jump to navigation

Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad August 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam.
trackback

Berita ini bukan sekadar mengesahkan penglibatan haram Kerajaan Syiah Iran dalam mempertahankan Bashar Assad di Syria tetapi membukti Syiah Iran sokong kezaliman. Terbukti Syiah tolong Bashar Assad bunuh orang-orang Sunni di Syria. – Iran Bantu Assad Mengekang Revolusi Syria

Jangan lupa baca juga laporan berkaitan di sini: Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria?

Dan: Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan

Dan ini: Pengkebumian Yang Mengaibkan!

Pemberontak Syria mengaku culik

IMEJ daripada YouTube semalam menunjukkan sejumlah warga Iran (barisan belakang) yang ditangkap anggota-anggota Tentera Pembebasan Syria di Damsyik.

DUBAI – Para pemberontak Syria semalam menyiarkan video yang menunjukkan 48 militia dari Iran yang diculik mereka di Damsyik.

Kelmarin, Konsulat Iran di Damsyik menyatakan seramai 47 warganya diculik dari sebuah bas di Damsyik semasa mereka menuju ke sebuah lapangan terbang.

Menurut kumpulan pemberontak, Briged Al-Baraa daripada Tentera Pembebasan Syria (FSA), sebahagian militia itu merupakan anggota Pengawal Revolusi yang merupakan unit tentera elit negara mereka.

Seorang anggota FSA dalam video tersebut berkata, kumpulan warga Iran tersebut melakukan misi peninjauan di Damsyik.

“Kami mendapati sebahagian mereka merupakan pegawai pasukan Pengawal Revolusi (Iran),” katanya yang menunjukkan dokumen yang telah dirampas.

Menurut pegawai tersebut, pihaknya memberi amaran bahawa semua kemudahan Iran di Syria dan pekerjanya akan menerima nasib yang sama atau kemungkinan dibunuh.

“Tuhan Maha Besar,” kata lelaki tersebut sebelum dia menamatkan kenyataannya.

Stesen televisyen Al-Arabiya menyiarkan temu ramah dengan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Komander Abdel Nasser Shmeir.

Menurutnya, salah seorang yang ditahan itu ialah penterjemah Afghanistan.

Bagaimanapun, satu sumber sebuah lagi kumpulan pembangkang, Jundallah menganggap video tersebut sebenarnya palsu.

Menurut sumber berkenaan, video itu dihasilkan bagi menjadikan Iran yang berfahaman Syiah sebagai sasaran.

Sebelum ini Iran menafikan bahawa unit tenteranya telah dihantar ke Syria.

Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi kelmarin menyatakan, pasukan tentera negaranya tidak ada di Syria.

Menurutnya, pentadbiran Iran tidak membuat sebarang permintaan untuk mendapatkan khidmat pasukan tentera Syria.

Pergolakan di Syria bermula sejak Mac tahun lalu apabila penduduk bangkit menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.

Lebih 19,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.

Kepimpinan Bashar dianggap gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan demokrasi oleh kumpulan pemberontak.

Syria sebelum ini menuduh Turki, Qatar dan Arab Saudi menyokong kumpulan pemberontak dan meningkatkan keganasan di negara ini.

Iran pernah menyatakan sokongannya terhadap usaha Bashar untuk menamatkan kebangkitan penduduk di negaranya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, tentera Syria melancarkan serangan bom di daerah Salaheddin semalam.

Pertempuran turut berlaku di daerah Sukkari, Hamdaniyeh dan Ansari di utara Syria sejak 20 Julai lalu.

Menurut pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi, 13 orang terbunuh di Syria semalam. – Agensi

Comments»

1. Pemimpin PAS Bersama Dengan Kerajaan Assad Syria – Apa Hadi Kata? « Ibrahimbaba’s Weblog - November 7, 2012

[…] Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad […]

2. Kes Mat Sabu Sokong Rejim Assad Syria – Ikhwanul Muslimin Beri Ultimatum Kepada Hadi « Ibrahimbaba’s Weblog - November 8, 2012

[…] Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat […]

3. Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah « Ibrahimbaba’s Weblog - November 9, 2012

[…] Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad […]

4. Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar « Ibrahimbaba’s Weblog - November 9, 2012

[…] Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: