jump to navigation

Bila Orang Wakaf Mempelam Bercakap Besut … January 16, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Kuala Terengganu, politik.
Tags: , , , ,
add a comment

Apabila orang yang dari Wakaf Mempelam bercakap dengan telor Besut maka dia jadi “bbunyi pelek”. Memang pelik bila menonton berita TV3 malam tadi yang menyiarkan berita 111 ahli PAS menyerah borang kepada Ahmad Said untuk menyertai UMNO.

Apakah sememangnya tidak ada orang PAS yang benar-benar dari Wakaf Mempelam yang keluar PAS maka terpaksa diimport orang luar – yang sememangnya orang-orang Wakaf Mempelam siapa orang PAS dan siapa orang UMNO – maka terpaksa dicari orang yang tidak dikenali … itu yang kena import!

Mungkin bagi orang luar Terengganu tidak perasan pertuturan “orang PAS yang masuk UMNO itu”. Tetapi orang-orang Terengganu tahu bahawa orang-orang Wakaf Mempelam bertutur dengan tambahan “g” seperti mana orang-orang Teghanung lazimnya bertutur bukan seperti telor orang-orang di utara Besut/Jerteh atau Kelantan.

Namun cerita keluar masuk parti ini sudah menjadi terlalu kerap digunakan oleh BN hinggakan sukar lagi orang hendak pandang dan percaya. Setiap kali pilihanraya – itulah kaedah lapok yang diguna.

Orang ramai masih ingat lagi kaedah yang sama digunakan dahulu dengan menyiarkan berita kemasukkan kekanda kepada Cikgu Pa masuk UMNO untuk yang ke berapa kali dah … Akhirnya cerita itu menjadi tamparan kepada Man Bakar dan mengaibkan Idris Jusoh yang merasakan dirinya sendiri tertipu dalam majlis di Marang tersebut.

Cuma terfikir juga IB, rupanya kali ini laporan keluar parti kurang diguna oleh BN. Apakah taktik menipu cara ini sudah tidak diterima orang?

Sekian, IB