jump to navigation

Anwar tamak kuasa January 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anwar, Kehakiman, Kerajaan, Ketelusan, politik.
trackback

Jika dibaca dari berita yang dilapor dalam Malaysiakini:

Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin Pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan AK Party di Turki apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti tersebut, Recep Tayyip Erdogan, dipenjarakan.

Dan apabila membaca komen-komen dari Dr. Shamrahayu dan lain dalam Utusan hari – ada kebenarannya bahawa cita-cita untuk berkuasa yang melampau itu bolehlah dikategorikan sebagai tamak kuasa.

Sekian, IB

laporan Utusan:

Anwar tamak kuasa

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Perdana Menteri sementara jika beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat sememangnya tidak realistik.

Ini kerana menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu melalui tiga syarat utama untuk melaksanakan hasrat tersebut iaitu memenangi pilihan raya umum beserta keputusan majoriti dua pertiga pembangkang.

Kedua jelasnya, Anwar perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat diikuti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa ada unsur-unsur paksaan.

“Namun, dalam Islam tiada orang yang berebut kuasa sampai begitu sekali sehingga mahu melantik Perdana Menteri sementara semata-mata gilakan kuasa.

“Anwar terlalu terdesak tamakkan kuasa. Kelakarnya, dia bercakap seolah-olah dia penentu segala-galanya. Adakah rakyat tidak nampak lagi siapa dia ini…hanya pentingkan diri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Anwar semalam dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini berkata, sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak beliau akan menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjarakan kerana sementara menjalani hukuman tersebut beliau akan melantik Perdana Menteri sementara.

Namun, menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, sekalipun Anwar berjaya meletakkan Perdana Menteri sementara itu, adakah beliau yakin individu berkenaan mahu melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.

“Inilah risiko terbesar untuk Anwar. Kita tidak boleh baca masa depan. Seperti yang kita tahu, pembangkang kalau sudah dapat kuasa tidak mudah nak lepas begitu sahaja, mungkin ini akan berlaku. Anwar kuat sangat main spekulasi,” katanya.

Ketua Kluster Governas, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, adalah tidak adil bagi rakyat untuk mempunyai seorang Perdana Menteri yang dilantik dengan cara seperti yang Anwar impikan itu.

“Mungkin adil bagi penyokong beliau atau bagi pengundi yang memilih beliau, tetapi bagaimana pula bagi rakyat yang tidak mengundi? Mereka mungkin menganggap cara ini satu tindakan yang tidak masuk akal,” katanya.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang pula berpendapat, Anwar hanya bermimpi di siang hari apabila mengatakan beliau akan tetap menjadi Perdana Menteri walaupun dipenjarakan.

Katanya, kenyataan Anwar itu hanya berdasarkan andaian-andaian yang dibuat sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kes liwatnya.

“Apa yang akan berlaku adalah atas keputusan mahkamah. Masyarakat boleh membuat penilaian tentang apa yang diandaikan itu. Ini seolah-olah mimpi di siang hari,” katanya

Comments»

1. duanz - January 12, 2012

Ibrahim ni lebih banyak sebut nama Anwar dari mengucap kalimah sahadah. otak penuh racun dah kot.

ibrahimbaba - January 17, 2012

IB siarkan fakta yang dibuat oleh tokoh-tokoh akademik dalam bidang masing2 bukan buat komen beremosi seperti saudara.

akak tahu - February 10, 2012

tokoh akademik yg mcm kangkung dan penakut tu pun nak percaya ke…org kampung pun faham peel org pengecut tu..takkan IB tak tahu…@buat2 tak tahu….jaga periuk nasi ke…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: