jump to navigation

Iran Bantu Assad Mengekang Revolusi Syria March 22, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anti-Islam, Islam, Ketelusan.
add a comment

Bukti sudah pun ada. Namun bagi mereka yang sudah menganuti Syiah, mereka tidak akan percaya. Dan bagi mereka yang menyanjung Iran Syiah membuta tulli akan tetap juga tidak percaya.

[ini semua terbukti dari komen-komen terhadap posting IB sebelum ini: Masih Ada Yang Tidak Percaya Kebodohan Syiah Dalam Sambutan Ulangtahun ke33 Kepulangan Khomeini]

Baru-baru ini The Guardian memperolehi 3,000 emel yang beredar di kalangan orang-orang dalaman regim Assad termasuk juga emel-emel kepunyaan Bashar dan isterinya Asma sendiri.

Di antara emel-emel ini termasuk yang membongkar penglibatan rejim Syiah Iran dalam mengekang bantahan orang awam yang mengugat pemerintahan Assad. Nada nasihat yang diberi oleh pelbagai pihak dari Iran menyerupai gempar-gempur rejim Iran terhadap ancaman dan campurtangan Iran di negera mereka sendiri. Di antara nasihat termasuk mengunakan kekerasan yang melampau hingga mengorbankan banyak jiwa terutamanya dari golongan Ahli Sunnah yang disengajakan oleh dendam kesumat puak-puak Syiah ini.

Ya Allah selamatkanlah bumi ini dari fitnah akhir zaman.

Sekian, IB

Advertisements

Yahudi : Ada Permainan Politik Hadi, Anwar … March 21, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Palestine, politik.
1 comment so far

Dari: AIDCnews

Oleh Dr Rahman Kadir

1. Isu Israel dan Yahudi kembali lagi.

2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, “boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi”.

3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.

4. PAS pada zaman sebelum turunnya ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dengan Yahudi.

5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa masuk ke dalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah dibantai dengan begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.

6. Saya tidak pasti sama ada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.

7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.

8. Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.

9. Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.

10. Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.

11. Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel…”

12. Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit kesalahan liwat.

13. Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.

14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro-Israelnya, akan menuding jari terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan “kapal Israel” yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).

15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.

16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan Kerajaan Datuk Seri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.

17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat Palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.

18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.

19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.

20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem’ban’kan atau mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.

21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.

22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun belum tentu merekanya berfahaman Zionis.

23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.

24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu untuk diseksa dengan malaikat yang sama dengan malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.

25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.

26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam di dalam Al Quran.

27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. “Mati Syahid” Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis, dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.

28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan “bijak” pimpinan parti yang kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.

29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.

30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.

*Penulis adalah bekas aktivis PMIUM yang pernah menyokong PAS sejak dari tahun 1996. Dr Rahman menjelaskan alasan-alasannya kenapa beliau meninggalkan PAS. Sila klik di sinisinisini

Di Mana Perginya Jam Omega Itu … March 15, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan.
add a comment

Anwar Ibrahim boleh menangkis tuduhan “fitnah” terhadap beliau dengan mudah. Dan tidak perlu ianya berlarutan. Tunjuk sahaja jam Omega milik beliau yang dikatakan tertinggal di dalam bilik yang mana rakaman video tersembunyi yang tersebar luas berlaku.

Mudah!

Ceritanya pun tidak perlu panjang meleret hingga sekarang. Hingga menimbul pelbagai spekulasi.

Anwar amat sensitif apabila ditanya pasal jam Omega itu. Kenapa perlu melenting?

Namun, dalam perbualan dengan seorang ahli Dewan Ulamak PAS dua bulan lalu, beliau menceritakan bahawa Anwar ada menelefon beliau untuk ke majlis doa selamat dan sembahyang hajat sebelum 901. Walaupun beliau telah mengatakan tidak dapat hadir apabila permintaan Anwar disampaikan melalui orang tengah, namun selepas itu Anwar sendiri telefon memujuk untuk datang (bagi memberi kredibiliti kepada Anwar), kerana ulamak ini dilihat kian menjauhkan diri dari Anwar. Kalau dulu ulamak inilah yang disegani ramai apabila hadir membaca doa di awal zaman reformasi dulu.

Ketika menyatakan sebabnya kepada IB dan rakan-rakan yang hadir, ulamak ini mengatakan tidak mungkin beliau hadir membaca doa sedangkan beliau sendiri tahu pasal jam yang pernah Anwar tunjuk kepada beliau dulu. Tidak perlu video yang tersebar untuk menyakinkan beliau, cukup dengan jam itu sahaja, kerana jam itu jam yang special dan tidak mungkin Anwar boleh “mengadakan” yang lain. Sebab itulah sehingga sekarang Anwar tidak dapat menunjukkan jam itu kepada orang ramai walaupun dikatakan disimpan oleh Wan Azizah.

Malah IB difahamkan bahawa hampir keseluruhan Dewan Ulamak mafhum dalam isu ini. Baca seterusnya yang telah IB ulas di sini dulu: Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar

Bagi IB, Awar perlu segera membersih namanya dalam hal ini. Ianya mudah sahaja. Tunjuk jam dan buktikan bahawa Eskay berbohong.

Sekian, IB

The Arrivals – Part 01 March 12, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy.
add a comment

sambungan dari: The Arrivals – Introduction

bersambung di sini:

The Arrivals – Introduction March 10, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy.
add a comment

 

bersambung:

The Arrivals - Part 015:43 The Arrivals – Part 01

Masih Ada Yang Tidak Percaya Kebodohan Syiah Dalam Sambutan Ulangtahun ke33 Kepulangan Khomeini March 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam.
15 comments

Memang IB sudah agak. Akan ada orang-orang yang taksub tidak akan percaya dengan posting IB sebelum ini: Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan. Dan IB suspek mereka itu adalah sememangnya pengikut Syiah di Malaysia (yang sama ada tidak mahu percaya atau mereka taqiyyah) atau mereka yang apabila diberi penjelasan/maklumat mereka sukar untuk percaya dek kerana tertutupnya pintu hati.

Ada pula yang mengatakan ianya “super-impose” dan di”photoshop”. Dalam posting asal sudah pun IB sebutkan bahawa gambar-gambar itu IB perolehi dari laman rasmi media mereka sendiri, MEHR, iaitu mehrnews.com.

Bagi tujuan mengesahkan laporan tersebut IB pamerkan sumbernya di bawah ini dengan “screen-shots” dari laman akhbar mereka sendiri:

dan ini juga … periksalah sendiri.

Klik pada imej untuk baca link url yang ditulis di situ atau pergi sahaja di sini. (Harap mereka belum buang lagi). Bolehlah tengok sendiri kesemua gambar yang IB ambil itu … semuanya dari MEHR. Malah IB tidak buang pun tanda MEHR pada setiap gambar yang IB ambil itu.

Kalau tidak boleh baca bahasanya – gunalah google translate … amat mudah.

Ada juga masih tdak percaya? Itulah yang disebut mereka pekakkan telinga, butakan mata dan tidak mahu juga percaya. Masih juga mengatakan ini semua super-impose. Memang nampak sebegitu. Tapi silalah pergi ke link dan tatapi sendiri apa yang ditulis oleh orang-orang Syiah yang fanatik ini. Jangan pula kita yang terlebih fanatik menolak kebenaran.

Semoga kita sama-sama menjaga akidah kita agar tidak terpesong ke neraka dan kekal selamanya di dalamnya, nauzubillah.

Sekian, IB

Pimpinan PAS Bukan Islam: Betul Dr. Zul March 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, politik.
1 comment so far

Sebenarnya ada kebenarannya apabila kita meneliti kenyataan Dr. Zul yang dipetik:

PAS research chief Dzulkefly Ahmad said today the Islamic party is ready to accept non-Muslims in positions as high as deputy president

IB tidak hairan dengan kenyataan Dr. Zul itu. Memang benar dan sebenarnya sudah pun terlaksana.

Jika menurut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan ajaran Syiah adalah suatu ajaran yang sesat. Dan mafhum di kalangan pimpinan PAS, Timbalan Presidennya Mat Sabu memang menganuti fahaman Syiah.

Maka tidak hairanlah Dr. Zul mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi memprovokkan minda ahli dan masyarakat umum akan apakah mereka sedar atau tidak. Mungkin Dr. Zul sudah memberi signal bahawa ada di kalangan mereka yang kurang selesa dengan pemimpin Syiah berada di puncak pimpinan parti.

Memandang kepada situasi di mana Presiden parti, Ustaz Hadi, belum pernah sekali pun membiarkan Timbalannya mempengerusi mesyuarat jawatankuasa pusat mungkin menandakan betapa seriusnya kebimbangan sesetengah mereka di kalangan pimpinan parti yang risau dengan pengaruh Syiah yang semakin kuat dalam parti.

Tidak seperti ketika Ustaz Nasa menjadi Timbalan Presiden, Ustaz Hadi pernah membiarkan beliau mempengerusi mesyuarat. Menurut pemerhati politik dalam PAS, Ustaz Hadi tidak pernah sekali pun membiar Mat Sabu mempengerusikannya – walau di mana program beliau berada, Ustaz Hadi akan tetap bersegera untuk mempengerusikan mesyuarat sendiri.

Artikel berkaitan Syiah sebelum ini: Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan

Sekian, IB

Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan March 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
15 comments

Bagi kita di Malaysia mungkin kali terakhir kita membaca atau mendengar kisah Khomeini ialah peristiwa mayatnya diusung dan diaibkan apabila seluruh dunia melihat batang tubuhnya yang kaku hampir ditelanjangkan dan jatuh tergolek ditarik oleh pengikut-pengikut fanatik yang berebut-rebut. Walaupun kerajaan Iran berusaha menghalang penyiaran gambar yang memalukan itu, sekeping gambar yang diperolehi oleh AP tersiar di seluruh dunia.

Terbaru, mungkin ramai yang tidak sedar, satu peristiwa diadakan bagi memperingati kepulangan Khomeini genap 33 tahun. Khomeini pulang menaiki pesawat Air France pada tarikh 1 Februari 1979 dan menggulingkan pemerintahan Shah Iran beberapa hari selepas itu.

Lihat sendiri gambar-gambar berikut yang diambil dari sumber rasmi media Iran (Mehr). Inilah Khomeini yang memfatwakan boleh mut’ah dengan jiran cuma makruh sahaja. IB hairan kalau ada juga orang terikut dengan ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pesawat yang membawa "Khomeini" tiba(?)

"Khomeini" muncul di pintu pesawat

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

Siap dengan perbarisan hormat

Disambut dengan pasukan pancaragam

Masing-masing dengan sekuntum bunga!

"Khomeini" yang terpaksa diusung sahaja

Apakah mereka ini memberi tabik hormat atau merasa diri dibodohkan?

Pasukan bermotosikal siap untuk mengiringi

Teringat semacam ada orang mengusung patung ke satu gua setiap tahun ...

ish ... memang peliklah ...

inilah yang menjadi bahan tertawa seluruh dunia dengan komen dan diherdik pelbagai media

Dibuat juga kadboard Khomeini dari gambar asalnya 33 tahun lalu

Pasukan motorsikal dan kenderaan yang akan membawa "patung Khomeini"

Tabik hormat!

Diarak pula dalam trak GMC buatan syaitan Amerika!

Semasa persiapan awal

"Khomeini" kemudian ke sekolah Refah - pusat operasinya ketika menggulingkan Shah

Kali ini kadboard Khomeini yang duduk pulak!

Di kelilingi pengikut setianya seolah sesi sidang medianya ketika menggulingkan Shah dulu

Apa agaknya yang sedang diperkatakannya kepada Khomeini?

Tidak pulak mereka rasa macam orang bodoh!

Ketika semua hadirin minum teh tidak ada pulak ada yang tolong suapkan kepada Khomeini

Kaum wanita pun sama diperbodohkan

Bila selesai majlis semua sudah bangun tinggallah Khomeini untuk tunggu orang angkatkannya

Semoga kita semua selamat dari ajaran sesat begini.

Sekian, IB

Bersambung di sini: Masih Ada Yang Tidak Percaya Kebodohan Syiah Dalam Sambutan Ulangtahun ke33 Kepulangan Khomeini