jump to navigation

Editor diarah elakkan perkataan ‘barang naik’ July 17, 2010

Posted by ibrahimbaba in akhbar, ekonomi, Kerajaan.
add a comment

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan ‘barang naik’ dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan “barang naik” itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

“Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi” dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media ‘diminta’ mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

“Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat – ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji ‘keberanian’ Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji ‘keberanian’ Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti – menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online – sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik’ di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov’t bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/137536

Advertisements

Prof Mohammad Abu Bakar (UM) disenaraihitamkan oleh Utusan? March 17, 2010

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Melayu, politik.
Tags: , ,
add a comment

Apakah benar bahawa Profesor Datuk Mohammad Abu Bakar (Jab Pengajian Antarabangsa & Strategik – Universiti Malaya) disenaraihitamkan oleh Utusan supaya tidak disiarkan dalam mana-mana terbitan Utusan?

Terbaru, dalam Forum Wacana 153 anjuran bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) beberapa hari lalu, Utusan tidak menyebut nama Prof Mohammad Bakar sebagai salah seorang penalis apatah lagi untuk menyiarkan ucapan beliau (tidak seperti mana disebut dalam Malaysiakini).

Apakah sebabnya Utusan memboikotkan Prof Mohammad? Apa insiden sebelum ini yang menyebabkan Utusan mengambil tindakan sedemikian? IB cuba mendapat penjelasan dari Prof sendiri namun tidak berhasil.

Sebelum ini pun, IB difahamkan bahawa, sudah beberapa kali program-program lain yang mana Utusan tidak akan melaporkan sebarang kenyataan atau pembentang yang dibuat oleh Prof Mohammad.

Cuma hairan apabila Utusan mengambil tindakan sedemikian …

Sekian, IB

‘Media baru bincang isu sensitif secara provokatif’ March 16, 2010

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Melayu.
Tags: , , , , , , , ,
1 comment so far

Seorang profesor dari Universiti Malaya (UM) mendakwa media alternatif baru memberi kebebasan tanpa sempadan untuk sesiapa sahaja untuk bersuara, menyebabkan isu sensitif mengenai hak istimewa orang Melayu dan bumiputera dibicara secara emosional dan provokatif.

Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar dari Jabatan Pengajian Media UM, berkata ia dilakukan tanpa memikirkan implikasinya terhadap aspek keselamatan dan perpaduan kaum.

“Ruang media ini seharuskan dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dalam mendidik generasi muda untuk berfikir secara matang dan rasional,” katanya yang juga ketua 11 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).

Beliau menegaskan demikian dalam kertas kerjanya di Wacana 153 anjuran Gapena dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Menurutnya lagi, semua pihak yang terlibat seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dalam mengawal diri sendiri dan melengkapkan akal dengan ilmu dan fakta secukupnya sebelum melontarkan pendapat di ruang siber.

“Anak-anak muda juga perlu berdamping dengan golongan berpengalaman dan intelektual serta mencari landasan perjuangan yang jelas supaya perjalanan mereka tidak menyimpang.

“Gabungan persatuan yang terdiri daripada generasi muda Melayu perlu diwujudkan bagi menjayakan agenda perpaduan Melayu dan mempertahankan hak orang Melayu dalam perlembagaan,” katanya.

Selain Dr Abdul Latiff, tiga lagi tokoh akademik diundang bagi mengupas isu tersebut, iaitu pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek dan pakar pengajian antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.

Dalam pembentangannya, Dr Ramlah menyarankan orang Melayu kembali menghayati sejarah, termasuk bagaimana perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada mereka terbentuk.

Katanya, banyak fasal dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin keistimewaan tersebut, antaranya menetapkan Islam menjadi agama rasmi, Yang Di-pertuan Agong sebagai ketua negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan peruntukan tanah rizab Melayu.

Berhubung kedudukan agama Islam, Dr Ramlah berkata, perkara tersebut dirakamkan lebih awal dalam Hukum Kanun Melaka.

“Islam didaulatkan oleh kerajaan Melaka, walaupun selepas itu, Melaka jatuh, kemudian Islam diteruskan di negeri-negeri lain dan menjadi amalan (berterusan),” katanya.

Mengulas mengenai bahasa pula, Dr Ramlah berkata, sejarah membuktikan Melaka pernah menjadi sebuah empayar perdagangan dengan menggunakan bahasa Melayu.

“British suatu masa dahulu mengadakan satu sesi belajar bahasa Melayu, dengan tulisan jawi di London,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohamad pula merumuskan terdapat tiga aliran pemikiran yang berbeza apabila mengupas tentang hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Golongan pertama katanya, kumpulan konservatif yang mempertahankan apa sahaja yang terkandung dalam Perkara 153, seperti yang dilakukan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Kumpulan kedua pula, menurut Dr Mohamad, adalah kumpulan yang “bersifat politik dan pragmatik”, yang mengeluarkan “suara-suara sumbang” dengan menuntut pemansuhan “tongkat Melayu”.

Manakala kumpulan ketiga, tambahnya, golongan yang mahu mahukan hak sama taraf untuk semua kaum, bersesuaian dengan hak asasi manusia dan desakan globalisasi.

sumber: Malaysiakini

Pembunuhan Ngeri Ibu Saudara Rosmah – Video Rosmah: Dua Episod Yang Mencurigakan January 16, 2010

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Kerajaan, Ketelusan.
Tags: , , , , , , , ,
7 comments

Selepas menonton dan merasa kegerunan dengan apa yang didedahkan dalam video “Rosmah Puaka”, kini kita dimaklumkan pula dengan berita bahawa empat sekeluarga yang dibunuh dengan kejam di Gemenceh baru-baru ini ada kaitan keluarga dengan Rosmah Mansor.

Yang menjadi kebimbangan IB ialah apa yang didedahkan dalam video tersebut tentang hubungan kekeluargaan yang boleh dikatakan sudah tiada lagi di antara Rosmah dengan ahli-ahli keluarganya yang ditemubual dalam video tersebut mungkin sememangnya benar jika rentetan peristiwa pembunuhan kejam empat sekeluarga tersebut dikatakan tiada khabar berita langsung dari Rosmah Mansor untuk menjeguk dan menzirahi jenazah ibu saudaranya sendiri.

Semalam, suaminya boleh menyuarakan rasa sedih dengan rakyat negara luar yang mati ditimpa bencana gempa di Haiti. Namun, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau tidak langsung bersuara tentang kematian empat orang ahli keluarga isterinya sendiri yang dibunuh dengan kejam.

Apabila berita sebegini semakin menjadi buah mulut orang ramai, maka sukarlah untuk Rosmah dan orang-orang yang terdekat dengannya untuk menidakkan persepsi orang ramai terhadapnya. Berbelanjalah jutaan ringgit kepada konsultan PR (public relations – bukan Pakatan Rakyat ya!) tersohor pun, pasti episod hitam sebegini sukar untuk dipadamkan dari sanubari rakyat. Pergilah mendokong bayi cacat atau berglamourlah dengan artis Bollywood, ingatan orang-orang di Gemenceh sukar untuk melupakan bahawa seorang anak gadis kampung tersebut tidak datang menjenguk ibu saudaranya yang telah dibunuh secara kejam – dan telah tersebarpun seluruh negara beritanya

Ditambah pula dengan pelbagai usaha untuk menutup sebarang kaitan antara mangsa pembunuhan kejam dengan Rosmah agar beritanya tidak tersebar … maka rakyat semakin rasa curiga dengan pelbagai episod-episod yang berlaku dan mereka tidak dapat jawapan sebenar …

  • pembunuhan Altantunya
  • misteri kehilangan PI Bala
  • pelbagai kisah perkahwinan anaknya dan sekatan-sekatan yang dikatakan dikenakan terhadap menantunya
  • pelbagai penglibatannya dalam kontrak-kontrak semasa Najib di Kementerian Pelajaran dan Pertahanan
  • khabar-khabar tentang campur-tangannya dalam pentadbiran suaminya
  • perangai “shopaholic” yang berbelanja mewah semasa mengikuti suaminya dalam lawatan di luar negara

Rakyat tertanya-tanya. Apabila tiada penjelasan yang dibuat dengan baik dan “sebenarnya”, maka rakyat semakin tertanya. Maka semakin banyak khabar-khabar lain yang lebih mudah dipercayai kerana mencari-carikan jawapan. Dan semakin disekat khabar-khabar sebegini, semakin dirasakan ada sesuatu sebab yang hendak disekat.

Sekian, IB

Sayangnya Bila Kita Bertelagah December 9, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, politik.
Tags: , , , ,
1 comment so far

Akhir-akhir ini terdapat satu fenomena yang kurang sihat di kalangan bloggers “bukan pro-kerajaan”. Hasilnya timbul fitnah memfitnah, tuduh-menuduh dan jawab-menjawab … semuanya akan membawa kepada melemahkan kredibiliti media alternatif yang kita harapkan sebagai medan untuk kita “counter” media arus perdana yang sememangnya memasarkan berita propoganda mereka.

Tidak cukup dengan “media kerajaan” melaga-lagakan pemimpin PAS pelbagai peringkat dan pimpinan parti sekutu seterusnya, mereka juga melaga-lagakan di antara parti-parti tersebut, kini mereka turut memungut taburan fitnah dan tuduh-menuduh ini sebagai senjata mereka terhadap kita.

Cuma satu yang jelas hasil dari kemelut ini ialah ianya akan menjadi lebih jelas – siapa lawan dan siapa kawan. Kalau ada musuh dalam selimut (jika pun ada – IB tidak mahu menuduh sesiapa itu) … maka terlucutlah selimut tersebut.

Tujuan posting ini sekadar menjadi renungan kita semua. Dalam keghairahan menulis dan semangat hendak melaporkan sesuatu kita patut melihat dari sudut yang jauh dan luas agar tidak kita ranapkan medan yang kita sendiri cuba bina kredibilitinya.

Sekian, IB

Di bawah adalah posting di Tranungkite yang mengerakkan IB menulis di atas:

Kenapa Laman Tranung Kite dijadikan sasaran Baru Tulang Besi & Perisik Rakyat

(http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=920)

Oleh: Batu-api

Episode pendedahan saya telah menjadikan dua laman yang banyak menyiarkan artikel-artikel fitnah bagi memburuk-buruk pimpinan PAS telah hilang punca macam orang gila.

Saya akan menyambung hujah saya, jika tak setuju dengan saya sila berhujah. Jawab pertanyaan yang dikemukan, jangan jadi macam orang gila dan memburukkkan orang lain termasuk webmaster laman ini, Songkok Putih. Steady SP u cool.

Tulang Besi banyak menulis dalam lamannya mendedah pelbagai cerita, dia tak pernah beri perluang orang yang difitnah menjawab. Tapi bila tulisan saya menulis “sedikit aje” baru mengenai perangai buruk dan jahat dia. Dia jadi macam orang gila menyerang itu dan ini memburukkan laman Tranung Kite.

Paling saya nak tergelak dan hampir nak terkentut bila dia kata saya ialah Songkok Putih. Kenapa bebal sangat dia ini.

Artikel jawapan yang dikeluarkan oleh Tulang Besi di lamannya ialah pada pukul 11.26 malam pada 8 Disember 2009. Artikel ini dikeluarkan serta merta oleh Perisik Rakyat (Mohd Fauzi) di lamannya sekitar pukul 11.35 malam pada hari yang sama (9 minit selepas itu). Boleh faham bagaimana eratnya hubungan mereka dalam menyerang seseorang atau sesuatu laman lain. Mereka terancang dan buat kerja terancang serta ada orang di belakang mereka yang merancang.

Sila rujuk kepada link ini
http://www.malaysiawaves.com/2009/12/pendedahan-kesah-pembohongan-songkok.html

http://perisik-rakyat.com/2009/12/pendedahan-kesah-pembohongan-songkok.html

Artikel saya pula telah dikeluarkan oleh TranungKite dan 4 portal lain. Katakan saya adalah Songkok Putih. Pasti Songkok Putih seorang yang hebat adik beradik kepada Superman, kalau bukan superman mesti Badman atau paling-paling kurang pun Cicakman.

Artikel yang sama telah dikeluarkan iaitu di 5 portal (pasal ada 5 sahaja, kalau ada banyak, banyak lagi aku post)

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=894&mode=&order=0&thold=0
(Nick yang hantar artikel : Batu-Api Nick yang lulus: SongkokPutih)

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5139&mode=&order=0&thold=0

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5147&mode=&order=0&thold=0
(Nick yang hantar artikel: BatuApi Nick yang lulus reformis & tokdalang)

http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2309
http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2312 (Nick yang hantar BatuApi Nick yang lulus : Nabila dan Aya)

http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=3075&mode=&order=0&thold=0

http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=3078&mode=&order=0&thold=0
(Nick yang hantar BatuApi nick yang lulus munir dan kedahlanie)

Dilaman yang pro UMNO juga saya hantar artikel

http://www.mindarakyat.com/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=520&mode=&order=0&thold=0

http://www.mindarakyat.com/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=525&mode=&order=0&thold=0
(Nick Hantar artikel BatuApi nick yang lulus artikel ialah Admin dan ismet_ulamraja)

Kalaulah mengikut pendapat bodoh Tulang Besi dan Perisik Rakyat bahawa yang melulus terbit artikel adalah orang yang menghantar artikel. Seperti dia anggap saya (Batu-Api) adalah Songkok Putih. Ini bermakna Songkok Putih juga mempunyai nama-nama seperti Reformis, Tokdalang, Munir, KedahLanie, Aya, Nabila, Admin dan Ismet_ulamraja.

Itu nasib baik ada 5 sahaja laman portal, Kalau Harakahdaily, Malaysiakini, MalaysiaInsider dll lagi bagi saya post artikel saya akan post semuanya dengan menggunakan nick batuapi. Kemungkin Ahmad Lutfi yang sedang sakit itu, Zulkifli Sulong, StevenGan dll juga dituduh sama adalah Songkok Putih.

Saya rasa pembaca kenal nama-nama pena yang saya sebut dan 2 daripada nick itu adalam wanita. Hebat you Songkok Putih. Perempuanpun you boleh menyamar!

Saya kumpul pembaca di 5 portal ini yang sedang online di masa-masa “pick”. Sekitar boleh mencecah lebih daripada 5000 orang yang mana TKO sahaja sekitar 2000 orang.

Ini bermana Songkok Putih menguasai hampir 1/3 daripada media internet berbahasa Melayu. You Supermanlah!!!

Betul ke Tulang Besi dan Perisik Rakyat?
Berhujah biarlah menggunakan akal. Ini beremosi dan bernafsu sahaja. Kita orang Islam ada batasan agama.

Kenapa nick saya di TKO adalah batu-api sedangkan di 4 portal lain nicknya batuapi (rapat)?

Jawapannya saya tak boleh mendaftar batuapi di TKO kerana nick itu dah ada. Bodohlah jika saya SongkokPutih saya tak boleh daftar nick untuk saya sendiri.

Mungkin Tulang Besi akan berhujah, artikel ini di copy dan paste macam blog. Pasal pengetahuan Tulang Besi agak ketinggalan sedikit.

Untuk ini kita perlu lihat masa artikel itu diluluskan. Saya tak boleh berikan maklumat tepat sebab server TKO masanya mengikut masa luar Negara. Jadi lewat hampir 12 jam.

Saya nak bagi satu fakta siapa sebenarnya daripada 5 portal ini yang memluluskan artikel saya paling awal. Jawapannya ialah portal pro UMNO MindaRakyat. (http://www.mindarakyat.com)

Kenapa Tulang Besi dan Perisik Rakyat tidak menghentam webmasternya Admin sebagai batuapi? Dimana rasional Tulang Besi dan Perisik?

Kenapa Songkok Putih dan TranungKite menjadi sasaran Tulang Besi dan Perisik Rakyat.

Jawapannya paling mudah TKO adalah satu-satunya laman yang masih menegakkan kebenaran. Menengakan kepimpinan Ulama yang ditajui oleh Tok guru Nik Aziz dan Tok guru Haji Hadi.

Semasa pilihanraya ke-12 dahulu laman TKO adalah laman yang amat membantu Pakatan Rakyat menguasai media internet. Saya masih ingat webmasternya ialah Songkok Putih dan Pembantu webmaster ialah Greenboc (Saya pun hentam GB, dia pun marah saya. Dia kata dia kenal saya sebab saya pernah bere-mail dengan dia mengenai tip-tip computer sebab dia mahir bidang itu, malah dia ada laman untuk tip-tips komputer)

Memang ada agenda untuk jatuhkan TKO sebelum pilihan raya kecil Seputih. Saya harap Tulang Besi dan Perisik Rakyat bukan antara yang mendalanginya.

Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet April 25, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anti-Islam, Islam, Kehakiman, Kerajaan.
Tags: , , , , ,
3 comments

dipetik dari http://membelaislam.wordpress.com/Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentinga, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpaman ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.

Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, adalah dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.

Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.

Ulasan-ulasan lanjut akan disusuli di blog ini nanti. [http://membelaislam.wordpress.com/] InshaAllah.

di antara wakil media yang hadirdi antara wakil media yang hadir

Ada Astro – Tiada Bantuan Kebajikan April 22, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, masalah sosial, sosial.
Tags: , , ,
1 comment so far

IB setuju untuk batalkan bantuan dari Jabatan Kebajikan jika mereka melanggani Astro. Sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh NST (di bawah) disokong oleh IB.

Jika mereka mampu untuk melanggani Astro – kenapa perlu bantuan kebajikan dihulurkan.

IB amat hairan ramai dari rakyat Malaysia yang tergila melanggani Astro walhal kemampuan kewangan mereka tidak mengizinkan. Lebih banyak lagi keperluan lain untuk keluarga yang perlu didahului tetapi mereka tetap melanggani Astro.

Bayangkan berapa buah buku dapat dibeli dari yuran langganan setahun Astro. Berapa banyak keperluan persekolahan anak-anak mereka dapat dipenuhi jika tidak dihabiskan kepada langganan Astro? Berapa tin susu anak dapat dibeli untuk nilai langganan Astro setiap bulan?

IB sedih, apabila melawat kawasan-kawasan pendalaman serta melihat kawasan-kawasan setinggan, mahu pun di perumahan kos rendah yang dipenuhi dengan cakera satelit Astro. Di manakah keutamaa mereka?

Semasa IB menuntut di luar negara dahulu, IB dapati masih ramai dari kalangan masyarakat mereka yang sekadar menonton TV saluran-saluran percuma dan tidak melanggani “cable TV”.

Namun, mungkin Jabatan Kebajikan perlu memperhalusi kriteria dan syarat untuk dilaksanakan agar mereka ini tidak pula dianiayai. Mungkin kes seperti di bawah ini perlu dipertimbangankan dengan wajarnya.

Sekian, IB

Laporan NST:
Got Astro or TV? Sorry, no welfare aid for you

KUALA LUMPUR: The words “disabled, Astro” and “aid” cannot occur in the same sentence, as far as the Welfare Department is concerned.

The department bars the disabled from getting welfare aid if they have Astro or a television set at home.

The rule applies even if one lives in someone else’s house, temporarily or otherwise.

S. Karupanan, 73, found this out the hard way three months ago when the department cut the RM200 aid to him as he was temporarily staying in a house which “had Astro service”.

The department had paid for surgery on one knee and promised to underwrite the cost of the operation on the other knee.
But while awaiting the second surgery, he moved into his daughter’s house and his troubles began.

Welfare officers who came to visit him saw red when they chanced upon the Astro connection and immediately withdrew the aid.

For K. Shanmugam, 51, who applied for welfare assistance in 2005 on becoming paralysed, it has been a string of “no’s” from the department for aid.

His mistake, he believes, was his honest reply when asked if he had a television set and Astro at home.

“That’s the first question they asked. When I said I had both, they immediately said that I was not eligible for assistance as there were others poorer than me.”

The former crane driver, who was earning RM2,000 in Singapore when a motorcycle accident four years ago left him paralysed, was baffled by the department’s decision.

He said that the bills of the family of six were paid by relatives who realised that he only had Astro to keep him company when the children were out of the house.

“I cannot work. The only pleasure in my life now is the Astro service,” he said.

Another extreme case is that of a a disabled 40-year-old, paralysed from the neck downwards, who lives with her partly-paralysed mother.

The disabled woman, who declined to be identified, decided against applying for an Astro connection after being warned by a welfare officer that they would cut aid to them if she did so.

What she cannot understand is why they would do so as Astro was the “only” company she and her mother could have at home.

“We cannot leave our house and we live on donations and welfare aid. What’s wrong if some people who sympathise want to get us an Astro connection?”

Welfare director-general Datuk Meme Zainal Rashid could not be reached for comment.

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak April 18, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Kehakiman, Kerajaan, Melayu, Perak, politik, UMNO.
2 comments

oleh Mohamed Hanipa Maidin dipetik dari Harakahdaily

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.– tajdid_

Kenapa Bunuh Altantunya? April 9, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Kehakiman, Ketelusan, polis.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Jika pembunuhnya dikenalpasti dan bakal dikenakan hukuman gantung NAMUN soalan yang paling utama ialah apa tujuan Altantunya dibunuh sekejam yang kita maklum.

Tidak mungkin kedua-dua mereka saja-saja bunuh kerana saja-saja seronok atau tanpa menerima arahan tertentu. Mereka ini polis khas dari unit elit yang terkenal dengan mematuhi arahan dan ketaatan kepada ketua/orang atasan mereka. Kenapakah penyiasatan terhenti setakat itu?

Jangan biarkan orang ramai membuat spekulasi yang berbagai. Jangan salahkan pula mereka membuat andaian-andaian yang bukan-bukan dan mudah menerima teori-teori konspirasi yang sememangnya nampak munasabah.

Orang ramai sememangnya sudah bertanya-tanya apakah istimewanya kedua-dua pembunuh ini hinggakan kebal dari dikenalpasti gambar mereka untuk disiarkan oleh pihak media. Atau apakah pihak media diberi amaran dari menyiarkan gambar wajah mereka berdua?

Sekian, IB

_______________________________________________

KES BUNUH ALTANTUYAAzilah Hadri

Sirul (atas) dan Azilah (di bawah) - gambar mereka sukar diperolehi. Apakah motifnya?

Altantuya murder: Motive remains unclear, says Karpal

SHAH ALAM: The suspect or suspects as well as the motive for the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu remain unclear, said lawyer for the Shaariibuu family Karpal Singh.

“I think it is important to establish the motive. What motive did the two have? They didn’t even know this woman,” he told reporters Thursday after Chief Inspector Azilah Hadri, 32 and Corporal Sirul Azhar Umar, 36 were sentenced to death by the High Court.

He said the person who had the motive to kill Altantuya should be implicated and convicted with the two Special Action Force officers.

“I think the Mongolian Government and Dr Shaariibuu (Altantuya’s father) will not be satisfied,” he added.

Karpal also said that Dr Shaariibuu would proceed with the application for a judicial review of the Attorney-General’s decision not to file an appeal against the acquittal of Abdul Razak Baginda on Oct 31 last year.

“There is a preliminary objection that the A-G’s decision cannot be reviewed by court. I say it can be done,” he said.

“We have also filed a civil suit asking for damages for the children of Altantuya,” he said.

Bila Orang Wakaf Mempelam Bercakap Besut … January 16, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Kuala Terengganu, politik.
Tags: , , , ,
add a comment

Apabila orang yang dari Wakaf Mempelam bercakap dengan telor Besut maka dia jadi “bbunyi pelek”. Memang pelik bila menonton berita TV3 malam tadi yang menyiarkan berita 111 ahli PAS menyerah borang kepada Ahmad Said untuk menyertai UMNO.

Apakah sememangnya tidak ada orang PAS yang benar-benar dari Wakaf Mempelam yang keluar PAS maka terpaksa diimport orang luar – yang sememangnya orang-orang Wakaf Mempelam siapa orang PAS dan siapa orang UMNO – maka terpaksa dicari orang yang tidak dikenali … itu yang kena import!

Mungkin bagi orang luar Terengganu tidak perasan pertuturan “orang PAS yang masuk UMNO itu”. Tetapi orang-orang Terengganu tahu bahawa orang-orang Wakaf Mempelam bertutur dengan tambahan “g” seperti mana orang-orang Teghanung lazimnya bertutur bukan seperti telor orang-orang di utara Besut/Jerteh atau Kelantan.

Namun cerita keluar masuk parti ini sudah menjadi terlalu kerap digunakan oleh BN hinggakan sukar lagi orang hendak pandang dan percaya. Setiap kali pilihanraya – itulah kaedah lapok yang diguna.

Orang ramai masih ingat lagi kaedah yang sama digunakan dahulu dengan menyiarkan berita kemasukkan kekanda kepada Cikgu Pa masuk UMNO untuk yang ke berapa kali dah … Akhirnya cerita itu menjadi tamparan kepada Man Bakar dan mengaibkan Idris Jusoh yang merasakan dirinya sendiri tertipu dalam majlis di Marang tersebut.

Cuma terfikir juga IB, rupanya kali ini laporan keluar parti kurang diguna oleh BN. Apakah taktik menipu cara ini sudah tidak diterima orang?

Sekian, IB