jump to navigation

Sasaran Azmin 100,000 orang meleset January 9, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman, Ketelusan, politik.
add a comment

Selesai sudah perhimpunan menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dengan Azmin mengerahkan 100,000 untuk hadir. Diberitakan hanya 10,000 yang hadir (tertakluk kepada sumber mana yang kita baca) – yang pastinya ia meleset jauh dari kerahan yang Azmin berhajat untuk lakukan.

Malah, ketika berbincang dengan beberapa pengerak Unit Amal PAS, mereka dari awal bimbang dengan angka yang besar diletakkan oleh Azmin. Ini kerana semasa sidang akhbar tersebut, dikhabarkan, PAS Pusat berpendirian untuk tidak mengerahkan sokongan untuk ahli hadir. Malah pada sidang itu, hanya Dr. Rani seorang sahaja – hanya sebagai ketua peringkat negeri (tiada dari pusat).

Dikhabarkan juga oleh sahabat IB ini bahawa, Haji Hadi tidak senang dengan tindakan Dr. Rani pada hari itu.

Apapun, apabila menjelang tarikh, maka jelaslah apa yang diberitakan oleh sahabt IB itu benar. Haji Hadi berkata bahawa dia akan hadir di mahkamah dan tidak di perhimpunan. Dan dia juga tidak akan mengarahkan ahli untuk hadir memberi sokongan. Terserah kepada mereka. (banyak implikasi yang Hj Hadi ingin elakkan dengan mengarah ahli untuk hadir – itu perbincangan lain yang panjang).

Malah ramai pengulas telah skeptikal pun dengan angka Azmi tersebutsejak dari awal lagi.

Seorang yang dipetik dalam Malaysian Digest:

… the planned rally is nothing but ploy and more politicization by Pakatan. Personally, I think that ‘901’ is just something created to stir chaos or deviate peoples’ attention from the main issue. It is also an agenda created to portray to the whole world that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is really innocent.

Dan seorang yang menulis di Malaysiakini berkata bahawa:

Even 10,000 would be considered a letdown – and getting 10,000 to show up is already a tall order. Such a shortfall would be an embarrassment not only for Azmin but also for Pakatan and Anwar. Their credibility could suffer. And what might have been an occasion to shore up public support for Pakatan – that is, the conviction that is expected to be meted out to Anwar – could have an opposite effect.

Maka apakah semangat reformasi 98 sudah tidak ada lagi? Apakah momentum seperti ini sudah mulai hilang “steam”nya? Apakah dengan pelbagai kemelut, satu demi satu baik dalam PAS atau DAP, dan yang berlaku sendiri dalam PKR, termasuk pelbagai “misadventure” (yang di”fitnah”kan ke atas Anwar turut menjadi faktor penyebab sambutan serta sokongan orang ramai terhadap perjuangan mengangkat Anwar adalah suatu yang tidak lagi RELEVAN?

Apakah keputusan mahkamah hari ini bakal memindahkan lagi sokongan orang atas pagar dari berpihak kepada Anwar dan merasa yakin akan sistem kehakiman semakin pulih?

Sekian, IB

Advertisements

Anwar tamak kuasa January 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anwar, Kehakiman, Kerajaan, Ketelusan, politik.
3 comments

Jika dibaca dari berita yang dilapor dalam Malaysiakini:

Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin Pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan AK Party di Turki apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti tersebut, Recep Tayyip Erdogan, dipenjarakan.

Dan apabila membaca komen-komen dari Dr. Shamrahayu dan lain dalam Utusan hari – ada kebenarannya bahawa cita-cita untuk berkuasa yang melampau itu bolehlah dikategorikan sebagai tamak kuasa.

Sekian, IB

laporan Utusan:

Anwar tamak kuasa

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Perdana Menteri sementara jika beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat sememangnya tidak realistik.

Ini kerana menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu melalui tiga syarat utama untuk melaksanakan hasrat tersebut iaitu memenangi pilihan raya umum beserta keputusan majoriti dua pertiga pembangkang.

Kedua jelasnya, Anwar perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat diikuti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa ada unsur-unsur paksaan.

“Namun, dalam Islam tiada orang yang berebut kuasa sampai begitu sekali sehingga mahu melantik Perdana Menteri sementara semata-mata gilakan kuasa.

“Anwar terlalu terdesak tamakkan kuasa. Kelakarnya, dia bercakap seolah-olah dia penentu segala-galanya. Adakah rakyat tidak nampak lagi siapa dia ini…hanya pentingkan diri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Anwar semalam dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini berkata, sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak beliau akan menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjarakan kerana sementara menjalani hukuman tersebut beliau akan melantik Perdana Menteri sementara.

Namun, menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, sekalipun Anwar berjaya meletakkan Perdana Menteri sementara itu, adakah beliau yakin individu berkenaan mahu melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.

“Inilah risiko terbesar untuk Anwar. Kita tidak boleh baca masa depan. Seperti yang kita tahu, pembangkang kalau sudah dapat kuasa tidak mudah nak lepas begitu sahaja, mungkin ini akan berlaku. Anwar kuat sangat main spekulasi,” katanya.

Ketua Kluster Governas, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, adalah tidak adil bagi rakyat untuk mempunyai seorang Perdana Menteri yang dilantik dengan cara seperti yang Anwar impikan itu.

“Mungkin adil bagi penyokong beliau atau bagi pengundi yang memilih beliau, tetapi bagaimana pula bagi rakyat yang tidak mengundi? Mereka mungkin menganggap cara ini satu tindakan yang tidak masuk akal,” katanya.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang pula berpendapat, Anwar hanya bermimpi di siang hari apabila mengatakan beliau akan tetap menjadi Perdana Menteri walaupun dipenjarakan.

Katanya, kenyataan Anwar itu hanya berdasarkan andaian-andaian yang dibuat sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kes liwatnya.

“Apa yang akan berlaku adalah atas keputusan mahkamah. Masyarakat boleh membuat penilaian tentang apa yang diandaikan itu. Ini seolah-olah mimpi di siang hari,” katanya

SAH Abim/Wadah Bermatian Sokong Anwar Ibrahim January 4, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman, Ketelusan, Melayu, politik.
1 comment so far

Maka kini sudah sah bahawa Abim dan Wadah sokong Anwar bermatian.

Di bawah ini dikatakan teks ucapan Presiden Wadah Dr. Siddiq semasa Muzakarah Qiyadah ke 4 di Sg. Ramal baru-baru ini.

Sukar untuk Abim/Wadah untuk “shake-off” badi Anwar ini. Membela Anwar tidak kira apa. Hingga ramai bekas pimpinan Abim dan aktivis menjauhkan diri (atau disisih oleh pimpinan kini) hanya semata-mata kerana isu Anwar. Apakah “bakal Imam Mahdi” ini maksum?
Sekian, IB
Artikel berkaitan:

Apa maksud ‘Pemimpin yang ditunggu’

AWAS: Jangan Buat Laporan Polis!!!

Respons Yusri Terhadap Kenyataan ABIM-WADAH

Teks ucapan Presdien Wadah:

Alhamdulillah, dapat diteruskan rutin perhimpunan gerakan walaupun mungkin dengan penampilan saya yang kurang bertenaga berbandingkan anak-anak muda yang begitu garang sekali.

Kita berada dalam sebuah gerakan – harakah– movement. Hadir dahulu pada satu masa apabila orang belum mengetahui tentang harakah kecuali kelab, persatuan dan pertubuhan. Kita namakan Harakah al Shabab – Muslim Youth Movement. Dengan penamaan seperti itu, kita harus pasti bergerak dan menggerakkan. Kalau tak gerak apa ada pada gerakan.

Jangan cemar istilah pencerdasan jika tidak cerdas. Gerakanlah umat ke arah pencerdasan – taghyirul waqi’  wa tahsinu – merubah realiti semasa dan memperbaikinya.

Syura

Kita harus cukup kuat. Kemenangan itu selain pertolongan Allah swt adalah faktor manusia yang mendokong perjuangan itu.

“Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para mu’min.”

Pertolongan Allah swt dan kekuatan mu’min. Human factor adalah wa bil mu’minin. Pertolongan Allah tergantung kepada kualiti mu’min pejuangnya. Ini termasuk mu’min yang menghargai dan menghayati perintah-perintah Allah swt  termasuk perintah syura.

“Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat (syura) antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.”  42:38

wa syawirhum fil amr – dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu (3:159) adalah fi’il amar – ayat perintah wajib.

Ayat 42:38 memuji kualiti orang mu’min yang responsif kepada perintah Allah swt, melaksanakan solat, berurusan dengan syura dan menginfaq sebahagian rezki. Syura diletak pada ayat itu di antara solat dan zakat. Mana mungkin diletakkan begitu penting untuk lebih serious melaksana syura dan juga serious kepada sesiapa yang melanggar syura. Syura adalah lebih daripada urusan berorganisasi, ia urusan agama dan membawa barakah.

Kenyataan-kenyataan kita tentang isu fitnah dan qazaf telah dihasilkan melalui syura am dan syura khas. Kita telah juga menegaskan semula dan menambah melalui persidangan syura khas bahawa sesiapa tidak bersetuju dengan keputusan syura adalah tidak mewakili jamaah.

Apakah keputusan kita:-

1. Kita tuntut isu ini diselesaikan secara syara’

2. Umat kita diingatkan supaya jangan ikut dan tunduk tanpa keadilan dan bukti-bukti syara’ – nanti hilang kelayakan kesaksian. Ini adalah aturan syara’

3. Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu diperincikan oleh syari`at. Contohnya, seorang hakim yang bersaksi bersendirian atau pun bersama 2 saksi ( atau 3 saksi lain yang lain gugur status hakimnya) pun tidak layak malah tidak boleh menceritakan apa yang dia lihat tanpa bukti kesaksian yang cukup.

4. Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari`at adalah amanah dan tanggungjawab agama. Kita perlu menyelamatkan umat daripada kefasikan dan kehilangan kelayakan kesaksian.

Tentang salah atau betul keputusan syura bukan jaminan tetapi yang penting adalah melaksana perintah Allah swt dan melakukan terbaik menurut kiraan kita. Itulah yang membawa barakah. Pada perang  Badr, orang-orang  Islam telah membuat keputusan tentang tawanan-tawanan mereka atas dasar keperluan mendesak komuniti Islam waktu itu yang masih baru dan serba kekurangan. Umar al Khattab tidak bersetuju. Turunlah ayat al qur’an yang menegur keputusan itu adalah salah tetapi Allah tidak menurunkan azab. Umar pula tidak mendabik dada walaupun dia betul. Umar turut akur kepada keputusan yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabah r.a.

Begitulah dengan Perang Uhud, Rasulullah s.a.w. akur kepada keputusan syura untuk keluar dari Madinah untuk mempertahankannya.

Ada masalah pada diri apabila ahli menolak keputusan syura.  fi qulubihim maradun fazadahumullahu marada – ” dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya.” Mana mungkin diperlekehkan syura atas alasan tidak sama dengan taraf sahabah seolah menolak ayat dan hadith. Ini adalah masalah ananiyah – ego, merasai diri lebih baik – ana khairu minhum.

Penyakit itu ditambah-tambah macam kurap apabila digaru.

Pantang harakah islamiyyah pada 3 perkara:-

1. hawa nafsu yang diikuti – ingin unggul, ingin menjadi besar

2. kedekut yang dipatuhi, dituruti, diikut-ikutkan

3. kagumi pendapat sendiri – dia betul orang lain salah, fakta-fakta dinafikan

Dalam syura, tiada siapa yang kalah dan tiada yang menang. Kadangkala keputusan dicapai  secara undian, tetapi ini tidak harus disalahtafsir. Yang menang adalah syura! Jangan dendami kemenangan itu.

Untuk itu, kita akan menganjurkan persidangan khusus kefahaman syura, syarat dan pelaksanaannya supaya tidak dianggap meeting biasa.

Pemuda

Tonggak kekuatan kita adalah generasi muda. Kita sangat bergantung kepada generasi muda. Apa lagi pada gerakan yang berteraskan pemikiran. Sebahagian pejuang dan pendokong gerakan fikrah akan lenyap jika muflis idea. Kita survive selama 40 tahun kerana fikrah kita masih kuat. Jika tiada idea maka habislah gerakan. Kekuatan fikrah pula sangat terkait dengan kekuatan kepemudaan.

Apabila Parti El Nahdah memenangi pilihanraya Tunisia, iaitu satu kemenangan hasil kebangkitan orang-orang muda, yang didahului thaurah al syabab,maka telah dibacakan, dikumandangkan kata-kata al marhum Hasan al Banna, pengasas Ihkwan al Muslimun:-

“Wahai anak-anak muda,

Sesungguhnya, sesuatu fikrah akan berjaya apabila diyakini, diimani dengan kuat (you strongly believe in the idea)

dan dianuti, diperjuangkan dengan ikhlas (for example in the politics of ideas and idealism but not politics of ambition)

dan semangat memperjuangkan itu bertambah

dan kesediaan untuk bekerja, beramal dan berkorban untuk merealisasikannya

Semua unsur-unsur ini iman, ikhlas, semangat, amal, pengorbanan..adalah ciri-ciri kepemudaan.”

Siasah Syar’iyyah

Kita perlu pertahankan fikrah dalam ABIM dan kekuatan kepeloporan sesuatu idea, konsep, gagasan. Kita perlu beri perhatian dan berperanan dalam isu “Islam, Melayu, madani, pluraliti dan lain-lain isu besar”.

Bagaimana agar dua trend besar Islam dan demokrasi tidak bertembung tetapi supaya bertemu dengan harmoni. Jika berlaku pertembungan atau “clash” maka ini satu tragedi besar dunia.

Isu hak asasi bergantung kepada kekuatan masyarakat madani. Civil society – al mujtama ul ahli atau al mujtama ul madani harus kuat. Sekolah-sekolah tajaan masyarakat madani harus setanding tajaan pemerintah.

Kenapa tidak kita lanjutkan wacana kemajmukan – pluraliti – fiqh al ta’adudiyah – fiqh pluraliti, sesuatu yang Anwar Ibrahim telah mula bentangkan pada ucapan dasar ABIM pada 80’an.

Kita perlu pertahankan ketunggalan WADAH sebagai wadah pasca ABIM dan mengelak fenomena unpardonable sin atau fatal  mistake or a disasterjika ada perpecahan. Kita harus mengetahui sejarah dan tidak melakukan kesilapan – not knowing is not an excuse.

Kita berperanan berpolitik sebagai gerakan Islam. Kita telah menyumbang yang  terbaik kepada partai-partai. Kita harus mendekati rakyat semaksimum mungkin.

50 tahun lamanya, mereka yang berkuasa telah berleluasa, tanpa takut atau menghiraukan langsung tentang pandangan rakyat atau public opinion. Mereka telah membudayakan rasuah. Jika dilihat kepada Indonesia, ada pemerhati menulis bahawa dosa Soeharto bukan sahaja melakukan rasuah. dosanya lebih besar kerana dia membudayakan rasuah. Dia dikatakan mempelopori “rasuah berjamaah”.

Apa yang dilalui dalam bentuk ketidakpatuhan dan pengkhianatan kepada harakah bukanlah baru dan telah dilalui organisasi Islam lain di tanah air sekalipun. Apakah sebenarnya yang dikehendaki golongan ini adalah habuan. Peristiwa perang Uhud mengingatkan kita “Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada yang mneghendaki akhirat.” 3:152

Nampaknya, habuan mudah diperolehi dengan mencaci dan mencerca Anwar Ibrahim. Malah ada orang yang sanggup mengaibkan diri sendiri dalam usaha mengaibkannya. Sehinggakan ada pemerhati di luar organisasi apabila melihat orang yang mengaibkan dirinya itu mengungkapkan kata-kata “apakah untuk habuan dunia, dia sanggup menggadaikan dirinya?” Begitulah akibatnya apabila melampau dan ketelanjuran.

Kita berasa amat bersedih apabila Anwar Ibrahim dihina begitu sekali dihadapan kita. Marilah kita menunaikan solat hajat pada Jumaat 6 Januari ini jam 4.30 pagi semoga Allah memberi keselamatan dan melindungi seorang yang begitu berjasa dan telah teraniaya sejak usia muda hingga ke usia tua, kita menolong seorang kawan, seorang sahabat yang telah memberikan kepimpinan, inspirasi, ilmu, tunjuk ajar, modal dan model gerakan Islam walaupun bukan dalam bentuk sumbangan material.

AWAS: Jangan Buat Laporan Polis!!! December 31, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman, Ketelusan, politik.
5 comments

Peringatan kepada para mangsa jenayah terutama jika anda dirogol atau anda diliwat

Peringatan ini adalah kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsa rogol atau liwat agar tidak nanti dituduh bersalah atas kesalahan QAZAF.

Tetapi jangan bimbang, ianya hanya akan dilaksanakan jika berlaku perubahan pemerintahan kerajaan negara, yakni apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Ini yang IB rasa akan berlaku dan menjadi antara agenda utama yang bakal berubah bagi membebaskan Anwar dan menghumbankan Saiful kerana membuat laporan Anwar liwat beliau.

Pada ketika itu nanti, kenalah kita banyak berdoa agar ahli keluarga kita, sahabat handai dan orang-orang yang kita sayangi serta masyarakat umum sekalian dilindungi dari menjadi mangsa jenayah rogol atau liwat. KERANA jika ianya berlaku (nauzubillah) kita tidak boleh lagi membuat laporan polis dan hanya menerima sahaja nasib kita sebagai mangsa jenayah. Dan penjenayah bakal dianugerah sebagai imam Mahdi.

Sama-sama kita doakan agenda perubahan sebegiini tidak berlaku.

Sekian, IB

Mustahil Beng Hock Bunuh Diri? July 21, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kehakiman, Ketelusan, politik.
add a comment

Mereka telah dari awal lagi membuat keputusan bahawa ada orang yang bunuh dengan menolak Beng Hock jatuh dari bangunan. Itulah yang sudah pun mereka putuskan. Mereka tidak akan menerima apa-apa keputusan lain yang tidak menyokong apa yang sudah terpahat dalam benak otak mereka.

Maka sudah pastinya keputusan yang dinantikan dari Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock ialah bahawa ada orang yang menolak untuk membunuhnya. Apabila keputusan yang mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri – sememangnya itu suatu yang akan ditolak.

Hatta, jika adapun rakaman CCTV atau ada orang yang nampak Beng Hock terjun sendiri, pastinya akan dikatakan rakaman tersebut telah diubahsuai atau dilakonkan oleh orang yang mirip macam Beng Hock tapi bukan Beng Hock.

Dan kepada orang yang benar-benar lihat dengan mata kepalanya Beng Hock terjun sendirian, pastinya akan dikatakan orang itu diupah atau diugut untuk membuat pengakuan palsu.

Beng Hock bukan malaikat. Dia seorang manusia manusia biasa yang pastinya ada kelemahannya – begitulah kita semua.

Cukuplah. Kalau benar ada pegawai SPRM ada yang terlalu keras, memaksa serta menekan hingga Beng Hock bertindak di luar jangkaan mereka – maka siasatlah pula pegawai-pegawai itu.

NAMUN – siasatan asal apakah mungkin bos Beng Hock ada terlibat dengan rasuah itu tidak wajar terhenti di situ sahaja.

Kenapa mesti apa-apa yang PR lakukan semestinya betul, baik dan telus?

Kenapa mesti apa-apa yang BN lakukan semestinya salah, jahat dan mempunyai agenda?

Yang betul, betul jugak. Yang salah, salah jugak.

Jangan kita terus membuta hati dan memekak telinga menerima kebenaran?

Sekian, IB

Kerana Hubungan Dgn Saiful – Farah digugurkan kendali kes Anwar July 28, 2010

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman.
Tags: , , , , ,
add a comment

dipetik dari Kosmo!

FARAH


PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

—————————

dipetik dari The Star:

Junior DPP axed from team

PUTRAJAYA: The Attorney-Gene­ral’s Chamber has dropped a junior deputy public prosecutor from the prosecution team in the Datuk Seri Anwar Ibrahim sodomy trial following a report on her alleged affair with Mohd Saiful Bukhari Azlan, the complainant and chief witness.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said Farah Azlina Latif had been removed from the eight-man team to prevent negative perception towards the prosecution team.

The decision, he said was also to protect the credibility of the team.

“I must stress that we take it (the allegation) seriously and there is no compromise whatsoever on matters of etiquette.

“This can be very difficult for us but any personal matter, if it can have any implication in whatever form on the department, will be handled very seriously,” he told a press conference at his office here yesterday.

Abdul Gani also said it did not matter whether the allegation was true.

“She has been dropped from the team and could possibly be moved from the prosecution division. She has yet to be informed and with due respect, I must immediately inform her after this (press conference),” he added.

The Malaysian Insider reported the allegation last week after fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin alleged that a junior member of the prosecution team in Anwar’s trial was having an “affair” with Mohd Saiful.

Anwar’s lawyers yesterday de­­manded that the Attorney-General respond to Raja Petra’s claims saying that if the matter was left unaddressed, it could affect the ongoing trial which is set to resume on Aug 2.

The prosecution team for the case is headed by Solicitor-General 2 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden and assisted by deputy public prosecutors Datuk Nordin Hassan, Noorin Badaruddin, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azman and Farah Azlina.

Abdul Gani said the Chamber had no qualms in dropping Farah Azlina as her role in the team was very minimal.

“To begin with, she was only roped in on Jan 20 to render general assistance, including taking notes of trial proceedings after another prosecutor Samsul Sulaiman went on retirement,” he said.

“She had no access at all to the investigation papers or any confidential information that the prosecution has. Whatever information she has, are those produced in court. She was never, at any point of time, involved in the discussion, strategy and preparation of the trial,” he added.

Krisis di Perak sudah jadi politik kartun May 13, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kehakiman, Kerajaan, Perak, politik.
Tags: , , , , , ,
add a comment

sumber Harakahdaily

PASIR PUTEH, 12 Mei (Hrkh) – Petang semalam Dato’ Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.

Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.

Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.

“Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.

“Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar,” katanya ketika ditemui di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.

“Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.

“BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu,” ujarnya.

Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.

Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih.

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak May 11, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kehakiman, Kerajaan, Perak, politik.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
2 comments

berita dipetik dari Harakahdaily

Image

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato’ Stephen Kalong Ningkan.

Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan Imageberakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.

Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Dato’ Stephen Kalong Ningkan pada 1966, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.

Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.

Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan Imageperkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.

Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.

Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada Imagepilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.

Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.

Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan ImageShah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.

Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet April 25, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anti-Islam, Islam, Kehakiman, Kerajaan.
Tags: , , , , ,
3 comments

dipetik dari http://membelaislam.wordpress.com/Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentinga, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpaman ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.

Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, adalah dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.

Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.

Ulasan-ulasan lanjut akan disusuli di blog ini nanti. [http://membelaislam.wordpress.com/] InshaAllah.

di antara wakil media yang hadirdi antara wakil media yang hadir

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak April 18, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Kehakiman, Kerajaan, Melayu, Perak, politik, UMNO.
2 comments

oleh Mohamed Hanipa Maidin dipetik dari Harakahdaily

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.– tajdid_