jump to navigation

Mengapa Ketua Pembangkang Tidak Membuat Pendirian Tegas Dalam Isu LBGT dan Seksualiti Merdeka? November 3, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, politik, sosial.
Tags: , , , , ,
trackback

Setelah beberapa minggu berlalunya HIMPUN yang mana banyak pihak yang membuat komen dan analisa yang pelbagai, IB tekun meneliti suatu peristiwa penting yang bakal menguji sekali lagi “keimanan” kita.

Namun sebentar tadi, dalam sidang medianya, Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar telah menghentikan semua aktiviti yang menguji sensitiviti kita semua ini. Maka tidaklah melarat tinjauan yang perlu IB teliti.

IB memerhatikan apakah yang akan disuarakan oleh ahli-ahli politik dalam meniti isu yang rumit bagi menjaga hati para pengundi dan sentimen yang bakal dimainkan oleh sesetengah pihak.

IB juga perhatikan laman-laman media alternatif serta laman-laman blog yang mengulas isu-isu politik dan suara pembangkang.

Laman Malaysiakini tidak syak lagi banyak memainkan untuk meraih simpati kepada golongan LBGT atau dalam bahasa yang lebih tepat ialah “songsang fitrah”. Harakahdaily pula ada menyiar beberapa kenyataan termasuk dari Nik Aziz, Ketua Muslimat, Pemuda dan juga oleh MAPIM.

Sayangnya Tranung Kite (TKO) agak sunyi dalam menyedarkan bahaya dan ancaman yang patut diawasi oleh umat Islam dalam isu yang dibawa oleh beberapa NGO yang kononnya berselindung di bawah hak asasi manusia menganjurkan acara-acara menuntut kebebasan songsang fitrah mereka.

Tidak ada satupun posting berkaitan LBGT dimuatkan dalam TKO semenjak November 2011.

Nik Aziz agak jelas mengasingkan dirinya dari Ambiga yang menjadi antara jurubicara festival ini yang bakal dirasmi beliau sendiri.

Pemuda PAS konsisten dengan pendirian mereka dalam menyuarakan kepekaan mereka dalam isu sensitif begini sepertimana yang telah Ust. Nasharuddin bertegas ketika menyokong HIMPUN (namun janji beliau untuk hadir HIMPUN tidak kesampaian dek dihalang oleh Presidennya sendiri dalam perbualan telefon di pagi hari HIMPUN itu – agak menyesal juga Ust. Nasha gatal tangan menekan telefon pagi itu).

Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) membuat kenyataan menentang keras program Seksualiti Merdeka 2011 kerana bertentangan dengan cara hidup semua agama khususnya Islam.

Manakala blog tokoh-tokoh politik PAS lain tidak menyentuh langsung isu LBGT ini, baik Khalid Samad, Hanipa Maidin atau Dr. Zul. Dr. Zul hanya sekadar tweet bahawa “Perkara 11 FC: Agama Islam, semua agama dan moral philosophies larang gay dsbnya.. “, beliau sendiri tidak membuat suatu pendirian tegas membantah Seksualiti Merdeka dan tweet tersebut tercetus sebagai latahan apabila dijolok dengan dituduh sebagai “… Poodle DAP. Sokong Ambiga masa Bersih 2.0 skrg masih sokong?

Untuk tokoh-tokoh DAP bantah memang kita jangka sukar sedikit. Tidak ada dalam blog mereka (Karpal, KLS dan LGE ataupun laman rasmi parti) menyentuh isu ini, kecuali jika mereka tweet, yang itu IB tidak ikuti.

Yang menjadi persoalan besar IB dan mungkin ramai juga orang lain ialah menantikan suatu patah ayat dari Anwar berhubung isu ini. IB tidak temui sebarang komen atau posting di dalam blog Anwar, semenjak bulan November ini walaupun terdapat beberapa posting dan komen pada hari ini – semuanya sekitar isu lain.

Namun apabila diikuti tweet beliau:

@anwaribrahim: Dijelaskan:tdk setuju@MZuhairy: DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ? (7 hours ago)

Apa yang IB faham: Anwar tidak setuju halang Seksualiti Merdeka apabila menjawab tweet MZuhairy: “DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011

Terdahulu;

@anwaribrahim: Kita tdk terlibat dan tdk menyokong @sakriibrahim: @realDrMAZA sewajarnya kita tidak perlu syak lagi pada ambiga… (10 hours ago)

Faham IB: Anwar tidak terlibat dan juga tidak menyokong dalam mempersoalkan motif Ambiga (dalam hal penganjuran Seksualiti Merdeka?)

Betul ke ini Anwar?

Seperti satu komen yang IB baca dalam Mkini ketika mula-mula hebuh video Eskay 1 keluar. Seorang penyokong tegar Anwar mempertikaikan kesahihan video tersebut berdasarkan “takkan Anwar sebodoh itu untuk menjalankan aktiviti seks luar nikah ketika mana kes Liwat II sedang berjalan di mahkamah” (bahasa dalam komen itu telah IB lembutkan).

Dan begitulah juga komen seorang peguam mempersoalkan sikap “berdiam diri” Anwar atau tidak bersuara lantangnya Anwar dalam isu songsang fitrah sebegini apabila kredibiliti beliau dalam isu ini turut dipersoalkan. Persoalan beliau adalah “apakah birds of like feather flock together?”

Bukankah ianya bakal memberi impak dan kepercayaan kuat bagi Pak-Pak Haji di kampung dan orang-orang awam kepada Anwar bahawa beliau seorang yang jauh dari amalan yang dituduh dalam kes Liwat I dan kes Liwat II jika Anwar mengambil pendirian berani dan tegas menentang gerakan LBGT? Bukankah itu satu political mileage dari kalangan agamawan dan sahabat-sahabat dalam PAS?

Apakah Anwar lebih penting menjaga hati puak-puak liberalis, pluralis dan sekular demi untuk PRU13?

Sekadar merenungi masib Pak Sheikh ni.

Sekian, IB

… oh, lupa nak sebut dalam blog Nurul Izzah pun sama dengan Papanya, dan tweet pun langsung tiada bantah Seksualiti Merdeka

Comments»

1. saif - November 4, 2011

ni lah lahanat politik malaysia. bercakap atas nama politik,kalu anwar lebih lebih dalam isu ni takut dikatakan macam nak pretending yang dia tu bukan kaki liwat,kalau diam hang kata dia ni macam setuju pulak dengan isu ini. diam tu ada 2 makna, satu setuju, kedua tak setuju.tapi yang aku tengok, anwar ni dalam banyak isu memang dia senyap. sebab cakap la apapun, mesti orang akan putar belit fakta nye.so dalam hadith bagitau,diam itu baik , namun bercakap benar lebih baik.pada aku anwar lebih baik diam sebab kalau dia cakap buat masa ini , bab apa apa pun lah, orang akan putar belit keikhlasannnya

2. Kenapa Anwar Diam Seribu Bahasa Dalam Isu Pongal dan Calit di Dahi? « Ibrahimbaba’s Weblog - February 25, 2012

[…] Anwar bisu lagi kali ini ianya menyerupai tindakan Anwar sebelum ini dalam Mengapa Ketua Pembangkang Tidak Membuat Pendirian Tegas Dalam Isu LBGT dan Seksualiti Merdeka? Mengapa dalam dua hal ini Anwar berdiam […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: