jump to navigation

Mustafa Ali Sudah Menjernihkan Keadaan, Kini Yang Tinggal Hanya Dendam Kesumat June 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Melayu, PAS, politik.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Oleh: ramziredang – dipetik dari Tranungkite Online


Tahniah dan syukur dengan kenyataan Mustafa Ali. “Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN,” katanya. Di harap ahli PAS faham betul betul dengan statement tersebut. Bolehlah dirumuskan kenyataan tersebut adalah kenyataan yang mendamaikan dua pihak, pihak yang menyokong TGHH dan TGNA.

Jika anda masih belum dapat memahami kenyataan tersebut atau merasa buruk sangka dengan kenyataan tersebut, ternyata sekarang andalah yang bermasalah.

Jika anda masih belum berpuas hati dan masih ingin memanjang isu ini, ternyata andalah anasir yang anda sendiri sebut selama ini.

Marilah kita berlapang dada, kepada yang menyokong TGNA, anggaplah kenyataan itu tanda rasa bersalah dan tanda memohon maaf orang yang menyokong UG. Kepada yang menyokong TGHH, anggaplah ini satu kenyataan merendah diri atas kesilapan berkata kata.

Malah sebenarnya, untuk menulis, tidak sepatutnya saya menyebut puak TGHH dan puak TGNA. Kerana kita adalah di bawah payung yang sama. Kita berlambangkan sama. Kita menuju ke arah yang sama. Tetapi mungkin masa telah mengalpakan kita. Sejenak kita terlupa untuk mengasihi saudara kita yang selama ini kita kasihi.

Marilah kita berlapang dada, kerana musuh kita bukannya saudara kita, pun musuh kita yang paling besar bukanlah jugak musuh zahir yang berada di depan mata kita, tetapi musuh kita adalah rasa dendam yang bersarang di lubuk hati kita.

Ini bukannya masa untuk kita mendabik dada siapa yang benar siapa yang salah, tetapi ini adalah masa kita menjadikan diri kita mulia kerana sifat pemaaf kita. Kasihilah sesiapa sahaja saudara kita yang sedikit khilaf. Kerana dengan takdir Allah segalanya pun akan boleh tertimpa kembali ke atas kepala kita jika kita alpa bahawa semuanya adalah atas kehendak khudrat dan iradat ALLAH jua.

Janganlah kita cuba bertegang lagi. Kendurkanlah. Bagilah masa kepada sesiapa sahaja. Cubalah saudara berkata kepada diri saudara sendiri, rupa rupanya aku telah terlalai dan alpa, nescaya apa yang kita nampak adalah kemuliaan di kemudian hari. Usahlah lagi diungkit siapa yang betul siapa yang bersalah, kerana itu semua hanya menguntungkan musuh musuh kita.

Sebenarnya kita semualah yang bersalah kerana bila kita diuji, kita lupa bahawa yang menguji adalah yang empunya segala kerajaan langit dan bumi. Maka bila kita lupa kita sedang diuji, jadilah kita mendabik dada.
Marilah kita membuktikan kepada musuh musuh kita dan musuh musuh Allah bahawa strategi mereka untuk memecah belah ikatan ukhuwah yang terjalin sekian lama tidak berjaya. Malah mereka  sendirilah yang akan berpecah belah.

Advertisements

Ramzi Diburu Kerana Mengugut Rosol? May 12, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Melayu, politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Maka Dr. Ramzi kini menjadi buruan polis bagi siasatan kes ugutan SMS kepada 3 orang ahli DUN Terengganu. Dari seorang setiausaha politik, kemudian kalah pilihanraya, akhirnya Datuk ini diburu polis. Apa hal ni?

Rakyat Terengganu umumnya menjadi tertanya-tanya:

  • Ramzi bekas SetPol Idris Jusoh semasa menjawat MB dulu
  • Ramzi kini diburu polis untuk siasatan kes SMS ugutan
  • Ramzi dipilih oleh bosnya bertanding lawan Haji Hadi – mengenepikan Man Bakar (giant-killer yang pernah kalahkan Haji Hadi)
  • Kes ugutan ialah pasal undi tidak percaya terhadap MB Ahmad Said
  • 3 ahli DUN yang terima SMS ugutan adalah dikatakan penyokong Idris Jusoh
  • 3 ahli DUN ini bersama beberapa lagi yang lain boikot sidang DUN kerana takut keselamatan mereka
  • Dulu dikatakan SMS tersebut dikirim dari pejabat MB Ahmad Said – kini polis dah buktikan tidak benar

Tetapi bagi mereka yang sudah boleh baca mainan politik ini – sudah tersenyum akan pergerakan mereka …

Jadi siapa sebenarnya ugut siapa? Apakah benar ini perancangan yang lebih besar hasil permainan Idris? Semakin kita teliti semakin aneh pergolakan politik UMNO di Terengganu.

“Oghang barat duk berlawang dengan oghang timur oghang kite jugok merana” kata seorang pakcik ketika berceritakan pertelingkahan antara mereka yang meyokong kem Besut dan kem Kemaman. Yang mana secara kebetulan Terengganu sudah sekian lama di perintah dari antara tokoh-tokoh dari Besut dan Kemaman – yang mana pertelingkahan antara mereka subur sepanjang masa – dengan strategi “peteh keting” dan slogan “padang muka“. Yang merana akhirnya mereka di Kuala Terengganu. Apakah UMNO ketandusan ketokohan seperti Ibrahim Fikri?

Sedih melihat suasana begini. Apakah anak seorangbekas mufti terlibat dengan politik kotor sebegini?

Sekian, IB