jump to navigation

Perihal novel The “I” Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah March 3, 2013

Posted by ibrahimbaba in Anwar, conspiracy, politik.
add a comment

SEMAKIN hari semakin menarik novel perisikan bertajuk The “I” Files ini.

Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.

Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.

Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.

Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik “I”.

Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya “I” itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.

Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The “I” Files atau Fail-Fail “I”, ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.

Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.

Jika kita membaca The “I” Files, seolah- olah kita sedang membaca novel-novel spy atau perisikan terkenal di pasaran sekarang seperti The Thirty-Nine Steps tulisan John Buchan atau yang lain-lain.

The “I” Files juga mendedahkan penglibatan Anwar dalam pergerakan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Hassan Al- Bana di Mesir sehinggalah kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat, IIIT (disebut Triple IT). Triple IT atau International Institute of Islamic Thought dikatakan adalah alat Amerika untuk menyusup ideologi Pluralisme ke dalam masyarakat Islam global.

“I” Files ternyata sebuah novel fiksyen dan realiti yang hebat. Kita tidak dapat mensahihkan kebenarannya, namun banyak faktanya yang boleh diterima akal.

Kisah hubungan manis hingga ke pahit Anwar-Mahathir turut dikisahkan dalam novel itu.

Ia juga berkisar mengenai teori konspirasi Barat yang cuba ‘menguasai’ Anwar untuk dijadikan ally atau pakatan atau boneka mereka. Barat mahu melihat, akhirnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup strategik bagi Barat, terutamanya Amerika Syarikat, selepas Perang Dingin dengan Soviet Union.

Perlu diingat Perang Dingin era kini ialah AS dengan China. Malaysia mempunyai Selat Melaka yang banyak digunakan oleh China dalam mengangkut barangan dan minyak.

Di rantau ini hanya Malaysia yang belum menjadi mangsa regime changed atau ditukar regim atau dikuasai secara pakatan (ally) oleh Amerika.

Pendek kata, sesiapa yang berminat mengenai cerita-cerita spy atau perisikan boleh membaca novel online itu, secara percuma.

The “I” Files dalam video YouTube?

Namun apa yang menarik mengenai novel The “I” Files ini ialah dengan kemunculan video yang kelihatan mula disiarkan melalui YouTube bertajuk I-Files : Manusia Pelbagai Wajah.

Saya mengesan video itu (taip di YouTube: Anwar Ifiles) sudah berlegar di dalam YouTube selama empat hari lalu dan dengan yang terbaharu selama kurang daripada 24 jam. Ia sudah ditonton oleh beribu penonton.

Carian menunjukkan ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.

Sudah ada Bab 1 (http://youtu.be/WZhtn 8jv8L8) dengan tiga bahagian yang mungkin hasil olahan semula daripada buku The “I” Files tulisan Jonathan Smith itu.

Persembahannya cukup menarik seolah- oleh seperti kita sedang menonton siri CI (Crime and Investigation) di saluran Astro. Muzik latarnya juga sama seperti siri CI itu.

Kita tidak pasti siapa yang menerbitkannya, namun ia cukup menarik. Saya merasakan ia juga patut disiarkan oleh stesen- stesen televisyen tempatan.

Bab 1 I-Files : Manusia Pelbagai Wajah itu, setakat ini mewawancara seorang bekas sahabat karib Anwar, Ustaz Ismail Mina, yang bersama-sama aktif sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya dan kemudian menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda.

Ustaz Ismail kini sudah berpatah arang dengan Anwar dan bergerak dalam sebuah NGO untuk menentang ‘kemungkaran akidah’ yang dikatakan dilakukan oleh bekas sahabat seperjuangannya itu.

Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, daripada zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setelah mendapat rawatan di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown di AS.

Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.

Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan “Islam dan Demokrasi”.

Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”, benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.

Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.

Mungkinkah video YouTube I-Files : Manusia Pelbagai Wajah juga akan terus disiarkan lagi seiring dengan bab-bab yang banyak terdapat dalam novel itu?

Saya melihat fenomena ini cukup menarik. Nampaknya jentera perang saraf PRU-13 sudah mula dilancarkan satu persatu.

Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya…

sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah November 7, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, conspiracy, Ketelusan, PAS, politik.
14 comments

Setelah tersebarnya video lawatan Mat Sabu, selaku Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), membuat kunjungan hormat ke atas rejim ganas Bashar Assad, membuat Presiden PAS tidak senang duduk.

Mat Sabu merupakan satu-satu pimimpin tertinggi sebuah parti dari Malaysia yang membuat penghormatan sebegini (baca) dalam pada ketika semua pimpinan dan penduduk negara Islam mengecam serta mengutuk keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad terhadap rakyat jelatanya termasuk wanita dan anak-anak kecil.

Apabila penyiaran video meluas dan sampai ke pengetahuan Haji Hadi Awang, beliau telah memanggil Dr. Syed Azman Syed Ahmad untuk mendapat beberapa pengesahan. Syed Azman dipilih kerana beliau dilihat dan dianggap sebagai antara pimpinan PAS yang yang paling rapat dengan Mat Sabu dan juga Syed Azman pernah menjadi orang kanan Haji Hadi sebelum kini menjadi loyalis dalam kem Anwarinas.

Dalam pertemuan 3 pasangan mata, Syed Azman, Haji Hadi dan ??? itu, Syed Azman mengesahkan bahawa Mat Sabu sememangnya seorang penganut Syiah. Syed Azman turut memperakui bahawa sepanjang persahabatannya dengan Mat Sabu sememangnya Mat Sabu tidak solat Jumaat kecuali dalam suasana beliau cuba menunjukkan kepada orang ramai yang dia solat Jumaat juga (takiyyahnyalah). Itupun amat jarang sekali.

Syed Azman turut memperakui bahawa Mat Sabu turut beramal dengan amalan-amalan Syiah lain dan turut melakukan pelbagai takiyyah dalam banyak ketika sambil memberi beberapa contoh bagi memperjelaskan kepada Presidennya itu.

Malah ini bukanlah kali pertama Haji Hadi mendapat pengesahan bahawa Mat Sabu menganuti serta beramal dengan ajaran Syiah. Sudah beberapa kali beliau dimaklum dan lebih dari mafhum lagi. Dan ini turut disahkan sendiri oleh Presiden itu termasuk tidak membiarkan Mat Sabu mempengerusi mesyuarat (rakaman perbualan ini dengan Haji Hadi masih dalam simpanan IB). Namun, apakah kini sudah berubah.

Kenyataan terbaru Haji Hadi menunjukkan ketidakberaniannya lagi menegur Mat Sabu dalam hal ini. (Jangan terperangkap dengan agenda musuh di Syria – Hadi) Malah dalam perjumpaan terbaru dengan pimpinan Pemuda PAS Selangor, apabila ditanya berhubung kunjungan hormat Mat Sabu terhadap regim Syiah-Alawi Assad Syria, Presiden PAS hanya sekadar mampu berkata “biarlah dia buat tu atas kapasiti peribadi”. Apakah Hadi sudah jadi penakut dengan Timbalannya?

Sekian, IB

 sila baca jugak ni:

Pemimpin PAS Bersama Dengan Kerajaan Assad Syria – Apa Hadi Kata? November 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy, Ketelusan, PAS.
6 comments

Ini adalah antara gambar yang kerap kita tonton di kaca TV mahupun di akhbar dan dari paparan skrin komputer.

Kita juga dipaparkan dengan gambar para pejuang kebebasan yang dibunuh dengan kejam oleh regim Assad. Mahfum, inilah keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad (sejak Pak dia – Hafiz dan kini dituruti oleh anaknya Bashar) yang zalim dan seluruh umat Islam kecam.

Dalam pada kecaman masyarakat antarabangsa terhadap regim Assad ini tersebar pula rakaman video Mat Sabu melawat Damsyik dan bertemu dengan pimpinan kanan Assad. Video di Youtube ini bertarikh 19 September 2012.

Lebih sebulan sebelum itu IB pernah bertanya Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria? Sebab IB bertanya adalah kerana orang ramai sudah mahfum Mat Sabu penganut Syiah yang kufur hukumnya.

Dengan penyiaran video lawatan Mat Sabu bertemu junta tentera pro-Iran di Syria mengesahkan segalanya.

Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:

Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)

Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit “bahasa Inggeris” yang diguna Mat Sabu 😉

Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri

Persoalan IB ialah – Apa kata Haji Hadi dan rakan-rakan seperjuangan PAS yang lain. IB nak pergi jumpa beliau – insha Allah.

Sekian, IB

* sila baca jugak ni:

Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? November 3, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy, Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
4 comments

Disahkan bahawa terdapat 10 orang pemimpin kanan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang setiap bulan akan diberikan sampul surat berisi ribuan RM.

Nama kesemua 10 orang pemimpin PAS tersebut dikatakan kini sedang dipantau oleh Presiden PAS sendiri selepas dimaklumkan oleh orang kanan beliau sendiri. Walaupun TG Hadi Awang tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila dimaklumkan senarai tersebut namun beliau kemudian menzahirkan rasa terkejut dengan beberapa nama yang beliau sendiri tidak sangka penerima dana khas itu.

Haji Hadi mengatakan bahawa beliau telahpun maklum sebelum ini dengan 2-3 nama yang dalam senarai itu tetapi pada mulanya sukar untuk menerima beberapa orang yang lain lagi kerana bagi beliau “penama” tersebut sudahpun kaya sebelum ini kerana perniagaan yang besar sebelum menjadi pemimpin PAS.

Termasuk dalam senarai itu adalah pemimpin yang beliau sendiri kurang selesa kerana fahaman “mazhab” pemimpin tersebut yang dikatakan tidak betul kerana menghina sahabat sehingga sanggup mengkafirkan saiyidina Abu Bakar, Omar dan Uthman.

Namun, nama kesemua ini dipesan oleh sahabat-sahabat dalam pimpinan PAS yang tidak terlibat agar tidak dihebahkan. Maka IB terpaksa akur.

IB turut dimaklumkan bahawa bagi setiap pemipin yang menerima duit ini, mereka akan ditemui atau mereka pergi berjumpa dengan orang perantara mereka setiap bulan. Bagi setiap mereka ini, mereka berurusan dengan seorang orang perantara sahaja. Dan bagi perantara ini pula mereka berurusan dengan seorang pemimpin PAS sahaja. Mereka tidak maklum siapa yang berurusan dengan pemimpin PAS yang lain. Begitulah sulitnya kaedah pemberian dana politik ini.

Sekian, IB

The Arrivals – Part 01 March 12, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy.
add a comment

sambungan dari: The Arrivals – Introduction

bersambung di sini:

The Arrivals – Introduction March 10, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy.
add a comment

 

bersambung:

The Arrivals - Part 015:43 The Arrivals – Part 01