jump to navigation

Pegawai JAKIM Hentam Tindakan JAIS August 25, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam, Kerajaan, politik.
add a comment

IB mengambil masa agak lama untuk menyiapkan tulisan ini kerana ingin memahami sepenuh isu ini sebelum menghebahkan kepada umum.

Pada taklimat kepada NGO-NGO Selangor susulan tindakan JAIS menyiasat aduan adanya ”gereja” yang menganjurkan majlis berbuka puasa, apabila peluang soalan dibuka seorang hadirin bernada sinis bertanya apakah JAIS amat terdesak kerana memanggilkan hadirin untuk taklimat tersebut.

Terpingga IB sebentar. Dalam suasana semua yang hadir berpadu teguh semangat berdiri menyokong JAIS bertindak memeriksa kesahihan aduan ada pula wakil NGO sanggup mempersoalkan tindakan JAIS menyelamatkan akidah umat Islam di negara kita.

Itulah pertama kali IB hadir majlis sedemikian di JAIS selepas mendapat arahan dari Presiden NGO yang IB anggotai untuk mewakili beliau. Dan itulah pertama kali IB berjumpa lelaki tersebut.

Dari perwatakan dan pembawaan dirinya, IB agak dia seorang pegawai kerajaan. Dan dari ramainya kenalan beliau yang bersalam dengannya sambil sebahagiannya semacam memberi penghormatan beliau mungkin seorang pegawai kanan kerajaan.

Maka untuk menulis ini, IB melakukan sedikit selidik. Rupanya beliau seorang pengerusi NGO di Selangor. Dan yang amat mengejutkan lagi bagi IB ialah beliau seorang PEGAWAI KANAN JAKIM.  Wow terkejut benar.

Pegawai di jabatan agama Persekutuan hentam tindakan jabatan agama negeri!

Agak tidak masuk akal juga.

Maka diselidiki lagi, NGO ini mempunyai afiliasi kuat dengan tokoh politik tertentu. Maka konklusinya, apakah beliau bercakap dengan membawa mesej yang diarah atau mesej yang mafhum pendirian NGOnya.

Akhirnya, pegawai ini bersama dengan rakan-rakan sekongkol mereka mensabotaj satu majlis forum membincangkan mendaulatan Islam sebagai agama negara yang telah diadakan di Masjid Negeri pada hari sambutan Nuzul Quran. Tindakan menikam dari belakang di saat akhir adalah satu tindakan yang bacul.

Sekian, IB

Khalid Ibrahim Semakin Panik! August 11, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Islam, Selangor.
1 comment so far

Setelah melulu memohon maaf (klik) Khalid Ibrahim panik dengan keberanian dan ketegasan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS, Khalid Ibrahim menjadi panik hingga melarang semua exco dari mengeluar sebarang kenyataan. (sebenarnya dituju kepada Hassan supaya jangan sangat tunjuk MB tersilap)

Semalam, Khalid bertambah panik!

Khalid mengelak untuk menjawab apabila ditanya samada beliau ada otoriti terhadap JAIS.

The menteri besar however sidestepped questions when pressed specifically on whether or not the state has any authority over Jais, only saying that the religious department must conduct its activities based on provisions laid out in the state enactment.

Dan apabila digasak lagi oleh pemberita, Khalid suruh pemberita baca sendiri Enakmen Negeri.

“Read the enactment,” he said when pressed to clarify whether it meant the state government has jurisdiction over Jais or otherwise.

Apakah dia takut nak jawab? Apakah dia sudah terlanjur sebelum ini dengan meminta maaf serta mengarah JAIS lapor kepada dia? Atau dia baru dapat maklumat bahawa JAIS di pihak yang benar dan dia sudah mengelabah?

Khalid also avoided responding directly to criticism for stating his “regret” over the raid, despite ordering a gag order on all state executive councillors and state government staff on the issue pending completion of Jais’ report.

Malah dalam sidang tersebut, Khalid akhirnya akur dengan istilah-istilah yang telah disalahgunakan sebelum ini untuk memburukkan imej JAIS dengan membetulkan istilah “serbu” sebagai “pemeriksaan”.

Describing the raid as “pemeriksaan” or an inspection, Khalid said the best policy the state government can adopt now is to allow Jais enough time to complete its report.

Akhirnya barulah dia angkat bendera putih:

“The state must be very professional and get the facts first. Right or wrong, let us see the report first,” he said.

Maka dia mengakulah bahawa dia tidak professional dalam mengeluarkan kenyataan melulu.

Tapi apakah dia akan minta maaf dengan JAIS dan menarik balik kenyataan maafnya ke Daniel Ho?

Sekian, IB

Nota: petikan-petikan laporan di atas dari Malaysiakini – “Khalid dodges Jais bullet”.

Pemuda PAS pertahan Jais dan Hasan Ali, dakwa ada bukti murtadkan Muslim August 10, 2011

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam.
add a comment

dipetik dari MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang tadi.

Jelas beliau, Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Nasrudin (gambar), dalam pertemuan kira-kira sejam itu Hasan juga memberitahu Jais mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.

“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak agar enyokong tindakan itu Jais  agar tidak timbul sebarang keraguan.

Dalam serbuan itu kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja tanpa waran kira-kira 10 malam, Rabu lalu.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum

Dalam serbuan itu, Jais dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti.

Tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Hasan mempertahankan tindakan Jais atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Ahad lalu, Hasan telah memberi penjelasan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat berhubung serbuan dan dakwaan yang dibuat.

PAS mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

Pertemuan itu dijangka akan diadakan pada minggu depan.

Wajib pertahan Islam August 10, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam.
add a comment

dipetik dari Utusan

Wajib pertahan Islam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.

Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.

“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.

“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.

“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.

Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.

Apakah Model Demokrasi Sebegini Yang Kita Cari-carikan? August 10, 2011

Posted by ibrahimbaba in masalah sosial, sosial.
add a comment

Kenapa kita terlalu memuja dan memuji Barat?

Apakah segala dari Barat itu baik?

Hak Asasi? Kebebasan bersuara? Kebebasan berhimpun? Demokrasi? …. ???

Apakah hasilnya sebegini yang kita cari-carikan? Apakah ini Barat yang hebat dimata kita?

Dipukul perusuh

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
SERANG...rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London.
SERANG…rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London.
ASYRAF...patah rahang
ASYRAF…patah rahang

KUALA LUMPUR: “Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20.

Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.
Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka.

Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.
“Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.
“Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.
“Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.

NGO Islam gesa MCCBCHST ‘tutup mulut’ August 10, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam.
add a comment

dipetik dari: Malaysiakini

Sebanyak 17 gabungan NGO Islam hari ini menggesa Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) ‘tutup mulut’ daripada mengeluarkan kenyataan berhubung urusan antara agama.

Menurut Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin), sejak penubuhan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) bawah Kabinet, Accin dan anggotanya sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu.

NONEPengerusinya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, tindakan itu sebagai menghormati konsensus jawatankuasa tersebut. 

“Accin ingin mengingatkan Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia kembali menghormati jawatankuasa tersebut pada masa akan datang,” katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan, MCCBCHST menyifatkan serbuan terhadap majlis di geraja sebahagian daripada “usaha sengaja dan sistematik oleh pihak yang berada di koridor kuasa negara ini” untuk mewujudkan konflik antara bangsa dan agama berbeza di Malaysia.

juga mendesak kerajaan persekutuan menyiasat insiden itu yang dilaporkan dua akhbar berbahasa Melayu bahawa terhadap orang Islam diajak menukar agama pada malam itu.

‘Hentikan usaha murtad’

Merujuk kepada kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya, Accin dalam kenyataannya berkata, isu itu sepatutnya dibincangkan di JKMPKAPA, yang dipertanggungjawabkan kepada dua menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Justeru, ACCIN turut meminta pihak kerajaan segera mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Hasil siasatan juga perlu dikemukakan segera agar tidak berlaku salah faham dalam masyarakat,” katanya.

mccbchst religious freedom prayer pc 020407Sambil memperakui pendirian Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia – bahawa ketengangan agama hanya boleh datang daripada agama – Sheikh Abdul Halim meminta semua pihak, khususnya media bertanggungjawan melaporkan isu antara agama.

Beliau juga menolak penggunaan beberapa istilah seperti “storm”, “raid” dan “barge” yang didakwa tidak wajar bagi menggambarkan pemeriksaan JAIS.

Sedangkan, menurutnya lagi, ia hanya dijalankan selepas hampir sejam berunding dengan penganjur atas aduan berlakunya usaha pemurtadan oleh pihak gereja.

“Accin meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat beragama. Rumah ibadah merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan. 

“Agar ianya berjaya, ACCIN meminta usaha memurtadkan penganut Islam khasnya, di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh negara dihentikan segera,” katanya.

Cadangan itu, menurut Sheikh Abdul Halim bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama persekutuan dan sensitiviti umatnya.

Accin antaranya dianggotai Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Wujudkan Akta Jenayah Akidah kekang murtad August 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam.
add a comment

BATU PAHAT 8 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Beliau berkata, akta itu amat perlu kerana masalah umat Islam murtad semakin berleluasa, malah usaha memesongkan akidah umat Islam itu seolah-olah bukan lagi menjadi suatu rahsia.

“Sebab itu, saya dari dulu lagi mencadangkan supaya diwujudkan atau kalau boleh supaya Akta Jenayah Akidah ini dibawa ke Parlimen untuk memastikan tidak ada usaha memurtadkan umat Islam di negara kita.

“Ini bagi menjamin gejala ini tidak berleluasa sebab sekarang ini ia dah jadi open secret,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sivik Ramadan di Parit Lapis, di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan membaiki rumah penduduk yang rosak, sumbangan kepada anak-anak yatim, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan golongan kurang berkemampuan.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan mengejutkan mengenai kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa bahawa lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008.

Bagaimanapun, Mohd. Puad berkata, isu murtad itu tidak hanya terletak pada bahu kerajaan untuk mewujudkan akta baru atau memperkemas akta sedia, tetapi turut melibatkan banyak pihak termasuk agensi dakwah.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) me lakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah kepada umat Islam ba ru-baru ini perlu dilihat dari sudut Perlembagaan negara.

“JAIS sewajarnya dibenarkan melengkapkan siasatan berdasarkan Perlembagaan yang menetapkan orang bukan Islam tidak boleh mendakwahkan ajaran agama mereka kepada umat Islam.

“Kita mesti kembali kepada Perlembagaan negara kita yang mem- beri kebebasan kepada setiap kaum untuk mengamalkan agama dan bu- daya masing-masing.

“Tetapi cukup jelas juga dalam Perlembagaan bahawa orang bukan Islam tidak boleh mendakwahkan ajaran mereka kepada orang Islam iaitu dalam kata lain orang bukan Islam tidak boleh melakukan apa sahaja untuk memesongkan akidah orang Islam,” katanya kepada pem berita pada Majlis Sivik Ramadan di Parit Lapis di sini semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan negara yang dengan jelas menyatakan orang bukan Islam tidak boleh mendakwahkan ajaran mereka kepada umat Islam.

“Dalam kata lain, orang bukan Islam mesti mematuhi Perlembagaan ini iaitu mereka tidak boleh melakukan apa sahaja untuk memesongkan akidah orang Islam,” katanya.

Mohd. Puad berkata, semua pihak tidak boleh berselindung dengan menggunakan aspek kebajikan atau sebarang bentuk bantuan untuk memancing umat Islam menukar agama mereka.

dipetik dari Utusan Malaysia

Lebih 7,000 orang beri sokongan kepada JAIS, Hasan Ali di Facebook August 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam.
add a comment

Sudah 10,000 kini …

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Meskipun parti yang dianggotainya tidak berani menyatakan sokongan terhadap pendirian tegasnya mempertahan akidah umat Islam yang cuba dimurtadkan, Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali tiada sebab untuk berduka.

Ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor itu mendapat sokongan terbuka daripada ribuan umat Islam menerusi laman sosial Facebook atas keberaniannya mempertahankan Islam.

Kesemua 7,034 individu itu menyatakan sokongan melalui sebuah laman peminat iaitu1,000,000 umat Islam sokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) & Hasan Ali cegah murtad, yang mula diwujudkan Sabtu lalu.

Ia diwujudkan oleh pihak yang menggelar diri mereka sebagai ‘tentera Allah’ bagi mengumpul sejuta umat Islam, tanpa mengira latar belakang serta ideologi politik bagi menyokong Hasan dan JAIS yang kini menjadi mangsa kecaman.

Menurut ‘tentera Allah’, usaha tersebut perlu dibuat kerana terdapat asas berhubung dakwaan berlakunya usaha memurtadkan orang Islam oleh Gereja Methodist Damansara Utama kerana ia disahkan sendiri oleh mangsa.

“Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu. Dia yang dibelenggu masalah kewangan mengakui menerima bantuan dari gereja sebelum dipujuk menyertai kegiatan keagamaan Kristian,” katanya.

Utusan Malaysia yang melayari laman tersebut hari ini mendapati orang Melayu diminta bersatu dan mengetepikan ideologi politik masing-masing demi mempertahan kesucian agama Islam yang kini sedang diancam pihak tertentu.

Salah seorang yang menyeru ke arah penyatuan berkenaan ialah Abu Islam Abdullah Amran yang berkata: “Janganlah kerana kepentingan politik kita sanggup mengetepikan hal agama atau sewenang-wenangnya membenarkan kesucian Islam tercemar.”

dipetik dari Utusan Malaysia

Facebook Cegah Murtad August 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam.
add a comment

Sudah 9000 orang LIKE ….

Klik: http://www.facebook.com/cegahmurtad

Dan tekan: LIKE

Kenyataan Media Berhubung Isu Pemeriksaan Pasukan Penguatkuasaan JAIS Ke Atas Dream Centre Milik DUMC August 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam, politik.
add a comment

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA) BERHUBUNGISU PEMERIKSAAN PASUKAN PENGUATKUASAAN JAIS KE ATAS DREAM CENTRE YANG DIMILIKI DAMANSARA UTAMA METHODIST CHURCH PADA 3 OGOS 2011

8 OGOS 2011 | 8 RAMADHAN 1342

Pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung di bawah PEMBELA ingin menzahirkan sokongan terhadap tindakan Pasukan Penguatkuasaan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas premis Dream Centre yang dimiliki Damansara UtamaMethodist Church pada 3 Ogos 2011. Penganjuran “Thanksgiving Dinner” di dewan tersebut dengan melibatkan orang-orang Islam pada waktu berbuka puasa di bulan mulia Ramadhan menimbulkan pelbagai persoalan dan mendedahkan penganut agama Islam kepada upacara keagamaan bukan Islam di tempat bukan Islam. Peranan JAIS di dalam menjalankan pemeriksaan tersebut adalah mengikut lunas dan ruanglingkup peruntukan undang-undang yang sedia wujud dan telah dijalankan demi menjernihkan sebarang keresahan di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya penganut agama Islam sebagai majoriti penganut agama yang mempunyai kedudukan sebagai agama Negara.

Susulan reaksi pelbagai pihak, terutamanya para pemimpin politik daripada kedua-dua pihak kerajaan dan barisan pembangkang, PEMBELA meyakini keperluan untuk membantah kenyataan-kenyataan fitnah terhadap PPA JAIS kononnya telah berlaku “storm”, “raid” dan “barge” serta tindakan seumpamanya sedangkan pada hakikatnya PPA JAIS telah terlebih dahulu berunding dengan penganjur lebih sejam sebelum melaksanakan tujuan pemeriksaan, iaitu untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam di kalangan hadirin majlis tersebut serta tidak berlaku sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan penghinaan terhadap agama Islam. PEMBELA menegaskan sekali lagi bahawa kedudukan Islam, seperti yang terpahat di dada sejarah dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negeri, adalah dikawalselia serta berada di bawah naungan Duli-duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di negeri-negeri. Hakikat ini bukan sahaja perlu diterima semua pihak, tetapi batas-batasnya juga perlu sentiasa dicernakan dan dihormati di dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

Justeru PEMBELA membantah sekeras-kerasnya campurtangan politik dalam hal ehwal agama Islam oleh para pemimpin politik yang bermotifkan percaturan serta perkiraan kuasa semata-mata. Kenyataan YAB Menteri Besar Selangor yang bersifat “apologetic” amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat ketika siasatan sepenuhnya masih berjalan. Begitu juga, kenyataan beberapa pemimpin politik yang bukan beragama Islam menghiris hati dan perasaan umat Islam serta menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak bertempat di Negara ini. Kenyataan-kenyataan tersebut hanya menambah kekeliruan dan mewujudkan prasangka yang menajam di kalangan umat Islam dan bukan Islam. Adalah lebih baik sekiranya pihak JAIS dan mana-mana pihak berkuasa agama negeri-negeri diberikan kebebasan menjalankan tugas selagi tidak melanggar lunas serta batas undang-undang yang diperuntukkan.

PEMBELA menuntut pihak berkuasa keselamatan untuk menyekat tindakan-tindakan provokasi agama  yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara terancang untuk menghakis kedaulatan Islam sebagai agama negara. Ini termasuklah peranan mana-mana media yang menggunakan istilah-istilah yang tidak tepat berkenaan gambaran kejadian yang berlaku, serta komen-komen yang ternyata tidak membantu di dalam mencari keadilan dan menjernihkan suasana harmoni yang sedia wujud di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.

Dr. Yusri Mohamad – Pengerusi PEMBELA

dipetik dari: http://membelaislam.wordpress.com/