jump to navigation

Mercedes Lebih Menjimatkan Dari Proton Perdana July 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Pembaziran, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , ,
10 comments

Amatlah sukar bagi MB Terengganu, Ahmad Said, untuk berhujah bahawa membeli Mercedes lebih menjimatkan dari membeli Proton Perdana. Pusing ikut mana pun hujahnya tidak dapat berdiri.

DIlaporkan 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 mahu dibeli berbanding dengan Perdana Eksekutif yang mungkin bernilai sekitar RM100,000 sebuah (tanpa cukai!). Maka untuk 14 buah pun hanya baru RM1.4 juta!

Kos untuk beli sudah lebih sekali ganda.

Kemudian dikatakan kos penyelenggaraan Perdana Exco Toh Chin Hwa untuk tempoh 36 bulan menelan RM50,000. Ini sebenarnya menimbukan beberapa persoalan.

Pertama, menimbulkan persoalan kemungkinan penyelewengan dalam tuntutan perbelajaan penyelenggaran – suatu yang biasa kita dengar. Kedua, teruk sangat ke Perdana hingga baru pakai 3 tahun kena belanja separuh harga kereta? Ketiga, apakah kos penyelenggaran kereta Toh yang paling tinggi? berapa pula yang terendah? Kalau kos kereta Toh yang tertinggi – pelik juga sebab dia ADUN Bandar – tidaklah sebanyak ADUN lain dari segi jarak perjalanan dan dari segi bebanan terhadap kereta berbanding ADUN lain di perkampungan. Keempat, malu Proton kalau dikatakan kos penyelenggaran kereta mereka terlalu tinggi dan yang lebih memalukan bila dibanding kos untuk penyelenggaran Mercedes!

Kalau pun nilai pembaikan berjumlah RM50,000 dan dicampur dengan harga beli RM100,000, maka barulah RM150,000 untuk tempoh 3 tahun. Apakah Mercedes tidak perlu penyelenggaraan langsung dalam tempoh tersebut? Walaupun tidak perlu langsunglah tukar minyak hitam sekalipun, kos Mercedes tersebut (RM245,000) tetap jauh lebih tinggi dari Perdana berserta dengan kos penyelenggaraan (RM150,000).

Malah, IB juga salah seorang pengguna Perdana. Purata perjalanan IB ialah 25 ribu km setahun. Selepas hampir 5 tahun kini, kos penyelenggaraan kereta IB tidak melebihi perbelanjaan Toh Chin Hwa selama 3 tahun. Walapun “gearbox” dah kena tukar!

Hujah kedua yang diguna oleh Ahmad Said ialah harga jualan balik (second hand) nanti. Persoalahnya ialah, sejak bila kerajaan negeri menjadi agen jual kereta terpakai. Apakah mesti kereta itu dijual selepas baru diguna?

Apakah sebelum ini kereta terpakai Exco benar-benar dijual mengikut harga pasaran? Apakah benar mereka yang telah mendapat manafaat sebelum ini benar-benar membayar dengan harga yang sebenar? Malah mereka turut mendapat nombor pendaftaran yang bernilai jika dibeli dari JPJ tanpa dikenakan sebarang “lebihan nilai” atas nombor tersebut.

Kalau Ahmad Said nak katakan Mercedes lebih selesa, maka itu bolehlah diterima hujahnya. Tetapi apakah perlu mereka berselesa ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang keperluan serta jabatan dan agensi kerajaan disaran untuk berjimat cermat? Lagipun untuk perjalanan di sekitar kawasan ADUN mereka – tak sempat nak berselesapun – dekat sangat. Dan rakyat bukan nak tengok lagak ADUN dengan kereta mewah mereka. Dan bila perlu ke KL, mereka kerap menggunakan penerbangan.

Itulah yang IB katakan, pusing ikut manapun memang sukar untuk Ahmad Said menjustifikasi pembelian Mercedes bagi mengantikan Perdana.

Persoalannya mana pergi kereta yang Idris pakai dulu? Haji Hadi semasa menajadi MB dulu mengguna Mercedes lama – yang berumur lebih 5 tahun.

Sekian IB.

Advertisements