jump to navigation

Lebih 7,000 orang beri sokongan kepada JAIS, Hasan Ali di Facebook August 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Islam.
trackback

Sudah 10,000 kini …

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Meskipun parti yang dianggotainya tidak berani menyatakan sokongan terhadap pendirian tegasnya mempertahan akidah umat Islam yang cuba dimurtadkan, Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali tiada sebab untuk berduka.

Ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor itu mendapat sokongan terbuka daripada ribuan umat Islam menerusi laman sosial Facebook atas keberaniannya mempertahankan Islam.

Kesemua 7,034 individu itu menyatakan sokongan melalui sebuah laman peminat iaitu1,000,000 umat Islam sokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) & Hasan Ali cegah murtad, yang mula diwujudkan Sabtu lalu.

Ia diwujudkan oleh pihak yang menggelar diri mereka sebagai ‘tentera Allah’ bagi mengumpul sejuta umat Islam, tanpa mengira latar belakang serta ideologi politik bagi menyokong Hasan dan JAIS yang kini menjadi mangsa kecaman.

Menurut ‘tentera Allah’, usaha tersebut perlu dibuat kerana terdapat asas berhubung dakwaan berlakunya usaha memurtadkan orang Islam oleh Gereja Methodist Damansara Utama kerana ia disahkan sendiri oleh mangsa.

“Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu. Dia yang dibelenggu masalah kewangan mengakui menerima bantuan dari gereja sebelum dipujuk menyertai kegiatan keagamaan Kristian,” katanya.

Utusan Malaysia yang melayari laman tersebut hari ini mendapati orang Melayu diminta bersatu dan mengetepikan ideologi politik masing-masing demi mempertahan kesucian agama Islam yang kini sedang diancam pihak tertentu.

Salah seorang yang menyeru ke arah penyatuan berkenaan ialah Abu Islam Abdullah Amran yang berkata: “Janganlah kerana kepentingan politik kita sanggup mengetepikan hal agama atau sewenang-wenangnya membenarkan kesucian Islam tercemar.”

dipetik dari Utusan Malaysia

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: