jump to navigation

Apa akan jadi esok? September 15, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

SMS demi SMS yang diterima. Baik dari gurauan bahawa orang Terengganu sekadar dapat menikmati bubur lambuk sahaja petang ini untuk berbuka puasa dengan Pak Lah, dan Zaid letak jawatan hingga kepada SMS keluhan Arif Shah selepas tewas di Permatang Pauh baru-baru ini (di hujung nanti IB selitkan serba sedikit keluhan beliau).

Dalam kita ingin menumpukan kepada mempertingkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini scenario politik tanah air semakin hangat. [Itulah sebab utama IB kurang menulis – kerana tak mahu pembaca hilang tumpuan kepada ibadat sekali setahun ini. Juga IB sendiri pun hendak juga berusaha – tetapi yang ini IB terpaksa tulis jugalah serba sedikit].

Terbaru ialah pertemuan empat mata Najib dan Pak Lah. Dikatakan hasilnya ialah Najib akan membuat satu pengumuman penting yang bakal mengejutkan. Betul tidak wallahu ’alam.

Apakah tarikh 16 September ini akan berlaku seperti yang dijanjikan Anwar? Kalau mengikut urutan peristiwa yang sepatutnya berlaku sebelumnya untuk 16hb dijadikan tarikh perubahan kerajaan – maka ianya MUSTAHIL untuk berlaku esok.

Kalau Anwar kata semuanya ”on-track” itu tidak tahulah apa yang Anwar maksudkan. Walaubagaimanapun ketidaktentuan tidak banyak membantu negara, ekonomi, dan mengambil masa kita untuk beribadat di bulan yang mulia ini. Amat gelisah – untuk mana-mana pihak sekali pun. Ketidaktentuan ini biarlah berakhir dengan secepat mungkin – ”pi lah belah mana pun”.

Kemudian berbalik kepada cerita Arif Shah, ramai rakan-rakan yang rapat dengan beliau serta ahli keluarga beliau memaklumkan Arif Shah kini sendirian mengharungi pelbagai janji yang telah dibuat bukan oleh beliau tetapi oleh janji-janji manis pelbagai pemimpin parti yang datang berkempen. Pelbagai orang datang menagih. Dikatakan juga hutang kini di keliling dek kerana peruntukan kempen lesap di tengah jalan dan pelbagai bayaran tidak dilunaskan. Ada juga yang mengatakan sabotaj banyak yang berlaku.

Nampaknya budaya UMNO belum hendak berubah lagi.

Sekian, IB

Advertisements

Kenapa Mesti 16 September? September 2, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, politik.
Tags: , , , , , , , , , ,
10 comments

Kenapa perlu kita tukar kepada tarikh baru untuk meraikan kemerdekaan? Apa sial dan dosanya tarikh 31 Ogos yang telah diterima pakai dan disambut segenap lapisan rakyat serta diiktiraf secara rasminya sebagai tarikh Tanah Air kita merdeka dari jajahan British.

Benarlah bahawa pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia. Tetapi apakah perlu kita tukar-tukarkan tarikh ini hanya kerana penambahan dua (tiga) lagi negeri menyertai kerajaan persekutuan?

Kita lihat amalan negara-negara lain. Apakah negara lain juga menukar-nukar tarikh keramat negara mereka setiap kali penambahan negeri atau wilayah dicapai?

Kita ambil contoh Amerika Syarikat. Tarikh 4 Julai dipilih sebagai tarikh kemerdekaannya. Walaupun pada tarikh tersebut sebenarnya meraikan tarikh pengistiharan kemerdekaan pada tahun 1776 tetapi ianya mulanya diistiharkan dua hari sebelum itu. Malah hanya pada 2 Ogos adalah tarikh sebenar kebanyakkan ahli kongress waktu itu menandatangani pengistiharan kemerdekaan. Dan lebih menghairankan lagi, pengistiharan kemerdekaan hanya diiktiraf 7 tahun selepas itu di bawah Perjanjian Paris (1783) – dan tarikh perjanjian ini tidak pula diterimapakai sebagai tarikh sebenar kemerdekaan mereka.

Semasa pengistiharan kemerdekaan dibuat, hanya ada 13 buah negeri sahaja yang bergabung. Satu demi satu negeri-negeri lain menyertai persekutuan Amerika Syarikat pada tarikh-tarikh yang berbeza. Namun, tarikh kemerdekaan mereka masih tetap kekal 4 July. Pada 1976, mereka menyambut secara besar-besaran ”bicentennial celebration” (200 tahun) mereka. Mereka tidak menerima pakai tahun 1959 tarikh terakhir Alaska dan Hawaii menyertai persekutuan mereka.

Kita ambil satu lagi contoh negera Vietnam. Tarikh 2 September diambil sebagai tarikh kemerdekaan mereka dari Jepun pada tahun 1945. Mereka tidak mengambil tarikh Amerika mengundurkan diri dari Saigon yang akhirnya menyatukan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara.

Kalau hendak diambil kira tarikh 16 September sebagai tarikh kejayaan kita menyatukan Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Malaya, maka apakah tarikh baru patut kita raikan apabila tarikh sebenar negeri-negeri dikira Malaysia kini ialah selepas Singapura keluar Malaysia. Itulah tarikh baru sepatutnya. Itulah tarikh bermulanya persekutuan 13 buah negeri yang kekal hingga kini.

Kalau hanya sekadar memenangkan hati dua negeri baru yang menyertai persekutuan maka kita perlu cari pengertian baru untuk kita kenangkan tarikh penjajah akhirnya menyerah kuasa kepada rakyat tempatan selepas menjajah silih berganti semenjak 1511.

Sekian, IB