jump to navigation

Himpun: Empat badan pelajar Islam dakwa ‘kristianisasi isu kritikal’ October 21, 2011

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam.
trackback

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Empat pertubuhan pelajar mempertahankan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, Sabtu ini sambil mahu semua pihak mengetepikan fahaman politik dan perbezaan pendapat untuk bersama-sama bersatu atas alasan “kristianisasi isu yang kritikal.”

Menurut pertubuhan-pertubuhan itu, hanya dengan kesatuan umat Islam kita dapat menunjukkan kekuatan dan menjadi umat yang agung dan perpecahan hanya melemahkan umat seperti mana yang berlaku dalam sejarah para sahabat dan kejatuhan empayar khilafah Islam.

“Kami melihat bahawa isu kristianisasi adalah satu isu yang kritikal dan tidak boleh dikompromi. Isu ini berkait secara langsung dengan akidah umat Islam yang mengatasi isu-isu yang lain.

“Walaupun hanya satu atau dua orang Islam yang murtad, seluruh umat Islam di Malaysia harus sedar dan bangkit untuk menghalang perkara ini,” kata empat pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Empat pertubuhan itu ialah Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Menurut pertubuhan itu, Himpun diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara ini termasuk insiden Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

“Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka,” kata pertubuhan-pertubuhan itu sambil menambah, “kita tidak perlu untuk menunggu sehingga angka tersebut bertambah sebelum tindakan diambil.”

Penganjuran Himpun berhadapan dengan reaksi berbeza dengan PAS dan PKR memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan itu atas alasan ia tidak melibatkan parti-parti politik.

Malah ada yang berpendapat bahawa penganjuran bagi membincangkan isu murtad tidak relevan.

Menurut pertubuhan-pertubuhan itu lagi, tindakan pihak sekretariat untuk menganjurkan Himpun bukan dibuat secara terburu-buru atau bermotifkan apa-apa agenda selain mempertahankan akidah umat Islam.

Ini adalah berikutan daripada rentetan peristiwa demi peristiwa yang menyaksikan akidah umat Islam terus dipermainkan dan diuji.

“Sekarang sudah tibalah masanya umat Islam bangkit bagi menyatakan kesatuan bahawa agama Islam tidak boleh lagi dipermainkan sebegitu rupa,” katanya lagi.

Kata pertubuhan-pertubuhan itu, pihaknya juga berharap agar Himpun menjadi satu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latar belakang untuk mempertahankan akidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa.

“Maka Himpun juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat,” katanya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: