin, nak lahirkan pemikir umat yang serious, nak mantapkan akidah dengan berbincang isu akidah spt kesesatan Syiah, liberalisme, pluralisme dsb dan panggil ahlinya yang benar-benar mahir bercakap hal ini; isu kedudukan Islam dan orang Melayu – bagi ahli kita faham betul-betul; isu  Perlembagaan- bagi ahli kita mahir dlm isu Perlembagaan ni; faham gerakan pemurtadan betul-betul dan sensitif ttg Kristianisasi dan macam2 lagi. Gerakan Abim bukan nak jaga sorang, tapi umat.

Tahun lepas SS pasal ekonomi. Bincanglah yang realistik, pasal KBI. Macam mana nak majukan KBI.Jangan hanya pandai kritik kerajaan UMNO tak pandai, tak betul, nepotisme dll tengok dalam KBI. Buat muhasabah. Lihat perancangan dan pencapaiannya; ada tak salah guna kuasa, penyelewengan, konflik kepentingan dll. Semuanya ada!. Kami tak nak dedahkan saja. Malu kat orang ramai perangai orang dakwah. Pernah pegawai kanan KBI dua tahun  dulu, mintak seorang luar labur RM 2 juta utk KBI. Minta lah kat Anwar. Minta dia tolong bisnes KBI-Abim. Selangor dan PP banyak peluang niaga. Sekarang dia dah rujuk balik kat Abim. Dia tolong Kamarudin Jaafar, Azmin, Idris Jusi, Nazri Dollah dll, apa yang  mereka tolong Abim?.

Mau kami dedah?

Tahun ni ABIM buat program pasal Demokrasi pula. Ada demokrasi dalam Abim?. Yusri sepatutnya secara otomatik jadi ahli syura sebab dia bekas presiden, tapi tidak.Cikgu Sidik Baba ahli syura, tapi tak dipanggil mesyuarat.   PENGASAS Abim spt Sanusi Junid, Zakaria Hashim, Ust Osman Bakar Perak, Ahmad Ismail, Haji Ismail Mina, Kamaruddin Md Nor dan ramai lagi, sudah tak ada dlm senarai Abim. Ini bukan salah saudara-saudara. Saudara-saudara hanya jadi pak turut Anwar-Sidik-Idris saja.Merekalah yang berkuasa penuh.Anda kena muhasabah. Abim bukan milik mereka. Mereka sudah ada WADAH. Apa nak kacau Abim lagi. Wadah tu pun hidup kerana Abim. Sidik-Idris takut berdepan dengan mereka ni. Demokrasi?.Dalam program pengkisahan Abim baru-baru ini, ramai dari mereka yang tak dijemput. Kenapa? Mereka tu lah yang banyak jasa kpd Abim berbanding Anwar-Sidik-Idris. Apa lebihnya Anwar dari mereka itu?. Abim macam temukut tepi gantang masa Anwar berkuasa dulu.Tapi sekarang dia himpit Abim macam nak gila. Anda kena ingat baik-baik. Dulu Abim marah kat Arqam pasal akidah rosak. Sekarang Abim sokong pula akidah rosak.  Anwar tu macam Ashari Arqam. Akidah rosak. Ya, ini bukan kehendak Abim, tapi kehendak Sidik. Gelap atas gelap!. Betullah orang kata, Abim benar-benar kuda kayu Anwar-Sidik.

Dalam PKR pun tak ada demokrasi. Nak cakap pasal demokrasi macam mana. Dia cakap pasal demokrasi kerana nak elak dari kena penjara, pasal liwatnya. Kalau dia kena penjara, dia akan kata, tak ada demokrasi!. Yang dia dilepaskan dulu tu, apa? Kata Dr Halim Muhammady dlm kertas kerja Maqosidnya, Sayyidina Abu Bakr ra, bakar orang liwat dan Sayyidina Ali ra pula, lempar dari tempat tinggi. Zaman ni pulak, kita pakai dua2 – lempar dari tempat tinggi kemudian bakar lagi!. Dr.Mohd Nur Manuty tu pun tak layak cakap pasal demokrasi. Dia kalah dalam pemilihan Ketua PKR Perak kepada Mustafa Kamil, tapi Anwar lantik dia jadi ketua. Dia terima. Di Johor, Anuar Saleh kalahkan Jui Meng. Tapi atas nama ‘demokrasi’, Jui Meng dilantik oleh Anwar jadi ketua PKR di Johor. Di Sabah pun serupa. Tipu undi. Tak percaya tanya anak-anak Anwar. Pemimpin PKR yang tak pernah masuk Abim pun nampak. Komen mereka: lebih teruk dari SPR!.Macam ketam suruh anak berjalan betul. Pimpinan Abim tak salah.

Cuba fikir, kalau negeri ni tak demokratik, bolehkah Wadah, ABIM, PKR dan parti pembangkang lain boleh  ada macam sekarang? Ikhwan Muslimin, Refah Partisi, Nahdah, Masyumi, diharamkan! Bolehkah Presiden ABIM, Dr.Shaharudin, Prof.Ridhwan Othman, Prof. Aziz Bari dll dpt mengajar di IPTA? dan bolehkah Hashim Kamali dan Osman Bakar yang pro Anwar tu,dapat jadi CEO dan Tim.CEO di IAIS? Bolehkah kolej KDH milik Dr Sidik Fadhil mendapat lesen dan sijilnya diiktiraf pula oleh kementerian Pengajian Tinggi, jika tidak ada demokrasi?. Bolehkah pula Suara Keadilan, Harakah dan Risalah Abim memuatkan tulisan yang pertikaikan mereka?.

Terbukti, Anwar-Manuty tak ada langsung ciri-ciri demokrasi, walau pada paras paling rendah. Dulu, Anwar pelekeh keputusan syura ABIM Pusat berkaitan dengan kemasukannya kedalam UMNO dan baru-baru ini pulak, dia pelekeh syura Abim Kedah, kerana tak nak lepas Mat Kasim jadi calon PKR dalam PRU 12 lalu. Demokrasi? Buta sangatkah Wadah-Abim sampai tak dapat tengok dalam terang.

Dalam ABIM ada demokrasi? Bekas pemimpin tertinggi ABIM tahun 80-90an berkomentar: Ust Sidik seorang saja yang berkuasa. Majlis syura kuda kayu Sidik. Siapa putuskan serah IPI dan Kompleks ABIM-PLA, Sg Ramal kepada Ust Sidik dijadikan KDH?. Pernahkah ABIM atau syuranya panggil pengasas ABIM (Sidik bukan pengasas ABIM) dan ahli-ahli  yang  banyak memberi sumbangan  membina kompleks ABIM, untuk dapat fikiran? Mereka tak berani nak berdepan dengan orang macam ini, takut kalah hujah. Anwar pernah merungut kepada orang ABIM: dia (Sidik) jadikan harta ABIM sebagai harta dia!. Kata seorang bekas pimpinan kanan Pusat : mereka mencuri harta Abim. Bukankah kompleks PLA-ABIM itu tegak atas doa, derma, titik peluh dan air mata ahli?. Atas nama demokrasi, harta ABIM jadi milik kelompok tertentu dalam sekelip mata!. Abim kena transperens. Cari auditor bebas buat odit harta benda ABIM. Ahli nak tahu. Kena amanah. Dah 30 tahun ABIM ujud masih jadi pelarian lagi. Tak ada pejabat tetap.Tak ada pusat latihan. Dimana amanah? Dimana demokrasi? Orang buat salah nampak, ketua sendiri buat salah, tidak mengapa. Para Demokrat Wadah-Abim kata, Siyasah Syar‘iyyah, dapat  membina dan menyuburkan demokrasi. SS-demokrasi Wadah-Abimlah menyebabkan harta Abim hilang.

Objektif seminar ni hendak kesan pelaksanaan demokrasi di Malaysia. Terlalu besar. Mula dalam lingkungan yang kecil dulu. Dalam Abim-PKR. Cuba ABIM-Wadah buat penyelidikan tentang status-indeks demokrasi dalam PKR, kemudian keluarkan keputusannya. Tunjuk kpd Anwar. Apa dia nak kata. Dia akan kata: Anta semua tak reti politik. Politik tu tipu. Kita kena tipulah, itulah maqosid. Anta semua tak belajar habis.Ust Md Nur sorang yg tau, sebab tu, bila dia kalah, ana lantik dia, dia terima.

Pasal moral Anwar, Wadah-ABIM pertahan mati-mati. Tak tengokkah dalam youtube, dia menari dengan wanita China dan Melayu dan menari masa pilihan raya kecil dikhalayak. Abim setuju? Saya yakin Abim tak setuju, tapi terpaksa setuju. Wadah-ABIM dah tengok video seks Anwar? Ramai pemimpin PAS dah tengok. Mereka percaya pelakunya Anwar!. Anwar sendiri peleceh empat saksi dan terima bukti moden dalam kes zina.Tapi dlm kes seksnya,dia nak 4 saksi pula.  Baca buku IKD ‘Hukum Barat Pun Islam’ ms 30.  Peliknya, utk orang boleh, utk dia tak boleh! Abim tak boleh fikir?

Abim dah jumpa orang yang dakwa ia diliwat  Anwar?. Dalam kes Antartuya, Abim percaya bulat-bulat Najib terlibat. Percaya pasal Anwar cerita. Anwar pulak percaya kepada si Hindu Bala tu. Hasan Banna, ketika dtg seorang mengadu bergaduh, dia minta nak jumpa lawan pengadu tu. Itu baru betul-betul adil. Dalam isu liwat Anwar, Abim tolak mentah-mentah. Bukan nak selidik dan kaji. Bahkan pulak buat  program qazaf rata ceruk, nak justify perlakuan Anwar. Tak puas lagi, terbit buku pulak. Abim persoal keislaman dan keimanan pengadu. Kata Us Hashim Yahya, Saiful tu fasik. Dah jumpa Saiful? Anwar tu macam mana pula? Akidah dia pluralisme agama. Kata Harusani, boleh murtad. Dah minta Anwar tunjuk  jam Omega?, Orang kata tertinggal dan jumpa ditempat pelacur. Sampai sekarang Anwar tak dapat tunjuk jam tu. Tak baca sirah? Nabi  s‘aw beri tahu Sahabat, wanita yang Baginda sedang cakap tu ialah isterinya. Itu bukti utk tolak fitnah. Anwar tak dpt tunjuk jam tu, apa maknanya? Abim tak boleh fikir?. Kalau Saiful tu fasik tak boleh dipercayai, Si Hindu Bala tu apa pulak? Percaya pulak. Kalau buta mata tak mengapa, jangan buta akal dan hati.

Mana demokrasi? Mana keadilan?

Untuk maklumat anda, ABIM Johor dulu, pernah hantar surat kepada ABIM Pusat,  minta jangan lantik Idris Jusi jadi ahli syura kerana masalah moral dalam perniagaan masa dia jadi cikgu dulu. Tanya dia. Sampai sekarang dia jadi ahli syura!. Ketika kawan-kawan Anwar sibuk buat program nak bebas Anwar dari penjara, dia pulak sibuk jadi pengurus kempen Mat Taib bertanding Naib Presiden UMNO.  Malam perjumpaan dengan Anwar, dia dakwa sentiasa bersama Anwar. Bila diajak aktif dalam Parti Keadilan Nasional (PKR sekarang) dia tolak dengan alasan: aku orang berniaga!. Dia juga ada minta projek dengan MB Perak sekarang, pada hal dia kata dia setia kepada Anwar. Ini kualiti ahli syura?

Ust Sidik Fadhil pernah kata dlm perjumpaan dengan pimpinan PAS: ana kenal makhluk ini (Anwar), makhluk dua alam. Dia juga pernah kata kepada Ust Mohd Nur Manuty: apa murni lagi Anwar ini? Dan kepada seorang kawan yang lain pula, Ust Sidik kata: rosak lagi merosakkan. Tentang sikap Anwar dalam hal permurtadan, kata Sidik kepada seorang bekas aktivis PKR: jembalang apa pulak yang masuk dalam tubuh Anwar ni. Pada satu waktu yang lama dulu, Ust Sidik pernah berkata kepada seorang teman IKD: sampai bila kita nak ikut Anwar?. Tapi baru-baru ni pulak,dia kata: pencerahan melalui Anwar. Ust Sidik jujur, bila ditanya oleh seorang kawan lamanya mengenai sikap politiknya, katanya: muqallibal qulub, hati bolak balik. Prof.Dr.Mohd Nor Nawawi berkomentar kepada banyak kawan satu masa dulu:  lebih baik ana tak masuk politik (PKR), kerana akan lebih respek kepada Bro Anwar (sebab bila bergelumang dengan politik PKR dia nampak kekotoran Anwar dan hilang respeknya – tapi kini dia bergelumang balik). Dan jangan lupa, ketika grup ABIM kalah dalam pemilihan PKR di Kemaman, Anwar masih dalam penjara, syura ABIM buat keputusan, tarik sokongan kepada PKR. Komen Anwar kepada seorang kawan rapatnya: depa mesyuarat sama-sama depa!. 

Kami dpt tau, nak jayakan seminar ini,Wadah-ABIM minta derma. Kami cadangkan Wadah-ABIM, minta derma dari Konrad Adenuer, Yayasan Soros dan beberapa yayasan Yahudi lain di Amerika. Mereka pemurah dan banyak duit. Anwar ada hubungan  baik dengan mereka. Kalau Anwar boleh tolong IKD-IKDAS dengan duit  Yayasan-yayasan ini, pasti  Anwar boleh tolong Abim, lagi pun program ni nak tolong dia jugak.

Dalam brosur disebut Qaradawi. Dia bukan dalam Tanzim mana-mana gerakan dakwah. Banyak Fatwanya bercanggah dengan Islam. Dia menghalalkan makan sembelihan orang bukan Islam. Sebab itu Anwar makan sembelihan Majusi  di China. Tanya Anwar.

Disebut, objektif program ini, nak mendidik masyarakat tentang kemampuan Islam. Buatlah program didik  pemimpin dulu spt Anwar, Ust Md Nur, Azmin, Nurul Izzah, Nizar, KJ-grup Ataturk, pimpinan Wadah dan Abim, supaya mereka benar-benar yakin kemampuan Islam. Ust Md Nur pun tak yakin dengan Islam, sebab tu dia jadi ketua pemantapan Agama utk memantapkan semua agama syirik!. Sewajibnya, dia buat program ajak musyrikun tu, Tian Chua, Kit Siang, Karpal dll, masuk Islam, bukan buat program nak jadikan mereka tu lagi kuat dan tegar syiriknya. Aduhaiii aktivis Islam Wadah. Mantapkan akidah, syari‘at, akhlak dlm diri pemimpin dulu, supaya ada amanah, malu,tak tipu, tak bohong, tidak berfaham syirik dll.

Seminar juga nak bincang keharmonian kaum. Memang baik. Kenapa dijemput Melayu saja, tak jemput Cina, India, Singh sama? Melayu kah punca tak harmoni kaum?. Inilah persepsi jahat Wadah-ABIM terhadap Melayu. Sebab itu dibuat program khas untuk  Melayu. Kalau berani, buatlah program khas macam ni kpd Kit Siang, Singh,Bian Baru, Nair, Ronie, Ely Wong, Ambiga dan segala musyrikun tu, cerita kat mereka, merekalah sebenarnya punca segala kejahatan di Malaysia ni. Tuntut yang bukan hak mereka. Hak Melayu pun mereka kebas. Apa Anwar-Abim-Wadah buat? Nak buat apa? Cina tauke Genting dah bagi pompuan kat Anwar jadi pasangan menari, apa nak kata lagi. Setujulah. Tengok youtube. Cina ni bangsa yang tak sedar diri. Beri betis nak paha!. Abim jangan terikut-ikut cara Anwar. Dia sudah gadai Agamanya untuk sebuah kerusi yang bakal reput. Dialah yang kata Lina Joy bebas murtad; dialah yang desak kerajaan lepaskan Bible dalam Bahasa Melayu; dialah yang perjuangkan supaya orang bukan Islam boleh kongsi guna kalimah Allah Yang Maha Suci  itu. Siapa yang provoke orang Melayu kalau bukan si Anwar ini? Bila Melayu bangkit pertahankan yang hak, dia tuduh Melayu-Islam tak harmonilah,sempitlah, jumudlah dsb. Dialah punca sebenarnya masyarakat tidak harmoni. Ini terbukti. Dia dah buat.  Abim kena peka dan fikir. Dia dah berjaya pecah-belah Abim, dah rosakkan PAS dan sekarang nak hancurkan Melayu dan Islam seluruhnya pula. ABIM tak boleh baca? Buatlah program perbetulkan pemikiran Wadah-Abim-PKR. Jangan salahkan Melayu.

Cukuplah. Cukup. Bebaskan dari cengkaman Anwar-Sidik.

Kembalilah kepada Islam!.

ABIM perlu buat program ajar orang bukan Islam supaya mereka benar-benar faham yang Islam tu  sumber manhaj hidup untuk semua manusia; untuk solidariti, keadilan sosial dan kedewasaan berpolitik dan menjamin kegemilangan manusia dan kemanusiaan. Ia memberi kebebasan dan menghormati prinsip kebebasan komprehensif seperti yang tercatat dalam Piagam Madinah yang unggul itu. Islam dah sempurna, tidak perlu lagi ideologi lain menempel. Huraikan kepada yang bukan Islam itu, Islam yang sebenar bukan Islam versi Anwar. Beri tau kedudukan dan hak mereka yang sebenar berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Minta  yayasan Yahudi-Kristian yang sponsor IKD tu, sponsor program macam ni. Kalau mereka mahu sponsor, amat bertuahlah dan kami tabik kat Wadah-Abim (bukan tabik kat bangkai Beng Hock yang bunuh diri tu macam Anwar, Azmin, Salahudin PAS – ada dalam youtube. Sidik pun bela Beng Hock walupun dia tak tabik macam mereka ni. Amati tulisan dia).  Buat program Siyasah Syari‘ah kepada musyrikun tu. Demokrasi yang diperjuangkan Wadah-ABIM ini, nak bela dan junjung Anwar saja. Anda adalah alat untuk mengesahkan diktator totaliter Anwar. Ada kuasa tanpa akhlak dan kawalan Syari‘at. Ia bermula dengan satu pemikiran dan fahaman Liberalisme yang membuka luas pintu kejahatan – kerosakan akhlak dan hukum hakam dan memonopoli kuasa secara mutlak seperti dalam kes penentuan pemilihan dua ketua parti yang disebut sebelum ini.Maka undang-undang tubuh parti PKR yang sepatutnya sebagai pengawal,  tidak  diendahkannya. Anda yang dikenali sebagai orang dakwah sepatutnya rasa malu kpd Zaid Ibrahim, yang Anwar tuduh dia macam-macam buat maksiyat, lebih peka dengan isu transperansi, walaupun anda dah buat program Good Governance and Transperancy, tapi anda tetap tak nampak. Bukalah matamu sedikit. Lihat dunia luar anda. Demokrasi Islam yang Anwar bawa ini, terlalu amat jijik dibandingkan dengan mana-mana diktator, kerana dia berhujah atas nama Siyasah Syar‘iyyah Islam dan kebebasan mutlak. Ini ada kaitan dengan penolakan mabda’ kebebasan seperti dalam Syari‘at. Demokrasi yang anda anuti ialah Demokrasi Mazhab Anwar yang asas demokrasinya ialah hawa nafsu, yang memberi legitimasi bagi penyelewengan-penyelewengan ‘aqidah sebab Anwar adalah seorang Pluralis. Program Wadah-Abim ini,  tiada kaitan langsung dengan Siyasah Syari‘ah. Bagaimana boleh ada Siyasah Syari‘ah sedangkan undang-undang tubuh PKR tidak Syar‘ie. Abim bela parti paling secular di Malaysia, PKR. Siapa kata PKR parti Islam? Anwar sendiri tak mengaku, ABIM pulak mengaku!

Nizom Islam ialah nak bina kuasa dan digunakan  untuk  jaga hak-hak manusia dalam batas Syari‘at, bertujuan menjamin hurumat manusia yang merangkumi ‘aqidah, jiwa-ruh, maruah dan harta; dan juga keselesaan hidup spt yang terkandung dalam al-Qur’an, Sunnah dan Ijma‘. Jadi, Islam adalah nizom yang sempurna. Anda tak berjuang nak daulatkan Islam seperti yang  dicakap selama ini, tapi berjuang nak daulatkan Anwar. Nak jayakan ini, kena ada  hisbah iaitu mekanisme  memperbaiki keadaan pemimpin dan masyarakat dan membersihkanya dari kemungkaran. Boleh kah Wadah-Abim menjadi sebahagian dari mekanisme hizbah untuk mengawal perjalanan hidup Anwar seperti mana anda mahu mengawal penyelewengan lawan politik Anwar? Anwar mahukah perkara ini?.

Anwar cakap pasal leadership and change. Berubah kemana?. Dari Islam kepada Jahiliyah? Itu yang berlaku pada dia. Standard moral, hukum, ‘akidah dan syari‘at dia ialah Barat-Yahudi. Dia nak Abim-PKPIM berubah macam dia.Tak cakap pasal Islam lagi. Tengok siapa sahabat dia. Semua Yahudi. Dia kawan dengan orang agama setakat nak tutup pekong busuk dia saja. Abim kena teliti. Dia tak berhak cakap sebagai pemimpin gerakan Islam.Parti dia tu secular totok!.

Saudara terhormat,

Anda semua tidak bersalah. Anda kena cari jalan keluar dari cengkaman Anwar-Sidik. Abim tak perlu Wadah, Wadah yang perlu Abim. Kembalikan Abim sebagai gerakan yang independen dan non partisan yang bercakap atas kebenaran. Dakwah kita mencabar sekarang. Ummat menunggu pimpinan yang solih!. Anda sebahagian dari rangkaiannya.

Selamat bermuktamar!

Comments»

1. Siapa Ambiga? « Ibrahimbaba’s Weblog - July 22, 2011

[…] lagi IB ingin memetik dari kiriman emel yang diterima untuk posting. (yang sebelum ini: Apa Sudah Jadi Dengan ABIM Sekarang?). Ini adalah dari satu “thread” yang membicarakan Profil Dato’ Ambiga […]

mahathir fatimah - July 23, 2011

Agak menarik. Tapi saya agak pelik dengan kenyataan tuan yang menyatakan semua keputusan dalam abim bergantung dengan anwar/ust. siddiq. benar ke? kalau ya, boleh tak bagi contoh? dalam pemilihan pimpinan baru abim takde pun dari anwar/ust siddiq je, ada MAJLIS PRESIDEN ABIM KEBANGSAN (MPAK), lepas tu baru masuk dalam syura, hasil dari MPAK. Kalau ya anwar dan ust siddiq pembuat keputusan, bagaimana yusri boleh jadi presiden? bgmana dr razak blh jd presiden? Yusri tu hentam syura, bawa budaya lain dalam abim apa cerita? siapa yang lari? abim lari dari dia ke dia yang lari dari abim? kalau dah fikrah dia bertentangan apa relevannya dia nak jadi ahli syura? tak relevan pun. Sidek baba dok sibuk membenarkan video seks anwar, org mcm2 nak jd ahli syura? kalau dia baru kenal anwar takpe la jugak, ni org br kenal anwar pun tau yg dlm video tu bkn anwar. layakkah dia jd syura?

Sememangnya ada perbezaan abim sekarang jika dibanding dengan zaman 70an dan 80an. Zaman berubah, keadaan politik berubah. banyak ahli politik lahir dari abim, banyak hasil usaha dakwah abim, pemakaian tudung, wujudnya institusi2 islam, nak dinafikan ke? zaman sekarang biasala, NGO Islam pun bertambah, masing2 punya usaha tapi matlamat kita tetap sama iaitu Islam. Abim bukan parti politik nak cari glamour, nak keluar tv, news paper hari2, sbb ABIM mmg dari dulu lagi terkenal dgn prinsip non partisannya. Anwar buat salah ABIM tak tegur ke? Kerajaan buat baik ABIM tak sokong ke? tak payah la nak terlalu kaitkan ABIM dgn politik ni. Baca dulu buku Asas Dakwah ABIM, kalau tak baca dalam minda madani online.

Ustaz Siddiq yang besar pengorbanannya pun nak dipertikaikan? Nama2 yang disebut enta tu sejauh mana keterlibatan dgn ABIM? sape yang bersama2 Ust Siddiq dlm menggerakkan dan membangunkan ABIM? Sapa yg dapat bangunkan KDH? Ustaz Siddiq sepatutnya dah berehat, dok rumah, main dgn cucu, beliau ada pencen, buat apa nak sibuk2 lg? yg2 tuan2 tak leh fikir ke? sape org2 kita yang nak keje dgn agensi abim? gaji bkn besar, pencen takde, sape?

Ana rasa tak payahla nak protes abim sampai camni sangat, kalau rasa tak puas hati tu, hadirlah ke muktamar, suarakan ke tidak puas hatian anda, muktamar bkn untuk abim sahaja bermuhasabah, tp kita sendiri juga, jgn dok rasa diri je betol. jumpa ustaz siddiq tu, bkn susah pun nak jumpa. pandai cakap ustaz siddiq takut, penah nak jumpa ke?

Sekian untuk muhasabah bersama. Salam.

2. maie58 - July 24, 2011

aku ingat semua kena dscuss dalam suasana yang memudahkan bagi semua pihak untuk berkata benar walaupun pahit untuk dihadhamkan.be open and truthfulness bagi menggarap semua isu masa depan ummah…

AHLI GERAM - May 18, 2012

woi, hebatnya komen, ringannya tangan, sedapnya mulut, malaikat tak cuti woi, cerita yg betul tapi berniat jahat, cara salur yg busuk, bermotif dendam, yang disebut bermudharat banyak kepada individu atau jamaah, maka tunggulah balasan Allah swt…..
Yg didedahkan lebih kepada prasangka, sedangkan prasangka itu telah diperingatkan Al-Quran banyak salahnya. Marahkan nyamuk jangan dibakar kelambu. Tuduhan peribadi yang dikemukakan menampakkan watak orang sakit hati, cemburu, dengki dan gila kuasa. seolah2 tak ada yang benar dan betul melainkan diri sendiri. Tara Dr. Yusuf Qardawipun dipertikaikan. (suara bagi pihak musuh politik utama Anwar – UMNO). NAK TANYA SIKIT BERAPA DAPAT?

Dah ada TIBAI, JATI,DAN LEPAS NI BANYAK LAGI NGO yang
senama dengannya …. Tentu dah jadi ahlinya. Tahniah….
nya

ibrahimbaba - May 21, 2012

Kalau tak sejuta tak main lah …
Bila berhujah biar dengan fakta. Bukan terus tuduh “NAK TANYA SIKIT BERAPA DAPAT?” bila tidak sealiran.

Yang memberi komen apa kurangnya “ringannya tangan, sedapnya mulut, malaikat tak cuti woi, cerita yg betul tapi berniat jahat, cara salur yg busuk, bermotif dendam,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: