jump to navigation

Kes Mat Sabu Sokong Rejim Assad Syria – Ikhwanul Muslimin Beri Ultimatum Kepada Hadi November 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, PRU13.
trackback

Dek kerana keangkuhan Mat Sabu mencabar sensitiviti umat Islam terutama para pejuang yang menentang rejim Bashar Assad dengan melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan menteri kanan pemerintahan kuku besi Damsyik (baca), Ikhwanul Muslimin telah memberi kata putus kepada PAS.

Dalam satu pertemuan khas baru-baru ini, wakil Ikwanul Muslimin Syria datang khas ke Tanah Air kita untuk bertemu dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk menegur serta memberi ultimatum kepada pimpinan PAS agar menjaga sensitiviti mereka, para pejuang di Syria dan seluruh umat Islam. Ultimatum ini diberi setelah tersebarnya rakaman video siaran TV Syria berhubung kunjungan hormat Mat Sabu tersebut.

Ultimatumnya bernada keras sekali. Jika PAS tidak sensitif dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin Syria dan terus memberi sokongan moral kepada rejim Assad, maka pertemuan itu adalah yang terakhir dan hubungan Ikhwan dengan PAS akan diputuskan.

Lawatan Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah).

Keberanian dan keangkuhan Mat Sabu adalah kerana kedudukannya yang sudah kukuh sebagai Timbalan Presiden PAS berserta dengan sokongan padu puak-puak Syiah di Malaysia yang sudah menyelinap penuh di dalam keahlian PAS serta memegang beberapa posisi penting dalam PAS (Bilang sahaja berapa orang Pesuruhjaya (PJ) Negeri yang sudah menganuti fahaman Syiah!!!). Hinggakan MB Azizan sendiri (satu-satunya pimpinan PAS yang berani menyanggah Anwar) turut diberi amaran agar tidak  ganggu Syiah di Kedah jika mahukan sokongan mereka dalam PRU akan datang. Terduduk Azian hingga sekarang kerana sayangkan kedudukan MB dari bertegas dalam isu akidah.

Sekian, IB

sila baca jugak ni:

Comments»

1. Ahmad Jabir - November 8, 2012

Kalau betul berita ni maka aku mufarakah la dgn puak2 ni…hari tu kat surau aku, ada geng2 ustaz PAS buat program jemput ulama2 syria memberi penerangan mengenai kekejaman rejim Basar Al Assad….dan banyak video ditayangkan sebagai bukti kezaliman tersebut…derma jihad dsb pun banyak dah dikutip….

Tapi kalau macam sikap pemimpin PAS, maka patut orang mcm ni hukum buang negara lagi baik! suruh je jadi orang Iran…boleh kahwin dgn wanita Parsi…puih ….tak de maruah langsung…

2. Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar « Ibrahimbaba’s Weblog - November 9, 2012

[…] Kes Mat Sabu Sokong Rejim Assad Syria – Ikhwanul Muslimin Beri Ultimatum Kepada Hadi – klik […]

3. Biar Gambar Bercerita lagi- Tokoh Syiah Malaysia dan Kematian Yang Mengaibkan « http://rmf7.wordpress.com - January 4, 2013

[…] See Khomeni’s Iran on The Times and a reflection 20 years on New Statesman. here […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: