jump to navigation

Kalau Zaid Ibrahim Masuk PKR Saya Keluar! February 10, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
trackback

Bang! Meja dihentak oleh Azmin Ali selepas mengatakan bahawa beliau akan keluar parti jika Zaid Ibrahim dibawa masuk semula ke dalam PKR.

Ini sebagai membantah ucapan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Biro Politik parti baru-baru ini.

Sebelum 901, Zaid dilaporkan telah memohon maaf dengan Anwar dan menyatakan hasratnya untuk sedia kembali ke pangkuan PKR. Zaid dikatakan menyatakan sendiri hasratnya kepada Anwar ketika 901.

Maka dalam mesyuarat biro politik parti Anwar memaklumkan kepada semua yang hadir dalam mesyuarat akan hasrat Zaid. Azmin yang duduk sebelah Anwar bingkas membantah Anwar sambil menghentak meja. Dalam ketakutan, Anwar terus mengalih kepada perbincangan lain bagi mengelak suasana menjadi keruh.

Ada cakap-cakap di kalangan pimpinan PKR bahawa, Zaid ingin “mereka” [IB mungkin dedahkan siapa “mereka” ini] bawa masuk kembali ke dalam PKR bagi mengimbangi pengaruh Azmin yang melampau dalam parti dan terutamanya terhadap Ketua Umum parti sendiri.

Tanggapan ini telah terbukti dengan apa yang berlaku di hadapan mata mereka semua dalam mesyuarat tersebut. Dan terbukti Anwar amat takut dengan Azmin.

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: