jump to navigation

Respons Yusri Terhadap Kenyataan ABIM-WADAH December 27, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
trackback

Ini adalah respons awal dari Dr. Yusri Mohamad terhadap kenyataan media Wadah-Abim yang disiarkan sebelum ini (klik).

[jangan lupa baca juga ini: Apa Sudah Jadi Dengan ABIM Sekarang?]

Respons di bawah ini dipetik dari FB Dr. Yusri:

Assalamualaikum,

Saya masih berada di Dubai. Tumpuan urusan lawatan kerja sedikit terganggu apabila mendapat panggilan ‘Cikgu’ Sidek Baba tentang kenyataan media WADAH bertarikh 19 Disember 2011 tentang DS Anwar Ibrahim dan isu Qazaf yang mengheret nama kami berdua.

Secara tidak langsung, kenyataan ini menggambarkan bahawa seolah-olah kami berdua terlibat dalam melakukan jenayah Qazaf, tidak menghormati syarak dan melanggar hukum syarak dalam isu ini. Ini adalah dakwaan-dakwaan yang berat. Saya belum sempat untuk membuat respons penuh kerana sedang bermusafir.

Saya keberatan juga untuk memberi respons tetapi jika saya berdiam sahaja nanti ada yang menyimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah yang benar tanpa menyelidik lebih lanjut. Apabila pimpinan WADAH memilih untuk tiba-tiba membuat kenyataan secara terbuka maka terpaksalah penjelasan juga dibuat secara terbuka. Untuk rekod, sebagai bekas pimpinan tinggi ABIM, saya sudah cuba dan beberapa kali menawarkan untuk membincangkan isu ini dalam organisasi secara keluarga dan tertutup tetapi kurang sambutan terutamanya di pihak pimpinan WADAH.

Respons ringkasnya dahulu, saya berpandangan bahawa pimpinan WADAH sudah tersasar dalam memahami hukum Qazaf dalam Syariah Islam dalam kes Anwar-Saiful ini. Mereka harus mengkaji semula dan merujuk balik kepada pakar-pakar Syariah yang khusus dalam bidang ini. Janganlah kasih atau benci kita terhadap mana-mana orang atau kumpulan menghalang kita bersikap objektif dan berlaku adil.

Soal utamanya, adakah kes Anwar-Saiful suatu kes tuduhan zina/liwat biasa? Atau adakah ia kes seorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa zina/liwat yang melibatkan paksaan? Adalah jelas jika dilihat secara objektif bahawa ini bukan kes tuduhan zina/liwat daripada pihak ketiga terhadap mereka. Peguam negara hanya mewakili Saiful yg mendakwa sebagai mangsa. Jadi ini jelas bukan kes Zina/liwat yang hanya boleh dibuktikan dengan empat orang saksi.

Kes ini lebih sesuai dikategorikan sebagai dakwaan rogol atau lebih tepatnya sebanding dengan kes-kes sumbang mahram atau gangguan seks oleh majikan di tempat kerja. Dalam kes-kes sebegini, beban buktinya dalam Islam tidak sama dengan dakwaan Zina/liwat. Bukan empat orang saksi. Bukan. Bukan. Kalau masih dituntut empat orang saksi ke atas seseorang yang mendakwa di rogol, atau jadi mangsa sumbang mahram ataupun gangguan seks di tempat kerja maka bayangkan akan mampukah mana-mana mangsa kes-kes tersebut mendapat pembelaan dan keadilan? Zalimlah Islam dan Syariah Islam! Sukar sangatkah untuk memahami hal ini?

Maka DS Anwar (dan WADAH?), dalam kes Saiful, tidak boleh berselindung di sebalik hukum empat orang saksi atau di sebalik hukum Qazaf. Mahkamah harus memberi peluang kepada Saiful untuk membentangkan apa-apa bukti lain yang diiktiraf syarak dalam kategori Bayyinah atau Qarinah kalaupun bukan saksi mata(Syahadah).

Itulah intipati sikap saya dalam hal ini. Apabila balik nanti saya akan berbincang lebih lanjut dengan Prof Dato’ Dr Sidek Baba tentang apakah langkah susulan yang perlu di ambil. Kalau ada dan kalau mahu. Sebenarnya saya dan saya yakin Cikgu Sidek banyak tugas dan tumpuan lain dan saya yakin sepatutnya WADAH juga banyak tugas dan tumpuan lain di gelanggang dakwah di Malaysia yang begitu luas. Sampai bilakah dakwah Islamiyyah, umat Islam dan organisasi Islam di Malaysia hendak terlalu tertumpu, terheret dan terikat dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Saya yakin bahawa kita semua tahu bahawa Islam, dakwahnya dan umatnya adalah lebih besar dan lebih tinggi daripada mana-mana individu, organisasi atau kumpulan.

Wallahu a’lam

Yusri Mohamad

Comments»

1. azwanddin - December 28, 2011

Apa yg anwar terus akan cuba memutar belit dan akan menjadi kan qazaf ini sebagai senjanta menipu rakyat ia tidak bercakap benar seperti saudara yusri terangkan dalam waktu yg sama beliau juga tidak berani bersumpah laknat dan yg paling penting kapal sing juga dlm makamah membuat keyataan jelas ada hubungan suka sama suka ini bukti ada hubungan liwat rakyat perlu sedar jagan kita terpegaruh dgn permainan anwar qazaf dijadikan permainan dan mengunakan agama sebagai menutup kelemahan saya sarankan saudara yusri terus bagi penjelasa demi penjelasan

2. Mohd Ilman - December 28, 2011

Allahhuakbar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: