jump to navigation

Kroni Azmin, Zuraidah Didakwa Miliki Kereta Mewah November 21, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
2 comments

diambil dari

Mynewshub – Kritikan dan serangan bertalu-talu terhadap pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat nampaknya seolah-olah tiada berkesudahan.

Mereka acapkali dituduh menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisma dan sebagainya.

Tetapi pendedahan oleh blog sel13.com ini nampaknya mengundang pertanyaan, adakah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain ‘bebas’ dan ‘bersih’ daripada masalah sebegini.

Ia mengenai Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Dalam entrynya, penulis blog tersebut mendakwa, sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraidah hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005.

Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

No kenderaan : WNL 8994

No enjin : E94A84B

Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)

Tarikh daftar : 31.10.2005

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.

No kenderaan : WRL 575

No enjin : B5254 T2 A027402

Model : VOLVO XC90 2.5 T

Tarikh daftar : 01.07.2008

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Harga kenderaan : RM 355,000.00

Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WTY 1547

No enjin : 2KD650 8915

Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT

Tarikh daftar : 31.05.2010

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Harga kenderaan: RM 99,000.00

Pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WNA 276

No enjin : 1KD687 8384

Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT

Tarikh daftar : 03.11.2011

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Harga kenderaan: RM 107,000.00

Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.

No kenderaan : BLR 9680

No enjin : 1129 1331 8818 93

Model : Mercedes Benz E240

Tarikh daftar : 24.05.2012

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.

Menurut sel13.com, Semakan di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.

 

Kalau apa yang ditimbulkan ini merupakan fitnah politik, kita berharap pihak yang berkenaan agar tidak menggunakan serangan tidak bertanggung jawab sebegini untuk dijadikan modal ‘menyerang’ Zuraida.

Namun pada masa yang sama, Zuraida kenalah tampil memberi penjelasan kerana kita tahu, jarang Zuraida ‘duduk diam’ kalau dikritik.

Lagipun kalau kita sering mengkritik, bersedialah pula untuk menerima kritikan.

Jadi dalam hal ini macam mana YB Zuraidah? (sumber dari sel13.com)

Advertisements

Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar November 9, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS, politik.
1 comment so far

Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan harakah (bukan surat khabar Harakah PAS!), nama Shaikh Mustapha Thahan sudah pasti tidak asing bagi mereka – terutama bagi penggerak era 70an dan 80an. Walaupun nama beliau jarang kita baca dalam paparan akhbar, Mustapha Thahan adalah merupakan pemikir dan strategis Ikhwanul Muslimin satu ketika dahulu.

IB yakin ramai yang pernah mengikuti ceramah beliau dalam program tamrin dan lain-lain perjumpaan tertutup. Begitulah cara beliau bergerak dan bersemuka dengan para pendakwah.

Dalam pertemuan ringkas yang tidak dirancang di suatu pagi di sebuah hotel di Istanbul, Mustapha Thahan, dalam umur yang agak lanjut namun masih tegap bersemangat, mengingatkan kembali kepada Presiden PAS, Haji Hadi Awang akan pesanannya beberapa tahun lampau supaya berwaspada dengan Anwar Ibrahim dengan memaklumkan beberapa perkara yang MESTI Hadi berjaga-jaga dengan Anwar. Shaikh Mustapha telah mengenali Anwar semenjak penglibatan Anwar dengan gerakan dakwah di awal 70an dan mula berjinak dengan Ikhwanul Muslimin pada ketika itu.

Perjumpaan kali ini, berlangsung ketika Anwar sedang bergelut dengan kes Liwat II dengan Syaiful Bukhari. Hadi tidak mampu berkata panjang hanya sekadar mempersetujui apa yang diingatkan oleh Shaikh Mustapha akan pesanan yang telah dibuat lama dahulu kepadanya.

Dalam penceritaan Haji Hadi kepada kami bertiga, Haji Hadi diteman oleh Dr. Samsuri Mokhtar. Apabila IB bertanyakan apakah yang telah dipesan oleh Shaikh Mustapha, Hadi hanya sekadar ketawa kecil seolah-olah menggambarkan kami semua sudah maklum perkaranya. IB pada ketika itu hanya mengagak sahaja di benak fikiran sambil tersenyum dan sama-sama menambah suasana ketawa di bilik kecil hotel 3 bintang di Kuala Lumpur itu.

Sekian, IB

sila baca jugak ni:

Kes Mat Sabu Sokong Rejim Assad Syria – Ikhwanul Muslimin Beri Ultimatum Kepada Hadi November 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, PRU13.
3 comments

Dek kerana keangkuhan Mat Sabu mencabar sensitiviti umat Islam terutama para pejuang yang menentang rejim Bashar Assad dengan melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan menteri kanan pemerintahan kuku besi Damsyik (baca), Ikhwanul Muslimin telah memberi kata putus kepada PAS.

Dalam satu pertemuan khas baru-baru ini, wakil Ikwanul Muslimin Syria datang khas ke Tanah Air kita untuk bertemu dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk menegur serta memberi ultimatum kepada pimpinan PAS agar menjaga sensitiviti mereka, para pejuang di Syria dan seluruh umat Islam. Ultimatum ini diberi setelah tersebarnya rakaman video siaran TV Syria berhubung kunjungan hormat Mat Sabu tersebut.

Ultimatumnya bernada keras sekali. Jika PAS tidak sensitif dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin Syria dan terus memberi sokongan moral kepada rejim Assad, maka pertemuan itu adalah yang terakhir dan hubungan Ikhwan dengan PAS akan diputuskan.

Lawatan Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah).

Keberanian dan keangkuhan Mat Sabu adalah kerana kedudukannya yang sudah kukuh sebagai Timbalan Presiden PAS berserta dengan sokongan padu puak-puak Syiah di Malaysia yang sudah menyelinap penuh di dalam keahlian PAS serta memegang beberapa posisi penting dalam PAS (Bilang sahaja berapa orang Pesuruhjaya (PJ) Negeri yang sudah menganuti fahaman Syiah!!!). Hinggakan MB Azizan sendiri (satu-satunya pimpinan PAS yang berani menyanggah Anwar) turut diberi amaran agar tidak  ganggu Syiah di Kedah jika mahukan sokongan mereka dalam PRU akan datang. Terduduk Azian hingga sekarang kerana sayangkan kedudukan MB dari bertegas dalam isu akidah.

Sekian, IB

sila baca jugak ni:

Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah November 7, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, conspiracy, Ketelusan, PAS, politik.
14 comments

Setelah tersebarnya video lawatan Mat Sabu, selaku Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), membuat kunjungan hormat ke atas rejim ganas Bashar Assad, membuat Presiden PAS tidak senang duduk.

Mat Sabu merupakan satu-satu pimimpin tertinggi sebuah parti dari Malaysia yang membuat penghormatan sebegini (baca) dalam pada ketika semua pimpinan dan penduduk negara Islam mengecam serta mengutuk keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad terhadap rakyat jelatanya termasuk wanita dan anak-anak kecil.

Apabila penyiaran video meluas dan sampai ke pengetahuan Haji Hadi Awang, beliau telah memanggil Dr. Syed Azman Syed Ahmad untuk mendapat beberapa pengesahan. Syed Azman dipilih kerana beliau dilihat dan dianggap sebagai antara pimpinan PAS yang yang paling rapat dengan Mat Sabu dan juga Syed Azman pernah menjadi orang kanan Haji Hadi sebelum kini menjadi loyalis dalam kem Anwarinas.

Dalam pertemuan 3 pasangan mata, Syed Azman, Haji Hadi dan ??? itu, Syed Azman mengesahkan bahawa Mat Sabu sememangnya seorang penganut Syiah. Syed Azman turut memperakui bahawa sepanjang persahabatannya dengan Mat Sabu sememangnya Mat Sabu tidak solat Jumaat kecuali dalam suasana beliau cuba menunjukkan kepada orang ramai yang dia solat Jumaat juga (takiyyahnyalah). Itupun amat jarang sekali.

Syed Azman turut memperakui bahawa Mat Sabu turut beramal dengan amalan-amalan Syiah lain dan turut melakukan pelbagai takiyyah dalam banyak ketika sambil memberi beberapa contoh bagi memperjelaskan kepada Presidennya itu.

Malah ini bukanlah kali pertama Haji Hadi mendapat pengesahan bahawa Mat Sabu menganuti serta beramal dengan ajaran Syiah. Sudah beberapa kali beliau dimaklum dan lebih dari mafhum lagi. Dan ini turut disahkan sendiri oleh Presiden itu termasuk tidak membiarkan Mat Sabu mempengerusi mesyuarat (rakaman perbualan ini dengan Haji Hadi masih dalam simpanan IB). Namun, apakah kini sudah berubah.

Kenyataan terbaru Haji Hadi menunjukkan ketidakberaniannya lagi menegur Mat Sabu dalam hal ini. (Jangan terperangkap dengan agenda musuh di Syria – Hadi) Malah dalam perjumpaan terbaru dengan pimpinan Pemuda PAS Selangor, apabila ditanya berhubung kunjungan hormat Mat Sabu terhadap regim Syiah-Alawi Assad Syria, Presiden PAS hanya sekadar mampu berkata “biarlah dia buat tu atas kapasiti peribadi”. Apakah Hadi sudah jadi penakut dengan Timbalannya?

Sekian, IB

 sila baca jugak ni:

Pemimpin PAS Bersama Dengan Kerajaan Assad Syria – Apa Hadi Kata? November 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy, Ketelusan, PAS.
6 comments

Ini adalah antara gambar yang kerap kita tonton di kaca TV mahupun di akhbar dan dari paparan skrin komputer.

Kita juga dipaparkan dengan gambar para pejuang kebebasan yang dibunuh dengan kejam oleh regim Assad. Mahfum, inilah keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad (sejak Pak dia – Hafiz dan kini dituruti oleh anaknya Bashar) yang zalim dan seluruh umat Islam kecam.

Dalam pada kecaman masyarakat antarabangsa terhadap regim Assad ini tersebar pula rakaman video Mat Sabu melawat Damsyik dan bertemu dengan pimpinan kanan Assad. Video di Youtube ini bertarikh 19 September 2012.

Lebih sebulan sebelum itu IB pernah bertanya Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria? Sebab IB bertanya adalah kerana orang ramai sudah mahfum Mat Sabu penganut Syiah yang kufur hukumnya.

Dengan penyiaran video lawatan Mat Sabu bertemu junta tentera pro-Iran di Syria mengesahkan segalanya.

Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:

Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)

Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit “bahasa Inggeris” yang diguna Mat Sabu 😉

Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri

Persoalan IB ialah – Apa kata Haji Hadi dan rakan-rakan seperjuangan PAS yang lain. IB nak pergi jumpa beliau – insha Allah.

Sekian, IB

* sila baca jugak ni:

Apakah Benar Mat Sabu Antara 10 Pemimpin PAS Yang Terima Dana Bulanan Dari DAP? November 5, 2012

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
4 comments

Dalam posting lalu, IB bertanya soalan Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? Dua hari selepas posting tersebut (pagi ini) IB menerima SMS menyenaraikan 10 nama tersebut.

Tersenarai di atas sekali ialah nama Mat Sabu. Maka IB ingin tahu jika ada sesiapa yang betul-betul maklum.

Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.

Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk “jaga” keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang “jaga” siapa. Strategi mereka ialah seorang “jaga” seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor.

Sekian, IB

Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? November 3, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy, Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
4 comments

Disahkan bahawa terdapat 10 orang pemimpin kanan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang setiap bulan akan diberikan sampul surat berisi ribuan RM.

Nama kesemua 10 orang pemimpin PAS tersebut dikatakan kini sedang dipantau oleh Presiden PAS sendiri selepas dimaklumkan oleh orang kanan beliau sendiri. Walaupun TG Hadi Awang tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila dimaklumkan senarai tersebut namun beliau kemudian menzahirkan rasa terkejut dengan beberapa nama yang beliau sendiri tidak sangka penerima dana khas itu.

Haji Hadi mengatakan bahawa beliau telahpun maklum sebelum ini dengan 2-3 nama yang dalam senarai itu tetapi pada mulanya sukar untuk menerima beberapa orang yang lain lagi kerana bagi beliau “penama” tersebut sudahpun kaya sebelum ini kerana perniagaan yang besar sebelum menjadi pemimpin PAS.

Termasuk dalam senarai itu adalah pemimpin yang beliau sendiri kurang selesa kerana fahaman “mazhab” pemimpin tersebut yang dikatakan tidak betul kerana menghina sahabat sehingga sanggup mengkafirkan saiyidina Abu Bakar, Omar dan Uthman.

Namun, nama kesemua ini dipesan oleh sahabat-sahabat dalam pimpinan PAS yang tidak terlibat agar tidak dihebahkan. Maka IB terpaksa akur.

IB turut dimaklumkan bahawa bagi setiap pemipin yang menerima duit ini, mereka akan ditemui atau mereka pergi berjumpa dengan orang perantara mereka setiap bulan. Bagi setiap mereka ini, mereka berurusan dengan seorang orang perantara sahaja. Dan bagi perantara ini pula mereka berurusan dengan seorang pemimpin PAS sahaja. Mereka tidak maklum siapa yang berurusan dengan pemimpin PAS yang lain. Begitulah sulitnya kaedah pemberian dana politik ini.

Sekian, IB

Siapa Pemimpin Yang Terasa Hina Mengangkat Sumpah Depan Orang Melayu? November 2, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Islam, Kesultanan Melayu.
add a comment

Dihebohkan kini seorang pemimpin bukan Melayu merasa terhina kerana mengangkat sumpah di hadapan seorang orang Melayu.

Begitulah chauvanist nya beliau ini.

Siapa dia pemimpin bukan Melayu ini?

Peristiwa ini dikatakan berlaku selepas PRU2008 apabila beberapa pemimpin parti bukan Melayu ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan seorang orang Melayu.

Sekian, IB