jump to navigation

Ketua Polis Kelantan Tunjuk Contoh Buruk April 17, 2009

Posted by ibrahimbaba in masalah sosial, polis.
Tags: , , ,
21 comments

Laporan bergambar dalam Utusan Malaysia hari ini menyiarkan Ketua Polis Kelantan menunggang motorsikal berkuasa besar polis dengan pakaian baju Melayu lengkap bersongkok tanpa topi keledar.

Itu adalah satu kesalahan lalulintas dan yang lebih buruk lagi ialah menunjukkan contoh yang salah di hadapan para pelajar sekolah.

Apakah tindakan yang wajar diambil?

Sekian, IB

ABDUL Rahim Hanafi menunjukkan kemahiran menunggang motosikal berkuasa besar Polis Diraja Malaysia di hadapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, ketika melancarkan Program Cakna Disiplin Sekolah 2009 di Kota Bharu, semalam.

POLIS Kelantan kini berusaha mendekatkan diri dengan pelajar sekolah di negeri itu melalui Program Cakna Disiplin Sekolah 2009 untuk menangani masalah disiplin dan perlakuan jenayah.

Program itu diilhamkan berikutan kes-kes jenayah di kalangan pelajar semakin membimbangkan di negeri itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi sewaktu melancarkan program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Kota Bharu semalam berkata, langkah turun padang seperti ini lebih berkesan untuk menjelaskan bahaya jenayah kepada pelajar.

Kalau Polis Dah Pengecut – Apa Yang Orang Awam Boleh Harapkan? October 16, 2008

Posted by ibrahimbaba in masalah sosial.
Tags: , , , , ,
add a comment

“The police are there to make a place safe. If they themselves are scared and run away, then how can we hope for others to want to be there?

“It is embarassing and that is why the criminals will always be there,”

Dipetik dari The Star:

Parliament: Cops scared of crooks, so base closed!

KUALA LUMPUR: A police beat base in the Chow Kit area of downtown Kuala Lumpur was closed down because it was in a location that was considered unsafe, said Home Affairs Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.

In a written reply to Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa), Syed Hamid said the beat base was located in a dirty area where there was a possibility of being exposed to contagious diseases.

The presence of criminals also posed a threat to the safety of police officers, he said.

Lo’ Lo’ had asked why the beat base on Jalan Haji Taib was closed considering the high number of vice-related activities in the area, as well as what kind action had been taken by the police to curb such activities.

Syed Hamid said that the police were looking for a new location to build a police beat base that would be able to give “guaranteed and continued service to the public.”

Lo’ Lo’s was the 30th question in the Order Paper and hence did not get a mention in the House during the daily one-hour Question Time. However, Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) managed to raise it when he interjected during Azmin Ali’s (PKR-Gombak) speech during the debate on Budget 2009.

Dr Mohd Hatta said that if the police themselves felt unsafe in a beat base, then it would be even worse for the public.

“The minister has to resign if he is worried about the safety of police in that area. Maybe it would be better to put the beat base in army barracks,” he said.

Dr Mohd Hatta then managed to raise the issue again during his own debate on Budget 2009 saying that Syed Ali’s response was not rational.

“The police are there to make a place safe. If they themselves are scared and run away, then how can we hope for others to want to be there?

“It is embarassing and that is why the criminals will always be there,” he said.

Dr Mohd Hatta said if the place is dirty, then it is up to the police to organise gotong-royong activities to clean it up or if they did not want to then they should move to Putrajaya or Parliament.

“And what is this about contagious diseases on Jalan Haji Taib? The only kind of contagious diseases that are present there are sexually-transmitted ones.

“Is the minister scared that his charges will contract such diseases? That kind of thing is a matter of choice. In any case, if this is what he is worried about then we are worried that the police are not above this.”

Dr Mohd Hatta added that the police had to be brave people and that they were a different breed altogether when facing demonstrators. He said he hoped that the minister would clarify his written answer in the House as this is not the kind of police that the people want.

Polis Pintas Bila Haluan Kereta Anwar Diubah – Bakri Zinin July 17, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , ,
3 comments

Laporan dari Berita Harian [17 Julai 2008] ini membuktikan kecekapan pasukan polis.

Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah haluan kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu, polis terpaksa membuat keputusan menahan Anwar di Bukit Segambut pada pukul 1 petang kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa beliau mahu mengingkari arahan hadir ke IPK sebelum pukul 2 petang ini.

“Apabila beliau tidak terus ke IPK tengah hari ini dari ibu pejabat BPR di Putrajaya, sebaliknya mengubah haluan kenderaan ke arah rumahnya, kami fikir memang beliau tidak mahu datang ke IPK,” kata Mohd. Bakri ketika dihubungi.

Mengapa IB berkata demikian? Jika benar bahawa polis menyerbu dan menahan Anwar ketika dalam perjalanan ke rumah hanya selepas mendapati kereta Anwar berubah haluan maka memang cekaplah polis kita.

Mengikut fahaman IB, pada asalnya polis mengira bahawa Anwar akan terus ke IPK KL selepas meninggalkan pejabat BPR Putrajaya. Jika begitu, maka pegawai-pegawai serta anggota mereka hanyalah perlu tunggu di IPK.

Jadi bila masakah mereka tahu Anwar mengubah haluan? Adakah Anwar sentiasa diekori? Sememangnya itulah agaknya kerja mereka.

Kedua, apabila mereka tahu bahawa Anwar menukar haluan, mereka dengan sekelip mata mengerakkan lebih 30 anggota (ada yang kata 50 orang) lengkap dengan pakaian “perang” sempat memintas kereta Anwar.

Sukar sekali untuk IB nak faham macam mana secepat itu, dikumpulkan anggota, sempat bertopeng, bersenjata lengkap, disediakan logistik kenderaan, mengejar kenderaan Anwar yang sudah tersasar dari IPK. Wah hebat sekali! Kalahlah lakonan Hollywood serta Bollywood kalau macam ini.

Kecuali segala ini sememangnya telah dirancang!

Sepatutnya, jika pun sudah tersasar dan sememangnya Anwar nak balik makan tengahari dulu ke, dan sehingga pukul 2 petang Anwar tidak kunjung tiba, apakah susahnya untuk polis ke rumahnya serta menangkapnya selepas tempoh masa yang diberi berakhir?

Bukan dulu [1998] rumah Anwar yang sedia terbuka boleh mereka pecahkan pintu untuk masuk. Itukan lebih hebat. Orang yang berkumpul di rumah Anwar beribu ramainya ketika itu. Boleh mereka tangkap tanpa sebarang masalah [kecuali mereka dah bayar balik ganti pintu itu atau belum?]

Cuma sayangnya dalam kecekapan sebegini, polis jika kerap “gagal” menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi yang lain. Kegagalan mereka menimbulkan kesangsian kepada orang ramai. Kes pembunuhan Norita terbiar begitu sahaja. Kes pembunuhan Mustakizah, polis langsung tidak pun sentuh orang yang disebut-sebut sebagai suspek hingga beliau pun kini menuruti Mustakizah. Dan banyak lagilah kalau nak dikira kes-kes yang “terlepas” seperti ini!

Sekian, IB

Di Antara Jaminan Bakri Zinin Dengan Jaminan Rahim Nor July 17, 2008

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anwar.
Tags: , , , , ,
add a comment

Pagi ini kebanyakan akhbar melaporkan jaminan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bakri Zinin bahawa Anwar ketika ini “selamat berada dalam tahanan pihak polis.”

Patutkah kita berasa lega dan boleh percaya dengan jaminan Bakri? Bila terbaca laporan seperti itu kini sudah menjadi agak sukar untuk kita percaya.

Kalau 10 tahun lalu, jaminan seperti itu juga IB tonton di kaca TV. Tetapi oleh orang yang berpangkat jauh lebih tinggi dari Bakri. Rahim Nor sendiri yang membuat kenyataan media pada masa itu.

Kita semua maklum bahawa Rahim Nor pada masa itu ialah Ketua Polis Negara. Empat bintang di bahunya. Ketua kepada semua anggota polis! Bakri baru 3 bintang!

Akhirnya terbongkar serta terbukti bahawa Rahim Nor sendirilah yang memukul Anwar hingga separuh mati serta menghalang Ramli Yusuff (yang “dipecat” jawatan baru-baru ini) untuk memanggil doktor.

Itulah yang orang putih sebut “he (Rahim Nor) lied through his teeth” atau boleh kita kata berbohong secara terang-terangan. Mungkin dia seorang yang sangat professional dalam segala tugasannya.

Namun kita merasa syukur Anwar tidak menerima layanan “mata lebam” seperti dulu walaupun kesakitan belakang akibat terpaksa tidur atas simen.

Sekian, IB

Kenapalah Najib? Kenapalah Najib? July 4, 2008

Posted by ibrahimbaba in akhbar, politik, UMNO.
Tags: , , , , , , , , ,
5 comments

IB sememangnya kerap gunakan ayat:

Once you compound a lie, you compounded the consequences

Sememangnya kata-kata yang diajar oleh seorang “sifu” IB amat bertepatan dalam kita mengharungi hidup. Tidak kira dalam kehidupan mengejar kerjaya, berpolitik, bersuami isteri (lebih-lebih lagi bila bermadu – jangan ikut kata-kata P. Ramlee mesti pandai temberang) dan terutama dengan anak-anak kita – mereka ingat sangat kata-kata kita [amat

Apabila kita berbohong, kerap kali kita terpaksa berbohong lagi demi menutup pembohongan sebelum ini dan ianya berterusan tanpa akhir.

Kenapalah Najib mengatakan bahawa Saiful hanya sekadar datang jumpa pegawai khasnya tiga bulan lalu, walhal Saiful turut datang ke rumahnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis?

Kenapalah Najib memberitahu bahawa Saiful ke rumahnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis – sedang dia tidak Najib sebut pada 30 Jun, semasa menafikan penglibatannya dalam kes ini. Nampak macam menyembunyi sesuatu, hari ini baru hendak diceritakan.

Kenapalah Najib mengatakan Saiful datang meminta sokongan untuk mohon biasiswa walhal Saiful sudah tercicir dari UNITEN dan tidak menuntut di mana-mana IPT pada masa itu?

Kenapalah Najib terpaksa menjawab kenyataan Shamsul AMK hanya selepas Bala membuat akuannya hari ini? Apakah Najib terpaksa menjelas pembohongan awalnya?

Selain dari petua di atas, kali ini IB ingin kongsikan satu lagi petua yang juga selalu dipesan oleh “sifu” IB:

Do not volunteer information

Di dalam suasana tertekan dengan lontaran pelbagai soalan, petang tadi, Najib terlanggar petua tersebut. Najib beberapa kali terlepas “maklumat”. Samada maklumat tersebut benar atau rekaan ianya nanti akan memakan diri beliau pula. Najib memang terlepas terlalu banyak maklumat yang bakal menghantuinya.

  • Najib memaklumkan bahawa Saiful ke kediamannya. Istimewa sungguh Saiful ini hingga dengan mudah boleh melepasi pelbagai sekatan birokrasi untuk berjumpa Najib di rumahnya!
  • Najib tidak menyuruh Saiful membuat laporan polis. Kenapakah tidak Najib nasihat sahaja Saiful buat laporan polis? Bukankah itu nasihat yang terbaik dari seorang pemimpin kepada “mangsa jenayah”?
  • Najib mencerita keadaan Saiful, reaksinya, dan beberapa lagi – itu banyak membuka pelbagai persoalan dan pelbagai andaian. Terlalu banyak mendedahkan “maklumat”.

Najib tidak wajar membiarkan wartawan terus menghujaninya dengan pelbagai persoalan. Sebab itu, antara perangai yang kurang elok ialah “mulut murai”. Bila terlalu banyak bercakap, kita terdedah kepada terlalu banyak persoalan. Demikianlah selalunya para peguam menasihatkan anak guam mereka untuk lebih baik berdiam dan menggunakan hak untuk tidak menjawab daripada menjawab dengan jawapan yang bakal membawa hujah lawan terhadap kita.

Dalam keadaan Najib pada petang semalam, Najib amat tertekan untuk memberi jawapan balasnya sebelum siaran berita perdana/utama di saluran-saluran TV menyiarkan laporan DSAI dan akuan bersumpah Bala tanpa disangkal/jawab. Sebab itu Najib terpaksa tergesa mengaturkan sesi akhbar lewat petang tadi.

Jika tidak dijawab petang ini juga (atau sekurang-kurangnya malam ini) – akan menjadi masalah kesokannya apabila semua akhbar menyiarkan laporan Bala dan DSAI tanpa pembelaan atau jawapan dari Najib. Najib mesti sangkal segera. Dengan tindakan tergesa Najib banyak terperangkap.

Tunggulah “Once you compound a lie, you compounded the consequences”

Sekian, IB

Astaghfirullah … July 3, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, masalah sosial, Melayu, politik.
Tags: , , , ,
3 comments

Amat mengerunkan. Dan beristighfar panjang bila IB membaca akuan bersumpah Balasubramanian, penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda.

(Kalau nak bacalah … statutory_declaration-balasubramaniam-altantuya)

IB tidak hairan sangat dengan pendedahan bagaimana polis menutup sesetengah yang ingin mereka lindungi. Memang itu kerap kita dengar. Penyalah gunaan kuasa di kalangan pegawai dan anggota polis sudah menjadi budaya di kalangan kebanyakan mereka. Sebab itu bagi sesetengah orang yang meneliti gejala social yang berlaku – kerap kali kita dapati berlaku di kalangan anak-anak polis.

Tetapi IB AMAT TERKEJUT apabila membaca kandungan yang didedahkan oleh Bala. Terlalu “explicit” dan keji!

Jika benar apa yang diperkatakan dalam perakuan 16 muka surat itu … tidak tahu apa lagi yang ada boleh berlaku di kalangan orang-orang kenamaan kita.

Baru semalam, IB dimaklumkan peribadi dan perlakuan tidak bermoral dua orang menteri Melayu kita. Itu pun sudah menganggu fikiran IB hingga sukar untuk tidur. Perkara-perkara seperti ini amat menganggu fikiran IB kerana merenung nasib bangsa dan agama di tanah air kita nanti.

Apakah yang akan jadi pada negara, bangsa dan umat Islam kita jika dipimpin oleh mereka yang seperti ini. Apa akan jadi pada generasi berikutnya?

Astaghfirullah …

Sekian, IB

Bilakah Ancaman Nyawa Terhadap DSAI? July 2, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, politik.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Satu persoalan di kalangan mereka yang tidak mudah menerima sesuatu berita secara bulat-bulat ialah “bilakah ancaman nyawa terhadap Anwar ini timbul?”

Apakah ianya timbul setelah laporan terhadap beliau oleh Saiful dibuat – sebagai mengkaburi (smokescreen) suasana laporan tersebut? Jika benar ada kesahihannya, apakah ia hanya timbul sekarang kerana laporan Saiful – kerana mungkin DSAI bakal dihumban dalam lokap dan kemungkinan berlaku seperti malam 20 September 1998? Jadi “ancaman” nyawa yang diwar-warkan ini mungkin sebagai “tindakan preemptive” Anwar supaya Polis perlu lebih berwaspada?

Atau apakah ancaman nyawa tersebut memang sudah timbul sebelum laporan Saiful ini lagi dan ianya tiada kaitan langsung pun dengan kemungkinan Anwar bakal menerima nasib seperti mana berlaku pada malam yang malang tersebut?

Yang disebut oleh DSAI, ancaman ini telah dimaklumkan kepada beliau sebelum kes terkini lagi. Malah punca ancaman juga, difahamkan, diketahui Anwar. Katanya beberapa kenalan Anwar telahpun dimaklumkan kemungkinan ini berbulan sebelum ini lagi. Wallahu a’lam.

Apakah ancaman ini benar-benar ada? Mungkin ada kebenarannya. Jika benar, dari manakah kemungkinan punca hingga ada yang benci sangat Anwar hingga sanggup mengancam nyawa seorang insan lain? Hanya apabila seseorang merasakan Anwar bakal mengancamkan kedudukannya maka mungkinlah seseorang itu bertindak hingga sedemikian rupa.

Atau mungkinkah dalam siri pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat oleh Anwar, ada pihak-pihak tertentu terasa mengancam periuk nasi mereka. Laporan polis di Shah Alam pada 1 Julai yang dibuat Anwar mungkin juga telah diketahui bakal dibuat oleh beliau.

Atau mungkin kes penyiasatan rakaman video Lingam telah melodehkan seseorang hingga sukar untuk memaafkan Anwar dan dirasakan wajar untuk menghapuskan DSAI. Kalau dilihat nilai pasaran saham tokoh yang terlibat dalam kes tersebut agak menjunam dan bakal merudum lagi. Sememangnya Anwar mengancam periuk nasi sesetengah orang.

IB masih mencari jawapan. Namun yang pasti, peristiwa yang berlaku semenjak Sabtu lepas ini telah berjaya mengalih pandangan dan tumpuan masyarakat umum terhadap banyak lagi isu-isu yang mendesak dan amat perlu perhatian yang sewajarnya. Ancaman demi ancaman terhadap hak Melayu dan Muslim dicabar di mahkamah kita. Sayangnya tidak ramai yang benar-benar ambil peduli.

Sekian, IB