jump to navigation

Anwar arah tutup kes Azmin? May 30, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan.
add a comment
dari sumber Utusan Malaysia
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA – mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mei – Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dalam satu pertemuan di London.

Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta.

Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE (RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham dalam Hicom.

“Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995.

“Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika mencecah angka lebih RM300,000,” katanya sebagaimana dipetik dari portal http://www.malaysia-today.net hari ini.

Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit yang dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau memiliki kekayaan tidak seimbang.

“Hasil daripada siasatan yang dibuat mendapati jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Azmin dan isterinya adalah jauh tidak seimbang terutama bagi tahun 1993 dan 1994. Hasil siasatan setakat ini juga mendapati isteri Azmin terlibat dalam pembelian saham bernilai jutaan ringgit sedangkan Shamsidar tidak bekerja.

“Memandangkan jumlah perbelanjaan yang dibuat Azmin jauh tidak seimbang, saya syaki wang dan harta dimiliki datang dari hasil perlakuan rasuah. Saya cadangkan Azmin diambil tindakan tatatertib,” lapor pegawai berkenaan tetapi BPR tidak mengarahkan sebarang tindakan lanjut diambil ke atas Azmin.

Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja Petra pula berkata, hanya orang yang pekak, buta serta tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya suatu rekaan atau konspirasi.

Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya.

“Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. Di mana Azmin dapat wang tambahan untuk hutang ini?

“Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain,” katanya juga dipetik dari portal Malaysia Today.

Ke Mana Pergi Derma Untuk Tabung Lebuhraya Rakyat KB-KK? May 30, 2012

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, PAS, politik.
add a comment

dari rbfonline:

Derma Lebuh Raya:Iklan Nama Lain Sampai Di Bank Nama Lain

Semalam Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.
Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.
No akaun : 03036 01 000 3031
Bank : Bank Islam
Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini.
Susulan tulisan saya pagi tadi berhubung lebuh raya berkenaan, seorang pembaca menghubungi saya dan memberitahu seperti berikut.
Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan.
Pembaca itu tidak menyatakan kepada saya beliau penyokong parti mana. Saya berpendapat pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.
Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.
Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun. Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar. Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan. Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.
Saya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan saya.
Saya sendiri ke Bank Islam tengahari tadi untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan. Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.
Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.
Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.
Bukan sekali saya cuba, malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar sepertimana gambar dibawah. Lalu saya membatalkan hasrat saya untuk menderma.
Anak panah – nombor akaun
Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang saya tulis ini anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan . Hangpa semua tak nak syurga ke ?
Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO. Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri. Ianya sungguh memalukan.
Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu. Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan. Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.
Saya tidak mahu membuat kesimpulan atau tuduhan yang bukan-bukan. Terpulang kepada orang ramai untuk menilai dan membuat keputusan.
Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ?

Cikgu Azmi Kena Baca Fatwa Ust. Ghani dan Ust. Hadi Dalam Harakah May 10, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Islam, Ketelusan, PAS, politik.
add a comment

Akhir-akhir ini nampaknya Cikgu Azmi marah sangat dengan akhbar dalam isu Azmin Ali yang dilondehkan (sebenarnya siapa yang londeh siapa?). Beliau yang mengetuai Saf Anti Fitnah (SAF) wajar juga lihat kembali akhbar Harakah edisi tahun 2008. IB pernah menyiar berita sebegini sebelum ini di sini: Apa Kata Ustaz Abdul Ghani dengan SAFnya?

Ustaz Ghani (yang juga dalam SAF) pernah berkata bahawa keburukan calon pemimpin perlu didedah. Ini berdasarkan wawancara Ustaz Ghani sebagai Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia dengan Harakah yang disiarkan pada Mac 2008

Ini adalah apa yang disiarkan Harakah ketika itu:


1.       Keburukan pemimpin dan orang yang melakukan kejahatan moral sangat perlu didedahkan supaya masyarakat tidak mengundi dan memilih mereka’.
2.       Menjadi seorang pemimpin mesti di kalangan orang berilmu, bertakwa, ada intergriti moral, iaitu bercakap benar, jujur, amanah, boleh diharap, telus, cekap dan pelbagai sifat kepimpinan seperti yang dihuraikan dalam Al Quran. Seorang pemimpin yang menipu rakyat tidak mempunyai intergriti moral. Pemimpin seperti ini mempunyai kecacatan serius menyebabkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada kepimpinannya terhakis.
3.       Justeru, apa yang diterangkan oleh Presiden PAS berkenaan pimpinan PAS boleh mendedahkan keburukan calon BN selaras dengan tuntutan agama dan keperluan rakyat yang mendesak.

Lantaran itu, IB menyeru samada Cikgu Mi baca balik keluaran Harakah tersebut atau bertanya sahaja dengan Ust. Ghani.

Cikgu Mi boleh jugak tanya dengan Ustaz Hadi kerana Presiden Pas itu juga mempunyai pendirian yang sama. Malah, kalaulah Harakah semasa itu bertanya Nik Aziz, IB rasa MB Kelantan itu akan memberi fatwa yang lebih kaw lagi. Apa taknya kalau Allah tu dia kata samseng, tidak ada hal sangat kalau nak hentam Pak Lah masa itu.

Sekian, IB

Anwar dan Freedom of Speech – My FOOT! May 3, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan.
add a comment

Dalam persahabatan dengan Anwar yang bermula berdekad lalu, IB belajar satu ayat dengan beliau. Expresi “my foot!” Ketika dalam suasana yang santai 4-5 orang kami berbicara tentang sesuatu isu dan seorang sahabat mengutarakan satu cadangan. Beliau mengunkapkan “my foot! you ingat dia orang ikut kita?”

Dan dalam retorik memperjuangan kekebasan akhbar dan kebebasan bersuara dengan mengambil semangat “sapare aude”, IB ingin memimjam kata-kata yang diunkap Anwar dulu.

IB ingin katakan kepada Anwar: “Freedom of speech and freedom of press? My FOOT!

Ini kerana Anwar cakap lain dan buat lain. Tonton sahaja pelbagai rakaman video yang disiar dalam youtube. Seorang pemuda Benji Lim yang bertanya soalan kepada Anwar semasa sidang media pasca Bersih 3.0 telah diheret keluar oleh gangster PKR kerana mempersoalkan Anwar yang merompak Bersih dari tujuan asalnya.

Antara video yang boleh ditonton ialah video ini. Perhati di minit 1:40+ apabila Benji dihalau keluar.

Lihat juga cara kasar Anwar layan pemberita dan banyak mengelak dari menjawab serta mempersoal balik kepada pemberita dengan soalan yang luar dari isu Bersih – sambil menuduh “media UMNO” – mudah sahaja.

Sekian, IB

75% NGO Yang SOkong Bersih TIDAK Berdaftar – Pertubuhan Haram? May 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
add a comment

dari apanama2020:

ILLEGAL Bersih?

60 out of the 81 Non-Governmental Organisations said to be supporting Ambiga’s Bersih are ILLEGAL organisations.

Sources from PAS have confirmed that a big majority of the ILLEGAL NGOs have less than 100 members.

“Some of them don’t even exist as the names (of NGOs) were just coined to add up to the list. We know about this because we are party to it,” a senior PAS leader who had previously sat in the Bersih committee revealed.

The leader also revealed the fact that the list of NGOs said to be supporting Bersih was ‘created’ by those who represent the “NGO faction within PKR”.

“They just coined the names to give an impression that Bersih is backed by powerful NGOs. It was to create a false impression that Bersih appealed to a cross section of the society,” he said, speaking on condition of anonymity.

PAS MP Nasharudin Mat Isa had on Sunday said that PAS should take lead and ownership of Bersih the movement was a ‘political game which should be played by politicians/political parties.

Nasharudin had also said that Ambiga was unfit to lead Bersih.

Below are the list of 21 registered NGOs supporting Bersih, together with the 60 ILLEGAL ones. (information verified by the Registrar of Societies – ROS)

1
Anak Muda Sarawak
NOT REGISTERED WITH ROS
2
Malaysian Indian Network Development Society (minds)
REGISTERED (JOHOR) (31.05.2011)
3
“Partners of Community Organisation” (PACOS)
NOT REGISTERED WITH ROS
4
Aliran
“PERSATUAN ALIRAN KESEDARAN NEGARA” REGISTERED WITH ROS (PENANG) (25.01.1977)
5
All Women’s Action Society (AWAM)
REGISTERED (SELANGOR) (04.02.1988)
6
Amnesty International Malaysia
NOT REGISTERED WITH ROS
7
Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga Aman)
NOT REGISTERED WITH ROS
8
Anwar Ibrahim Club (AIC) ???
NOT REGISTERED WITH ROS
9
Association of Women Lawyers
“FEDERATION OF WOMEN LAWYERS OF NORTH MALAYA,PENANG” REGISTERED WITH ROS (PENANG) (27.07.1964)
10
Bchrc
NOT REGISTERED WITH ROS
11
Borneo Heritage Foundation
NOT REGISTERED WITH ROS
12
Borneo Resources Institute, Malaysia
NOT REGISTERED WITH ROS
13
CCM Youth
NOT REGISTERED WITH ROS
14
Center for Orang Asli Concerns
NOT REGISTERED WITH ROS
15
Centre for Independent Journalism Malaysia
NOT REGISTERED WITH ROS
16
Coalition of Malaysian Indian NGO
NOT REGISTERED WITH ROS
17
Common Interesi Group Malaysia (CIGMA)
NOT REGISTERED WITH ROS
18
Community Action Network (CAN)
NOT REGISTERED WITH ROS
19
Consumers Association of Petaling (CAPs)
“CONSUMER & SOCIAL ASSOCIATION OF PETALING, SELANGOR” REGISTERED WITH ROS (SELANGOR) (10.05.2007)
20
Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (CRC)
NOT REGISTERED WITH ROS
21
Empower
NOT REGISTERED WITH ROS
22
federation of indian ngo
NOT REGISTERED WITH ROS
23
Federation of Malaysian Indian Organisations (PRIMA)
REGISTERED WITH ROS (KL) (2005)
24
Gerakan Mansuhkan PPSMI, GMP
NOT REGISTERED WITH ROS
25
good governance penang
“GOOD GOVERNANCE & GENDER EQUALITY SOCIETY PENANG” REGISTERED WITH ROS (PENANG) (10.12.2009)
26
group of concerned citizens
NOT REGISTERED WITH ROS
27
Health Equity Initaitives
NOT REGISTERED WITH ROS
28
IKRAM/JIM
“PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKRAM MALAYSIA” (PERLIS), “PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA” (SELANGOR)  DAN “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)” REGISTERED WITH ROS (KL) (27.07.1990)
29
independence people action committee (IPAC)
NOT REGISTERED WITH ROS
30
indian malaysian active generation (image)
NOT REGISTERED WITH ROS
31
Islamic Renaissance Front (IRF)
NOT REGISTERED WITH ROS
32
JERIT (JARINGAN RAKYAT TERTINDAS)
NOT REGISTERED WITH ROS
33
Kelab Belia Makkal Malaysia
NOT REGISTERED WITH ROS
34
Klang Consumer Association
“PERSATUAN PENGGUNA KLANG PPK SELANGOR” REGISTERED WITH ROS (SELANGOR) (05.08.1999)
35
Lawyers For Liberty
NOT REGISTERED WITH ROS
36
LIMAPULOHB
NOT REGISTERED WITH ROS
37
LLG Cultural Development Centre
NOT REGISTERED WITH ROS
38
LRC
NOT REGISTERED WITH ROS
39
Malaysia Youth and Students Democratic Movement(DEMA)
NOT REGISTERED WITH ROS
40
Malaysian Animal – Assisted Therapy for the disabled and Elderly Association
NOT REGISTERED WITH ROS
41
Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST)
REGISTERED WITH ROS (SELANGOR) (06.08.1983)
42
malaysian indian development & unity association
NOT REGISTERED WITH ROS
43
MEO-NET
NOT REGISTERED WITH ROS
44
MINDAS
NOT REGISTERED WITH ROS
45
Movement For Change, Sarawak (MoCS)
NOT REGISTERED WITH ROS
46
OHMSI
NOT REGISTERED WITH ROS
47
Panggau
NOT REGISTERED WITH ROS
48
penang independent schools education society
NOT REGISTERED WITH ROS
49
Peoples Green Coalition
NOT REGISTERED WITH ROS
50
Perak Women for Women Society (PWW)
REGISTERED WITH ROS (PERAK) (14.04.2004)
51
persahabatan semparuthi
NOT REGISTERED WITH ROS
52
persatuan alumni han chiang, Malaysia
NOT REGISTERED WITH ROS
53
persatuan alumni han chiang, pp
REGISTERED WITH ROS (PENANG) (23.03.2004)
54
Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & Kuala Lumpur
NOT REGISTERED WITH ROS
55
Persatuan Belia India Kundang
NOT REGISTERED WITH ROS
56
persatuan hak asasi manusia (hakam)
“PERSATUAN KEBANGSAAN HAK ASASI MANUSIA (HAKAM)” REGISTERED WITH ROS (KL) (14.06.1991)
57
Persatuan Ibu Bapa dan Guru – ? Sekolah mana???
IN APPENDIX  BELOW
58
PERSATUAN KEMAJUAN PELAJAR-PELAJAR TAMIL MALAYSIA
REGISTERED WITH ROS (PERAK) (07.09.2010)
59
Persatuan Masyakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
REGISTERED WITH ROS (KL) (1987)
60
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
NOT REGISTERED WITH ROS
61
PUSAT KOMAS
NOT REGISTERED WITH ROS
62
Research For Social Advancement (REFSA)
NOT REGISTERED WITH ROS
63
Rumah Anak Teater
NOT REGISTERED WITH ROS
64
SAF
NOT REGISTERED WITH ROS
65
Sarawak dayak iban association
REGISTERED WITH ROS (SARAWAK) (14.02.1984)
66
Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM]
NOT REGISTERED WITH ROS
67
sembang-sembang forum
NOT REGISTERED WITH ROS
68
Sisters in Islam
NOT REGISTERED WITH ROS
69
Solidarity Mahasiswa Malaysia
NOT REGISTERED WITH ROS
70
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
NOT REGISTERED WITH ROS
71
TAMIL ARTS LITERATURE, CULTURAL ASSOCIATION SELANGOR -W.P
NOT REGISTERED WITH ROS
72
Tamil Foundation Malaysia
“MALAYSIA TAMIL EDUCATIONAL RESEARCH & DEVELOPMENT FOUNDATION” REGISTERED WITH ROS (KL) (14.02.2003)
73
Tenaganita
NOT REGISTERED WITH ROS
74
themicahmandate.org
NOT REGISTERED WITH ROS
75
university malaya association of new youth (umany)
NOT REGISTERED WITH ROS
76
Voice Your Choice/Growing Emerging Leaders
NOT REGISTERED WITH ROS
77
women in disability association
NOT REGISTERED WITH ROS
78
Women’s Aid Organisation
“WOMENS AID ORGANISATION MALAYSIA” REGISTERED WITH ROS (SELANGOR) (1981)
79
Women’s Institute for Research Development and Advancement
NOT REGISTERED WITH ROS
80
writers’ alliance for media independent (wami)
NOT REGISTERED WITH ROS
81
Youth For Change (Y4C)
NOT REGISTERED WITH ROS

Pemerhati Bersih Dari Australia Yang Dibawa Anwar Sokong GAY May 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar.
add a comment

dipetik dari laman RockyBru:

Anwar’s “independent” foreign observers are here to tell us we are not free nor fair

But despite being invited by the office of Parliament’s Opposition Leader Anwar, the group’s members insisted today on their independence, even claiming that their expenses for the mission are being borne by themselves or their respective governments.

“We were invited by the leader of the opposition (Anwar), but the invitation could have come from anyone because there are important principles here and we know that these are concerns that have been raised.

“We will be providing a report, all of us here on the panel, we are fiercely independent and we want to provide a report that is fair, based on facts and balanced… but the whole concept has to be one that we come here as great friends of Malaysia, of Malaysian democracy,” said Nicholas Xenophon, an independent Senator for South Australia, during a press conference in Parliament this afternoon. – The Malaysian Insider, read full story

The same Nick Xenophon heading Anwar’s “independent” foreign observers

Read more about Anwar Ibrahim’s good friend here on supporting civil union ofsame-sex couples.

A Dec 2010 forum: Nick Xenophon in Msia to support Anwar Ibrahim
Independent? Hahahaha. Bo Lancao (to borrow pro-Bersih chant, here). This Nicholas Xenophon is the same one who’s openly supported Anwar Ibrahim in the past (see the screenshots I’ve independently chosen to show he’s a faithful follower of DSAI).
Don’t know about the others on the team, but I think Nick Xenophon is here to gaily do what Anwar Ibrahim tells him to. But you, Dear Readers, judge for yourselves lah, OK?
Dec 10, 2010 report. Nick X is Malaysia’s opposition leader based Down Under