jump to navigation

Himpun undang semua kepimpinan Islam – Sinar Harian October 21, 2011

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam.
trackback

SHAH ALAM – Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) menghormati keputusan Pas untuk tidak menyertai perhimpunan Sabtu ini.

Pengerusi Bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan diadakan atas inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.

Bagaimanapun katanya, mereka membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik untuk bersama dalam perhimpunan tersebut.

“Ini supaya mendidik umat Islam bahawa akidah mereka mesti dipelihara dan betapa perlunya ia diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama,” katanya, semalam.

Katanya, ini adalah kesempatan kepada semua kepimpinan Islam di negara ini menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama.

Beliau berkata, ini juga peluang kepada semua lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi daripada sebarang konflik antara agama.

“Kami mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan ialah mempertahankan akidah umat Islam daripada sebarang gugatan dan komitmen mengekalkan keharmonian antara kaum dan penganut pelbagai agama,” katanya.

Menurutnya, semangat mewujudkan perhubungan harmonis antara semua penganut agama di negara ini tetap akan dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Cara mendidik dan memberi kefahaman mendalam adalah cara terbaik dalam memperkukuhkan akidah umat Islam, namun usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam tetap perlu diwaspadai,” katanya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: