jump to navigation

Pendapat mereka tidak mewakil Abim December 23, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan.
trackback

Dipetik dari Sinar Harian. Apakah Sdr. Yusri dan Cikgu Sidek kata mereka membuat kenyataan di atas kapasiti sebagai “orang Abim”? Bukankah mereka ini telah “disishkan” oleh Abim sendiri?

Menarik juga dibaca komen-komen di bawahnya. Semoga ada pencerahan.

Sekian, IB

_________

Pendapat mereka tidak mewakil Abim

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 20, 2011

SHAH ALAM – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhammad dan bekas Naib PresidenAbim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah.

Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail berkata, perkara ini perlu dijelaskan sebagai reaksi kepada beberapa persoalan berbangkit serta kekeliruan di kalangan masyarakat ekoran beberapa kenyataan oleh mantan pimpinan Abim mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, pada 27 Mac lalu, Wadah bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam kenyataan media bersama menjelaskan sikap dan pendirian terhadap isu jenayah Qazaf.

“Kami telah menggariskan enam pendirian mengenai isu ini iaitu pertama, sikap dan pendirian mestilah berasaskan syariat.”

“Kedua, hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu hal-hal berkaitan dengannya diperincikan oleh syariat,” kata Abdul Halim.

Seterusnya, pendirian yang ketiga adalah jika menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syariat adalah amanah dan tanggungjawab agama.

“Sementara itu, perkara yang keempat ialah menolak gejala fasik dan pertuduhan liwat serta zina terhadap Anwar.”

“Pendirian kelima ialah menegaskan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat berakhlak berdasarkan syariat dan yang terakhir adalah menasihati mereka yang terlibat dalam membuat jenayah qadhaf supaya kembali menginsafi ketelanjuran mereka dan merujuk kembali kepada amaran Allah,” katanya.

 

Comment using…FacebookYahooAOLWindows Live

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: