jump to navigation

Hanya Penipuan Sahaja Yang Boleh Memenangkan BN January 17, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, PAS, politik, Terengganu, UMNO, Wan Farid.
Tags: , , ,
1 comment so far

Dengan izin Allah, P036 hampir pasti dimenangi Wahid Endut dengan majoriti yang besar – kecuali BN berjaya menggunakan pelbagai tektik penipuan yang sudahpun mereka sedia untuk melaksanakannya.

Berdasar kepada bertanya khabar rakan-rakan yang “on the ground” berkempen dan juga mereka menganalisa jauh dari KT, baik dari kem PAS mahupun dari kawan-kawan di UMNO/BN, keputusan malam ini pasti berpihak kepada calon PAS.

Terlalu banyak sebab dan faktor yang menjuruskan kemenangan itu akan menjadi berat sebelah. Faktor personaliti-personaliti yang bertanding, faktor parti-parti yang terlibat, faktor-faktor isu yang dibawa dan juga trend pengundi yang ingin perubahan.

Faktor utama arwah Razali menang Mac 2008 adalah juga kerana personaliti. Faktor tersebut dibebankan lagi dengan faktor Mat Sabu sendiri. Kita tolak penyokong setia PAS dan penyokong setia UMNO – yang kita tahu letak mana-mana calon sudah pasti akan mengundi parti mereka. Yang membezakan dan menentukan ialah pengundi yang tidak menyokong parti yang selalu dikategorikan sebagai orang atas pagar atau kelabu. Mereka ini tidak senang dengan calon luar seperti Mat Sabu. Ini ditambah pula faktor keperibadian arwah Razali yang disenangi orang ramai – terutama mereka di dalam bidang pendidikan (yang mana terdapat peratusan yang besar di Kuala Terengganu) – serta ‘track-record” beliau sepenggal sebelum itu.

Dalam PRK kali ini terdapat kemiripan faktor-faktor di atas cuma ianya terbalik. Wahid Endut diibaratkan Razali dan Wan Farid boleh disamakan dengan Mat Sabu. Wan Farid adalah orang luar bagi kebanyakkan orang biasa. Bila masanya Wan Farid tinggal dan berkhidmat di Terengganu? Personaliti yang tidak mesra masyarakat, gongnya, dan pelbagai lagi fator negatif.

Kemudian, Wahid pula mempunyai “track-record” lima penggal. Kalau ada keburukkan dan ada yang tidak kena – dalam 5 penggal tu pasti banyak yang orang ramai bercakap. Tetapi – sepakat orang ramai bahawa rekod Wahid bersih.

Satu lagi faktor yang difikirkan oleh orang-orang atas pagar yang memahami serba sedikit cara-cara pemilihan dalam parti UMNO sudah pasti amat fahambahawa tidak semudah itu untuk Wan Farid naik memegang jawatan dalam parti. Mereka yang telah selama-lamanya bersama UMNO bahagian boleh tersingkir – sudah pasti ada sesuatu senjata yang Wan Farid punyai untuk menang. Umumnya sepakati senjatanya kotor.

Malah semua yang negatif ada pada Wan Farid untuk menang sedangkan semua yang semua yang positif ada pada Wahid untuk menang – maka pasti Wahid akan diumum sebagai wakil rakyat untuk P036 malam ini. Dengan izin Allah.

Sekian, IB

Jauh Bezanya Arwah Razali Dengan Wan Farid January 9, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kuala Terengganu, Melayu, PAS, politik, PRU2008, Terengganu, UMNO, Wan Farid.
Tags: , , , , , , ,
5 comments

Bolehlah IB katakan bezanya antara arwah Razali dengan Wan Farid adalah umpama bumi dengan langit. IB berani berkata demikian kerana IB kenal kedua-dua mereka.

Arwah yang biasanya IB panggil dengan nama Abang Zzali sahaja adalah seorang yang amat mudah didekati. Amat jauh bezanya dengan Wan Farid yang IB panggilnya dengan panggilan Yek tidak semudah itu – terlalu banyak berkira dan berprotokol. Kini hendak dipanggil Yek pun nampak reaksinya tidak begitu menerima begitu …

Yek IB kenali semenjak kami kecil. Hisham (Wan Hisham) abangnya pun sama-sama kita sekampung dulu. Hisham lebih tua dan Yek lebih muda dari IB. Kalau dulu kita mudah berkawan – tetapi kini itu semua sudah sukar. Semasa Hisham kerap ke pejabat TDM di Menara Promet – pernah beberapa kali IB cuba mendekati. Teramat sukar untuk membuat temujanj – macam tak pernah kenal pula jadinya.

Yek pun tidak jauh bezanya dengan abangnya. Gonglah kata orang Terengganu. Manalah dia nak layan IB kerana masing-masing tahu perbezaan parti yang kita sokong (walaupun IB tidak menganggotai mana-mana parti politik). Namun IB tahu bahawa IB tidak mampu membawa undi apatah lagi business untuknya – malah dirasakan pula IB hendak menempel tumpang cari business darinya.

Abang Zzali pula jauh lebih tua dan hanya IB kenali sekitar lebih 10 tahun lalu. Kami kerap berkomunikasi. Kami sentiasa bersembang dan selalunya memikirkan nasib anak-anak muda dan isu-isu sosial. Sekadar menghantar SMS sahaja, pasti arwah akan telefon balik apabila dia mempunyai masa jika tidak dia akan jawab SMS tersebut. Malah beberapa minggu sebelum beliau menghembus nafasnya beliau ada memberitahu sesuatu yang memang IB tabik arwah dan mengkagumi sikap dan keperibadiannya.

Arwah menceritakan bagaimana beliau menghadapi pemilihan parti di bahagiannya. Mengetahui bahawa lawannya mempunyai bekalan dana yang besar untuk memastikan pengundi berpihaknya, arwah bertekad untuk tidak mengguna sebarang umpan wang untuk meraih undi. (antara sebabnya beliau sendiri tidak mempunyai dana untuk kempen tersebut hanya sekadar mempertaruhkan air liur, maruah dan keperibadiannya)

Malah Menterinya sendiri bersedia memberi serta menawarkan sumbangan untuk arwah berkempen dalam pemilihan bahagian tersebut. Namun, arwah berkeras tidak mahu mengguna sebarang wang untuk membeli undi – walaupun mengetahui lawannya telah menaburĀ  dana.

Arwah memberitahu Menterinya bahawa beliau menolak tawaran tersebut kerana mahu membuktikan sendiri bahawa budaya politik wang tidak wujud di dalam UMNO sekurang-kurangnya jika beliau menang. Namun, ternyata beliau gagal membuktikannya dengan kekalahannya itu.

Di atas kekuatan peribadi Abang Zzali lah yang telah memenangkan beliau dalam PRU2008 lalu walaupun majoriti undi kepada calon-calon di keempat-empat DUN dalam P036 berjumlah lebih 2000 beliau tetap menang di Parlimennya walaupun menentang tokoh dari PAS seperti Mat Sabu.

Untuk Yek mengulangi kejayaan arwah – IB yakin ianya suatu yang amat sukar. 2000 orang yang mengundi calon PAS di DUN dan memilih arwah Razali untuk P036 sudah pasti memilih Wahid Endut. Jika Razali menang atas modal personalitinya maka Wahid juga akan menang atas personalitinya juga. Dan begitulah juga Yek akan tersungkur atas sebab keperibadiannya.

Sekian, IB