jump to navigation

Kenapa Kaum Erdogan PAS Terlalu Apologetik? August 5, 2011

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam, PAS, politik.
trackback

Dari mana suntikan angin sebegini timbul dalam PAS?

Parti yang asas perjuangannya Islam kini lebih apologetik dengan musuh Islam dan keras yang amat dengan sesama Islam.

Dan di mana letaknya pula ayat ” …orang-orang yang bersama dengan Baginda adalah bersikap keras (tegas) terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka (muslim)…”

Ini tidak, bila dengan orang-orang kuffar punya dibela bermatian. Dengan sesama Islam dihentam tanpa melihat maslahat umum yang lebih besar mengancam umat akan datang dek kerana dikaburi motif politik jangka pendek mereka.

Musuh Islam tidak akan diam. Mereka merubah strategi dan merubah lagi. Hinggakan tidak lagi kita nampak apa yang sudah terselindung di sebalik niat “murni” yang mereka laungkan itu.

Atas nama demokrasi, tuntutan kebesasan, hak asasi, dan pelbagai lagi itu adalah merupakan agenda yang dibawa untuk memecah-belahkan umat Islam dan memusnahkan aqidah anak cucu kita.

Jangan kita memilih-milih slogan Islam dan menerima pakai pula baju kilauan barat atas pelbagai jenama. [Hinggakan dicemari peristiwa Hijrah Rasulullah dengan demonstrasi Bersih!]

Lupakah kita ” … Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”

Jika begitu, bila pula boleh kita ” … dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan … ”

IB impikan satu hari nanti umat kita dapat bersatu.

Sekian, IB

luahan di atas adalah selepas membaca (dan ini bukan pertama mereka seperti Khalid Samad bersikap begini):

PAS S’gor tuntut penjelasan Hasan Ali (Malaysiakini)
PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.

NONE“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Setakat ini, “kecuali satu” pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid menegaskan, Islam menegaskan bahawa prinsip bahawa rumah ibadat mesti dihormati tidak kira apa agamanya sekali pun.

“Kalau hadir, (Datuk Seri) Najib (Razak) pun pergi ke Vatican bertemu Pope. Itu sebesar-besarnya gereja di dunia,” katanya sambil berhujah tindakan itu tidak boleh dijadikan kesimpulan sebagai proses memurtadkan Islam.

Tindakan tak beretika

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum.

“(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mungkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.

“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa (hingga sekarang) mungkin,” katanya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: