jump to navigation

Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal February 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, IFC, Islam, Ketelusan, politik.
trackback

IB tidak lagi menulis sekerap dulu. Namun tulisan terbaru IB [Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar] entah macam-mana agaknya mengusik sedikit sensitiviti para pembaca dan meletuplah ianya.

Dari komen-komen yang tersiar di laman Tranungkite Online, IB perhatikan bahawa mereka yang memberi komen merasakan IB mereka-rekakan cerita dan cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Pertamanya, kenyataan-kenyataan Dewan Ulama yang IB petik adalah apa yag tersiar dalam media. Kenyataan berhubung temubual Anwar dalam WSJ dan BBC dan juga kenyataan berhubung isu Pluralisme Agama semuanya mafhum. Mungkin mereka yang menutup teliga dan mata terhadap teguran/kenyataan IB ini memilih untuk tidak mahu menerima kenyataan atau mereka tidak baca dan tahu bahawa Dewan Ulama PAS pernah membuat kenyataan-kenyataan sedemikian.

Kedua, setakat pergaulan IB dengan beberapa pimpinan PAS, mereka jelas tentang isu-isu yang dibangkitkan Anwar. Mereka tidak bersama dengan Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Kecuali segelinitir pemimpin yang tersasar dek terlalu asyik dengan Anwar dan mungkin latar belakang fahaman tauhid mereka “sedikit longgar”.

Dalam komen-komen tersebut kebanyakkannya mengecam dan merasakan IB seorang pencacai UMNO dan hanya baru menulis. IB boleh maafkan mereka kerana mereka mungkin bukan dari kalangan mereka yang bersama dalam “perjuangan reformasi” di peringkat awal. Tulisan-tulisan IB masih kekal membuat komen terhadap UMNO. Bukankah kita ini pejuang “keAdilan”? Kita tidak pejam mata apabila kesilapan itu dilakukan oleh orang keliling kita [baca juga ini: Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Yayasan Selangor].

IB mula menulis semenjak tercetusnya peristiwa di bulan September 1998. Dalam kesibukan kerja IB di masa itu, IB menulis dari beberapa buah benua memberi komen dan pendapat. Banyak laman-laman reformasi ketika itu memetik tulisan IB. Malah laporan IB ada ketika  turut dipetik dan disiar dalam Harakah. Namun itu sudah hampir 14 tahun lalu. Ramai penyokong PR sekarang dan mereka yang laju dalam memberi komen itu masih di bangku sekolah ketika itu – mungkin.

IB suka dengan komen seorang yang bertanya “sejak bila ib berubah ?” Ini menunjukkan bahawa beliau tahu pendirian IB dulu. Cuma mungkin beliau tidak lagi ikuti tulisan-tulisan IB terkini.

IB kerap menegur di ketika-ketika yang sesuai. IB pernah juga tegur Anwar sebelum ini. IB mula meletakkan kaki di brek di awal tahun 2009 apabila Anwar tidak bersungguh dalam memelihara  kesucian syahadah – baca “Perlu Menegur DSAI.”

Merujuk kepada temubual Anwar oleh WSJ, Anwar dengan WSJ bukan perkara baru. Kenyataan Anwar dalam WSJ dulu-dulu dan kini membuktikan bahawa WSJ bukan silap petik kenyataan Anwar [kalau salah petik dah lama WSJ disamannya], dan bahawa ianya menyerlahkan sikap dan pendirian Anwar dalam isu mempertahankan akidah umat Islam apabila bertembung dengan kepentingan politik.

IB mula menekan kuat brek apabila Anwar membuat kenyataan dalam WSJ berhubung isu Kalimah Allah ini. Bagi IB ianya sudah sampai masanya untuk IB tidak bersekongkol. Isu Kalimah Allah adalah suatu agenda besar pendakyah Kristian. [baca ini: Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?]

Dan beberapa bulan selepas itu Anwar sekali lagi menzahirkan pendirian agamanya apabila berpegang dengan mazhab John Hicks yang menganjurkan kesamarataan agama. Anwar mengangkat dan memetik kata-kata Dante seolah-olah Dante itu menjaga kesucian semua agama. Walhal Dante amat jelas telah menghina Rasulullah s.a.w. dan sepupunya Baginda, Sayyidina Ali k.w.

Petikan ucapan Anwar di London amat mengusarkan IB. Dalam teguran-teguran susulan yang dibuat Anwar tidak langsung kendurkan pendiriannya dalam menyamaratakan agama ini. Hanya kerana tidak tahan dengan teguran-teguran ini, maka Anwar menghilangkan teks ucapannya di LSE itu dari laman blog rasminya. TETAPI beliau tetap bertegas dengan pendirian apa yang diucapkan itu.

Malah Anwar mengulangi pendirian itu dalam beberapa ucapannya di luar negara [inilah masalah di kalangan penyokong yang membuta tuli – tidak luas bacaan mereka – media-media antarabangsa banyak membongkar sikap dan pendirian Anwar dalam hal agama].

Dan Anwar menerbitkan kembali teks ucapan Pluralisme Agamanya itu di blog rasminya [hanya bertahan untuk 3 hari] apabila diserang oleh rakan karibnya, Ismail Mina dan IB telahpun mengulasnya di sini: Mengulangi Bahawa Anwar Itu Cekal Dengan Pendirian Pluralisme Agamanya.

Jadi sikap Anwar dalam hal akidah ini sudah amat jelas. Temubualnya dengan media antarabangsa selalu diguna beliau untuk meraih sokongan luar dan tidak ditujukan untuk tatapan pembaca tempatan. Jika tidak dihebahkan, rakyat tidak akan tahu. Ianya berlalu begitu sahaja. Begitulah terjadinya dengan temubual Anwar oleh WSJ yang terbaru dan BBC sebelum itu.

Sekian, IB

Comments»

1. duanz - February 1, 2012

Dulu kawan-kawan ibrahim biba cakap – kalau laksanakan hudud di kelantan, kita boleh makan sup tangan.

Diaorang mudah lupa macamana menteri2 dia menghina islam dan pas di kelantan. 20 tahun berlalu. Sekarang isu adalah anwar bercakap dengan media kafir. Tentulah hasilnya ialah fitnah. Dan fitnah-fitnah kafir ini disambung oleh ibrahim biba.

Sdr jangan takut, Islam akan terus berkembang samada melalui pas dan pkr. Tetapi tidak melalui umno dan ibrahim biba, walaupun sebanyak manapun fitnah dajjal saudara lontarkan untuk runtuhkan musuh umno ini.

ibrahimbaba - February 3, 2012

Bila pulak IB berkawan orang yang menghina hukum Allah?
Mana mungkin orang yang berkawan dengan mereka yang hina hukum Allah menegur dan menentang aliran Pluralisme Agama? Atau mereka yang ingin membiar orang-orang kafir mengguna kalimah tuhan untuk mereka sebagai Allah?

sekadarberfikir - February 29, 2012

inilah yang terjadi apabila terlalu taksub dengan seseorang…
kita kena kaji dan lihat dengan hati yang terbuka…berfikir dengan akal…baru boleh menilai seseorang…don’t judge a book by it’s cover…..
janganlah asyik nak menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain atas kesalahan dan kesilapan diri sendiri…
saudara Duanz perlu berfikir dan melihat sesuatu perkara termasuk perkara ini dengan lebih dalam…
IB…teruskan menulis!

2. Fazenne - February 4, 2012

Bersabarlah dalam perjuangan. Memang ada manusia yang terlalu taksub dengan manusia lain hingga meminggirkan yang haq. Sedangkan kita diajar wajib taat hanya kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada yang lain, taat yang bersyarat. Ah… usah gusar… teruskan menulis dan menyatakan kebenaran dan memerangi kebathilan. Jangan korbankan nikmat iman dan Islam dengan apa jua pun. Lagi pun, kan yang haq PASTI akan menang atas yang bathil. Kalau tidak di sini, di sana PASTI.

3. shah - February 8, 2012

APE LAGI NAK CKP SEMUA CUKUP , TUHAN DAH BERI PETUNJUK , LEPAS BUKTI JUBURI, PASTU TLG ISRAEL . ITU PU TAK MENGAKU , ITU FITNAH KE ATAU MMG KERJA ORG , FIKIRLAH SENDIRI , KALAU ORG PENIPU TU MMG KERJA DIA PENIPU MANE .DIA PUN BUKAN NYA BAIK SGT , SUDAH LAH PENGIKUT DIA PUN SAMA KAKI JUBUR AGAK NYA , KALAU KITA D PIMPIN ORG JAHAT JAHAT LA KITA , KALAU KAKI JUBUR , JUBURI LAH KITA, NAK SALAH KAN UMNO JUGAK TAKDE LOGIK , KAU BERAK KERAS PUN UMNO BUAT KE , SEDAR LAH MANUSIA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: