jump to navigation

Pimpinan PAS Bukan Islam: Betul Dr. Zul March 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, politik.
1 comment so far

Sebenarnya ada kebenarannya apabila kita meneliti kenyataan Dr. Zul yang dipetik:

PAS research chief Dzulkefly Ahmad said today the Islamic party is ready to accept non-Muslims in positions as high as deputy president

IB tidak hairan dengan kenyataan Dr. Zul itu. Memang benar dan sebenarnya sudah pun terlaksana.

Jika menurut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan ajaran Syiah adalah suatu ajaran yang sesat. Dan mafhum di kalangan pimpinan PAS, Timbalan Presidennya Mat Sabu memang menganuti fahaman Syiah.

Maka tidak hairanlah Dr. Zul mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi memprovokkan minda ahli dan masyarakat umum akan apakah mereka sedar atau tidak. Mungkin Dr. Zul sudah memberi signal bahawa ada di kalangan mereka yang kurang selesa dengan pemimpin Syiah berada di puncak pimpinan parti.

Memandang kepada situasi di mana Presiden parti, Ustaz Hadi, belum pernah sekali pun membiarkan Timbalannya mempengerusi mesyuarat jawatankuasa pusat mungkin menandakan betapa seriusnya kebimbangan sesetengah mereka di kalangan pimpinan parti yang risau dengan pengaruh Syiah yang semakin kuat dalam parti.

Tidak seperti ketika Ustaz Nasa menjadi Timbalan Presiden, Ustaz Hadi pernah membiarkan beliau mempengerusi mesyuarat. Menurut pemerhati politik dalam PAS, Ustaz Hadi tidak pernah sekali pun membiar Mat Sabu mempengerusikannya – walau di mana program beliau berada, Ustaz Hadi akan tetap bersegera untuk mempengerusikan mesyuarat sendiri.

Artikel berkaitan Syiah sebelum ini: Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan

Sekian, IB

Advertisements

Kenapa Anwar Diam Seribu Bahasa Dalam Isu Pongal dan Calit di Dahi? February 25, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, Ketelusan, politik.
add a comment

Semenjak kecoh laporan berhubung Anwar menghadiri perayaan Pongal dengan perarakan di atas kereta lembu dan kemudian di calit pada tahinya tidak ada satu patah perkataan disiar oleh beliau di blog rasminya.

(Baca laporan dan gambar Anwar calit dahi: sini, sini dan sini)

Bisunya Anwar ini menjadi tanda-tanda di kalangan beberapa ulama dalam pimpinan PAS. Masyarakat umum turut merasa hairan kenapa Anwar sendiri tidak bela dirinya sendiri. Kenapa harus dibiar Dr. Mohd Nor Manuty sahaja yang memberi penjelasan bagi pihaknya? Baca di sini.

Dalam pada itu pandangan orang ramai dialihkan kepada isu yang tidak masuk akal seperti kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dengan mendapat restu kerajaan Malaysia. Walhal isu Anwar memberi sokongan penuh kepada kerajaan Israel yang dizahirkan dalam laporan WSJ hendak dilupakan walaupun PAS telah membantah keras. IB sudah ulas cerita ini di sini dan di sini.

(Kenapa isu kapal Israel itu tidak masuk akal? Terpaksa IB ulas dalam posting lain – insha Allah)

Berbalik kepada Anwar hadir perayaan keagamaan Hindu dan membabitkan diri dalam upacara keagamaan iaitu diarak atas kereta lembu yang dihiasi dan dahinya dicalit dengan suatu istidat yang tidak dapat disangkal berunsur Hindu – media-media pro-Pakatan pun bersilat mengalih isu.

Kliklah mana-mana media alternatif yang lantang bersuara ingin ketelusan media. Mereka turut tidak telus melaporkan berita apabila terkena atas batang hidung mereka. Kalaulah mereka nanti yang jadi pemerintah – entah apa akan jadi terhadap ketelusan media yang mereka cakap-cakap itu.

Anwar yang selalunya cepat menjawab “fitnah” dan menuduh musuhnya dengan pelbagai cerita kini terketar kerana ketelanjuran akidah ini. Anwar MESTI BERTAUBAT. Jangan ada ustaz-ustaz lain yang hendak mengiyakan lagi perkara yang Anwar buat ini. Cukup setakat Dr. Mohd Nor Manuty seorang sahaja.

Sahabat-sahabat dalam PAS – mesti berani tegur. Jangan kita laungkan slogan-slogan yang retorik. Jangan kita hanya nampak kesilapan musuh. Kesilapan rakan wajib juga ditegur. Mungkin kerana agenda politik mereka sekadar menolak dalam hati – itu selemah-lemah iman. Tapi jangan dalam hati turut menerima. Kita tidak boleh bersama dalam kekufuran. Yang haram tetap haram.

Mungkin apa yang dikatakan terhadap Anwar dengan Pluralisme Agama ada kebenaranlah.

Apabila Anwar bisu lagi kali ini ianya menyerupai tindakan Anwar sebelum ini dalam Mengapa Ketua Pembangkang Tidak Membuat Pendirian Tegas Dalam Isu LBGT dan Seksualiti Merdeka? Mengapa dalam dua hal ini Anwar berdiam diri?

Sekian, IB

https://ibrahimbaba.wordpress.com/

Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal February 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, IFC, Islam, Ketelusan, politik.
5 comments

IB tidak lagi menulis sekerap dulu. Namun tulisan terbaru IB [Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar] entah macam-mana agaknya mengusik sedikit sensitiviti para pembaca dan meletuplah ianya.

Dari komen-komen yang tersiar di laman Tranungkite Online, IB perhatikan bahawa mereka yang memberi komen merasakan IB mereka-rekakan cerita dan cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Pertamanya, kenyataan-kenyataan Dewan Ulama yang IB petik adalah apa yag tersiar dalam media. Kenyataan berhubung temubual Anwar dalam WSJ dan BBC dan juga kenyataan berhubung isu Pluralisme Agama semuanya mafhum. Mungkin mereka yang menutup teliga dan mata terhadap teguran/kenyataan IB ini memilih untuk tidak mahu menerima kenyataan atau mereka tidak baca dan tahu bahawa Dewan Ulama PAS pernah membuat kenyataan-kenyataan sedemikian.

Kedua, setakat pergaulan IB dengan beberapa pimpinan PAS, mereka jelas tentang isu-isu yang dibangkitkan Anwar. Mereka tidak bersama dengan Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Kecuali segelinitir pemimpin yang tersasar dek terlalu asyik dengan Anwar dan mungkin latar belakang fahaman tauhid mereka “sedikit longgar”.

Dalam komen-komen tersebut kebanyakkannya mengecam dan merasakan IB seorang pencacai UMNO dan hanya baru menulis. IB boleh maafkan mereka kerana mereka mungkin bukan dari kalangan mereka yang bersama dalam “perjuangan reformasi” di peringkat awal. Tulisan-tulisan IB masih kekal membuat komen terhadap UMNO. Bukankah kita ini pejuang “keAdilan”? Kita tidak pejam mata apabila kesilapan itu dilakukan oleh orang keliling kita [baca juga ini: Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Yayasan Selangor].

IB mula menulis semenjak tercetusnya peristiwa di bulan September 1998. Dalam kesibukan kerja IB di masa itu, IB menulis dari beberapa buah benua memberi komen dan pendapat. Banyak laman-laman reformasi ketika itu memetik tulisan IB. Malah laporan IB ada ketika  turut dipetik dan disiar dalam Harakah. Namun itu sudah hampir 14 tahun lalu. Ramai penyokong PR sekarang dan mereka yang laju dalam memberi komen itu masih di bangku sekolah ketika itu – mungkin.

IB suka dengan komen seorang yang bertanya “sejak bila ib berubah ?” Ini menunjukkan bahawa beliau tahu pendirian IB dulu. Cuma mungkin beliau tidak lagi ikuti tulisan-tulisan IB terkini.

IB kerap menegur di ketika-ketika yang sesuai. IB pernah juga tegur Anwar sebelum ini. IB mula meletakkan kaki di brek di awal tahun 2009 apabila Anwar tidak bersungguh dalam memelihara  kesucian syahadah – baca “Perlu Menegur DSAI.”

Merujuk kepada temubual Anwar oleh WSJ, Anwar dengan WSJ bukan perkara baru. Kenyataan Anwar dalam WSJ dulu-dulu dan kini membuktikan bahawa WSJ bukan silap petik kenyataan Anwar [kalau salah petik dah lama WSJ disamannya], dan bahawa ianya menyerlahkan sikap dan pendirian Anwar dalam isu mempertahankan akidah umat Islam apabila bertembung dengan kepentingan politik.

IB mula menekan kuat brek apabila Anwar membuat kenyataan dalam WSJ berhubung isu Kalimah Allah ini. Bagi IB ianya sudah sampai masanya untuk IB tidak bersekongkol. Isu Kalimah Allah adalah suatu agenda besar pendakyah Kristian. [baca ini: Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?]

Dan beberapa bulan selepas itu Anwar sekali lagi menzahirkan pendirian agamanya apabila berpegang dengan mazhab John Hicks yang menganjurkan kesamarataan agama. Anwar mengangkat dan memetik kata-kata Dante seolah-olah Dante itu menjaga kesucian semua agama. Walhal Dante amat jelas telah menghina Rasulullah s.a.w. dan sepupunya Baginda, Sayyidina Ali k.w.

Petikan ucapan Anwar di London amat mengusarkan IB. Dalam teguran-teguran susulan yang dibuat Anwar tidak langsung kendurkan pendiriannya dalam menyamaratakan agama ini. Hanya kerana tidak tahan dengan teguran-teguran ini, maka Anwar menghilangkan teks ucapannya di LSE itu dari laman blog rasminya. TETAPI beliau tetap bertegas dengan pendirian apa yang diucapkan itu.

Malah Anwar mengulangi pendirian itu dalam beberapa ucapannya di luar negara [inilah masalah di kalangan penyokong yang membuta tuli – tidak luas bacaan mereka – media-media antarabangsa banyak membongkar sikap dan pendirian Anwar dalam hal agama].

Dan Anwar menerbitkan kembali teks ucapan Pluralisme Agamanya itu di blog rasminya [hanya bertahan untuk 3 hari] apabila diserang oleh rakan karibnya, Ismail Mina dan IB telahpun mengulasnya di sini: Mengulangi Bahawa Anwar Itu Cekal Dengan Pendirian Pluralisme Agamanya.

Jadi sikap Anwar dalam hal akidah ini sudah amat jelas. Temubualnya dengan media antarabangsa selalu diguna beliau untuk meraih sokongan luar dan tidak ditujukan untuk tatapan pembaca tempatan. Jika tidak dihebahkan, rakyat tidak akan tahu. Ianya berlalu begitu sahaja. Begitulah terjadinya dengan temubual Anwar oleh WSJ yang terbaru dan BBC sebelum itu.

Sekian, IB

Baiah PAS Cerai Isteri Talak Tiga January 27, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik.
Tags: ,
add a comment

Beberapa tahun lalu negara digemparkan oleh pendedahan bahawa calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya disyaratkan dengan sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti.

Mursyidul Amnya TG Nik Aziz pada laporan bulan November 2009 telah menafikan kewujudan baiah seumpama itu.

Berita yang dipetik oleh Bernama ketika itu memetik seperti berikut:

Menteri besar Kelantan berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Laporan tersebut turut memetik komen dari Presidennya:

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen.

Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Apakah yang dikatakan baiah PAS itu?

Baiah pada dasarnya ialah sumpah janji dengan sesuatu yang ditetap. Dalam kes baiah PAS ini skrip sumpah baiah itu bermula dengan bersumpah di atas nama Allah bahawa jika orang yang mengangkat sumpah itu keluar parti maka jatuh talak ke atas isteri (atau isteri-isterinya) dengan talak tiga (3) sekali gus.

Apakah baiah PAS ini sebenarnya wujud?

Jawabnya, YA. IB saksikan sendiri kewujudannya – milik salah seorang pimpinan PAS (bukan Hasan Ali – kot ada yang nak kata Hasan yang dedahkan).

Sememangnya baiah ini wujud dan terdapat sedikit perbedaan dalam susunan ayatnya bagi negeri-negeri yang berlainan. Namun, sumpah jatuh talak 3 itu WUJUD.

Mengapa IB menimbul balik isu baiah PAS ini?

IB timbulkan semula isu ini apabila melihat isu Hasan Ali. Hasan Ali walaupun diasak dan dihentam oleh pelbagai pihak dalam partinya sendiri, dia tetap tidak keluar parti. Dia tidak akan keluar parti kerana akan jatuh talak 3 ke atas isterinya (atau isteri-isterinya, kalau ada lebih) secara automatik.

Maka, caranya ialah dengan memecatkan Hasan Ali sahajalah jalan keluar untuk PAS menjauhkan diri dari Hasan, kerana Hasan tidak akan keluar parti. Sebab itu tindakan drastik memecat terpaksa dilakukan.

Walaupun ada klausa lain di para bawah, bahawa jika dia dipecat. Tetapi klausa tersebut tidak menggaitkan kepada jatuh talak terhadap isteri.

Kalau ada pimpinan PAS yang berani meNAFIkan kewujudan baiah PAS yang menggaitkan jatuh talak tiga terhadap isteri mereka tersebut – maka mereka ini berBOHONG! Jangan ada yang cuba hendak menafikan.

Dan jika dibaca kembali laporan Bernama yang meetik kata-kata pimpinan PAS itu – maka jelas ada yang berBOHONG atau cuba berBOHONG.

Namun itu isu sekunder. Isu primer/utama ialah:

Apakah pimpinan PAS mempermain-main baiah seperti ini? Apakah begitu mudah talak jatuh terhadap isteri mereka yang tidak tahu menahu hal politik suami mereka? Begitu mudah runtuhnya satu ikatan rumahtangga menjadi bercerai berai hanya kerana isu kepartian?

Dalam menyelidiki sejarah baiah PAS ini, ada yang mengaitkannya dengan suasana ketika PAS mempunyai majoriti satu kerusi sahaja di Kelantan dulu. Malah peristiwa “September 16” hampir terjadi untuk BN tumpaskan kerajaan PAS di Kelantan pada masa itu. Beberapa nama telah di”confirm”kan akan berpindah ke UMNO ketika itu.

Yang menjadi perbualan mulut di kalangan mereka yang mengangkat sumpah dalam majlis di hadapan pimpinan masing-masing ialah mereka mendengar dengan teliti setiap yang mengangkat sumpah itu menantikan ayat yang menyebut jatuh talak atas isteri atau atas isteri-isteri. Masing-masing mengeluarkan senyum sinis apabila mengetahui mana-mana pimpinan mereka yang menyembunyikan status poligami mereka itu.

Apakah murah, rendah dan hina begitu sekali ikatan murni rumah tangga jatuh dengan tidak dapat dirujuk kembali hanya kerana mainan politik?

Sekian, IB

Kerana Undi Kepentingan Umat Islam Semakin Terhakis January 7, 2012

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam, Melayu, politik.
add a comment

Bagi satu pihak demi mengejar takhta dan bagi satu lagi pihak demi untuk kekal bertakhta, kepentingan umat Islam semakin terhakis dalam para pemain politik semakin melayan pelbagai permintaan puak-puak bukan Islam.

Inilah nasibnya Tanah Air ku.

Bila pula suara-suara umat Islam terbela? Bila dibuat HIMPUN ada yang kata agenda politik.

Sekian, IB

 

 

RM50,000 annual grant for Penang’s inter-religious council

GEORGE TOWN: The state government will give a RM50,000 annual grant to the Penang Chapter of the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) to promote inter-religious harmony 

Cabinet to act on several issues raised by Christian community

PUTRAJAYA: The Government will introduce several measures to address concerns raised by the Christian community.These include the appointment of heads of mission schools, teaching of Bible Knowledge and tax exemption status for Christian organisations.

The decision made by the Cabinet yesterday was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at a luncheon hosted for senior leaders of the Christian Federation of Malaysia (CFM).

Mengulangi Bahawa Anwar Itu Cekal Dengan Pendirian Pluralisme Agamanya January 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, politik.
4 comments

Pada 22 Feb 2011, IB telah mengatakan bahawa “Biar apa pun dikata, Anwar Ibrahim cekal dalam menyatakan pendiriannya berhubung pluralisme agama.” Dan untuk kali keduanya ini, IB ulangi lagi bahawa Anwar cekal dengan pendiriannya berhubung pluralisme agama – biar apa pun orang kata.

BUKTINYA:

Sepertimana yang telah disiarkan semula di blog rasmi beliau bertarikh 5 Jan 2012 (semalam), teks ucapan beliau yang inilah telah menjadi persoalannya dulu, seolah-olah menegaskan bahawa itulah pendirian sebenarnya. Bahawa beliau yakin dengan pluralisme agama.

Kekecohan ini timbul semula apabila semalam Utusan menyiarkan di muka hadapan serta temubual seorang rakan karib Anwar yang kini telah meninggalkan Anwar kerana Anwar pendukung pluralisme? (klik untuk baca)

Seolah-olah sebagai mengiyakan kebenaran kenyataan Haji Ismail, Anwar telah menyiarkan kembali teks ucapan beliau di London School of Economics pada bulan Mac 2010 (disebut dalam blog Anwar pernah disiarkan pada 24 Mac 2011 – tahunnya salah). Penegasan Anwar terhadap pendirian ini bermakna Anwar sememangnya cekal dengan pendirian itu.

TIDAK KIRA APA YANG DIKATAKAN OLEH KAWAN DAN LAWAN. Anwar bertegas dan cekal dengan pendiriannya itu. Noktah.

Ramai kawan-kawan Anwar akan berkata beliau sebenarnya tidak mengatakan bahawa semua agamanya itu sama. Pelbagai alasan diberikan. Namun, yang nyata lagi jelas, Anwar mengulangi pendirian bersama dengan fahaman pluralisme agama dengan menyiarkan kembali teks ucapan beliau itu yang suatu masa dahulu telah ditarik balik dari laman blog tersebut.

Selepas ditegur oleh beberapa orang dan beberapa kali, Anwar mengambil masa lebih tiga bulan untuk menurunkan posting tersebut dari blognya. Ramai yang tidak puas hati kerana Anwar padamkan posting tersebut tanpa memberi sebarang sebab. Apakah kerana menjaga hati rakan bukan Islam dalam PKR dan DAP?

Bagi lawan yang sememangnya bantah pendirian Anwar dalam isu pluralisme agama, penyiaran semula teks ucapan ini membuktikan kenyataan mereka terhadap Anwar MEMANG BERASAS!

Mana mungkin Anwar berani menyiarkan semula teks ucapan tersebut jika dia tidak menyokong pluralisme agama. Mana mungkin Anwar telah membetulkan ”kesilapannya” yang BERJANJI DI HADAPAN HAMPIR 100 ORANG AKTIVIS ISLAM ketika bersemuka menjelaskan pendiriannya dalam isu ini. Ramai yang pulang malam itu selepas perbincangan hangat merasakan Anwar telah mengakui kesilapannya dan akan menarik balik – atau paling tidak akan edit semula artikel tersebut. Namun, sehingga hari ini Anwar tidak edit. Dia janji pada malam tersebut untuk duduk semeja, beliau bersama dengan Prof Osman Bakar (tuan rumah malam itu) dan Haji Ismail Mina, untuk membetulkan artikel tersebut. Genap 1 tahun 3 hari, dari masa yang dia janjikan itu KENYATAAN YANG SAMA DIKELUARKAN SEMULA TANPA SEPATAH PERKATAAN DIEDIT! (IB pernah ulas pasal perjumpaan tersebut di sini).

Siapa yang berjanji dan siapa yang mungkir?

Maka bagi sahabat-sahabat sekalian yang mengenali Anwar yang masih sayangkan Anwar, jika anda tidak mampu menegur Anwar akan sikap dan pendirian beliau dalam isu akidah ini, sayugialah anda pelihara diri anda supaya tidak beriktikad akan mempercayai semua agama itu sama.

Teruskan persahabatan anda. Namun, jika anda tidak berkuasa menegurnya, redakah anda membiarkan beliau terjerumus dengan akidah sebegini?

Untuk Sdr. Dr. Mohd Nor Manuty, sikap husnu zhann anda mungkin adalah suatu ”political statement” sahaja dan terdetik juga untuk membetulkan Anwar agar beliau tidak terus terpesong akidahnya. Kenyataan Dr. Mohd Nor yang disiarkan dalam Harakah semalam mungkin pada masa itu Sdr. belum baca blog rasmi Anwar yang menegaskan pendiriannya dalam isu pluralisme agama.

Teguran-teguran terhadap Anwar sebelum ini:

1. Anwar dan Pluralisme Agama

2. Anwar dan Pluralisme Agama Lagi?

3. Isu Kalimah Allah – Kesian Kat Anwar …,

4. Perlu Menegur DSAI

dan begitu jugalah IB memetik SS Mufti Harussani Bertaubatlah Anwar – Mufti]

Dan IB ulangi kenyataan IB dalam posting lalu:

Mengenal DSAI begitu lama serta mengasihi beliau agar tidak tersasar dari perjuangan asal, IB selalu mendoakan agar DSAI diberi hidayah dan bertaubat dari kesilapan-kesilapan yang besar sebegini. Ini soal aqidah. Bukan main-main. Jika tidak sempat kita bertaubat sebelum ajal – ianya membezakan antara syurga dengan neraka yang kekal abadan di dalamnya. Nauzubillah.

Sekian, IB

Apakah Harakah Sanggup Memutar Fakta Jugak? December 29, 2011

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Islam, Ketelusan, politik.
add a comment

Tidak sangka Harakah sanggup terlibat dalam kerja-kerja memutarkan fakta. Berita yang dihebuhkan siang tadi ialah bahawa Hassan Ali sudah memohon maaf atas ketelanjurannya dalam kemelut sekarang hasil dari perjumpaan dengan Nik Aziz didapati.

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya. (Harakadaily)

Namun, apa yang IB perolehi dari sahabat-sahabat adalah berita tersebut tidak benar. Malah Hassan Ali telah menafikan laporan tersebut.

SHAH ALAM: Former Selangor PAS Commissioner Datuk Dr. Hasan Alihas denied a HarakahDaily report that he went to Kota Baru solely to meet PAS top leaders and to apologise for his remarks against the party.

In a statement Wednesday night, he said he was disappointed in Harakah which had been reminded many times not to twist facts which could raise confusion and disunity.(the Star)

Di mana kejujuran dalam laporan dan nilai Islam sebagai media rasmi parti yang berasaskan Islam?

Maklumat dalaman yang IB perolehi, ada tangan-tangan ghaib yang menukar laporan asal Harakah tersebut. Kenyataan media asal tidak disiarkan. Malah seorang pembantu kanan Presiden pun mendapat arahan bukan dari Presidennya sendiri dalam hal ini. Boleh SMS dan SUA parti beri sedikit penjelasan?

Sekian, IB

Mengapa Ketua Pembangkang Tidak Membuat Pendirian Tegas Dalam Isu LBGT dan Seksualiti Merdeka? November 3, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, politik, sosial.
Tags: , , , , ,
2 comments

Setelah beberapa minggu berlalunya HIMPUN yang mana banyak pihak yang membuat komen dan analisa yang pelbagai, IB tekun meneliti suatu peristiwa penting yang bakal menguji sekali lagi “keimanan” kita.

Namun sebentar tadi, dalam sidang medianya, Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar telah menghentikan semua aktiviti yang menguji sensitiviti kita semua ini. Maka tidaklah melarat tinjauan yang perlu IB teliti.

IB memerhatikan apakah yang akan disuarakan oleh ahli-ahli politik dalam meniti isu yang rumit bagi menjaga hati para pengundi dan sentimen yang bakal dimainkan oleh sesetengah pihak.

IB juga perhatikan laman-laman media alternatif serta laman-laman blog yang mengulas isu-isu politik dan suara pembangkang.

Laman Malaysiakini tidak syak lagi banyak memainkan untuk meraih simpati kepada golongan LBGT atau dalam bahasa yang lebih tepat ialah “songsang fitrah”. Harakahdaily pula ada menyiar beberapa kenyataan termasuk dari Nik Aziz, Ketua Muslimat, Pemuda dan juga oleh MAPIM.

Sayangnya Tranung Kite (TKO) agak sunyi dalam menyedarkan bahaya dan ancaman yang patut diawasi oleh umat Islam dalam isu yang dibawa oleh beberapa NGO yang kononnya berselindung di bawah hak asasi manusia menganjurkan acara-acara menuntut kebebasan songsang fitrah mereka.

Tidak ada satupun posting berkaitan LBGT dimuatkan dalam TKO semenjak November 2011.

Nik Aziz agak jelas mengasingkan dirinya dari Ambiga yang menjadi antara jurubicara festival ini yang bakal dirasmi beliau sendiri.

Pemuda PAS konsisten dengan pendirian mereka dalam menyuarakan kepekaan mereka dalam isu sensitif begini sepertimana yang telah Ust. Nasharuddin bertegas ketika menyokong HIMPUN (namun janji beliau untuk hadir HIMPUN tidak kesampaian dek dihalang oleh Presidennya sendiri dalam perbualan telefon di pagi hari HIMPUN itu – agak menyesal juga Ust. Nasha gatal tangan menekan telefon pagi itu).

Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) membuat kenyataan menentang keras program Seksualiti Merdeka 2011 kerana bertentangan dengan cara hidup semua agama khususnya Islam.

Manakala blog tokoh-tokoh politik PAS lain tidak menyentuh langsung isu LBGT ini, baik Khalid Samad, Hanipa Maidin atau Dr. Zul. Dr. Zul hanya sekadar tweet bahawa “Perkara 11 FC: Agama Islam, semua agama dan moral philosophies larang gay dsbnya.. “, beliau sendiri tidak membuat suatu pendirian tegas membantah Seksualiti Merdeka dan tweet tersebut tercetus sebagai latahan apabila dijolok dengan dituduh sebagai “… Poodle DAP. Sokong Ambiga masa Bersih 2.0 skrg masih sokong?

Untuk tokoh-tokoh DAP bantah memang kita jangka sukar sedikit. Tidak ada dalam blog mereka (Karpal, KLS dan LGE ataupun laman rasmi parti) menyentuh isu ini, kecuali jika mereka tweet, yang itu IB tidak ikuti.

Yang menjadi persoalan besar IB dan mungkin ramai juga orang lain ialah menantikan suatu patah ayat dari Anwar berhubung isu ini. IB tidak temui sebarang komen atau posting di dalam blog Anwar, semenjak bulan November ini walaupun terdapat beberapa posting dan komen pada hari ini – semuanya sekitar isu lain.

Namun apabila diikuti tweet beliau:

@anwaribrahim: Dijelaskan:tdk setuju@MZuhairy: DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ? (7 hours ago)

Apa yang IB faham: Anwar tidak setuju halang Seksualiti Merdeka apabila menjawab tweet MZuhairy: “DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011

Terdahulu;

@anwaribrahim: Kita tdk terlibat dan tdk menyokong @sakriibrahim: @realDrMAZA sewajarnya kita tidak perlu syak lagi pada ambiga… (10 hours ago)

Faham IB: Anwar tidak terlibat dan juga tidak menyokong dalam mempersoalkan motif Ambiga (dalam hal penganjuran Seksualiti Merdeka?)

Betul ke ini Anwar?

Seperti satu komen yang IB baca dalam Mkini ketika mula-mula hebuh video Eskay 1 keluar. Seorang penyokong tegar Anwar mempertikaikan kesahihan video tersebut berdasarkan “takkan Anwar sebodoh itu untuk menjalankan aktiviti seks luar nikah ketika mana kes Liwat II sedang berjalan di mahkamah” (bahasa dalam komen itu telah IB lembutkan).

Dan begitulah juga komen seorang peguam mempersoalkan sikap “berdiam diri” Anwar atau tidak bersuara lantangnya Anwar dalam isu songsang fitrah sebegini apabila kredibiliti beliau dalam isu ini turut dipersoalkan. Persoalan beliau adalah “apakah birds of like feather flock together?”

Bukankah ianya bakal memberi impak dan kepercayaan kuat bagi Pak-Pak Haji di kampung dan orang-orang awam kepada Anwar bahawa beliau seorang yang jauh dari amalan yang dituduh dalam kes Liwat I dan kes Liwat II jika Anwar mengambil pendirian berani dan tegas menentang gerakan LBGT? Bukankah itu satu political mileage dari kalangan agamawan dan sahabat-sahabat dalam PAS?

Apakah Anwar lebih penting menjaga hati puak-puak liberalis, pluralis dan sekular demi untuk PRU13?

Sekadar merenungi masib Pak Sheikh ni.

Sekian, IB

… oh, lupa nak sebut dalam blog Nurul Izzah pun sama dengan Papanya, dan tweet pun langsung tiada bantah Seksualiti Merdeka

Penganjur jamin tiada provokasi October 21, 2011

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam.
add a comment

utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) memberi jaminan bahawa perhimpunan terbesar umat Islam di negara ini pada Sabtu ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang provokasi.

Pengerusi Bersama Sekretariat Himpun, Dr. Yusri Mohamad berkata, semua pihak yang menyatakan komitmen mereka untuk hadir pada Sabtu ini secara dasarnya telah berjanji untuk menjaga adab dan tatasusila masing-masing.

Malah, katanya, sehingga sekarang pun tiada sebarang unsur yang boleh mengaitkan perhimpunan itu dengan kekecohan dan ketegangan kaum, sebagaimana dibimbangi pihak tertentu.

“Sebagai penganjur yang bertanggungjawab, Himpun melarang sebarang sepanduk yang boleh mencetuskan provokasi selain menempatkan seramai 500 anggota keselamatan.

“Bagi melicinkan lagi soal keselamatan, sekretariat Himpun juga akan bekerjasama dan mengambil kira pandangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), terutamanya dalam aspek lalu lintas.

“Perhimpunan ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang unsur provokasi. Malah, kita mengalu-alukan seramai mungkin kehadiran rakyat Malaysia termasuk daripada mereka yang bukan beragama Islam.

“Saya mahu tegaskan perhimpunan pada Sabtu ini juga bukan anti mana-mana agama. Apa yang kami cuba usahakan adalah mencari platform bagi umat Islam bersatu dalam usaha mempertahankan akidah tanpa mengira ideologi politik,” katanya pada sidang akhbar Himpun di sini, hari ini.

Menurut Yusri, perpaduan antara seluruh umat Islam pada Sabtu ini adalah kerana akidah.

“Sebagai seorang Islam, tiada yang lebih penting daripada mempertahankan akidah,” tegasnya.

Pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 umat Islam akan berkumpul di Stadium Shah Alam sebagai manifestasi bagi mewakili suara umat Islam di negara ini.

“Himpun yakin jumlah tersebut mampu dicapai memandangkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan komitmen untuk menggerakkan ribuan ahli masing-masing selain sokongan pihak perseorangan,” katanya.

Nik Aziz’s son backs anti-apostasy rally October 21, 2011

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam.
add a comment

Malaysiakini

The son of PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat has voiced support for Saturday’s Himpun anti-apostasy rally despite the decision of the Islamic party’s central body not to take part in it.

Commenting on his blog, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (right), who is PAS Youth deputy chief, reiterated the wing’s support for the rally to defend the akidah (faith) of Muslims.

The purpose, he said, was to “show solidarity in an effort to save and strengthen the faith of Muslims from being threatened by enemies of Islam that attempt to undermine their faith”.

Abduh added that PAS as an Islamic party and Muslims as a whole hoped that the rally would be a good platform unite Muslims to maintain their strong faith.

“For PAS Youth, anything that can unite Muslims on the path of righteousness must be supported and cannot be abandoned. Muslim unity is a responsibility and duty that must be carried out with all our heart.”

The statement comes after Selangor PAS commissioner Dr Abdul Rani Osman ordered its members not to take part in the rally in line with the central body’s decision.

The coalition, made up of the National Muslim Youth Association (Pembina), All Malaysia Muslim Undergraduates Movement (Gamis), Peninsular Malay Students Coalition (GPMS) and the Student Representative Council (MPP) called on students to support the rally.

“We see Christianising as a critical issue that cannot be compromised…

“Even though there are only one or two Muslims who have become apostates, all Muslims must be aware and rise to prevent this,” Pembina deputy president Ibrahim Mohd Hassan said in a statement today.

Himpun, he added, intended to send a clear message of protest and warning to anyone whose action or speech insults Islam and erodes the faith of Muslims.