jump to navigation

2-0 Untuk Pak Lah – Akibat Pukulan Mat Said July 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Melayu, Pembaziran, politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , , ,
2 comments

Tidak tahu samada memang dirancang begitu atau tidak, hasilnya Mat Said memang lagi. Kini Pak Lah sudah dua kali terkena. Kata orang sudah 2-0!

Entah apa muslihat yang dirancang, tetapi hasil keberanian dengan sikap “nok ggocoh”nya, Mat Said berkeras dengan pembelian “Mechedih”nya. Mat Said tidak hiraukan arahan pekeliling persekutuan dan bersungguh dengan hujjah hingga membawa Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat kos penyelenggaraan kereta-kereta Perdana yang dibeli kerajaan Terengganu pada 2004 lalu.

Apa tujuannya pelbagai pendedahan yang dibongkar tidak berani IB teka, tetapi hasilnya banyak mengoncangkan pelbagai pihak dan beberapa tokoh. Tidaklah pula IB yakin siasatan BPR akan membuah sesuatu yang boleh kita harapkan. Besar kemungkinan tiada apa-apa bukti penyelewengan yang akan ditemui. Ini kerana risiko mendedahkan sebarang penyelewengan di saat terlalu ramai tokoh UMNO dilanda pelbagai masalah dan keadaan parti yang tidak menentu, tidak mungkin Pak Lah berani untuk bertegas.

Membenarkan Mat Said menyimpan “Mechedih” dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mat Said jelas Pak Lah kalah lagi kali kedua dengan Mat Said. Helah membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu hanyalah suatu helah – sekadar menjaga air muka. !4 buah kereta “Mechedih” tersadai menanti tetamu datang!

Isu benar tidak Perdana lebih mahal untuk diselenggara kini akan hilang begitu sahaja. Malah kerajaan akan terpaksa mengeluarkan peruntukan baru untuk membeli 14 buah lagi – untuk membeli Perdana yang baru. Dan sesekali “Mechedih” turut akan dipakai mereka bila isu ini reda dan orang sudah tidak lagi hirau. Maka Mat Said dapat “Mechedih” dan Perdana sekali gus! Rakyat terus terabai!

Dalam pertembungan pertama, Pak Lah sudah terkena 1-0. Dan 1-0 tersebut amat memalukan bagi Pak Lah. Berkeras dengan menolak pemilihan Mat Said oleh Tuanku, pelbagai kenyataan dibuat, malah dengan 23 ADUN sanggup letak jawatan menentang perlantikan Mat Said pun, Pak Lah tetap tersungkur. Sebab Mat Said memang orang yang berani “ggocoh”.

Janganlah diacah lagi Mat Said kalau Pak Lah tidak mahu kena 3-0 pulak.

Sekian, IB

Advertisements

Apa Muslihat Mat Said Dengan “Mechedih”nya July 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
3 comments

Dengan pelbagai perkembangan terkini yang berlaku berhubung keputusan kerajaan Terengganu membeli kenderaan Mercedes untuk kenderaan rasmi membuat IB tertanya apakah sebenarnya muslihat Ahmad Said dalam hal ini.

Dengan loghat pekatnya Mat Said nampak berkeras mempertahankan keputusannya membeli “mechedih”. Dia bertegas dengan pendiriannya sambil menggunakan Pekelilingan Kerajaan hingga mencabar kabinet kerana mengeluarkan pekeliling tersebut.

Ada pula yang mengatakan mungkinkah Mat Said ada muslihat di sebalik keputusannya tidak membeli kereta nasional selepas mendedahkan kos penyelenggaaran yang teramat tinggi untuk kereta yang digunakan oleh musuh politiknya, Idris Jusuh. [angka tersebut telah ditarik balik oleh SUK Mokhtar Nong dikatakan kerana kesilapan keraninya].

Tidak dapat disangkal ialah “Mechedih” lebih gah dari Perdana. Amat sukar untuk memberi justifikasi yang waras bahawa Mercedes adalah lebih menjimatkan dari Proton Perdana. Memang sukar untuk masuk akal. Jika Mat Said tidak berfikiran jauh dan bersedia dalam langkah silatnya ini maka dia belum cukup matang. Dan mungkin bakal tersungkur. Tetapi IB pasti tentu ada sesuatu muslihat. Kita tunggulah jika perkembangan seterusnya dapat membongkar muslihat sebenarnya atau dapat ditimbus dan disorok oleh pihak-pihak tertentu demi menjaga “maslahah parti”.

Kemudian ada yang mengata bahawa Mat Said telah menunjukkan belangnya kerana berani melawan “bos” dan sesiapa saja. Mereka yang pernah menonton video Mat Said ajak Wahid Endut “bergocoh” semasa sidang DUN lepas memang memperakui bahawa Mat Said ini memang suka nak “ggocoh”.

Ciri-ciri keberanian inilah yang membuat Idris tersungkur 4 bulan lalu. Kalaulah tokoh lain yang dipilih Tuanku sudah pasti lebih mudah mengalah melawan pimpinan pusat.

Sekian, IB