jump to navigation

Mechedih – Keputusan Telah Muktamad Tetapi Exco Tetap Guna Ke JB July 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , ,
2 comments

Maka Pak Lah membuat keputusan muktamad (bolehkah dibaca sebagai mengalah?) bahawa Mercedes yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikekalkan cuma hanya untuk kegunaan tetamu negeri – begitulah laporan yang umum telah pun ketahui.

Laporan Utusan Online 25 Julai 2008, antaranya menyebut:

Keputusan itu, kata Perdana Menteri, adalah muktamad.

“Dalam perjumpaan malam tadi, kita sudah maklumkan keputusan Jemaah Menteri bahawa Terengganu jangan gunakan kereta Mercedes untuk kegunaan Exco-Exco mereka.

“Tapi dalam hal ini, sebab sudah diberikan (kereta Mercedes kepada Exco), kalau nak jual pun ada kerugian, jadi kita gunakan kereta itu untuk tetamu.

“Itu keputusannya… tidak ada lebih, tidak ada kurang,”

Tetapi jika kita baca The Star Online hari ini, melaporkan sebuah Mercedes yang baru dibeli tersebut kini berada di Johor Bahru membawa seorang Exco untuk menghadiri Pesta Flora di sana.

Apakah benar apa yang IB sebut sebelum ini bahawa membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu hanyalah suatu helah – sekadar menjaga air muka? Dan apakah ini sebenarnya keputusan yang dibuat – bahawa secara rasmi tidak boleh guna tapi pakailah diam-diam? Atau apakah ini adalah suatu kes Exco engkar keputusan (arahan) Jemaah Menteri?

Atau apakah ini contoh Exco yang sudah belajar dengan MBnya bahawa jika kita berani lakukan, teruskan. Bila kita berkeras dengan keberanian “nok ggocoh” orang akan mengalah dengan kita. Sekurang-kurang Mat Said sudah menang 2-0 dengan Pak Lah dengan cara ini.

Sekian, IB

2-0 Untuk Pak Lah – Akibat Pukulan Mat Said July 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Melayu, Pembaziran, politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , , ,
2 comments

Tidak tahu samada memang dirancang begitu atau tidak, hasilnya Mat Said memang lagi. Kini Pak Lah sudah dua kali terkena. Kata orang sudah 2-0!

Entah apa muslihat yang dirancang, tetapi hasil keberanian dengan sikap “nok ggocoh”nya, Mat Said berkeras dengan pembelian “Mechedih”nya. Mat Said tidak hiraukan arahan pekeliling persekutuan dan bersungguh dengan hujjah hingga membawa Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat kos penyelenggaraan kereta-kereta Perdana yang dibeli kerajaan Terengganu pada 2004 lalu.

Apa tujuannya pelbagai pendedahan yang dibongkar tidak berani IB teka, tetapi hasilnya banyak mengoncangkan pelbagai pihak dan beberapa tokoh. Tidaklah pula IB yakin siasatan BPR akan membuah sesuatu yang boleh kita harapkan. Besar kemungkinan tiada apa-apa bukti penyelewengan yang akan ditemui. Ini kerana risiko mendedahkan sebarang penyelewengan di saat terlalu ramai tokoh UMNO dilanda pelbagai masalah dan keadaan parti yang tidak menentu, tidak mungkin Pak Lah berani untuk bertegas.

Membenarkan Mat Said menyimpan “Mechedih” dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mat Said jelas Pak Lah kalah lagi kali kedua dengan Mat Said. Helah membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu hanyalah suatu helah – sekadar menjaga air muka. !4 buah kereta “Mechedih” tersadai menanti tetamu datang!

Isu benar tidak Perdana lebih mahal untuk diselenggara kini akan hilang begitu sahaja. Malah kerajaan akan terpaksa mengeluarkan peruntukan baru untuk membeli 14 buah lagi – untuk membeli Perdana yang baru. Dan sesekali “Mechedih” turut akan dipakai mereka bila isu ini reda dan orang sudah tidak lagi hirau. Maka Mat Said dapat “Mechedih” dan Perdana sekali gus! Rakyat terus terabai!

Dalam pertembungan pertama, Pak Lah sudah terkena 1-0. Dan 1-0 tersebut amat memalukan bagi Pak Lah. Berkeras dengan menolak pemilihan Mat Said oleh Tuanku, pelbagai kenyataan dibuat, malah dengan 23 ADUN sanggup letak jawatan menentang perlantikan Mat Said pun, Pak Lah tetap tersungkur. Sebab Mat Said memang orang yang berani “ggocoh”.

Janganlah diacah lagi Mat Said kalau Pak Lah tidak mahu kena 3-0 pulak.

Sekian, IB

Apa Muslihat Mat Said Dengan “Mechedih”nya July 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
3 comments

Dengan pelbagai perkembangan terkini yang berlaku berhubung keputusan kerajaan Terengganu membeli kenderaan Mercedes untuk kenderaan rasmi membuat IB tertanya apakah sebenarnya muslihat Ahmad Said dalam hal ini.

Dengan loghat pekatnya Mat Said nampak berkeras mempertahankan keputusannya membeli “mechedih”. Dia bertegas dengan pendiriannya sambil menggunakan Pekelilingan Kerajaan hingga mencabar kabinet kerana mengeluarkan pekeliling tersebut.

Ada pula yang mengatakan mungkinkah Mat Said ada muslihat di sebalik keputusannya tidak membeli kereta nasional selepas mendedahkan kos penyelenggaaran yang teramat tinggi untuk kereta yang digunakan oleh musuh politiknya, Idris Jusuh. [angka tersebut telah ditarik balik oleh SUK Mokhtar Nong dikatakan kerana kesilapan keraninya].

Tidak dapat disangkal ialah “Mechedih” lebih gah dari Perdana. Amat sukar untuk memberi justifikasi yang waras bahawa Mercedes adalah lebih menjimatkan dari Proton Perdana. Memang sukar untuk masuk akal. Jika Mat Said tidak berfikiran jauh dan bersedia dalam langkah silatnya ini maka dia belum cukup matang. Dan mungkin bakal tersungkur. Tetapi IB pasti tentu ada sesuatu muslihat. Kita tunggulah jika perkembangan seterusnya dapat membongkar muslihat sebenarnya atau dapat ditimbus dan disorok oleh pihak-pihak tertentu demi menjaga “maslahah parti”.

Kemudian ada yang mengata bahawa Mat Said telah menunjukkan belangnya kerana berani melawan “bos” dan sesiapa saja. Mereka yang pernah menonton video Mat Said ajak Wahid Endut “bergocoh” semasa sidang DUN lepas memang memperakui bahawa Mat Said ini memang suka nak “ggocoh”.

Ciri-ciri keberanian inilah yang membuat Idris tersungkur 4 bulan lalu. Kalaulah tokoh lain yang dipilih Tuanku sudah pasti lebih mudah mengalah melawan pimpinan pusat.

Sekian, IB

Mercedes Lebih Menjimatkan Dari Proton Perdana July 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Pembaziran, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , ,
10 comments

Amatlah sukar bagi MB Terengganu, Ahmad Said, untuk berhujah bahawa membeli Mercedes lebih menjimatkan dari membeli Proton Perdana. Pusing ikut mana pun hujahnya tidak dapat berdiri.

DIlaporkan 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 mahu dibeli berbanding dengan Perdana Eksekutif yang mungkin bernilai sekitar RM100,000 sebuah (tanpa cukai!). Maka untuk 14 buah pun hanya baru RM1.4 juta!

Kos untuk beli sudah lebih sekali ganda.

Kemudian dikatakan kos penyelenggaraan Perdana Exco Toh Chin Hwa untuk tempoh 36 bulan menelan RM50,000. Ini sebenarnya menimbukan beberapa persoalan.

Pertama, menimbulkan persoalan kemungkinan penyelewengan dalam tuntutan perbelajaan penyelenggaran – suatu yang biasa kita dengar. Kedua, teruk sangat ke Perdana hingga baru pakai 3 tahun kena belanja separuh harga kereta? Ketiga, apakah kos penyelenggaran kereta Toh yang paling tinggi? berapa pula yang terendah? Kalau kos kereta Toh yang tertinggi – pelik juga sebab dia ADUN Bandar – tidaklah sebanyak ADUN lain dari segi jarak perjalanan dan dari segi bebanan terhadap kereta berbanding ADUN lain di perkampungan. Keempat, malu Proton kalau dikatakan kos penyelenggaran kereta mereka terlalu tinggi dan yang lebih memalukan bila dibanding kos untuk penyelenggaran Mercedes!

Kalau pun nilai pembaikan berjumlah RM50,000 dan dicampur dengan harga beli RM100,000, maka barulah RM150,000 untuk tempoh 3 tahun. Apakah Mercedes tidak perlu penyelenggaraan langsung dalam tempoh tersebut? Walaupun tidak perlu langsunglah tukar minyak hitam sekalipun, kos Mercedes tersebut (RM245,000) tetap jauh lebih tinggi dari Perdana berserta dengan kos penyelenggaraan (RM150,000).

Malah, IB juga salah seorang pengguna Perdana. Purata perjalanan IB ialah 25 ribu km setahun. Selepas hampir 5 tahun kini, kos penyelenggaraan kereta IB tidak melebihi perbelanjaan Toh Chin Hwa selama 3 tahun. Walapun “gearbox” dah kena tukar!

Hujah kedua yang diguna oleh Ahmad Said ialah harga jualan balik (second hand) nanti. Persoalahnya ialah, sejak bila kerajaan negeri menjadi agen jual kereta terpakai. Apakah mesti kereta itu dijual selepas baru diguna?

Apakah sebelum ini kereta terpakai Exco benar-benar dijual mengikut harga pasaran? Apakah benar mereka yang telah mendapat manafaat sebelum ini benar-benar membayar dengan harga yang sebenar? Malah mereka turut mendapat nombor pendaftaran yang bernilai jika dibeli dari JPJ tanpa dikenakan sebarang “lebihan nilai” atas nombor tersebut.

Kalau Ahmad Said nak katakan Mercedes lebih selesa, maka itu bolehlah diterima hujahnya. Tetapi apakah perlu mereka berselesa ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang keperluan serta jabatan dan agensi kerajaan disaran untuk berjimat cermat? Lagipun untuk perjalanan di sekitar kawasan ADUN mereka – tak sempat nak berselesapun – dekat sangat. Dan rakyat bukan nak tengok lagak ADUN dengan kereta mewah mereka. Dan bila perlu ke KL, mereka kerap menggunakan penerbangan.

Itulah yang IB katakan, pusing ikut manapun memang sukar untuk Ahmad Said menjustifikasi pembelian Mercedes bagi mengantikan Perdana.

Persoalannya mana pergi kereta yang Idris pakai dulu? Haji Hadi semasa menajadi MB dulu mengguna Mercedes lama – yang berumur lebih 5 tahun.

Sekian IB.