jump to navigation

Siapa Pemimpin Yang Terasa Hina Mengangkat Sumpah Depan Orang Melayu? November 2, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Islam, Kesultanan Melayu.
add a comment

Dihebohkan kini seorang pemimpin bukan Melayu merasa terhina kerana mengangkat sumpah di hadapan seorang orang Melayu.

Begitulah chauvanist nya beliau ini.

Siapa dia pemimpin bukan Melayu ini?

Peristiwa ini dikatakan berlaku selepas PRU2008 apabila beberapa pemimpin parti bukan Melayu ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan seorang orang Melayu.

Sekian, IB

Advertisements

Tragedi 3 Mac 1946 – ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu July 5, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kesultanan, Kesultanan Melayu, Melayu.
4 comments

Keturunan Raja Dibunuh Oleh Pakatan Komunis Di Indonesia 65 Tahun Yang Lampau !!!

Tragedi 3 Mac 1946. ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu

65 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.
Dipetik dari – Blog Ipoh Malay http://ipohmalay.blogspot.com/

Majlis Raja-raja Perlu Tetap Syarat Anugerah Gelaran October 11, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kesultanan Melayu, Pembaziran.
Tags: , , , , ,
2 comments

Persidangan Majlis Raja-raja yang akan bersidang di Kuala Terengganu minggu depan ini antara lain perlu menyentuh keperluan mengadakan syarat penganugerahan pangkat oleh istana.

Pemberian gelaran datuk secara murahan kini amatlah ketara. Satu ketika dahulu kita dapati sesetengah negeri dengan murahnya menganugerahkan gelaran-gelaran mereka kepada mereka yang kita kita tidak dapat fahami apakah sumbangan mereka kepada negeri-negeri tersebut.

Ini amatlah berleluasa terutama di negeri Melaka yang “Raja”nya sentiasa datang dari seorang tokoh UMNO pencen.

Kini mereka yang bergelar datuk adalah bersepah. Hinggakan ada yang baru berumur dua-puluhan pun telah bergelar datuk.

Terbaru, Melaka menganugerahkan datuk kepada pelakon Bollywood. Ini adalah “klimaks” penghinaan terhadap penganugerahan gelaran oleh pihak istana – terutama dari Melaka. Nak sebut nama pelakon itu pun terasa aibnya IB.

Hentikanlah segera.

Sekian, IB

[perkataan datuk di atas sengaja tidak ditulis dengan Datuk – kerana gelaran-gelaran itu kini sudah seperti tiada erti lagi]

Betulkah UMNO Sokong Sultan? May 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Islam, Kesultanan Melayu, Melayu, Perak, politik, Terengganu, UMNO.
5 comments

Bercampur tidak percaya bila UMNO, samada pemimpin mahupun ahli biasa mereka, sibuk beriya-iya dalam membantah apa yang dikatakan penghinaan terhadap Raja Perak oleh Karpal Singh.

IB sendiri pun tidak bersetuju jika Karpal celupar dan biadap menghina kedaulatkan institusi Raja di Tanah Air kita. IB tidak kira samada penghinaan itu dilakukan oleh orang Melayu ataupun bukan Melayu.

Tetapi, IB terlebih amat marah bila keceluparan datang dari orang Melayu kita sendiri yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.

Malah, IB amat terkejut bila orang Melayu secara terangan menghina Tuanku Mizan kerana tidak memilih pemimpin mereka sebagai MB. Tuanku Mizan disifatkan sebagai binatang!


Di zaman Mahathir, umat Melayu di Tanah Air tercinta ini berpecah dua. Sebahagian besar orang Melayu bersatu ingin mendaulatkan institusi raja. Namun, dengan kuasa yang ada untuk disalahgunakan mereka, UMNO dan kepimpinan (serta segala pak turut mereka) berapi-api menghasut serta menghina Raja-raja Melayu. Untuk beberapa minggu lamanya, satu demi satu raja Melayu diaibkankan oleh akhbar dan media elektronik. Ada juga pemimpin UMNO menabalkan “sultan” lain.

Ketika kemelut tersebut memuncak, IB secara kebetulan berkesempatan duduk semeja dengan seorang Raja Muda (walaupun kini dia sudah memegang tampuk tertinggi). Apabila topik ini IB timbulkan, ternyata di air muka beliau kekesalan terhadap kepimpinan serta jentera UMNO yang menghina Sultan dan diheret untuk diadili oleh rakyat marhaen.

Kadang-kadang kita sukar memahami cara orang UMNO berfikir. Prinsip mereka boleh berubah-ubah. Ketaatan mereka tidak kukuh. Tertib tidak mereka kira. Yang sepatutnya dibuat laporan terlebih dahulu ialah terhadap barisan pimpinan UMNO yang menghadkan kuasa raja dulu. Anwar tidak boleh lari dari ketanggungjawaban beliau berperanan juga semasa itu.

Kalaulah mereka ini sememangnya mudah lupa, krisis perlantikan MB Terengganu masih lagi segar di ingatan, baru sebulan berlalu.

Sekian, IB

Hina Sultan – Biarlah Ikut Tertib May 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kesultanan Melayu, Perak, politik, Terengganu.
2 comments

Dalam tulisan ini, bukan tujuan IB untuk bersetuju atau tidak dengan kes Karpal Singh yang dikatakan menghina Raja Perak. Namun, apa yang IB ingin bawa perhatian para pembaca ialah bagaimana cara dan kesungguhan tindakan pihak UMNO serta gaya yang dimainkan oleh media arus perdana.

Kita masih ingat pada 23 Mac lalu, rakyat Malaysia (termasuk yang bukan Melayu) dikejutkan oleh siaran berita yang mempamerkan penghinaan paling rendah terhadap Sultan dan Raja Melayu. Penyiaran gambar penghinaan terhadap Sultan Terenganu bukan disengajakan oleh TV3 dan NTV7. Tetapi keterlanjuran mereka menyiar akibat kelemahan editor berita untuk memantau sudah tidak dapat ditarik balik setelah rakyat yang peka serta prihatin cekap membawa keperhatian umum.

Media-media tersebut bukan berhasrat untuk menyiarkan penghinaan tersebut tetapi cuba menunjuk “bantahan rakyat” terhadap pilihan Tuanku Sultan untuk menjawat MB. Tetapi akibat sudah menjadi budaya mereka maka itulah yang terluah pada kain rentang yang akhirnya dikutuk oleh seluruh rakyat Malaysia yang mendaulatkan institusi kesultanan mereka.

Walaupun penghinaan telah disebarkan secara meluas oleh media arus perdana serta telah menjadi perbualan mulut seluruh pelusok negara, tidak seorangpun pimpinan UMNO bersuara membantah kebiadaban ahli UMNO sendiri yang menghina Sultan sebagai “binatang“. Tidak pula kedengaran Adnan Mansor, yang sangat berhajat mendapat gelaran Tengku itu, membantah apatah lagi membuat laporan polis.

Walaupun laporan polis dibuat oleh mereka yang berdiri teguh di belakang Tuanku, namun, ianya sekadar menjadi timbunan laporan polis yang sudah banyak diketepikan sebelum ini.

Inilah yang ingin IB bawa kepada perhatian pembaca. Apabila Karpal celupar mulutnya, seluruh jentera UMNO digerakkan. Laporan segera dibuat. Karpal telah pun memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk menghina Raja Perak, sebelum Adnan membuat laporan.

Apa yang ingin IB pantau selepas ini ialah apakah polis akan mengambil tindakan terhadap Karpal setelah penghinaan terhadap Tuanku Mizan dihadapkan ke keadilan atau Karpal akan dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu.

Kalau ikut tertib, yang dahulu didahulukan.

Sekian. IB