jump to navigation

Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah November 7, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, conspiracy, Ketelusan, PAS, politik.
trackback

Setelah tersebarnya video lawatan Mat Sabu, selaku Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), membuat kunjungan hormat ke atas rejim ganas Bashar Assad, membuat Presiden PAS tidak senang duduk.

Mat Sabu merupakan satu-satu pimimpin tertinggi sebuah parti dari Malaysia yang membuat penghormatan sebegini (baca) dalam pada ketika semua pimpinan dan penduduk negara Islam mengecam serta mengutuk keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad terhadap rakyat jelatanya termasuk wanita dan anak-anak kecil.

Apabila penyiaran video meluas dan sampai ke pengetahuan Haji Hadi Awang, beliau telah memanggil Dr. Syed Azman Syed Ahmad untuk mendapat beberapa pengesahan. Syed Azman dipilih kerana beliau dilihat dan dianggap sebagai antara pimpinan PAS yang yang paling rapat dengan Mat Sabu dan juga Syed Azman pernah menjadi orang kanan Haji Hadi sebelum kini menjadi loyalis dalam kem Anwarinas.

Dalam pertemuan 3 pasangan mata, Syed Azman, Haji Hadi dan ??? itu, Syed Azman mengesahkan bahawa Mat Sabu sememangnya seorang penganut Syiah. Syed Azman turut memperakui bahawa sepanjang persahabatannya dengan Mat Sabu sememangnya Mat Sabu tidak solat Jumaat kecuali dalam suasana beliau cuba menunjukkan kepada orang ramai yang dia solat Jumaat juga (takiyyahnyalah). Itupun amat jarang sekali.

Syed Azman turut memperakui bahawa Mat Sabu turut beramal dengan amalan-amalan Syiah lain dan turut melakukan pelbagai takiyyah dalam banyak ketika sambil memberi beberapa contoh bagi memperjelaskan kepada Presidennya itu.

Malah ini bukanlah kali pertama Haji Hadi mendapat pengesahan bahawa Mat Sabu menganuti serta beramal dengan ajaran Syiah. Sudah beberapa kali beliau dimaklum dan lebih dari mafhum lagi. Dan ini turut disahkan sendiri oleh Presiden itu termasuk tidak membiarkan Mat Sabu mempengerusi mesyuarat (rakaman perbualan ini dengan Haji Hadi masih dalam simpanan IB). Namun, apakah kini sudah berubah.

Kenyataan terbaru Haji Hadi menunjukkan ketidakberaniannya lagi menegur Mat Sabu dalam hal ini. (Jangan terperangkap dengan agenda musuh di Syria – Hadi) Malah dalam perjumpaan terbaru dengan pimpinan Pemuda PAS Selangor, apabila ditanya berhubung kunjungan hormat Mat Sabu terhadap regim Syiah-Alawi Assad Syria, Presiden PAS hanya sekadar mampu berkata “biarlah dia buat tu atas kapasiti peribadi”. Apakah Hadi sudah jadi penakut dengan Timbalannya?

Sekian, IB

 sila baca jugak ni:

Comments»

1. Kes Mat Sabu Sokong Rejim Assad Syria – Ikhwanul Muslimin Beri Ultimatum Kepada Hadi « Ibrahimbaba’s Weblog - November 8, 2012

[…] Lawatan Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah). […]

2. Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar « Ibrahimbaba’s Weblog - November 9, 2012

[…] Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah […]

3. Mat Sabu Ziarah Kerajaan Syria | ISMAWeb - November 11, 2012

[…] perkembangan terkini menerusi ibrahimbaba.wordpress.com, satu pertemuan antara Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang bersama teman rapat Mat Sabu, Dr. Syed […]

4. syed abdullah syed osman jamalullail - November 14, 2012

adakah ini satu fitnah takut ada tangan-tangan ghaib membawa berita didalam utk melemahkan organasasi islam,cerita sape pun bolih reka cerita tapi jgn terperangkap kerana isu ni berat pd pandangan umat islam malaysia yg kuat pegangannya pd Ahli sunnah jemaah,jgn sampai dijadikan bahan yg bolih memorak perandakan disaatsaat genting begini……..

ibrahimbaba - November 14, 2012

IB dengar sendiri. IB bertanggungjawab. Insha Allah – ini pengakuan Syed Azman sendiri – dari mulut beliau sendiri. Fitnah yang lagi BESAR sekarang ialah para pemimpin PAS TIDAK AMANAH dengan maklumat yang ada dan menyorok banyak maklmat dari pengetahuan ahli mereka sendiri.
Sekian, IB

ibrahimbaba - November 14, 2012

Sekarang IB dah bentangkan untuk pengetahuan umum. Syed Azman cabar secara terbuka kebenaran fakta ini. IB yakin Syed Azman TIDAK BERANI nafikan.
IB ada maklumat susulan jika perlu.
Syed Azman bukan sehari dua ini yang IB kenal. Kami bersama semasa di ISU 30 tahun lalu …
Sekian, IB.

5. syed abdullah syed osman jamalullail - November 30, 2012

pada saya satu conspirasi yg beniat jahat kerana Dr.syed azman dan saudara mohd. sabu adalah rakan karib.mati hidup balik pun saya tak percaya

6. Apa Yang Anwar Janjikan Kepada Husam? « Ibrahimbaba’s Weblog - December 20, 2012

[…] 2. Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah […]

7. pendunk - January 17, 2013

Mai la turun Pendang, kalu tak pecaya. 90,000 Pengikut Syiah kat sini di bawah pimpinan Mat Sabu…meh le

8. Ombak Merah - February 23, 2013

friends… We dont have much time … Please help me send this link to everyone you know in Kedah…

9. myfuad - May 26, 2013

syiah melemahkan organisasi islam kerana syiah adalah agenda iblis yg perlu dinyahkan dari pas

10. senja - May 26, 2013

fitnah dari umno, tapi yg pelik nya tak ada satu pun laporan dibuat ke majlis agama

ibrahimbaba - July 1, 2013

Inilah masalahnya. Kalau dah memekak dan membutakan hati memang susah nak terima kebenaran.

11. RafiIda Ida - June 30, 2013

Agama syiah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: