jump to navigation

Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar January 31, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
3 comments

Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.

Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari ketelanjuran Anwar ini.

Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.

Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil “an after thought”.

Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.

Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan “depa tak reti Inggeris”. Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawap apabila batahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.

Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.

Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.

Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis “solat hajat dan doa selamat” malam sebelum 901. Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.

Malah ramai di kalangan “Anwariyyun” (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih “bersama” sekadar kepentingan permainan politik sahaja.

Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit menggugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerena terlibat sama “mempertahankan” Anwar.

Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai. Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakkan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini.

Sekian, IB

:: Ulusan susulan: Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal

Kesian Jugak Kat Khalid Samad January 27, 2010

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, Islam, Melayu, PAS, politik.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Setelah membaca Khalid is Making a Fool of himself tulisan ahmadhadeed, IB tergerak untuk menonton rakaman 101 East tersebut di youtube. Seperti IB nyatakan di atas sebagai tajuk, memang IB kesian kat Khalid Samad.  Sama macam kesian kat Anwar Ibrahim. Semoga Allah memberi petunjukNya.

Dalam sesi kurang setengah jam tersebut, nampak seolah-olah Khalid Samad bersama Marina Mahathir melawan Yusri Mohamed pulak. Semacam semasa Marina dan puak Islam Liberal berganding bahu bersama Asri Zainal Abidin menghentam institusi agama JAIS sedikit masa dahulu.

Mereka yang bersama Khalid semasa dalam jemaahnya yang tersendiri [bukan main-stream] ketika menuntut di UK dahulu amat kita fahami cara berfikirnya.

Kontroversi Khalid tidak habis-habis dengan establishment agama dan arus perdana Islam semenjak dari dahulu lagi. IB banyak menerima emel dan sms yang menzahirkan perasaan tidak senang dengan komen-komen beliau semasa program 101 East tersebut.

IB terasa agak gusar dengan perkembangan pada PAS di akhir-akhir ini. Dalam menjayakan slogan “PAS for All” mereka, PAS menjadi berkecamuk. Segalanya ada dalam PAS. Syiah, Wahhabi, Liberal dan sebagainya.

Malah, dengan pendirian Lujnah Politik yang mengatasi pendirian tokoh dalam Dewan Ulamak dalam isu kalimah Allah, PAS dilihat mementingkan mainan politik mengatasi prinsip dan kepentingan umat Islam yang menjadi “core” pengundi mereka yang besar. Sudah ada rungutan sesetengah ahli yang mempersoal sesetengah pemimpin yang cuba memenangi hati orang-orang bukan Islam yang ingin dipinangi waktu PRU tetapi melupakan perasaan dan semangat perjuangan pengundi teras mereka.

Khalid adalah diantara tokoh yang kurang disenangi oleh sebahagian ahli PAS dan pengundi Islam yang merasakan pendirian Khalid banyak merugikan parti dan memberi “peluru” kepada puak liberal dan musuh Islam.

IB memang kesian kat Khalid dan PAS.

Sekian, IB