jump to navigation

ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia Awal Pagi Ini July 31, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, PAS, politik.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

dipetik dari Bernama.com.my

PULAU PINANG, 31 Julai (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Permatang Pasir, Pulau Pinang Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pagi Jumaat.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini selepas beberapa hari menjalani rawatan di institut itu.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata, jenazah Mohd Hamdan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir pukul 2 petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini selepas solat Asar.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu-satunya ADUN PAS di negeri ini. DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang pauh.

Menurut adik lelakinya, Mohd Shukran, Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anak, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini di IJN.

Katanya, beliau mendapat berita mengenai kematian abang sulung daripada 14 adik beradik itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

“Abang saya itu mengadu penat dan sakit dada dan dibawa oleh anaknya ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menjalani pembedahan jantung,” katanya.

Menurutnya, isteri Allahyarham tidak menemani suaminya itu di IJN kerana tidak sihat.

Allahyarham memnnagi DUN Permatang Pasir pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mohd Hamdan, yang berasal dari Kedah, baru sahaja menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk kira-kira tiga minggu lalu sempena hari lahir Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Allahyarham, menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wan Mohamad Saman, Sungai Korok Alor Setar dan lulus Senior Cambridge pada 1963.

Mohd Hamdan kemudiannya mengikuti pendidikan agama Islam di bawah naungan Majlis Agama Islam Kedah sehingga ke peringkat IV Thanawi pada 1965.

Allahyarham juga pernah mengikuti program intensif pentadbiran awam di Intan pada 1970 dan mendapat latihan pentadbiran umum di Kolej Pentadbiran dan Latihan Kastam di Melaka pada 1978.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru bahasa di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah selama dua tahun mulai 1964 dan merupakan bekas pegawai tadbir negeri Kedah antara tahun 1966 dan 1977.

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai tadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dari tahun 1977 hingga 1983.

Allahyarham juga aktif dalam pergerakan belia dan pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia pada 1973 dan mewakili PAS Pulau Pinang sebagai Anggota Pemadam pada 1989 hingga 1999.

— BERNAMA

Advertisements

Niat Hanya Untuk Melaga-lagakan April 16, 2009

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , , , , , ,
1 comment so far

Kenyataan ketua pembangkang DUN Pulai Pinang yang juga Setiausaha UMNO Negeri, Azhar Ibrahim jelas mengambarkan niat dan tujuannya untuk melaga-lagakan dan bermain unsur perkauman. Tajuk dalam NST  “Is Guan Eng in charge of state or Anwar” menyebut bahawa Azhar mempersoalkan “I do not understand why he must kowtow to Anwar? Why can’t he decide on his own?

Kenapa dia mempersoalkan samada Anwar atau Guan Eng yang membuat keputusan? Adakah kerana Guan Eng seorang Ketua Menteri berbangsa Cina terpaksa menerima arahan dari orang Melayu – Anwar? Adakah tujuannya untuk mengapikan orang Cina Pulau Pinang dan Malaysia amnya bahawa “pemimpin Cina engkau tunduk kat orang Melayu“?

Kalau saya seorang chauvanist Melayu (sepertimana sentimen yang kerap dilaungkan pemimpin UMNO – terutama semasa persidangan mereka di PWTC – dengan berapi-api ketuk rostrum), sudah pasti “Anwar dapat mengarah Guan Eng” saya sambut baik.

Apabila di Perak semasa PR memerintah, mereka mengatakan MB Nizar tunduk kepada DAP.

Dalam perkongsian kuasa parti-parti komponen, sudah pasti akan ada perbincangan dan tolak ansur. Bukankah perlantikan Timbalan Ketua Menteri Pulua Pinang ditentukan oleh Pak Lah (dan PM-PM sebelumnya) semasa Gerakan memerintah negeri tersebut? Adakah Koh Tsu Koon yang buat keputusan? Tidak! Arahannya datang dari ketua Barisan Nasional (ketua untuk UMNO).

Jadi begitulah juga dengan Pakatan Rakyat. Peruntukan jawatan tersebut ialah untuk ahli PKR, maka pemimpinnyalah yang buat keputusan – dan bertepatan dengan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Kalaulah nak dikira kelam-kabut dan ketidaktentuan, keadaan di negeri Terengganu lebih amat meruncing dengan “mutiny” yang berlaku (Terengganu Lebih Parah Dari Perak). Atau suasana di Perak pun juga kelam-kabut hinggakan tidak dapat bersidang untuk sekian lama. Apakah kerajaan MB baru takut hendak bersidang memandangkan speaker dari parti lain? Bukankah itu lagi aneh?

Sekian, IB