jump to navigation

Boleh Lenakah Najib? October 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, Mahathir, politik, UMNO.
Tags: , , , ,
1 comment so far

Dengan pengumuman Pak Lah yang tidak ingin mempertahankan jawatan Presiden parti apakah ianya bermakna secara otomatik Najib akan menggantinya dan akan menjadi Perdana Menteri?

Boleh percayakah bahawa Pak Lah tidak mempunyai perancangannya? Apa perancangan itu – tidaklah IB tahu. Cuma boleh lenakah Najib selepas mendengar pengumuman Pak Lah?

Ada 1001 macam kemungkinan lagi yang akan dan mungkin berlaku.

  1. Mungkinkah Pak Lah akan mempertaruhkan kuda lain untuk menentang Najib dalam pemilihan Presiden parti?
  2. Pak Lah tidak sesekali mengatakan bahawa dia menyerahkan jawatan Presiden untuk dipangku oleh Najib (seperti Mahathir lakukan untuk Pak Lah). Pak Lah hanya sekadar tidak bertanding. Najib terpaksa menghadapi sebarang kemungkinan ditentang oelh sesiapa sahaja. Ku Li? Mahyuddin?
  3. Mungkinkah Pak Lah mensabitkan Najib dengan sesuatu kes yang serious yang “tidak boleh dibela” lagi oleh Pak Lah – maka terpaksalah Pak Lah mneyerahkannya kepada mahkamah? Mahathir sudah beriya hendak serah kepada Anwar sedekad yang lalu sebelum Anwar dihumban ke penjara.
  4. Mungkinkah pembicaraan kes pembunuhan Altantunya menjadi sesuatu di luar kemampuan Najib untuk membendungnya. Tidaklah IB tahu setakat mana (jika ada) penglibatan Najib – tetapi nama Najib asyik disabitkan selalu. Apakah itu antara senjata Pak Lah?
  5. Apakah mungkin hasrat Anwar untuk mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen untuk melompat parti bakal menjadi kenyataan? Maka Najib akan hanya sekadar menjadi ketua pembangkang sahajalah.

Banyaklah lagi jika kita hendak fikirkan kemungkinan yang boleh berlaku yang pastinya membuat Najib tidak boleh lena.

Sekian, IB

Apa akan jadi esok? September 15, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

SMS demi SMS yang diterima. Baik dari gurauan bahawa orang Terengganu sekadar dapat menikmati bubur lambuk sahaja petang ini untuk berbuka puasa dengan Pak Lah, dan Zaid letak jawatan hingga kepada SMS keluhan Arif Shah selepas tewas di Permatang Pauh baru-baru ini (di hujung nanti IB selitkan serba sedikit keluhan beliau).

Dalam kita ingin menumpukan kepada mempertingkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini scenario politik tanah air semakin hangat. [Itulah sebab utama IB kurang menulis – kerana tak mahu pembaca hilang tumpuan kepada ibadat sekali setahun ini. Juga IB sendiri pun hendak juga berusaha – tetapi yang ini IB terpaksa tulis jugalah serba sedikit].

Terbaru ialah pertemuan empat mata Najib dan Pak Lah. Dikatakan hasilnya ialah Najib akan membuat satu pengumuman penting yang bakal mengejutkan. Betul tidak wallahu ’alam.

Apakah tarikh 16 September ini akan berlaku seperti yang dijanjikan Anwar? Kalau mengikut urutan peristiwa yang sepatutnya berlaku sebelumnya untuk 16hb dijadikan tarikh perubahan kerajaan – maka ianya MUSTAHIL untuk berlaku esok.

Kalau Anwar kata semuanya ”on-track” itu tidak tahulah apa yang Anwar maksudkan. Walaubagaimanapun ketidaktentuan tidak banyak membantu negara, ekonomi, dan mengambil masa kita untuk beribadat di bulan yang mulia ini. Amat gelisah – untuk mana-mana pihak sekali pun. Ketidaktentuan ini biarlah berakhir dengan secepat mungkin – ”pi lah belah mana pun”.

Kemudian berbalik kepada cerita Arif Shah, ramai rakan-rakan yang rapat dengan beliau serta ahli keluarga beliau memaklumkan Arif Shah kini sendirian mengharungi pelbagai janji yang telah dibuat bukan oleh beliau tetapi oleh janji-janji manis pelbagai pemimpin parti yang datang berkempen. Pelbagai orang datang menagih. Dikatakan juga hutang kini di keliling dek kerana peruntukan kempen lesap di tengah jalan dan pelbagai bayaran tidak dilunaskan. Ada juga yang mengatakan sabotaj banyak yang berlaku.

Nampaknya budaya UMNO belum hendak berubah lagi.

Sekian, IB

Mechedih – Keputusan Telah Muktamad Tetapi Exco Tetap Guna Ke JB July 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , ,
2 comments

Maka Pak Lah membuat keputusan muktamad (bolehkah dibaca sebagai mengalah?) bahawa Mercedes yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikekalkan cuma hanya untuk kegunaan tetamu negeri – begitulah laporan yang umum telah pun ketahui.

Laporan Utusan Online 25 Julai 2008, antaranya menyebut:

Keputusan itu, kata Perdana Menteri, adalah muktamad.

“Dalam perjumpaan malam tadi, kita sudah maklumkan keputusan Jemaah Menteri bahawa Terengganu jangan gunakan kereta Mercedes untuk kegunaan Exco-Exco mereka.

“Tapi dalam hal ini, sebab sudah diberikan (kereta Mercedes kepada Exco), kalau nak jual pun ada kerugian, jadi kita gunakan kereta itu untuk tetamu.

“Itu keputusannya… tidak ada lebih, tidak ada kurang,”

Tetapi jika kita baca The Star Online hari ini, melaporkan sebuah Mercedes yang baru dibeli tersebut kini berada di Johor Bahru membawa seorang Exco untuk menghadiri Pesta Flora di sana.

Apakah benar apa yang IB sebut sebelum ini bahawa membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu hanyalah suatu helah – sekadar menjaga air muka? Dan apakah ini sebenarnya keputusan yang dibuat – bahawa secara rasmi tidak boleh guna tapi pakailah diam-diam? Atau apakah ini adalah suatu kes Exco engkar keputusan (arahan) Jemaah Menteri?

Atau apakah ini contoh Exco yang sudah belajar dengan MBnya bahawa jika kita berani lakukan, teruskan. Bila kita berkeras dengan keberanian “nok ggocoh” orang akan mengalah dengan kita. Sekurang-kurang Mat Said sudah menang 2-0 dengan Pak Lah dengan cara ini.

Sekian, IB

2-0 Untuk Pak Lah – Akibat Pukulan Mat Said July 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Melayu, Pembaziran, politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , , ,
2 comments

Tidak tahu samada memang dirancang begitu atau tidak, hasilnya Mat Said memang lagi. Kini Pak Lah sudah dua kali terkena. Kata orang sudah 2-0!

Entah apa muslihat yang dirancang, tetapi hasil keberanian dengan sikap “nok ggocoh”nya, Mat Said berkeras dengan pembelian “Mechedih”nya. Mat Said tidak hiraukan arahan pekeliling persekutuan dan bersungguh dengan hujjah hingga membawa Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat kos penyelenggaraan kereta-kereta Perdana yang dibeli kerajaan Terengganu pada 2004 lalu.

Apa tujuannya pelbagai pendedahan yang dibongkar tidak berani IB teka, tetapi hasilnya banyak mengoncangkan pelbagai pihak dan beberapa tokoh. Tidaklah pula IB yakin siasatan BPR akan membuah sesuatu yang boleh kita harapkan. Besar kemungkinan tiada apa-apa bukti penyelewengan yang akan ditemui. Ini kerana risiko mendedahkan sebarang penyelewengan di saat terlalu ramai tokoh UMNO dilanda pelbagai masalah dan keadaan parti yang tidak menentu, tidak mungkin Pak Lah berani untuk bertegas.

Membenarkan Mat Said menyimpan “Mechedih” dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mat Said jelas Pak Lah kalah lagi kali kedua dengan Mat Said. Helah membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu hanyalah suatu helah – sekadar menjaga air muka. !4 buah kereta “Mechedih” tersadai menanti tetamu datang!

Isu benar tidak Perdana lebih mahal untuk diselenggara kini akan hilang begitu sahaja. Malah kerajaan akan terpaksa mengeluarkan peruntukan baru untuk membeli 14 buah lagi – untuk membeli Perdana yang baru. Dan sesekali “Mechedih” turut akan dipakai mereka bila isu ini reda dan orang sudah tidak lagi hirau. Maka Mat Said dapat “Mechedih” dan Perdana sekali gus! Rakyat terus terabai!

Dalam pertembungan pertama, Pak Lah sudah terkena 1-0. Dan 1-0 tersebut amat memalukan bagi Pak Lah. Berkeras dengan menolak pemilihan Mat Said oleh Tuanku, pelbagai kenyataan dibuat, malah dengan 23 ADUN sanggup letak jawatan menentang perlantikan Mat Said pun, Pak Lah tetap tersungkur. Sebab Mat Said memang orang yang berani “ggocoh”.

Janganlah diacah lagi Mat Said kalau Pak Lah tidak mahu kena 3-0 pulak.

Sekian, IB

Pertembungan DSAI-Najib – Pak Lah Lega July 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Kemungkinan DSAI memimpin kerajaan baru dikira sedang memuncak sehiingga terbantut semua harapan tersebut akibat kes laporan Saiful. Benar atau tidak itu soalan kedua. Berikutan dari kes tersebut, untuk tempoh yang terdekat, DSAI dan keseluruhan jentera PKR and juga Pakatan akan sibuk dengan pelbagai urusan termasuk siasatan dan akan banyak menghabiskan masa di mahkamah.

Begitulah juga Najib. Momentum yang sudah dibina untuk mencabar Pak Lah kini terhenjut. Tumpuan Najib kini teralih kepada menjawab tuduhan DSAI dan kes mahkamah. Mungkin di fikiran Najib buat masa ini lebih kepada melepaskan diri dari siasatan dan tindakan mahkamah.

Apakah kerana terzahir hasrat Najib kepada kemnya (walapun seberapa rahsia sekalipun) untuk menandingi Pak Lah untuk jawatan Presiden telah mengakibatkan laporan Bala terlaksana?

Akibat dari pertembungan Najib-Anwar dengan tuduhan fitnah dari “nominee” masing-masing disiarkan meluas, maka tumpuan kedua-dua mereka untuk menduduki kerusi PM kini teralih untuk menjawab serta menangkis tuduhan-tuduhan. Dan ianya sudah pasti membantut usaha-usaha dan perancangan asal mereka.

Anwar tidak dapat lagi mejelajah segenap negara sibuk meraih sokongan dan menyusun strategi jika tidak disertakan juga masa dan tumpuan untuk menangkis tuduhan terhadapnya.

Begitu juga Najib. DIa terpaksa perlahankan sedikit gerak-kerja menarik sokongan untuk mencabar Pak Lah kerana terpaksa menjawab tuduhan terbaru. Walaupun akuan bersumpah sudah ditarik – “damage has been done”. Hendak atau tidak Najib terpaksa menurunkan “gear”nya kerana terlalu bimbang Pak Lah akan mengguna peluang ini untuk benar-benar melemahkan asakan Najib.

Bukan sahaja kedua-dua mereka teralih tumpuan, rakyat pun tersentak dan sibuk berbicara pertembungan kedua-dua mereka ini hingga tenggelam semua isu lain.

Pak Lah pastinya tersenyum lega melihat kemelut yang dihadapi oleh lawannya dan juga oleh bakal pesaingnya. Apakah “budak-budak Tingkat 4” ada peranan mereka dalam krisis terkini?

Sekian, IB

Tenggelam Semuanya Isu Lain June 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, politik, PRU2008.
Tags: , , , , ,
2 comments

Satu demi satu isu timbul. Tetapi satu demi satu juga isu tersebut tenggelam. Dengan perkembangan terbaru DSAI, maka habis semua tenggelam isu-isu yang hangat semenjak 3-4 bulan ini. Apakah ini perancangan untuk mengalih tumpuan orang ramai (diversion) ketika pelbagai isu memuncak dan tidak mampu ditangani lagi?

Sebaik sahaja keputusan PRU2008, satu demi satu isu timbul. Hilang kepercayaan rakyat terhadap BN. Kelemahan Pak Lah sebagai ketua BN. Ada juga menyalahkan Pak Lah sebagai orang yang tidak lagi mampu memimpin UMNO.

Tumpuan selepas PRU2008 ialah kepada janji dan usaha DSAI untuk menubuhkan kerajaan PR apabila sebilangan ahli parlimen BN akan melompat masuk ke PR (ada yang kata 32 orang, ada yang kata kini sudah 48 orang dan sebagainya).

Kerajaan BN bukan sahaja tertekan dengan isu-isu tersebut. Kenaikan harga pelbagai barangan dan serta kekurangan bekalan sesetengah barangan keperluan menekankan lagi kerajaan pimpinan BN.

Namun apabila kerajaan memeranjatkan rakyat sekalian dengan kenaikan harga petrol yang mendadak baru-baru ini, ia telah mampu mengalih perbincangan umum kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan isu terbaru dihebahkan oleh Shahril Samad. Maka seluruh media dan rakyat berbincang pasal kenaikan harga barang, cara-cara hendak berjimat, pelbagai saranan mengurangkan belanja, penggunaan NGV dan sebagainya. Maka hilang habis suara yang mengamatkan suasana politik yang meminta Pak Lah letak jawatan.

Kemudian timbul pula kes Raja Petra dengan Altantuyanya. Bila Rosmah dan beberapa lagi dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, perbicaraan mahkamah kedai kopi sudah beralih isu lagi. Kehangatan kenaikan harga barangan sudah tidak menjadi tumpuan utama – walaupun masih dibincangkan.

Kini, dengan ledakan isu terbaru, mampukah Pak Lah terselamat dan Najib merasa lega sebentar?

Sekian, IB