jump to navigation

Tolak politik tohor demi perpaduan Islam August 20, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, Melayu.
add a comment

Selamat Hari Raya IB ucapkan kepada semua pembaca.

Sempena hari yang mulia ini ingin IB kongsikan artikel yang dipetik dari kadirjasin.blogspot.com

Semoga dapat memberi kesedaran kepada kita semua.

Sekian, IB

17 OGOS — Dalam kita menyambut kedatangan Aidilfitri, sangat eloklah kalau kita boleh membuat satu azam baru iaitu untuk memberi makna kepada perintah Allah bahawa orang Islam adalah bersaudara.

Saya tergerak menyebut hal ini apabila membaca berita The Malaysian Insider mengenai bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, menghadapi tekanan kerana daripada parti beliau sendiri kerana berselisih faham dengan DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Dalam laporan itu, beliau dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan keluar PAS atau berhasrat menyertai Umno.

Portal berita itu berkata, tekanan ke atas Nashrudin agar keluar PAS semakin meningkat kerana beliau terus mengkritik DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Kalaulah laporan The Malaysian Insider itu benar, maka amat malanglah bagi PAS dan penyokongnya. Malah malang bagi semua umat Islam apabila pemimpin Islam dimarahi oleh orang Islam sendiri kerana berani berdepan dengan DAP dalam isu-isu berkaitan Islam.

Nampaknya ada orang Islam di Malaysia yang sanggup sisih menyisih antara sesama sendiri kerana mahu berpakat dengan orang bukan Islam atau semata-mata kerana hendak berkuasa.

Menurut The Malaysian Insider lagi, tekanan ke atas Nashrudin turut meningkat apabila beliau dilihat bersama Perdana Menteri, Najib Razak, di Makkah baru-baru ini.

Kalau ini betul, jelaslah ada orang Islam Malaysia yang kerana ideologi politik sanggup menolak persaudaraan Islam dan memperkecilkan semangat ibadah haji dan umrah, iaitu perpaduan, kesatuan dan kesaksamaan.

Ketika mengerjakan haji dan umrah tidak ada politik. Tidak ada merah, biru atau hijau. Yang ada ialah ihram yang putih yang menjadi simbol kesatuan dan kesaksamaan umat Islam.

Apabila parti atasi agama

Malangnya inilah yang sudah terjadi kepada umat Islam Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sanggup tolak persaudaraan Islam demi parti, ideologi dan kuasa. Mereka sudah menjadi begitu partisan sehingga hilang akal dan pegangan.

Mereka mungkin tidak sedar atau tidak mahu mengaku. Tetapi realitinya ialah perpecahan umat Islam Malaysia, khasnya di kalangan orang Melayu, sedang diraikan oleh pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan dan dalam kehidupan harian.

Mereka tidak perlu lagi bekerja kuat melemahkan orang Islam dan orang Melayu kerana politik kepartian yang melampau telah pun memecah-belah dan melemahkan orang Islam dan orang Melayu.

Sikap saya dalam hal ini mudah saja. Pedulikan cakap-cakap tohor dan hambar kelompok fanatik politik ini. Saya telah dan sedang melalui pengalaman yang sama. Misalnya, apabila gambar saya hadir majlis perkahwinan anak timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, terbit dalam akhbar PAS, Harakah, ada yang membuat kesimpulan yang saya telah menyertai PAS.

Begitu juga apabila rencana-rencana saya dalam blog ini dipetik atau disiarkan langsung oleh Harakah. Hatta adik-adik saya sendiri berbisik-bisik bertanya adakah benar saya telah menyertai PAS.

Jawabnya mudah saja. Haji Mohamad Sabu dan, sebelum itu, Salahuddin Ayub, naib presiden PAS, menjemput saya ke majlis kenduri kahwin anak mereka. Oleh sebab tidak ada aral melintang, saya hadir.

Ramai juga pemuka pembangkang yang saya kenal dan mereka pula menunjukkan muhibah kepada saya walaupun mereka tahu pendirian saya.

Saya pun berasa berguna menyimpan nombor telefon mereka kerana boleh kata setiap kali saya menghantar SMS, mereka akan membalasnya dan apabila mereka tahu saya dalam keadaan pilu mereka mengucapkan takziah. Itu saja. Tetapi itu jugalah inti pati persaudaraan kita sesama Islam.

Fahaman politik bukan penghalang

Saya pun tidak bermusuh secara peribadi dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dengan mana-mana pemuka pembangkang. Saya memilih untuk bersikap sivil dan saya harap itulah juga sikap mereka terhadap saya.

Malah pada akhir-akhir ini, lebih ramai pemuka pembangkang yang mahu berkawan dan meminta pandangan saya, dan saya akan memberikan pandangan saya kepada sesiapa saja yang berjuang untuk Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Itu saja.

Satu lagi mengenai persahabatan. Saya mungkin telah lama berpisah jalan dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Tetapi saya tidak akan menafikan yang selama 16 tahun (1982-1998) kita berpakat dalam banyak hal demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air. Tetapi di mana saya tidak bersetuju, saya kata saya tidak setuju.

Baru-baru ini beliau menyambut hari lahirnya yang ke-65 dan saya menghantar SMS mengucapkan selamat kepada beliau. Beliau membalasnya. Saya mudah ingat tarikh lahir beliau kerana kami berbeza usia hanya 13 hari.

Jadi, janganlah kerana pemuka politik Islam/Melayu bermain politik di atas, orang Melayu dan Islam di bawah bercakaran sesama sendiri. Tak payahlah rampas-merampas pengurusan masjid dan surau atau maki-hamun dalam blog kerana perbezaan ideologi.

Orang Islam di Malaysia bukan ramai sangat — hanya 60 peratus daripada keseluruhan penduduk. Pecah dua jadi 30 peratus. Pecah tiga jadi 20 peratus. Lagipun, di segi ekonomi dan pendidikan, orang Melayu/Islam masih jauh ketinggalan. Silap-silap main politik, menang bersabung kampung tergadai, ayam jaguh jadi milik orang lain. Wallahualam.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. — kadirjasin.blogspot.com

Apa Erti Titisan Air Mata Mohd Nor Manuty Ketika DAP Kuasai Perak? August 14, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, IFC, Islam, Melayu, politik, PRU2008.
add a comment

Apabila IB membaca kenyataan Ustaz Mohd Nor Manuty yang di”angkat tinggi” oleh Lim Kit Siang dalam blognya terkedu dan pilu rasa IB. Tiba-tiba Ustaz menjadi jagoan memperjuangkan hak orang-orang kafir harbi?

Apabila diumumkan kerajaan BN pimpinan UMNO tumbang kepada parti pembangkang pimpinan DAP di Perak, Ustaz Mohd Nor Manuty adalah antara orang yang menzahirkan kerisauan serta kebimbangan dengan kerakusan DAP yang bakal mentadbir negeri kelahirannya.

Ustaz Mohd Nor Manuty dilihat terkinja-kinja menepuk tangan ketika bosnya Brother Anwar Bin Ibrahim (singkatannya …) berjogek galak di atas pentas merayakan Pongal di kuil di Perak awal tahun ini.

Dengan ungkapan “apa yang ana nak jawab di depan Allah nanti”, Ustaz Mohd Nor tersekat-sekat meluahkan kata-kata itu hingga berlinang air mata ketika kami berbincang di lewat malam pada hari berikutnya pengumuman tersebut dibuat. Dari linangan itu akhir Ustaz terpaksa mengesat linangan yang tidak dapat lagi ditanggung yang mulai mengalir dek terasa pilu dan bimbangnya.

Tup, tup … IB dapat maklum beliau diberi tugas khas dalam parti demi menjayakan agenda pluralisme agama bosnya, Anwar, dengan menjawat urusan agar penganut Agama Islam dapat duduk setara dengan Bahagian Agama Bukan Islam (singkatannya ….). Maka semakin seronoklah Anwar mendapat tokoh agama untuk menjaya dan menyokong fahaman pluralismenya.

Kesian kat Ustaz Mohd Nor. Apa nilai harga tititsan air matanya pada tahun 2008 itu?

Sekian, IB

Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad August 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam.
4 comments

Berita ini bukan sekadar mengesahkan penglibatan haram Kerajaan Syiah Iran dalam mempertahankan Bashar Assad di Syria tetapi membukti Syiah Iran sokong kezaliman. Terbukti Syiah tolong Bashar Assad bunuh orang-orang Sunni di Syria. – Iran Bantu Assad Mengekang Revolusi Syria

Jangan lupa baca juga laporan berkaitan di sini: Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria?

Dan: Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan

Dan ini: Pengkebumian Yang Mengaibkan!

Pemberontak Syria mengaku culik

IMEJ daripada YouTube semalam menunjukkan sejumlah warga Iran (barisan belakang) yang ditangkap anggota-anggota Tentera Pembebasan Syria di Damsyik.

DUBAI – Para pemberontak Syria semalam menyiarkan video yang menunjukkan 48 militia dari Iran yang diculik mereka di Damsyik.

Kelmarin, Konsulat Iran di Damsyik menyatakan seramai 47 warganya diculik dari sebuah bas di Damsyik semasa mereka menuju ke sebuah lapangan terbang.

Menurut kumpulan pemberontak, Briged Al-Baraa daripada Tentera Pembebasan Syria (FSA), sebahagian militia itu merupakan anggota Pengawal Revolusi yang merupakan unit tentera elit negara mereka.

Seorang anggota FSA dalam video tersebut berkata, kumpulan warga Iran tersebut melakukan misi peninjauan di Damsyik.

“Kami mendapati sebahagian mereka merupakan pegawai pasukan Pengawal Revolusi (Iran),” katanya yang menunjukkan dokumen yang telah dirampas.

Menurut pegawai tersebut, pihaknya memberi amaran bahawa semua kemudahan Iran di Syria dan pekerjanya akan menerima nasib yang sama atau kemungkinan dibunuh.

“Tuhan Maha Besar,” kata lelaki tersebut sebelum dia menamatkan kenyataannya.

Stesen televisyen Al-Arabiya menyiarkan temu ramah dengan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Komander Abdel Nasser Shmeir.

Menurutnya, salah seorang yang ditahan itu ialah penterjemah Afghanistan.

Bagaimanapun, satu sumber sebuah lagi kumpulan pembangkang, Jundallah menganggap video tersebut sebenarnya palsu.

Menurut sumber berkenaan, video itu dihasilkan bagi menjadikan Iran yang berfahaman Syiah sebagai sasaran.

Sebelum ini Iran menafikan bahawa unit tenteranya telah dihantar ke Syria.

Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi kelmarin menyatakan, pasukan tentera negaranya tidak ada di Syria.

Menurutnya, pentadbiran Iran tidak membuat sebarang permintaan untuk mendapatkan khidmat pasukan tentera Syria.

Pergolakan di Syria bermula sejak Mac tahun lalu apabila penduduk bangkit menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.

Lebih 19,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.

Kepimpinan Bashar dianggap gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan demokrasi oleh kumpulan pemberontak.

Syria sebelum ini menuduh Turki, Qatar dan Arab Saudi menyokong kumpulan pemberontak dan meningkatkan keganasan di negara ini.

Iran pernah menyatakan sokongannya terhadap usaha Bashar untuk menamatkan kebangkitan penduduk di negaranya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, tentera Syria melancarkan serangan bom di daerah Salaheddin semalam.

Pertempuran turut berlaku di daerah Sukkari, Hamdaniyeh dan Ansari di utara Syria sejak 20 Julai lalu.

Menurut pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi, 13 orang terbunuh di Syria semalam. – Agensi

Janji-janji Pembangkang August 5, 2012

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, politik, PRU13.
add a comment

Mendengar janji memang seronok. BN janji cara BN. PR pun berjanji jugak.

Memang semua janji itu manis.

Ingin kongsikan satu kiriman yang IB teriima. Memang sah ianya akan hentam janji-janji pembangkang – sebab ini datangnya dari BN. Cuma kita fikir-fikir sejenak.

Sekian, IB

 

Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria? August 4, 2012

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
5 comments

Umum tahu kebangkitan rakyat Syria menentang kerajaan Baath Assad tidak disenangi oleh Iran. Malah terbaru, sejam yang lalu, Menteri Pertahanan Iran masih jelas berdiri teguh menyokong kerjaan zalim Assad dengan membantah bantuan luar kepada rakyat Syria:

 The arming of Syria’s rebels will have “very bad implications in the region,” Iran’s Defence Minister Ahmad Vahidi warned today, according to state television.

The AFP news agency said that he added that “the region will face a major crisis if foreign forces, currently (covertly) present in Syria, enter the scene” and intervene militarily.

Pendirian ini jauh berbeza ketika Amerika menyerang Iraq. Dan yang paling ketara ialah sokongan Iran terhadap puak-puak syiah yang membuat kacau bilau jalanan di Bahrain tahun lalu. Ini jelas pendirian yang double standard kerajaan Syiah Iran.

Pencinta Islam kebanyakannya bersama menyokong kebangkitan rakyat dan pejuang Islam di Syria, namun Iran adalah satu-satunya negara yang kuat menyokong Assad.

Suara beberapa pemimpin PAS nampaknya ramai yang menyokong pejuang Islam di Syria tetapi IB teringin hendak dengar pendirian Mat Sabu.

Ramai yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah. Malah seorang rakan IB pernah berkata beliau bersama Mat Sabu di Patani dan melihat sendiri Mat Sabu solat sujud atas batu yang menjadi amalan orang-orang Syiah.

Malah ramai di kalangan pimpinan PAS sendiri yang tidak selesa dengan fahaman Syiah Mat Sabu. Presidennya sendiri pernah dipetik berkata tidak mahu biarkan Mat Sabu untuk mempengerusi mesyuarat parti dan akan cuba berusaha untuk mempengerusikannya sendiri. IB pernah menulis berhubung perkara ini (klik)

Tetapi orang-orang Syiah, mereka ada senjata istimewa. Mereka boleh berbohong. Amat istimewa kerana bila berbohong (takiyyah) terhadap orang-orang ahli sunnah itu mereka dapat pahala.

Sekian, IB.

 

 

Cops nab PKR’s Rafizi for allegedly exposing bank details related to NFC scandal August 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan.
add a comment

http://thestar.com.my
KUALA LUMPUR: PKR director of strategy Rafizi Ramli was arrested by police on Wednesday morning for his alleged involvement in exposing banking details related to the National Feedlot Corporation (NFC) scandal.

“I am now arrested under the Banking and Financial Insitutions Act (Bafia) and believe I am being taken to the Shah Alam Court to be charged,” he tweeted.

He said that police had gone to his house at about 7am.

Rafizi was investigated for contravening Bafia by releasing the banking details of the National Feedlot Corporation, owned by the then-Women Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s husband Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail and her children.

Bank Negara’s investigation against Rafizi comes after NFC chairperson Mohamad Salleh’s police complaint against him for 21 breaches for revealing private and confidential banking details that are protected under Part XIII of Bafia on secrecy and information.

When contacted, NFC declined to comment.