jump to navigation

Siapa Ambiga? July 22, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, IFC, Melayu, politik.
Tags: , ,
trackback

Sekali lagi IB ingin memetik dari kiriman emel yang diterima untuk posting. (yang sebelum ini: Apa Sudah Jadi Dengan ABIM Sekarang?). Ini adalah dari satu “thread” yang membicarakan Profil Dato’ Ambiga Sreenevasan.

Sekian, IB

***********************

Subject: RE: (INGATAN) Profil Dato’ Ambiga Sreenevasan

1. Kalau nak berjihad yg mana kena letak utama kita kena utamakan…bkn tembak semua benda nanti org Islam nampak kita hilang arah. Kalau sudah pengerusi mmg sudah kafir dan sudah tentu menentang Islam secara jelas….tak perlu cakap byk. Kita tak mengasingkan politik dan musuh sebenar, kalau kita tak kisah…..maka sebenarnya kita pun sebahagian yang lain sebenarnya kita sudah sekularkan diri kita sendiri.
2. Kenapa ramainya org Islam ikut pengerusi nie, kan byk lagi kita boleh perjuangkan dalam Islam. Seronok sgt kita nak tunjukkan satu dunia kita berdemo dan tak malukan kita. Kalau nak sgt berdemo, startlah kat jln bukit bintang ..tempat2 org kafir tue…bkn kacau laluan peniaga2 Islam kita masjid India.
3. Sambil kita berdemo, seronok kita antara lelaki dan perempuan bercampur. Politik Islam sudah di permudahkan atau sudah menghalalkan utk kita berseronok dan bercampur. dah takda halal dan haram.
4. Kecian abg2 polis tue gaji kecik…kena tinggalkan anak bini kat rumah dan kena kutuk berbakul-bakul. Fikir2 sikitla bila menyusahkan org….sape menyusahkan…kalau kebanyakan semua org Islam.
5. Kat mana adilnya kalau Guag Eng pun takda hari tue….tak fikirke kita org Cina takut mati secara psikologi sebab tue ubat cina mahal2 belaka……bkn kita di perkudakan.
6. Seronok sgt ke pengerusi dah tentu penentang Islam, kita boleh berjalan sebelah2…bkn zaman nabi sudah jelas golongan yg menentang Islam apa hukumannya??? Kawan sebelah kita sudah tentu kafir menentang Islam, kawan kita yg mmg sudah Islam cuma kena betulkan dan bagi jalan yang betul ditolak salam persahabat.
7. Hari Jumaat dan Sabtu dgn jemnya nak masuk KL, roadblock mana2….semua abg polis berbakul kena hamun…..kita dok salahkan kerajaan…tak fikir ke sudah jelas lagi bersuluh.
8. Bila pengerusi kafir nie jumpa ketua agama kita berjanji…tp mungkir bukan Quran sudah bagi peringatan kafir tetap kafir…kenapa dok lagi org macam nie.
9. Stadium byk….susah sgt ke nak buat kat stadium…..seronok sgt kita beremosi….
10. Akhir sekali, tgk you tube, tgk surat khabar—seronok sgt ke semua org memanipulasikan gambar2 org nak mati, polis gunakan kekerasan….semua org tgk…apa motifnya…..?????? org berlakon dalam youtube pun dah kena tangkap…..siap nak kena ugut bunuh…..takut rahsia bocor…apa cerita….yg tak betul tetap tak betul…..kalau betul PR nak sgt kerajaan, PAS tue kena jadi pemimpin bukan jadi pengikut…tue yg dok berkudakan……

Jgnlah seronok sgt, bila buat keputusan tue fikir E2E (big picture), sebab kita anggap org Islam tak lebih Islam daripada kita….maka semua benda buruk kita jadi halal. tak betul tue…kalau tak betul kita tegur….bkn politik sepenuh masa……yg merosakkan nie semua golongan profesional…fikir tinggi tapi tak pernah bersyukur kesan sebab tak puas hati tue…yg patut tak puas hati tue patutnya nelayan, petani, org felda tue….balik kepada asal, letakkan keutamaan bkn belasahje. Kalau byk buruk daripada baik…..jatuh pada ??

Sekarang dia yang sempurna, kita kena pilih antara hodoh dengan hodoh…..kita kena bersyukur, kalau betul Allah nak pastikan jalan dia akan mempermudahkan dan takan

—– Original Message —–

Siapa Ambiga?

1. Ambiga Sreenevasan (lahir 1956) merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.

2. Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.

3. Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah “Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan”, dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.

4.  Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam.

Siapa pula Lina Joy? kalau korang dah lupa, meh saya ingatkan…

Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita Melayu yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).

Rentetan

1. Pada 2 Februari 1997, Azlina Jailani memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.

Pada 1999, dia sekali lagi memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dan diluluskan, tetapi permohonan untuk menukar status agama itu ditolak kerana tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

2. Pada April 2001 Lina Joy telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Tetapi Mahkamah Tinggi menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Oleh itu Lina Joy membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

3. Pada 19 September 2005 Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan menghalangnya daripada menggugurkan perkataan “Islam” daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

4. Pada 30 Mei 2007 rayuan Lina Joy ditolak oleh Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif. Manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum membenarkan deklarasi yang dipohonnya [2]. Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.

apa 14 tuntutan Ambiga melaui IFC?

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam… tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Comments»

1. Mizlaser - April 30, 2012

Kenapa masih ramai yang tak sedar tentang ni..?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: