jump to navigation

Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar January 31, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
3 comments

Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.

Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari ketelanjuran Anwar ini.

Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.

Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil “an after thought”.

Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.

Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan “depa tak reti Inggeris”. Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawap apabila batahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.

Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.

Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.

Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis “solat hajat dan doa selamat” malam sebelum 901. Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.

Malah ramai di kalangan “Anwariyyun” (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih “bersama” sekadar kepentingan permainan politik sahaja.

Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit menggugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerena terlibat sama “mempertahankan” Anwar.

Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai. Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakkan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini.

Sekian, IB

:: Ulusan susulan: Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal

Baiah PAS Cerai Isteri Talak Tiga January 27, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik.
Tags: ,
add a comment

Beberapa tahun lalu negara digemparkan oleh pendedahan bahawa calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya disyaratkan dengan sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti.

Mursyidul Amnya TG Nik Aziz pada laporan bulan November 2009 telah menafikan kewujudan baiah seumpama itu.

Berita yang dipetik oleh Bernama ketika itu memetik seperti berikut:

Menteri besar Kelantan berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Laporan tersebut turut memetik komen dari Presidennya:

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen.

Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Apakah yang dikatakan baiah PAS itu?

Baiah pada dasarnya ialah sumpah janji dengan sesuatu yang ditetap. Dalam kes baiah PAS ini skrip sumpah baiah itu bermula dengan bersumpah di atas nama Allah bahawa jika orang yang mengangkat sumpah itu keluar parti maka jatuh talak ke atas isteri (atau isteri-isterinya) dengan talak tiga (3) sekali gus.

Apakah baiah PAS ini sebenarnya wujud?

Jawabnya, YA. IB saksikan sendiri kewujudannya – milik salah seorang pimpinan PAS (bukan Hasan Ali – kot ada yang nak kata Hasan yang dedahkan).

Sememangnya baiah ini wujud dan terdapat sedikit perbedaan dalam susunan ayatnya bagi negeri-negeri yang berlainan. Namun, sumpah jatuh talak 3 itu WUJUD.

Mengapa IB menimbul balik isu baiah PAS ini?

IB timbulkan semula isu ini apabila melihat isu Hasan Ali. Hasan Ali walaupun diasak dan dihentam oleh pelbagai pihak dalam partinya sendiri, dia tetap tidak keluar parti. Dia tidak akan keluar parti kerana akan jatuh talak 3 ke atas isterinya (atau isteri-isterinya, kalau ada lebih) secara automatik.

Maka, caranya ialah dengan memecatkan Hasan Ali sahajalah jalan keluar untuk PAS menjauhkan diri dari Hasan, kerana Hasan tidak akan keluar parti. Sebab itu tindakan drastik memecat terpaksa dilakukan.

Walaupun ada klausa lain di para bawah, bahawa jika dia dipecat. Tetapi klausa tersebut tidak menggaitkan kepada jatuh talak terhadap isteri.

Kalau ada pimpinan PAS yang berani meNAFIkan kewujudan baiah PAS yang menggaitkan jatuh talak tiga terhadap isteri mereka tersebut – maka mereka ini berBOHONG! Jangan ada yang cuba hendak menafikan.

Dan jika dibaca kembali laporan Bernama yang meetik kata-kata pimpinan PAS itu – maka jelas ada yang berBOHONG atau cuba berBOHONG.

Namun itu isu sekunder. Isu primer/utama ialah:

Apakah pimpinan PAS mempermain-main baiah seperti ini? Apakah begitu mudah talak jatuh terhadap isteri mereka yang tidak tahu menahu hal politik suami mereka? Begitu mudah runtuhnya satu ikatan rumahtangga menjadi bercerai berai hanya kerana isu kepartian?

Dalam menyelidiki sejarah baiah PAS ini, ada yang mengaitkannya dengan suasana ketika PAS mempunyai majoriti satu kerusi sahaja di Kelantan dulu. Malah peristiwa “September 16” hampir terjadi untuk BN tumpaskan kerajaan PAS di Kelantan pada masa itu. Beberapa nama telah di”confirm”kan akan berpindah ke UMNO ketika itu.

Yang menjadi perbualan mulut di kalangan mereka yang mengangkat sumpah dalam majlis di hadapan pimpinan masing-masing ialah mereka mendengar dengan teliti setiap yang mengangkat sumpah itu menantikan ayat yang menyebut jatuh talak atas isteri atau atas isteri-isteri. Masing-masing mengeluarkan senyum sinis apabila mengetahui mana-mana pimpinan mereka yang menyembunyikan status poligami mereka itu.

Apakah murah, rendah dan hina begitu sekali ikatan murni rumah tangga jatuh dengan tidak dapat dirujuk kembali hanya kerana mainan politik?

Sekian, IB

Ambo Sakit Perut! January 26, 2012

Posted by ibrahimbaba in politik.
1 comment so far

Mungkin cerita sebegini hanya mafhum di kalangan para pimpinan tinggi sebuah parti di Tanah Air kita sahaja.

Pertama kali IB di dalam situasi yang mendengar kata-kata “ambo sakit perut“, IB ingatkan beliau benar-benar sakit perut.

Namun, peristiwa yang IB lalui 3-4 tahun lalu rupa-rupanya memang menjadi kelaziman seorang pemimipin kanan sebuah parti yang apabila dihadapkan dengan masalah yang besar atau di dalam situasi perbincangan yang memerlukan perahan pemikiran, beliau akan cuba mengelak dengan berundur dari majlis/mesyuarat itu dengan helah “ambo sakit perut“.

Terbaru, dalam perbincangan dengan seorang politikus yang menceritakan kemelut yang berlaku dalam partinya, beliau menceritakan perihal satu perbicangan yang serius yang dihadiri oleh hanya segelintir pimpinan kanan parti tersebut baru-baru ini.

Di permulaan perbincangan, yang dimulakan oleh beliau, dengan memberi pendapatnya selama lebih 10 minit, beliau semacam tidak memberi ruang langsung untuk hadirin lain (yang tidak lebih 7 orang itu)  bersuara. Selepas melepaskan pendapatnya, beliau bangkit mengatakan “ambo sakit perut” dan menyuruh hadirin meneruskan untuk menjamu sedikit hidangan yang disediakan dan beliau berjalan ke bilik belakang “kediaman”nya dan terus menghilang.

Bayangkan, hadirin lain yang dipanggil untuk berbincang tidak langsung beliau dengar pendapat. Hanya beliau mahukan hadirin dengar pendapatnya.

Soal IB kepada politikus tersebut “habis tetamunya ditinggal begitu sahaja?”

“Ya”, ujar beliau, “kami seolah terpingga namun amat mengetahui begitulah kelaziman beliau”

Sapuk seorang kenalan yang jugak seorang ahli ADUN, bahawa satu ketika dek kerana beliau dan rakan-rakan yang tahu sangat perangai “ambo” ini cuba “perangkapkannya” di suatu hotel untuk berbincang hal parti.

Dan biasanya apabila kita sewa bilik hotel mereka hidangkan makanan ringan dan sebagainya.

Ingatkan telah dapat memerangkapkan “ambo” ini.

Selepas memulakan perbicangan ringan dan mula ingin memasuk topik yang serius “ambo” ini bangun untuk pergi ambil makanan sambil mengunyah kembali ke tempat duduk dan memberi komen sedapnya makanannya itu dan menyuruh yang lain ikut sama. Maka permulaan topik perbincangan terbantut.

Dengan helah itu beliau terselamat sebentar apabila masing sibuk mengunyah dan tersasar sebentar suara masing-masing.

Selang beberapa ketika, seorang yang menganjurkan perbincangan tersebut cuba untuk masuk semula kepada topik perbincangan “ambo” ini sekali lagi bangun untuk pergi mengambil makanan yang terhidang di atas meja sebelah pintu. Sekali lagi “ambo” mengatakan “sedap weh kueh ni”.

Dan perkara ini berulang 4-5 kali. Rakan IB hairan kerana mengetahui tahap kesihatan “ambo” ini dan jenis-jenis makanan yang dipelahapkan “ambo” ini bukan yang sesuai malah tidak baik untuk penyakit “ambo” yang agak serius itu.

Akhirnya, matlamat untuk berbincang tidak tercapai apabila “ambo” mengatakan beliau perlu berundur kerana ada janji lain selepas berkali-kali berulang alik ke hidangan dan mengambil makanan yang membazirkan hampir satu jam tempoh hadirin yang datang dengan serius untuk menyelesaikan masalah yang kritikal itu.

Maka pengalaman IB dengan “ambo sakit perut” itu rupanya sudah menjadi kelaziman kepada mereka yang amat mengenali peribadi “ambo” ini. Tidak sangka IB akan perwatakan dan kehormatan yang disangjung oleh orang ramai terhadap “ambo” ini rupanya tidaklah sebenarnya perwatakan baik.

Jika dikira akan sikap “ambo” meninggalkan “tamu” yang hadir di “kediaman”nya kerana “ambo” sakit perut dan langsung tidak meraikan tetamunya ketika mereka hendak pulang tidak langsung mengambarkan peribadi seorang muslim.

IB kesian kepada para pengikut yang taksub dengan “ambo” ini.

Sekian, IB

901: Strategi Polis Berjaya? January 9, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Melayu, politik.
add a comment

Kini rakyat sudah tahu dengan keputusan penghakiman terhadap pembicaraan kes liwat Anwar. Orang ramai juga telah diberitahu bahawa kehadiran penyokong amat rendah berbanding dengan sasaran yang dibuat Azmin itu. Hanya 10% tercapai.

Apakah ini kerana Polis telah terlebih awal menjalankan kerja-kerja risikan dan yakin bahawa angka tersebut tidak akan dicapai. Dan jika Polis memberi kebenaran untuk orang ramai berhimpun untuk menzahirkan sokongan terhadap pemimpin mereka maka “drama” yang diharapkan tidak berlaku. Maka kuranglah semangat penyokong untuk pergi kerana tidak lagi ada “thrill”nya.

Sesetengah penyokong hanya pergi semata-mata kerana seronok dengan drama kejar-mengejar, “berlawan” dengan pelbagai sorakan dan laungan, dan ada yang semata-mata seronok kerana ianya tidak dibenarkan. Semata-mata melawan otoriti. Lawan tetap lawan.

Apabila Polis sudah tidak halang. Tidak ada pulak sekatan jalan raya. Maka “hype”nya hilang. Keseronokan itu padam begitu sahaja.

Kalau nak dikirakan Anwar telahpun menjelajah seluruh negara mengajak orang ramai datang untuk memberi sokongan mereka kepada pemimpin yang mereka sanjungi. Sepatutnya semangat yang ditiup dengan ucapan-ucapan berapinya dan perasaan ingin melihat pembebasan pemimpin mereka membuat penyokong lagi bersemangat untuk datang dengan berduyun.

Apakah ini pertanda orang sudah tidak peduli untuk berkumpul kalau semata-mata untuk membela seorang individu? Apakah isu-isu terkini turut menyelimuti 901? Pemecatan Hasan Ali turut memberi kesan?

YANG PENTING.

Apakah orang Melayu sudah beralih sokongan?

Kalau kita lihat mana-mana demonstrasi sebelum ini, baik dalam siri perhimpunan reformasi 1998-99, Bersih, dan lain-lain lagi kerahan rakyat dijalanan, pecahan mereka yang “berperang” dengan anggota keselamatan mengikut peratusan bangsa/ras penduduk Malaysia tidak sama.

Sejak dari awal lagi, kita akan lihat yang bangkit bersama Anwar di jalanan adalah orang-orang Melayu (IB tidak mengatakan tidak ada orang Cina atau India – peratusannya tidak menggambarkan peratusan penduduk Malaysia) yang majoriti besarnya. Bangsa lain tidak sampai 20% berbanding dengan penduduk Malaysia yang mempunyai 55% orang Melayu.

Apakah orang-orang Melayu semakin beralih angin. Apakah angin perubahan yang dibawa oleh Anwar tidak membawa kenyamanan dan keselesaan kepada orang-orang Melayu? Apakah perubahan yang dibawa Anwar sebenarnya semakin menghakis hak dan keistimewaan orang-orang Melayu. Apakah perubahan-perubahan yang bakal berlaku jika PR memerintah lebih membawa bala dari kebaikan? Apakah kekejaman dan kerakusan yang berlaku sekarang bakal menjadi isu kecil apabila PR memerintah? (contoh-contoh kecilnya di sini dan di sini)

Kita lihat pecahan peratusan keahlian PKR. Apakah bilangan ahlinya mempunyai 55% orang Melayu?

Apakah atas faktor ini juga bilangan yang diharapkan Azmin jauh meleset?

Sekian, IB

Sasaran Azmin 100,000 orang meleset January 9, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman, Ketelusan, politik.
add a comment

Selesai sudah perhimpunan menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dengan Azmin mengerahkan 100,000 untuk hadir. Diberitakan hanya 10,000 yang hadir (tertakluk kepada sumber mana yang kita baca) – yang pastinya ia meleset jauh dari kerahan yang Azmin berhajat untuk lakukan.

Malah, ketika berbincang dengan beberapa pengerak Unit Amal PAS, mereka dari awal bimbang dengan angka yang besar diletakkan oleh Azmin. Ini kerana semasa sidang akhbar tersebut, dikhabarkan, PAS Pusat berpendirian untuk tidak mengerahkan sokongan untuk ahli hadir. Malah pada sidang itu, hanya Dr. Rani seorang sahaja – hanya sebagai ketua peringkat negeri (tiada dari pusat).

Dikhabarkan juga oleh sahabat IB ini bahawa, Haji Hadi tidak senang dengan tindakan Dr. Rani pada hari itu.

Apapun, apabila menjelang tarikh, maka jelaslah apa yang diberitakan oleh sahabt IB itu benar. Haji Hadi berkata bahawa dia akan hadir di mahkamah dan tidak di perhimpunan. Dan dia juga tidak akan mengarahkan ahli untuk hadir memberi sokongan. Terserah kepada mereka. (banyak implikasi yang Hj Hadi ingin elakkan dengan mengarah ahli untuk hadir – itu perbincangan lain yang panjang).

Malah ramai pengulas telah skeptikal pun dengan angka Azmi tersebutsejak dari awal lagi.

Seorang yang dipetik dalam Malaysian Digest:

… the planned rally is nothing but ploy and more politicization by Pakatan. Personally, I think that ‘901’ is just something created to stir chaos or deviate peoples’ attention from the main issue. It is also an agenda created to portray to the whole world that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is really innocent.

Dan seorang yang menulis di Malaysiakini berkata bahawa:

Even 10,000 would be considered a letdown – and getting 10,000 to show up is already a tall order. Such a shortfall would be an embarrassment not only for Azmin but also for Pakatan and Anwar. Their credibility could suffer. And what might have been an occasion to shore up public support for Pakatan – that is, the conviction that is expected to be meted out to Anwar – could have an opposite effect.

Maka apakah semangat reformasi 98 sudah tidak ada lagi? Apakah momentum seperti ini sudah mulai hilang “steam”nya? Apakah dengan pelbagai kemelut, satu demi satu baik dalam PAS atau DAP, dan yang berlaku sendiri dalam PKR, termasuk pelbagai “misadventure” (yang di”fitnah”kan ke atas Anwar turut menjadi faktor penyebab sambutan serta sokongan orang ramai terhadap perjuangan mengangkat Anwar adalah suatu yang tidak lagi RELEVAN?

Apakah keputusan mahkamah hari ini bakal memindahkan lagi sokongan orang atas pagar dari berpihak kepada Anwar dan merasa yakin akan sistem kehakiman semakin pulih?

Sekian, IB

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Yayasan Selangor January 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in ekonomi, Kerajaan, Ketelusan, PAS, politik, Selangor.
3 comments

Sebelum ini Yayasan Selangor telah beberapa kali menempah ruang utama di dada akhbar. Kontroversi yang lalu akan dirasakan tidaklah suatu yang besar berbanding yang bakal meletup.

Seorang ahli keluarga yang dekat dengan Pengurus Besarnya baru-baru menceritakan ada sesuatu yang amat tidak kena dengan Yayasan Selangor. Dan menjadi amat tidak selesa bagi hamba Allah ini, yang juga seorang jawatankuasa di peringkat bawah parti, yang IB kenali semenjak menuntut di universiti dulu, ialah penyelewengan yang berlaku ini melibatkan kalangan pimpinan PAS.

Antara yang beliau ceritakan dan IB ingin penjelasan melalui apa-apa saluran yang dua tokoh yang diberi nama ini boleh menyanggah akan “fitnah” (kalaulah hendak dikategorikan sedemikian) yang IB sebut secara ringkas di bawah ini.

Pertama, melalui kaedah melaksanakan program, Yayasan Selangor telah berbelanja sebanyak RM1.2JUTA untuk Dr. Zulkifli Ahmad. Kaedah-kaedahnya kita cerita kemudian. Dan yang kedua ialah, dengan mengguna kaedah yang sama, sebanyak RM1.8JUTA turut dibelanjakan untuk Dr. Hatta Ramli. Semua perbelanjaan ini telah dihabiskan dalam masa tempuh 2 bulan sahaja.

Dikhabarkan bahawa dalam pembahagian harta kekayaan negeri Selangor, parti-parti dalam PR dibahagikan untuk “memiliki” beberapa institusi untuk kepentingan parti masing-masing untuk melaksanakan program-program bagi menjamin mereka terus dapat bertapak di negeri Selangor. Dan untuk ini, Yayasan Selangor adalah antara agensi yang di”beri”kan kepada PAS.

Dan yang PALING MENGEJUTKAN IB ialah apabila keperluan dana yang mendesak sudah tidak dapat ditampung oleh Yayasan Selangor, bangunan Yayasana Selangor yang terletak ditempat amat strategik di Jalan Bukit Bintang bakal (ada yang kata sudah) berpindah tangan kepada proksi DAP. Menurut risikan perpindahan dana sebanyak RM6000JUTA akan terlibat dalam memindahkan harta Yayasan Selangor kepada sebuah “agensi/syarikat milik Cina”.

Maka jika angin perubahan yang ditiup oleh Pakatan Rakyat turut mempunyai unsur-unsur yang merugikan dan kelibat pimpinan PAS dalam kehilangan harta strategik milik Yayasan Selangor – angin perubahan ini tidak ada bezanya dengan apa yang mereka tuduh terhadap “kerakusan BN” itu.

Moga apa yang diceritakan oleh saudara kepada Sdr. Ilham ini adalah tidak benar. Dan harta Yayasan yang amat strategik kekal dalam milik Yayasan dan para pemimpin PAS yang cuba mengambil kesempatan menerajui sebuah kerajaan ini janganlah lupa apa yang diucapkan dalam ceramah-ceramahnya. Dan ingatlah amanah yang telah Allah berikan kepada kita.

Sekian, IB

Anwar tamak kuasa January 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anwar, Kehakiman, Kerajaan, Ketelusan, politik.
3 comments

Jika dibaca dari berita yang dilapor dalam Malaysiakini:

Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin Pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan AK Party di Turki apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti tersebut, Recep Tayyip Erdogan, dipenjarakan.

Dan apabila membaca komen-komen dari Dr. Shamrahayu dan lain dalam Utusan hari – ada kebenarannya bahawa cita-cita untuk berkuasa yang melampau itu bolehlah dikategorikan sebagai tamak kuasa.

Sekian, IB

laporan Utusan:

Anwar tamak kuasa

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Perdana Menteri sementara jika beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat sememangnya tidak realistik.

Ini kerana menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu melalui tiga syarat utama untuk melaksanakan hasrat tersebut iaitu memenangi pilihan raya umum beserta keputusan majoriti dua pertiga pembangkang.

Kedua jelasnya, Anwar perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat diikuti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa ada unsur-unsur paksaan.

“Namun, dalam Islam tiada orang yang berebut kuasa sampai begitu sekali sehingga mahu melantik Perdana Menteri sementara semata-mata gilakan kuasa.

“Anwar terlalu terdesak tamakkan kuasa. Kelakarnya, dia bercakap seolah-olah dia penentu segala-galanya. Adakah rakyat tidak nampak lagi siapa dia ini…hanya pentingkan diri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Anwar semalam dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini berkata, sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak beliau akan menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjarakan kerana sementara menjalani hukuman tersebut beliau akan melantik Perdana Menteri sementara.

Namun, menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, sekalipun Anwar berjaya meletakkan Perdana Menteri sementara itu, adakah beliau yakin individu berkenaan mahu melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.

“Inilah risiko terbesar untuk Anwar. Kita tidak boleh baca masa depan. Seperti yang kita tahu, pembangkang kalau sudah dapat kuasa tidak mudah nak lepas begitu sahaja, mungkin ini akan berlaku. Anwar kuat sangat main spekulasi,” katanya.

Ketua Kluster Governas, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, adalah tidak adil bagi rakyat untuk mempunyai seorang Perdana Menteri yang dilantik dengan cara seperti yang Anwar impikan itu.

“Mungkin adil bagi penyokong beliau atau bagi pengundi yang memilih beliau, tetapi bagaimana pula bagi rakyat yang tidak mengundi? Mereka mungkin menganggap cara ini satu tindakan yang tidak masuk akal,” katanya.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang pula berpendapat, Anwar hanya bermimpi di siang hari apabila mengatakan beliau akan tetap menjadi Perdana Menteri walaupun dipenjarakan.

Katanya, kenyataan Anwar itu hanya berdasarkan andaian-andaian yang dibuat sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kes liwatnya.

“Apa yang akan berlaku adalah atas keputusan mahkamah. Masyarakat boleh membuat penilaian tentang apa yang diandaikan itu. Ini seolah-olah mimpi di siang hari,” katanya

Kerana Undi Kepentingan Umat Islam Semakin Terhakis January 7, 2012

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam, Melayu, politik.
add a comment

Bagi satu pihak demi mengejar takhta dan bagi satu lagi pihak demi untuk kekal bertakhta, kepentingan umat Islam semakin terhakis dalam para pemain politik semakin melayan pelbagai permintaan puak-puak bukan Islam.

Inilah nasibnya Tanah Air ku.

Bila pula suara-suara umat Islam terbela? Bila dibuat HIMPUN ada yang kata agenda politik.

Sekian, IB

 

 

RM50,000 annual grant for Penang’s inter-religious council

GEORGE TOWN: The state government will give a RM50,000 annual grant to the Penang Chapter of the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) to promote inter-religious harmony 

Cabinet to act on several issues raised by Christian community

PUTRAJAYA: The Government will introduce several measures to address concerns raised by the Christian community.These include the appointment of heads of mission schools, teaching of Bible Knowledge and tax exemption status for Christian organisations.

The decision made by the Cabinet yesterday was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at a luncheon hosted for senior leaders of the Christian Federation of Malaysia (CFM).

Mengulangi Bahawa Anwar Itu Cekal Dengan Pendirian Pluralisme Agamanya January 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, politik.
4 comments

Pada 22 Feb 2011, IB telah mengatakan bahawa “Biar apa pun dikata, Anwar Ibrahim cekal dalam menyatakan pendiriannya berhubung pluralisme agama.” Dan untuk kali keduanya ini, IB ulangi lagi bahawa Anwar cekal dengan pendiriannya berhubung pluralisme agama – biar apa pun orang kata.

BUKTINYA:

Sepertimana yang telah disiarkan semula di blog rasmi beliau bertarikh 5 Jan 2012 (semalam), teks ucapan beliau yang inilah telah menjadi persoalannya dulu, seolah-olah menegaskan bahawa itulah pendirian sebenarnya. Bahawa beliau yakin dengan pluralisme agama.

Kekecohan ini timbul semula apabila semalam Utusan menyiarkan di muka hadapan serta temubual seorang rakan karib Anwar yang kini telah meninggalkan Anwar kerana Anwar pendukung pluralisme? (klik untuk baca)

Seolah-olah sebagai mengiyakan kebenaran kenyataan Haji Ismail, Anwar telah menyiarkan kembali teks ucapan beliau di London School of Economics pada bulan Mac 2010 (disebut dalam blog Anwar pernah disiarkan pada 24 Mac 2011 – tahunnya salah). Penegasan Anwar terhadap pendirian ini bermakna Anwar sememangnya cekal dengan pendirian itu.

TIDAK KIRA APA YANG DIKATAKAN OLEH KAWAN DAN LAWAN. Anwar bertegas dan cekal dengan pendiriannya itu. Noktah.

Ramai kawan-kawan Anwar akan berkata beliau sebenarnya tidak mengatakan bahawa semua agamanya itu sama. Pelbagai alasan diberikan. Namun, yang nyata lagi jelas, Anwar mengulangi pendirian bersama dengan fahaman pluralisme agama dengan menyiarkan kembali teks ucapan beliau itu yang suatu masa dahulu telah ditarik balik dari laman blog tersebut.

Selepas ditegur oleh beberapa orang dan beberapa kali, Anwar mengambil masa lebih tiga bulan untuk menurunkan posting tersebut dari blognya. Ramai yang tidak puas hati kerana Anwar padamkan posting tersebut tanpa memberi sebarang sebab. Apakah kerana menjaga hati rakan bukan Islam dalam PKR dan DAP?

Bagi lawan yang sememangnya bantah pendirian Anwar dalam isu pluralisme agama, penyiaran semula teks ucapan ini membuktikan kenyataan mereka terhadap Anwar MEMANG BERASAS!

Mana mungkin Anwar berani menyiarkan semula teks ucapan tersebut jika dia tidak menyokong pluralisme agama. Mana mungkin Anwar telah membetulkan ”kesilapannya” yang BERJANJI DI HADAPAN HAMPIR 100 ORANG AKTIVIS ISLAM ketika bersemuka menjelaskan pendiriannya dalam isu ini. Ramai yang pulang malam itu selepas perbincangan hangat merasakan Anwar telah mengakui kesilapannya dan akan menarik balik – atau paling tidak akan edit semula artikel tersebut. Namun, sehingga hari ini Anwar tidak edit. Dia janji pada malam tersebut untuk duduk semeja, beliau bersama dengan Prof Osman Bakar (tuan rumah malam itu) dan Haji Ismail Mina, untuk membetulkan artikel tersebut. Genap 1 tahun 3 hari, dari masa yang dia janjikan itu KENYATAAN YANG SAMA DIKELUARKAN SEMULA TANPA SEPATAH PERKATAAN DIEDIT! (IB pernah ulas pasal perjumpaan tersebut di sini).

Siapa yang berjanji dan siapa yang mungkir?

Maka bagi sahabat-sahabat sekalian yang mengenali Anwar yang masih sayangkan Anwar, jika anda tidak mampu menegur Anwar akan sikap dan pendirian beliau dalam isu akidah ini, sayugialah anda pelihara diri anda supaya tidak beriktikad akan mempercayai semua agama itu sama.

Teruskan persahabatan anda. Namun, jika anda tidak berkuasa menegurnya, redakah anda membiarkan beliau terjerumus dengan akidah sebegini?

Untuk Sdr. Dr. Mohd Nor Manuty, sikap husnu zhann anda mungkin adalah suatu ”political statement” sahaja dan terdetik juga untuk membetulkan Anwar agar beliau tidak terus terpesong akidahnya. Kenyataan Dr. Mohd Nor yang disiarkan dalam Harakah semalam mungkin pada masa itu Sdr. belum baca blog rasmi Anwar yang menegaskan pendiriannya dalam isu pluralisme agama.

Teguran-teguran terhadap Anwar sebelum ini:

1. Anwar dan Pluralisme Agama

2. Anwar dan Pluralisme Agama Lagi?

3. Isu Kalimah Allah – Kesian Kat Anwar …,

4. Perlu Menegur DSAI

dan begitu jugalah IB memetik SS Mufti Harussani Bertaubatlah Anwar – Mufti]

Dan IB ulangi kenyataan IB dalam posting lalu:

Mengenal DSAI begitu lama serta mengasihi beliau agar tidak tersasar dari perjuangan asal, IB selalu mendoakan agar DSAI diberi hidayah dan bertaubat dari kesilapan-kesilapan yang besar sebegini. Ini soal aqidah. Bukan main-main. Jika tidak sempat kita bertaubat sebelum ajal – ianya membezakan antara syurga dengan neraka yang kekal abadan di dalamnya. Nauzubillah.

Sekian, IB

Anwar pendukung pluralisme? January 5, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
2 comments

Oleh NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my
Ismail Mina Ahmad

 

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.

“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.