jump to navigation

Baiah PAS Cerai Isteri Talak Tiga January 27, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik.
Tags: ,
trackback

Beberapa tahun lalu negara digemparkan oleh pendedahan bahawa calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya disyaratkan dengan sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti.

Mursyidul Amnya TG Nik Aziz pada laporan bulan November 2009 telah menafikan kewujudan baiah seumpama itu.

Berita yang dipetik oleh Bernama ketika itu memetik seperti berikut:

Menteri besar Kelantan berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Laporan tersebut turut memetik komen dari Presidennya:

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen.

Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Apakah yang dikatakan baiah PAS itu?

Baiah pada dasarnya ialah sumpah janji dengan sesuatu yang ditetap. Dalam kes baiah PAS ini skrip sumpah baiah itu bermula dengan bersumpah di atas nama Allah bahawa jika orang yang mengangkat sumpah itu keluar parti maka jatuh talak ke atas isteri (atau isteri-isterinya) dengan talak tiga (3) sekali gus.

Apakah baiah PAS ini sebenarnya wujud?

Jawabnya, YA. IB saksikan sendiri kewujudannya – milik salah seorang pimpinan PAS (bukan Hasan Ali – kot ada yang nak kata Hasan yang dedahkan).

Sememangnya baiah ini wujud dan terdapat sedikit perbedaan dalam susunan ayatnya bagi negeri-negeri yang berlainan. Namun, sumpah jatuh talak 3 itu WUJUD.

Mengapa IB menimbul balik isu baiah PAS ini?

IB timbulkan semula isu ini apabila melihat isu Hasan Ali. Hasan Ali walaupun diasak dan dihentam oleh pelbagai pihak dalam partinya sendiri, dia tetap tidak keluar parti. Dia tidak akan keluar parti kerana akan jatuh talak 3 ke atas isterinya (atau isteri-isterinya, kalau ada lebih) secara automatik.

Maka, caranya ialah dengan memecatkan Hasan Ali sahajalah jalan keluar untuk PAS menjauhkan diri dari Hasan, kerana Hasan tidak akan keluar parti. Sebab itu tindakan drastik memecat terpaksa dilakukan.

Walaupun ada klausa lain di para bawah, bahawa jika dia dipecat. Tetapi klausa tersebut tidak menggaitkan kepada jatuh talak terhadap isteri.

Kalau ada pimpinan PAS yang berani meNAFIkan kewujudan baiah PAS yang menggaitkan jatuh talak tiga terhadap isteri mereka tersebut – maka mereka ini berBOHONG! Jangan ada yang cuba hendak menafikan.

Dan jika dibaca kembali laporan Bernama yang meetik kata-kata pimpinan PAS itu – maka jelas ada yang berBOHONG atau cuba berBOHONG.

Namun itu isu sekunder. Isu primer/utama ialah:

Apakah pimpinan PAS mempermain-main baiah seperti ini? Apakah begitu mudah talak jatuh terhadap isteri mereka yang tidak tahu menahu hal politik suami mereka? Begitu mudah runtuhnya satu ikatan rumahtangga menjadi bercerai berai hanya kerana isu kepartian?

Dalam menyelidiki sejarah baiah PAS ini, ada yang mengaitkannya dengan suasana ketika PAS mempunyai majoriti satu kerusi sahaja di Kelantan dulu. Malah peristiwa “September 16” hampir terjadi untuk BN tumpaskan kerajaan PAS di Kelantan pada masa itu. Beberapa nama telah di”confirm”kan akan berpindah ke UMNO ketika itu.

Yang menjadi perbualan mulut di kalangan mereka yang mengangkat sumpah dalam majlis di hadapan pimpinan masing-masing ialah mereka mendengar dengan teliti setiap yang mengangkat sumpah itu menantikan ayat yang menyebut jatuh talak atas isteri atau atas isteri-isteri. Masing-masing mengeluarkan senyum sinis apabila mengetahui mana-mana pimpinan mereka yang menyembunyikan status poligami mereka itu.

Apakah murah, rendah dan hina begitu sekali ikatan murni rumah tangga jatuh dengan tidak dapat dirujuk kembali hanya kerana mainan politik?

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: