jump to navigation

Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama September 26, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar.
add a comment

AIDCNews – 19/09/11 – Beliau bukan tokoh politik, berusia 62 tahun, mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970.

“Saya muda setahun dari Datuk Seri Anwar, ketika sama-sama menuntut di UM”, kata Ustaz Ismail Mina

Seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam yang low profile , lebih selesa berjubah mula mengenali Anwar, ketika zaman pelajar, ketika itu Anwar adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Persahabatan dan sokongannya kepada Anwar tidak pernah luntur, dari zaman pelajar, bersama-sama di Yayasan Anda hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu masih merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pasca 2004, terutamanya apabila Ketua Umum PKR itu sering berceramah di luar negara berkenaan dengan topik agama.

Paling kemuncak adalah ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”.

“Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu…Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil ataucopy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri. Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya yang mula menarik balik sokongan setelah melihat sahabatnya telah terpengaruh dengan aliran pemikiran yang merosakkan Islam, Liberalisme dan Pluralisme.

“Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama”, tegasnya.

Ikutilah wawancara AIDC dengan Ustaz Ismail Mina pada 16 September 2011, di Hulu Klang dalam menyoroti kisah di sebalik tabir berkenaan dengan isu tersebut.

AIDC : Saya difahamkan, Ustaz ada menganjurkan satu seminar ‘Pluralisme Agama dan Pemurtadan’ di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada Disember tahun lepas.

Ustaz Ismail Mina : Ya. Benar.

Apakah tujuannya dianjurkan seminar tersebut ?

Sebenarnya, seminar tentang pemurtadan yang kita fokus tentang liberalisme dan pluralisme. Pertama kali kita buat di UIA, Gombak.

Itu yang pertama. Itu adalah ekoran daripada ceramah yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di London School of Economics (LSE).

Jadi, setelah kita teliti dengan sahabat – sahabat, kita dapati ini satu isu yang serius. Bukan sekadar isu yang remeh, tetapi isu ini yang menyangkut akidah dan syariah umat Islam.

Kemudian, seperti yang saudara sebut tadi, ada dibuat program di Masjid Wilayah. Itu adalah program yang kedua.

Yang Kedua ? di Masjid Wilayah itu lebih serius ataupun di UIA ?

Kedua-duanya serius cuma audiens di UIA itu sedikit terhad berbanding di Masjid Wilayah yang lebih ramai dan luas.

Mekanisme kita di UIA agak terbatas disebabkan jemputan itu sedikit berbanding di Masjid Wilayah kerana kita dapat organize jemputan lebih luas.

Dan ekoran daripada itu, kita juga buat program ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Di situ, kehadiran ramai pelajar dan ada sebilangan aktivis Islam di Terengganu.

Membincangkan topik yang sama iaitu pluralisme dalam konteks model ucapan Anwar di LSE ?

Ya, betul. Memang fokus kita adalah berdasarkan kepada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diucapkan di LSE iaitu beliau menyamakan semua agama adalah sama.

Jadi, daripada situlah kita ada beberapa tajuk-tajuk lain.

Jadi, kenapa memilih ucapan Anwar di LSE itu sendiri sebagai pencetus?

Saya, Alhamdulillah, daripada maklumat daripada sahabat-sahabat bahawa ada juga aktivis Institut Kajian Dasar (IKD) bercakap mengenai pluralisme agama.

Antaranya mereka menyebut bahawa, sami-sami bukan Islam yang buat baik akan masuk syurga. Tapi itu cakap, tidak ada hitam putih.

Berbanding dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu hitam putih. Jadi, sebab itulah kita mengambil ini sebagai pegangan yang konkrit.

Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.

Ustaz sendiri adalah sahabat baik Anwar sejak dari Yayasan Anda..Sejak dari Universiti Malaya lagi.

Ustaz tidak menyangka yang akhirnya Anwar terjerumus dalam pluralisme agama ?

Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.

Dan semua orang tahu Nurcholish Madjid, Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.

Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid.

Maksudnya..

Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu.

Jadi seminar di UIA, Masjid Wilayah dan UMT membahaskan ucapan Anwar di LSE itu ?

Oh ya.. memang. ..Maudu’  penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar. Memang khusus kita bincang.

Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah.

Dengan penglibatan NGO-NGO Islam yang lain ?

Ya, betul.

Ustaz Uthman el-Muhammady meneliti satu-persatu ucapan Anwar di LSE itu ?

Ya, beliau meneliti. Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan.

Bermakna, dibahaskan, disemak dan juga dilihat berkali-kali untuk mengesahkan bahawa benarkah ucapan Datuk Seri Anwar di LSE itu berbaur ataupun memang menjurus ke arah pluralisme agama ?

Memang.

Benarkah ucapan di LSE itu dibuat Anwar ?

Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copydaripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.

Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap.

Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama..Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralisme agama ini ialah semua agama sama…

Apakah isi kandungan ucapan di LSE yang dikatakan Anwar telah menjurus ke arah pluralisme agama, telah dikatakan bercanggah dengan akidah Islam ?Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama.

Dan perjumpaan di rumah Profesor Osman Bakar, saya telah menyediakan.. membuat sedikit homework sekitar sepuluh point, nak dibahaskan pada malam itu.

Itulah inti daripada keseluruhan ucapannya bahawa semua agama adalah sama dalam pengertian pluralisme agama.

Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralisme agama ini ialah semua agama sama.

Bukan macam sesetengah orang mengatakan pluralisme agama ini ada berbagai-bagai agama, tidak. Ya, itu bukan. Itu plurality, kepelbagaian. Itu bukan pluralisme agama.

Datuk Seri Anwar memang faham begitu dalam tulisannya.

Maksudnya, menganggap Islam bukanabsolutely benar dan mungkin juga agama lain mungkin benar dan semua agama adalah benar ?

Betul. Sebab itu beliau berkata di situ bahawa kita tidak boleh mengatakan agama kamu (bukan Islam).. kita orang Islam tidak boleh mengatakan agama itu tidak benar.

Dan beliau juga mengatakan, jalan untuk keselamatan berbagai-bagai. Bagi kita penganut Islam hanya satu sahaja.

Jika sekiranya Anwar mendakwa, prinsipnya tentang pluralisme ini tidak berubah sejak dari zaman ABIM lagi dan dulu telah terlibat dengan dialog-dialog antara agama dan sebagainya. Ustaz melihatnya bagaimana ?

Setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar tidak pernah terlibat dalam dialog antara agama.

Saya di Universiti Malaya pada masa itu, kami daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan kita ada anjurkan program yang kita panggil Forum Antara Agama atau Dialog Antara Agama yang diwakili (Islam) oleh Dr. Uthman el-Muhammady, pada masa itu beliau pensyarah Universiti Malaya. Selain itu terdapat juga beberapa orang daripada Hindu, Kristian dan seumpamanya.

Jadi, setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti yang kita kata tadi, beliau tidak mengatakan semua agama sama.

Tidak menjurus ke situ ?

Tidak menjurus ke situ. Tetapi sejak akhir-akhir ini, beliau sudah menjurus ke situ.

Sejak akhir-akhir ini, beliau kerap sangat attend program ke arah pluralisme agama ini.

Adakah Ustaz melihat perubahan beliau sejak akhir-akhir ini disebabkan terdesak untuk mendapat sokongan ataupun sebenarnya sudah menjadi satu anutan ideologinya terhadap perkara itu ?

Wallahualam. Setakat yang saya faham, memang itu keyakinan beliau.

Hasil perbincangan dengan beberapa sahabat, ada beberapa bukti.

Pertama, ucapan beliau mengenai semua agama sama ini bukan di satu tempat.

Dibuat di berbagai-bagai tempat. Dan kemuncaknya di LSE.

Kedua, beliau berjanji di dalam perjumpaan di rumah Prof. Osman Bakar malam itu, bahawa beliau akan edit balik tulisannya.

Katanya ada sedikit longgar, beliau akan edit balik. Sebenarnya beliau tidak edit. Tidak edit langsung.

Selepas perjumpaan malam itu, beliau ada satu ceramah politik di Melawati, dia mengulangi perkara itu lagi.

Malah, ditambah lagi tokoh-tokoh yang pada malam itu saya tidak sebut.. Ditambah lagi tokoh-tokoh (untuk sokong pendapatnya).

Jadi ini menunjukkan memang beliau yakin betul. Bukan strategi politik sangat, tetapi sudah menjadi akidahnya. Kepercayaannya.

Adakah ini hasilnya daripada pembelajarannya semasa belajar di University Georgetown, di Amerika Syarikat di bawah John Esposito ?

Saya rasa lebih awal lagi daripada itu. Saya rasa, kefahaman pluralisme agamanya mungkin lebih awal daripada di Universiti Georgetown. Mungkin beliau ada berhubung dengan John Esposito ataupun lain-lain tokoh.

Jadi, bukan sebab di Georgetown, mungkin awal daripada itu lagi.

Semasa pertemuan di rumah Prof. Osman Bakar beliau ada menyebut tentang Asian Rennaisance. Adakah Ustaz membaca mengenai Asian Rennaisance ?

Ya, saya baca semasa beliau baru menulis. Saya baca. Tapi, pada saya Asia Rennaisance tidak ke arah pluralisme agama..tidak.

Beliau bercakap dari segi budaya dan seumpamanya.

Setakat yang saya faham, tidak menjurus kepada pluralisme agama.

Walaupun sebut tentang kebaikan agama-agama lain, tidak, itu satu hal lain.

Tapi, berbeza dengan ucapan di LSE, memang betul-betul jelas, menjurus ke arah itu. Bukan sahaja menjurus ke arah itu, tapi memang betul-betul ke situ.

Pada malam perjumpaan itu, Anwar berkata dia terpaksa memberi ceramah kepada audiens Yahudi dan Kristian sebagai mengambil hati mereka

Memang beliau boleh jawab begitu. Audiensnya begitu.

Sebagai contohnya, kalau audiensnya semua tidak percaya kepada agama, adakah beliau akan mengatakan, ‘ya kita tidak perlu percaya kepada agama’.

Kalau audiens yang akhlaknya rosak, takkan kita pun nak kata agama Islam adalah akhlak yang rosak.

Jadi, sepatutnya beliau menerangkan Islam. Jangan sentuh perkara-perkara yang lain. Menerangkan Islam, itu sahaja.

Tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Beliau quote daripada Jalaluddin Rumi, quotation itu salah. Sebenarnya, apa yang beliauquote itu tidak ada di dalam tulisan (Jalaluddin Rumi), tidak ada dalam Masnawi Matnawi, tidak ada.

Beliau hanya ambil daripada John Hicks dan Hicks ambil daripada orang lain.

Jadi beliau bukan seorang peneliti yang serius.

Siapa yang mengatur pertemuan dengan Anwar di rumah Profesor Osman Bakar ?

Selepas program di UIA itu, saya diberitahu oleh Profesor Osman bahawa Datuk Seri Anwar hendak berjumpa. Jadi, Prof Osman tanya saya, adakah saya bersetuju.

Saya tidak ada masalah, kita boleh bertukar-tukar fikiran.

Pada awalnya, pertemuan tidak berlaku kerana Datuk Seri sibuk dengan program-programnya yang lain.

Sehinggalah kita buat program di Masjid Wilayah dan kerana itu beliau lebih serius mahu berjumpa. Jadi saya pun bersetuju.

Jadi, kalau ada orang mengatakan bahawa perjumpaan di rumah Prof. Osman itu, inisiatifnya adalah MUAFAKAT, itu tidak benar. Beliau sendiri yang mahu berjumpa kami.

Adakah kerana beliau sudah mendengar tentang cakap-cakap tentang seminar tersebut yang sudah diperkatakan orang. Jadi, beliau ingin memberi penjelasan ?

Saya difahamkan, perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.

Ya, saya difahamkan begitu.

Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.

Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar.

Selepas daripada program, saya bersembang sambil minum, saya dapati yang datang itu tidak ada langsung maklumat dan kefahaman tentang ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi mereka datang kosong. Itu saya kata, dikerah special untuk menyokong Datuk Seri Anwar.

Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE

Kedua, memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya. Tapi tidak jadi sebegitu.

Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework.

Saya sediakan point-point saya nak berbincang, tetapi tidak menjadi begitu.

Kerana para peserta itu, dalam pemikiran mereka bukan mahu bercakap mengenai pluralisme agama tetapi mereka mahu bercakap benda lain.

Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralisme agama.

Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.

Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralisme agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.

Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE.

Ditambah lagi dengan kawan-kawan yang respon itu macam-macam bercakap.

Seseorang itu bercakap mengenai hubungannya yang tetap setia dengan Datuk Seri Anwar sejak dari awal hingga sekarang.

Padahal orang yang bercakap itu sibuk menjadi campaign manager Tan Sri Muhammad Taib semasa bertanding jadi Naib Presiden UMNO, ketika saya dan kawan-kawan membuat program ‘Sekretariat Pembebasan Anwar’ (SPA).

Kita bertungkus-lumus, saya dan kawan-kawan. “Orang itu” tidak. Tapi dia claim pada malam itu, dia bersama Datuk Seri Anwar sampai sekarang.

Kemudian, ada kawan-kawan yang lain bercakap, pun demikian juga. Langsung tidak ada maklumat, tidak ada ilmu tentang pluralisme agama.

Kami hanya ada lima atau enam orang ini memang mahu bercakap berkenaan pluralisme agama. Dan, kami kecewa kerana Datuk Seri Anwar tidak respon dengan cara ilmiah.

Bermakna, pada malam itu, Anwar sendiri tidak berminat untuk menjawab tentang pluralisme agama tetapi beliau cuba mengalihkan topik ?

Itu yang saya faham.

Sebab itu beliau bangkitkan isu Utusan Malaysia, masuk UMNO, moralnya dan macam-macam lagi ?

Ya..ya. usaha untuk alih topik.

Saya bersetuju dengan saudara bahawa beliau nak lari isu. Sebab itu beliau kata, kita diguna oleh UMNO, Utusan Malaysia.

Walhal tidak ada seorang pun, orang UMNO yang kita berjumpa dalam isu ini.

Kita pun tidak consult Utusan Malaysia, tidak ada. Cuma, apabila kita buat program, kita panggil semua press. Yang datang Utusan Malaysia dan dua..tiga lagi. Tapi yang ketengah isu ini agak serius, Utusan Malaysia.

Jadi, bukan bererti digunakan ?

Tak ada. Itu yang saya kata pada malam itu. Beliau baik dengan orang-orang Yahudi, saya tidak mengatakan Datuk Seri dipergunakan oleh orang Yahudi.

Semua orang tahu yang hubungan baiknya dengan orang Yahudi. Saya tidak mengata begitu.

Dengar balik rakaman tersebut, saya ada berkata begitu.

Jadi, pada malam itu, nampaknya Anwar tidak bersedia untuk menjawab tentang pluralisme agama. Beliau tidak berupaya mempertahankan hujahnya ?

Ya betul. Beliau ada sebut pada malam itu, katanya ada sedikit longgar, beliau kata nak edit. jadi, beliau sendiri percaya benda itu salah.

Dalam satu aspek, beliau percaya benda itu salah kerana beliau berdepan dengan beberapa orang, seperti kami daripada sahabat MUAFAKAT yang betul-betul all out faham liberalisme dan pluralisme.

Jadi, sebab itu beliau kata ada sedikit apologetik..ada sedikit lembut katanya dan berjanji akan edit balik sebab berdepan dengan kami…

Tetapi, di luar daripada kami, tidak begitu.

Sebab itu Prof. Osman Bakar yang jadi moderator pada malam itu, selepas itu, dianjurkan satu program di Sungai Ramal yang dibentang oleh Prof. Osman Bakar berkenaan, setakat yang saya faham, mempertahankan pluralisme agama.

Advertisements

Old ghosts back to haunt Mat Sabu September 15, 2011

Posted by ibrahimbaba in PAS, politik.
add a comment
Bagi IB, dengan fahaman Syiahnya, Mat Sabu mudah bertaqiyyah. Cuma masyarakat awam atau khususnya ahli PAS (dan pimpinannya sekali) sedar atau tidak bila Mat Sabu bertaqiyyah.
Sekian, IB
source: The Star Online

PAS deputy president Mohamad Sabu has been hit by an alleged sex video even as he is struggling with the firestorm over his remarks on the Bukit Kepong massacre.

THERE were many who thought this would be Mohamad Sabu’s lucky year when he beat the odds to become PAS’ new deputy president.

But his luck seems to be running out. Mat Sabu, as he is better known, has been hit by another controversy even as a firestorm is still raging over his remarks that the communists were the real heroes of the Bukit Kepong massacre.

A video titled “Skandal Seks Mat Sabu” has made its way into the Internet and is set to shake the party.

The video contains some very sexy conversation between a man and a woman, whom the commentator in the video claimed to be Mat Sabu and Normah Halim, the woman with whom he was caught for khalwat in 1994 in Kota Baru.

That was a long time ago, but his past has returned to haunt him.

At this point in time, it is hard to tell whether the sexy phone talk, which appeared to have been secretly taped, is genuine or staged.

But Mat Sabu’s dilemma is that this is one issue which he and his friends in PAS will find hard to address or defend because the khalwat incident involving him and Normah has never been denied although it was thrown out by the syariah court.

Mat Sabu and Normah were caught in a hotel room but were acquitted because two of the witnesses gave conflicting accounts of the hotel room’s number in which they were caught for khalwat.

Mat Sabu was then a rising star. He was Nilam Puri MP and PAS deputy Youth chief.

Normah was a local beauty who in her salad days was regarded as the belle of Melor, the area where she hails from.

At the time of the incident, she was married to Bukhari Noor, a handsome and wealthy businessman, also from the area.

The scandal rocked the party which had just come to power in Kelantan.

A lawyer in the case remembered the packed courtroom and how one of the witnesses had even fainted during the proceedings.

Mat Sabu had told a close associate then, “mampus aku kali ni” (I’m finished this time), but it was not to be.

He scraped through and even survived the general election which was called shortly after.

The khalwat incident is etched irrevocably in the memories of the adult generation who had followed the case.

In fact, most Kelantanese with some interest in politics would have watched the uploaded video by now and formed their own conclusions.

It was clearly put together by his enemies out there, with a running commentary in between segments of the conversation.

However, the commentator was quite understated and had referred to the sexy exchange as “bermain cinta” or “flirting”.

It is not exactly phone sex, but it is what polite society would call “intimate talk” and in less polite society, “dirty talk”.

There are references to the sexual liaisons between the two speakers, all of which are conducted in the local patios and slang terms.

Those who have heard Mat Sabu speak at political ceramah and are familiar with his voice think that it does sound like him.

“The male voice sounds like that of Mat Sabu. I know Normah and her husband; they have come to my restaurant.

“But the woman in the tape is speaking in a whispered tone throughout; quite hard to say if it is Normah.

“I have heard her speaking, but not in a whisper,” said restaurateur Juhaidi Yean Abdullah who is also from Melor.

Mat Sabu may find himself quite alone in this issue.

Not many of his associates from Kelan­tan will be able to defend him with an open heart.

“I have heard about it (the video) but I have not listened to it, so I can’t say if it is true or false.

“It’s so difficult to know what is true or untrue in politics because so many things are happening now that the general election is getting nearer but if this is done with bad intention, then it is not right,” said Kelan­tan PAS deputy commissioner Datuk Nik Amar Nik Abdullah.

Besides, he added, the khalwat case is no longer an issue in Kelantan.

“Many people believed it was a plot by Umno even though they were found together in the room,” Nik Amar said.

Mat Sabu’s friends in PAS are angry that these cerita lama or old stories are being dredged out to discredit him.

They said if the phone conversations were authentic, then they would have been used against Mat Sabu at the height of the scandal.

A lot of it has to do with the Internet and also the fact that Mat Sabu is a major star today.

All eyes are on him and everything he says or does has become newsworthy.

After all, if anything happens to Datuk Seri Hadi Awang, Mat Sabu will be the next PAS president.

But at the time of the khalwat scandal, he was just on the way up.

“He was then known as an ayam tambatan (a fighting cock) that PAS used to peck at the other side,” said Juhaidi.

“The ulama leadership in PAS was so sure that no one like him could ever go so high up.

“He was then just an orator, not a threat to anyone inside or outside the party.”

The stakes, said blogger Syed Azidi Syed Aziz, were much higher now and both sides were using whatever they have against each other.

Mat Sabu’s response to the latest issue has been “no comment,” which Syed Azidi, who used to work for a PAS politician in Kelantan, finds ironic.

“It’s really funny for someone who makes a living out of talking to have ‘no comment’.

“I’m not sure how people will take this, but it is certainly extra bullets for his enemies,” said Syed Azidi.

PAS members took a leap of faith when they elected Mat Sabu as their deputy president.

They were aware of his personal baggage but they thought that unlike the ulama leaders, he would be able to take the party to another level.

Instead, he has led the party from one controversy to another.

And, as Juhaidi pointed out: “Instead of explaining the Negara Kebajikan(welfare state) concept PAS is promoting in place of the Islamic state, the party is spending time defending their deputy president.”

Pengkebumian Yang Mengaibkan! September 13, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam.
6 comments

Begitulah bunyinya salah satu komen pada artikel yang IB petik di bawah ini dari blog ini: http://iconicphotos.wordpress.com. Kalaulah “suci” orang yang mengkafirkan sahabat ini maka sudah pasti imej seperti ini tidak terzahir dan dilindungi.

June 6 1989: To cover-up the humiliating funeral of Ayatollah Ruhollah Khomeini, the Iranian authorities tried to confiscate every roll of film taken in a crowd estimated at 2 million. One of such photos made it to The Associated Press in London next day and it shows the emotional outpouring at the funeral that reflected both Iranians’ grief over the death of the leader who seemed to embody their revolution and the emphasis Shiite Muslims place on martyrdom and death. When the Ayatollah’s coffin was brought to Behesht-e-Zahara cemetery in Teheran, wailing mourners ripped the body from the flimsy box and fought to touch it. — the New York Times

Westerners found [it] as bizarre, frightening — and ultimately incomprehensible, wrote Time. As a helicopter brought the open wooden coffin containing the mortal remains of the Imam, nearly a million mourners thrust forward in the blistering heat and choking dust to touch the body and snatch a piece of the linen burial shroud, leading to an ignominious exposing of the remains.

The corpse spilled to the ground, bare feet protruding from beneath the white shroud. As the Revolutionary Guards beat back the crowds, firing shots in the air and spraying fire hoses, other soldiers shoved the body and coffin back into the chopper. It lifted off with the casket hanging precariously out the door. Some five hours passed before there was another, successful attempt to deliver the body to its final resting place, this time encased in a metal coffin. With chants of “Death to America!”, the guards ripped of the metal lid to inter the body in only a shroud in accordance with the Islamic tradition. The grave was quickly covered with concrete slabs and a large freight container to prevent the mourners from exhuming the corpse. By the end of the ceremony, eight people had died, more than 440 people had been hospitalized and an additional 10,800 had been treated for injuries.”

(gambar dari: http://rvision.daydreamlabs.com)