jump to navigation

Haramkah Untuk Pemimpin PAS dan UMNO Bertemu? July 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Islam, masalah sosial, Melayu, PAS, politik, UMNO.
Tags: , , , ,
4 comments

Akhir-akhir ini media heboh memaparkan berita pertemuan antara beberapa pemimpin PAS dan pemimpin UMNO. Terbaru laporan Pak Lah memperakui pertemuan tersebut.

Cara media membawa berita pertemuan-pertemuan yang dilaporkan telah banyak kali berlansung mengambarkan seolah-olah perjumpaan seperti itu adalah HARAM jika ianya berlaku. Maka digembar-gembor seolah-olah timbul pertelingkahan dalaman parti – pihak yang bersetuju dan pihak yang tidak bersetuju. Seolah-olah media diberi peranan untuk melaga-lagakan kepelbagaian pendapat dalam sesebuah parti atau di kalangan masyarakat.

Apa salahnya untuk para pemimpin parti bertemu dan berbincang beberapa perkara yang mempunyai kepentingan bersama dan bagi mana-mana yang boleh disepakati? Isu-isu kepentingan Melayu, memartabatkan kedudukan agama Islam, masalah-masalah sosial terutamanya di kalangan masyarakat Melayu baik di bandar mahu pun di pendalaman. Tidak bolehkan para pemimpin bangsa tanpa mengira batas parti untuk mereka duduk semeja berusaha untuk mencari penyelesaian agar bangsa dan agama Islam tidak menjadi asing di Tanah Air sendiri?

Kalaulah kita (atas kapasiti lain) boleh duduk semeja dalam membincang lain-lain hal, kenapa pula haram untuk mereka di dalam kapasiti sebagai perwakilan parti duduk semeja mencari kaedah penyelesaian kepada masalah bersama dan isu-isu kepentingan bersama.

IB ingin menyaran media agar tidak lagi berusaha melaga-lagakan masyarakat Melayu yang sudahpun berpecah tetapi menumpukan peranan untuk menyatukan sekurang-kurangnya atas perkara yang boleh disepakati.

Sekian, IB

Advertisements