jump to navigation

Apa Muslihat Mat Said Dengan “Mechedih”nya July 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
3 comments

Dengan pelbagai perkembangan terkini yang berlaku berhubung keputusan kerajaan Terengganu membeli kenderaan Mercedes untuk kenderaan rasmi membuat IB tertanya apakah sebenarnya muslihat Ahmad Said dalam hal ini.

Dengan loghat pekatnya Mat Said nampak berkeras mempertahankan keputusannya membeli “mechedih”. Dia bertegas dengan pendiriannya sambil menggunakan Pekelilingan Kerajaan hingga mencabar kabinet kerana mengeluarkan pekeliling tersebut.

Ada pula yang mengatakan mungkinkah Mat Said ada muslihat di sebalik keputusannya tidak membeli kereta nasional selepas mendedahkan kos penyelenggaaran yang teramat tinggi untuk kereta yang digunakan oleh musuh politiknya, Idris Jusuh. [angka tersebut telah ditarik balik oleh SUK Mokhtar Nong dikatakan kerana kesilapan keraninya].

Tidak dapat disangkal ialah “Mechedih” lebih gah dari Perdana. Amat sukar untuk memberi justifikasi yang waras bahawa Mercedes adalah lebih menjimatkan dari Proton Perdana. Memang sukar untuk masuk akal. Jika Mat Said tidak berfikiran jauh dan bersedia dalam langkah silatnya ini maka dia belum cukup matang. Dan mungkin bakal tersungkur. Tetapi IB pasti tentu ada sesuatu muslihat. Kita tunggulah jika perkembangan seterusnya dapat membongkar muslihat sebenarnya atau dapat ditimbus dan disorok oleh pihak-pihak tertentu demi menjaga “maslahah parti”.

Kemudian ada yang mengata bahawa Mat Said telah menunjukkan belangnya kerana berani melawan “bos” dan sesiapa saja. Mereka yang pernah menonton video Mat Said ajak Wahid Endut “bergocoh” semasa sidang DUN lepas memang memperakui bahawa Mat Said ini memang suka nak “ggocoh”.

Ciri-ciri keberanian inilah yang membuat Idris tersungkur 4 bulan lalu. Kalaulah tokoh lain yang dipilih Tuanku sudah pasti lebih mudah mengalah melawan pimpinan pusat.

Sekian, IB