jump to navigation

Pelik Cara Anwar Solat Ketika Di Perkarangan Masjid Negara April 30, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anwar, Islam, Ketelusan, politik.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Anwar Ibrahim dikata berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. Mereka berkumpul di situ bersama beberapa pemimpin PR lain. Apabila masuk waktu zohor, mereka ini dikatakan tidak masuk dalam masjid untuk solat berjemaah bersama orang ramai tetapi solat hanya di perkarangan masjid itu sahaja.

Soalnya:

1. Apakah dia terikut dengan perpecahan yang pernah berlaku dulu – kerana tidak mahu ikut imam kerajaan?

2. Apakah masa terlalu suntuk kerana sudah hendak mula Bersih? Kalau solat di dalam masjid nanti lambat. Imam baca surah panjang. Wirid lagi.

3. Apakah dia tidak larat kerana keuzurannya hendak berjalan jauh ke dalam masjid turun naik tangga? Maklumlah masih sakit belakang.

4. Apakah beliau malas nak buka kasut atau bimbang kasut beliau hilang bila tanggal kasut untuk solat di dalam masjid? Solat di luar masjid boleh solat sambil pakai kasut!

dan banyak lagi persolan dan kemungkinan lain.

Namun, apa pun sebabnya beliau tidak mahu solat dalam masjid itu terserahlah kepada dia dan “ahli jemaahnya”.

Yang peliknya ialah apabila dia solat di luar perkarangan masjid mereka solat beramai-ramai macam solat berjemaah tapi mereka solat sendiri-sendiri! Atau IB yang salah? Tolong betulkan.

Lihat gambar-gambar dari minag-jinggo ini:

a. Pemuda sebelah kiri ini mungkin nak beritahu arah kiblat. Bukankah lebih senang dalam solat masjid – mesti dah confirm arah kiblatnya.

b. Masing-masih bersedia untuk solat. Anwar menterbalikkan topi beliau. Orang sebelah kirinya mengikat sapu tangan di kepala.

c. Mereka mula bertakbir. Tunggu! Siapa imamnya? Nampak macam sebaris semua tidak ada imam di depan. Kalau orang yang sebelah kanan Anwar yang takbir dulu – mungkin dia imam kot?  Sungguh bersiap siaga sekali untuk “berperang”, sebab itu boleh solat dengan pakai kasut!

d. Mereka guna banner untuk alas solat. Kenapa tidak diterbalikkan banner tu – guna yang sebelah putih. Nasib baik teringat nak tutup sikit – kalau tak tercium muka Ambiga kat banner (?). Kesian dua orang dihujung sana – banner tak cukup besar.

e. Nak kata orang sebelah kanan Anwar jadi imam tidak betul juga. Sebab dia turun sujud lambat. Anwar yang sakit belakang nampak mengeran kesakitan bila nak sujud. Tambah pulak dengan pakai kasut – lagi sakit masa nak lipat turun dan duduk tahiyyat.

f. Bertahiyyat sama-sama. Solat bersama macam berjemaah. Pergerakan semua hampir sama – macam berjemaah. Tapi masing-masing solat bersendirian. Yang belakang tu – agaknya ikut siapa. Mereka tahu tak masing-masing di depan tu solat bersendirian? Mereka mengguna Mazhab yang memboleh dedah tangan semasa solat? (di Malaysia?) Kalau di Indonesia mereka kata “oh sikit aje nampak engak apa-apa”

Yang lain yang ramai lagi tu tak solat ke? Ramai lagi yang Melayu tu … tidak mengapa – menjadi taraf pemerhati!

Sekian, IB

Advertisements

A ‘Pakatan’ to ruin football? April 5, 2012

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, politik.
add a comment

from: http://hareshdeol.blogspot.com/
This video – Teacher sees purple at white glove rally – caught my attention earlier today.I admit I was not there at the field. If I was, I would surely have a field day writing about it in The Malay Mail.

We see this sudden urge of making our voices heard. That is good – but not at the expense of school children training on the field.

After having viewed this video several times and reading up about this rally, I have to take my hats off to the coach for standing up for his children and their training programme.

It is only in this country where fields and stadiums are used for concerts, parades and yes, now even for demonstrations. Sadly, these are the same people who then take pot shots at the standards of our football and lambast the quality of our fields. However, it could be a rugby team training there and it’s even worse as there is no proper dedicated rugby stadium in the country.

The video is self-explanatory for there will be certain quarters who will then quickly claim I have been paid by the government to write such an article.

Judging from my exposes on the Sports Ministry ‘investing’ in villas in Port Dickson, keeping mum about the millions they obtain from lottery giants Sports Toto annually and revealing that the national jersey project – with the collaboration of a telecommunication company – hit a snag (which has now gone to court), I doubt the government will offer me money.

What I would like to say to politicians from the ruling government and the opposition is that – if you want to champion your rights and the rights of your followers, please do so by all means.

But don’t ever make the mistake of messing around with grassroots sports. There was certainly a better way of handling the situation.

Note: Do not take this posting as me being ignorant over the political situation of our country which I admit has a lot to improve. And don’t try to pull the “I’m a lawyer” stunt on me like most of them love doing – you ain’t the only one legal qualification.

HD says: I guess most involved in the rally should have joined the training session to erm, let me say it politely, ‘keep fit’.

IKD Lahir Anak Seni Tolak Agama April 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, Melayu, politik.
2 comments
Harian Metro 11 Mei 2007 (Jumaat) muka depan bertajuk “Anak Seni Tolak Agama” oleh : Wartawan, Helmy Abd Rahman.Metro mendedahkan kumpulan ini mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara. Wartawan Metro telah menemubual Azfar (Pereka Grafik Teater) yang mendedahkan kegiatan kumpulan yang menolak agama ini. Menurut Azfar, pengarah seni mereka mempersendakan krew yang menunaikan solat. Pengarah filem ini pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki ‘mat salleh’.Wartawan Metro ini turut menyamar menemui Taji (Pemuzik Jalanan Bukit Bintang, bekas pelajar IPTS, aktivis UBU) yang telah terpengaruh dengan kumpulan ini sejak masih belajar di IPTS.Menurut Taji, dia percaya bahawa manusia mempunyai kuasa penuh menentukan nasibnya sendiri dan Tuhan tidak wujud. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih untuk menjadi atheis, agnostik atau menganut apa agama sekalipun. Taji berpendapat orang Melayu didiskriminasi kerana tidak bebas memakan babi, minum arak dan beli nombor ekor. Kebebasan beragama ini sedang diperjuangkan menerusi blog, filem, karya seni,muzik dan persembahan teater oleh kumpulan UBU dan Jalan Telawi ini. Taji dengan bangga telah mengaku bukan Islam tidak mahu berdoa.Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzshe, Soren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yg terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka.

Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Golongan ‘freethinker’ ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.

Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.

Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.

Faisal Tehrani (aktivis UBU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Bila Tuhan Berbicara’ di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 6 Mei lepas. Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Dato Dr. Ridhwan (Pemenang SEA Write Award) dan Isa Kamari (Novelis Singapura). Sebelum ini Faisal menerbitkan buku koleksi cerpen bertajuk ‘Kekasih Sam Po Bo’ yg ditaja oleh Aberdeen Books (Syarikat Penerbitan dari Belanda). Faisal dan Fathi Aris mempunyai peminat yang tersendiri dan kedua-dua aktif menulis dalam blog.

IKD dan KAF turut menerbitkan karya Ali Abdul Raziq “Islam Dan Dasar Pemerintahan” seorang ulamak Mesir kontroversi pada tahun 1920an menulis mengenai pemerintahan Islam. Buku Ali Raziq Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini antara lain menyebut rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara selain tidak ada negara Islam di dunia.

Melalui IKD kumpulan ini juga bergerak membuat persembahan teater, menerbitkan filem pendek dan filem kontroversi. Mereka telah melatih pengikut-pengikut mereka. Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah ‘Bukak Api’ (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis’ (mengagungkan Chin Peng).
‘Bukak Api’ ialah filem Osman Ali, dan Filem ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis’ adalah karya Amir Muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan daripada Friedrich Naumann Stiftung (FNS). IKD mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui IKD adalah organ saraf Anwar Ibrahim. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya.
KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC). Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Oleh itu pendedahan Harian Metro adalah tepat untuk menghalang IKD dari terus merosakkan minda rakyat. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim yang menaungi IKD sanggup mempergunakan IKD merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu?
Tulisan ini dipetik dari http://blogpolitikus.blogspot.com/