jump to navigation

Dalam PAS ada amalan syirik – Ismail Mina December 14, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
2 comments

dari Antarapos:

SHAH ALAM: Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan keadaan ini dengan Umno dalam Wacana Meja Bulat terbitan Antarapos yang membincangkan tajuk ‘Ulama Sebagai Pemimpin’ di sini, baru-baru ini.
“Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik… Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada…
“Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah… di mana ada orang yang liberalis dan pluralis..,” kata Haji Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.
Bagaimanapun hujah beliau itu disanggah seorang lagi ahli panel – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa pemimpin Umno jauh lebih liberal dan plural daripada PAS.
“Saya tak bersetuju la (PAS syirik)… jauh lebih liberal, jauh lebih plural dalam Umno kerana asas parti itu tak jelas… sedangkan dalam PAS, asasnya dah jelas kerana pemimpin-pemimpin Umno dahulu dah keluarkan kenyataan,” katanya.
Ismail Mina kemudian berkata dalam apa jua tindakan dan keputusan mana-mana parti sekalipun, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dipegang dan diutamakan.
“Jadi maknanya, dalam kita memerlukan, dalam PAS, mana-mana parti pun (termasuk) Umno, dan saya juga, mesti meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Sambil mendakwa tuduhan Ismail Mina bahawa PAS adalah syirik sesuatu yang tidak berasas, Khalid berkata sebenarnya Umno mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam.
“Saya rasa pasal yang disebut oleh Ustaz Ismail Mina cukup serius… dia menuduh PAS ini ada syirik dan sebagainya… saya rasa itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.
“Kerana kita menolak (syirik), sedangkan dalam perlembagaan kita amat jelas… kalau nak cakap pasal mempertahankan dan mengembangkan Islam itu terlalu umum, kita tak merujuk kepada apa-apa.
“Dan dari segi tindakan Umno untuk mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam adalah amat jelas… dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang telah diluluskan (di Kelantan)..itu sebahagian… kalau tolak sebahagian tak mengapakah?” soalnya kepada Ismail Mina.
Bagaimanapun Ismail Mina berkata, Umno tidak pernah menolak pelaksanaan hudud.
“Mereka bukan tolak, cuma tidak buat (laksanakan)…,” jawabnya.
Selain Khalid dan Ismail Mina, wacana kali ini juga disertai oleh bekas mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU) Fadlan Othman.

 

Kesian Jugak Kat Khalid Samad January 27, 2010

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, Islam, Melayu, PAS, politik.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Setelah membaca Khalid is Making a Fool of himself tulisan ahmadhadeed, IB tergerak untuk menonton rakaman 101 East tersebut di youtube. Seperti IB nyatakan di atas sebagai tajuk, memang IB kesian kat Khalid Samad.  Sama macam kesian kat Anwar Ibrahim. Semoga Allah memberi petunjukNya.

Dalam sesi kurang setengah jam tersebut, nampak seolah-olah Khalid Samad bersama Marina Mahathir melawan Yusri Mohamed pulak. Semacam semasa Marina dan puak Islam Liberal berganding bahu bersama Asri Zainal Abidin menghentam institusi agama JAIS sedikit masa dahulu.

Mereka yang bersama Khalid semasa dalam jemaahnya yang tersendiri [bukan main-stream] ketika menuntut di UK dahulu amat kita fahami cara berfikirnya.

Kontroversi Khalid tidak habis-habis dengan establishment agama dan arus perdana Islam semenjak dari dahulu lagi. IB banyak menerima emel dan sms yang menzahirkan perasaan tidak senang dengan komen-komen beliau semasa program 101 East tersebut.

IB terasa agak gusar dengan perkembangan pada PAS di akhir-akhir ini. Dalam menjayakan slogan “PAS for All” mereka, PAS menjadi berkecamuk. Segalanya ada dalam PAS. Syiah, Wahhabi, Liberal dan sebagainya.

Malah, dengan pendirian Lujnah Politik yang mengatasi pendirian tokoh dalam Dewan Ulamak dalam isu kalimah Allah, PAS dilihat mementingkan mainan politik mengatasi prinsip dan kepentingan umat Islam yang menjadi “core” pengundi mereka yang besar. Sudah ada rungutan sesetengah ahli yang mempersoal sesetengah pemimpin yang cuba memenangi hati orang-orang bukan Islam yang ingin dipinangi waktu PRU tetapi melupakan perasaan dan semangat perjuangan pengundi teras mereka.

Khalid adalah diantara tokoh yang kurang disenangi oleh sebahagian ahli PAS dan pengundi Islam yang merasakan pendirian Khalid banyak merugikan parti dan memberi “peluru” kepada puak liberal dan musuh Islam.

IB memang kesian kat Khalid dan PAS.

Sekian, IB